Isnin, 7 Mac 2022

INTERNET DAN PERANG

 


INTERNET

DAN

PERANG

AMIN

HATI HATI 

APA DIBACA

APA DILIHAT

KHALAS

DINAFIKAN - AKHIRNYA TERBUKTI BETUL

 



Penduduk Tasik Kenyir tidak percaya pembalakan bukan punca banjir

PENDUDUK di sekitar Tasik Kenyir termasuk masyarakat Orang Asli tidak percaya aktiviti pembalakan bukan punca kejadian tanah runtuh dan banjir teruk yang melanda kawasan perkampungan mereka.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight jika bukan aktiviti pembalakan, dari mana datangnya lambakan sisa kayu dan kemusnahan begitu teruk di sekitar Tasik Kenyir dapat dilihat hari ini.

Alias Pelong, 56, yang tinggal di Kampung Sungai Berua, Hulu Berang berkata kehidupan masyarakat Orang Asli sudah lama diragut keselesaannya kerana aktiviti pembalakan.

Dahulu mereka boleh mencari hasil hutan sekitar 20 kilometer ke hulu sungai tetapi sekarang terpaksa ke kawasan lebih jauh di sekitar Tasik Kenyir kerana kegiatan pembalakan, katanya.

“Dulu kawasan hulu itu tempat rayau kami. Di situlah tempat kami cari makan tapi kawasan itu diambil dari kami dan pembalakan pun masuk. 

“Bila pembalakan masuk hasil hutan jadi berkurangan. Jadi kami terpaksa berpindah cari ke tempat lain lebih jauh di sekitar Tasik Kenyir.

“Perjalanan pergi sahaja mengambil masa tiga atau empat jam,” katanya, yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan keselamatan kampung Sg Berua.

Hujung minggu lalu, banjir teruk melanda Kampung Sungai Berua dan beberapa kawasan lain di Hulu Terengganu, meranapkan sekolah Orang Asli dan tiga rumah penduduk.

Masyarakat Orang Asli di kampung itu percaya banjir itu kerana aktiviti pembalakan.

Malah menurut Alias, belum pernah mereka mengalami banjir seteruk itu bahkan kampung itu tidak ditelenggami air semasa banjir terburuk di pantai timur pada 2014.

“Pada kejadian banjir hari Ahad itu, air naik di kampung pada jam enam pagi. Sebelum itu kita cuba nak selamatkan barang di sekolah tak sempat. Di sekolah air naik sampai enam meter.

“Melihat keadaan sangat teruk saya arahkan penduduk untuk keluar berpindah. Rumah saya tidak kena mungkin di tempat tinggi tapi rumah anak saya habis kena banjir,” katanya.

Alias berkata bencana itu juga menyebabkan trauma kepada masyarakat Orang Asli kerana ada yang masih enggan pulang ke rumah biarpun air sudah surut.

Masyarakat Orang Asli ini asalnya tinggal di Tasik Kenyir tetapi dipindahkan ke Kampung Sungai Berua kerana pembinaan empangan di tasik itu. Ketika ini dianggarkan seramai 600 penduduk Orang Asli tinggal di kampung tersebut.

Terengganu dilanda musibah banjir yang paling terburuk dengan jumlah mangsa direkodkan mencecah 20,000 penduduk, dengan Hulu Terengganu antara daerah paling terjejas.

Banjir itu mengejutkan apabila Tasik Kenyir yang terkenal kerana pelancongan dipenuhi puing kayu dan balak, seperti ditunjukkan dalam satu rakaman video yang tular minggu lalu.

Penduduk setempat dan aktivis alam sekitar menggesa kerajaan negeri membuat siasatan segera.

Bagaimanapun kerajaan negeri menafikan puing kayu dan kayu balak yang memenuhi kawasan Tasik Kenyir berpunca daripada pembalakan haram di sekitar tasik buatan itu.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kesan kemusnahan besar akibat banjir di daerah itu kerana gelinciran tanah dan aliran puing bersaiz sederhana di cerun Sungai Terengganu berhampiran stesen janakuasa elektrik di Kenyir.

Menurut beliau hasil siasatan jabatan perhutanan di sepanjang Sungai Terengganu berhampiran empangan mendapati, tiada aktiviti pembalakan dijalankan.

Tiga kejadian tanah runtuh di Tasik Kenyir turut menumbangkan menara penghantaran voltan tinggi Tenaga Nasional Berhad, memaksa syarikat itu menghentikan operasi stesen janaelektrik di kawasan itu.
Balak tepi tasik

Biarpun kerajaan negeri menafikan, penduduk Kampung Jenagor, Ghazali Abd Rahman yang juga nelayan di Tasik Kenyir berkata mereka memang tahu wujudnya aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Pembalakan di sekitar kawasan tasik itu bukan perkara baharu malah sebenarnya wujud sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri lagi. 

“Tapi kemudian aktiviti pembalakan itu dihentikan cuma kami nelayan kemudiannya mengesan pembalakan semula pada tahun lepas,” katanya.

BN tidak jadi kerajaan di Terengganu dua kali iaitu selepas pilihan raya umum 1999 dan 2018.

Ghazali berkata mereka juga terkejut melihatkan kegiatan pembalakan berlaku di kawasan dekat dengan tasik.

“Memang nelayan dan penduduk ada cakap-cakap mengenai pembalakan sebelum ini. Tapi sekadar cakap-cakap meluahkan bimbang kerana kita tak tahu pembalakan ini haram atau ada kelulusan.

“Yang pasti biarpun kami tahu ada pembalakan tapi tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya.

Ghazali berkata Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan 36,900 hektar itu menjadi nadi kehidupan penduduk di sekitarnya selama ini, yang terlibat dengan pertanian dan perikanan.

“Nelayan di Tasik Kenyir ada kira-kira 40 orang dari penduduk Jenagor dan Kg Dura. Bayangkan kalau pembalakan tidak dikawal dan apa kesannya kepada penduduk,” katanya.

Nelayan itu berkata pembalakan memang tidak berlaku di kawasan berhampiran dengan empangan tetapi di kawasan lain di Tasik Kenyir yang luas.

Tasik Kenyir, yang dibina pada 1985 untuk tujuan stesen janakuasa hidroelektrik, turut berfungsi untuk tebatan banjir.

Ia diapati Hutan Simpan Kekal Tembat di sebelah utaranya manakala di sebelah selatannya pula terletak Hutan Simpan Kekal Hulu Terengganu yang menganjur ke Taman Negara.

Air Terjun Lasir ditutup kerana pembalakan

Menceritakan lebih lanjut, Ghazali berkata kegiatan pembalakan sebelum ini pernah menyebabkan Air Terjun Lasir yang merupakan antara 14 kawasan air terjun semula jadi di Tasik Kenyir bertukar keruh dan berlaku hakisan tanah pada 2019.

Katanya kerajaan negeri juga mengakui pembalakan menjadi punca air keruh dan hakisan, dan kemudiannya menutup Air Terjun Lasir.

Malah dakwanya sepanjang lebih 60 tahun tinggal di situ, beliau belum pernah melihat gelongsoran bukit di kawasan hutan akibat hujan lebat dan banjir.

Katanya gelongsoran bukit itu boleh dilihat daripada rumahnya yang hanya kira- kira empat kilometer dari Empangan Kenyir.

Sementara itu aktivis alam sekitar, Suzairi Zakaria berkata hujan yang berterusan memang punca tanah runtuh ataupun fenomena kepala air sepertimana berlaku di Tasik Kenyir.

Bagaimanapun beliau berkata sudut lain seperti pembalakan dan penerokaan hutan juga perlu diambil kira kerana faktor itu turut menyebabkan proses hakisan akan bertambah buruk dan berlaku lebih cepat.

“Memang bila kerajaan negeri kata hujan lebat menjadi faktor gelinciran tanah dan banjir itu betul. 

“Namun pembalakan atau penerokaan hutan juga turut menjadi faktor yang menyumbang. Ia mempercepatkan proses hakisan dan bila hujan berterusan maka keadaan akan bertambah buruk,” katanya.

Aktivis itu yang aktif dalam pemuliharaan tumbuhan liar di kawasan pembalakan termasuk di Tasik Kenyir itu berkata aktiviti tersebut dikesan di Sungai Como dan Hutan Simpan Hulu Terengganu berdekatan Kampung Kemat.

“Pemerhatian kita mendapati berlakunya pembalakan di dua kawasan ini dan aktiviti itu aktif bermula pada  tahun lepas di Sungai Como dan 2019 di Kampung Kemat,” katanya.

Justeru itu beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kegiatan pembalakan di kawasan tasik tersebut.

Aktivis itu berkata jika aktiviti itu tidak dikawal ia akan menyebabkan kemusnahan habitat semulajadi biodiversiti dan spesis flora dan fauna.

“Ia juga akan menjejaskan kualiti air minuman kerana air tercemar dek kemusnahan beberapa lokasi penting.

“Ini mengakibatkan loji rawatan air tidak dapat memproses air dengan baik dan sudah tentu akan memberi kesan kepada kesihatan,” katanya.

Tambahnya isu mengenai pembalakan tidak terkawal dan kesan kepada alam sekitar sering disuarakan olehnya namun ia sering dipandang enteng pihak berwajib.

“Macam kerajaan negeri alasan mereka lulus lesen pembalakan kerana mereka fikir ia untuk hasil negeri.

“Tapi tidakkah mereka fikir bila bencana begini mereka perlu keluarkan wang untuk baik pulih kemusnahan lebih tinggi daripada apa yang mereka terima.

“Sebab itu kita berulang kali minta kawallah lesen, bukan tidak boleh ada pembalakan tapi kawal. Kita harap kerajaan negeri juga perlu memastikan tiada elemen rasuah dalam pengeluaran lesen,” katanya. – 7 Mac, 2022.


CARA MEMBACA

BERITA DI MALAYSIA

MASIH TEPAT

AMIN

APA YANG DINAFI

OLEH KERAJAAN

ITU ADALAH BETUL

AMIN

SEKALI LAGI

CARA MEMBACA

BERITA DIBUKTIKAN

BENAR DAN SAHIH

KHALAS

KEYAKINAN 

ORANG RAMAI

TERHADAP MENTERI

PEGAWAI KERAJAAN

MAKIN KUREEENG

KAH KAH KAH

LIHAT SAJA

BAGAIMANA NAJIB

NAFI

JO LO TERLIBAT

 DALAM PROJEK

 MENCURI DUIT 1MDB

AMIN

DULU BOLEH

BERJAYA  MENIPU

TAKDA MEDIA LAIN

SEKARANG

KANTOI MANTOI

AMIN

TERIMA KASIH

RONALD  REAGAN

KHALAS

BAHAYA LETERIK DALAM AIR

 



TNB tutup 40 pencawang susulan banjir kilat

TENAGA Nasional Berhad menutup 40 pencawang di Kuala Lumpur berikutan banjir kilat petang ini.

Dalam catatan Facebook, syarikat itu berkata, ia sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secara berperingkat ke kawasan yang terjejas.

“Usaha sedang dijalankan untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan terjejas dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” menurutnya dalam catatan itu.

Syarikat itu memberi amaran sekiranya banjir semakin teruk, pencawang berkaitan akan ditutup bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Jika banjir bertambah buruk, bekalan akan ditutup di pencawang elektrik yang terjejas bagi memastikan keselamatan pengguna tempatan.”

Hujan lebat petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian di ibu negara.

Gambar yang beredar dalam media sosial menunjukkan kereta tersangkut di jalan raya yang dinaiki air dan paras air meningkat di tempat letak kereta bawah tanah.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat kenaikan air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas adalah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di ibu negara dikategorikan sebagai berbahaya.

Dua stesen air di Gombak dan Bandar Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang berada pada tahap bahaya.

Dalam catatan Twitter, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa sedang bergerak pantas untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Beliau turut menggesa mereka yang berada di jalan raya supaya berhati-hati.

40 pencawang tersebut adalah:
1. Royal Cendana
2. Bukit Aman
3. Class G Qrt
4. PDRM Bukit Aman
5. Hospital Tang Lin
6. Tempat letak kereta Jalan Tanglin
7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya
8. Jalan Kebun Bunga
9. Jalan Young Stat
10. Pejabat Perancang Selangor
11. Banyan Tree Signature, Jalan Conlay
12. Amphitheater
13. The Royale Chulan Hotel
14. Pangsapuri Sri Jati, Jalan Jati
15. Kompleks Budaya Kraf
16. Restoran Sri Melayu
17. Rest Hotel, Jalan Jati
18. Kraftangan, Jalan Conlay
19. Hotel Westin
20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
21. Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang
22. Menara Keck Seng
23. Royal Selangor Golf Club
24. RHB
25. Wisma Inai
26. Bintang Goldhill, Jalan Tun Razak
27. The Forum
28. Jalan Bukit Bintang
29. Bukit Bintang
30. Ritz Carlton Hotel
31. Istana Johor, Persiaran Stonor
32. The Pearl, Jalan Stonor
33. Dua Residency, Jalan Tun Razak
34. Conlay Court
35. The Ascott, Jalan Pinang
36. Menara BIMB, Jalan Perak
37. Suria Stonor
38. MNI Tower
39. Hotel Impiana KLCC, Jalan Pinang
40. Lot 170, Jalan Perak. – 7 Mac, 2022.


 ESOK JANGAN

LUPA BELI

LILIN 

AMIN

LAMPU PICIT

DAN BATERI

AMIN

DAN SEDIAKAN

PELITA MINYAK

KHALAS

HUJAN TURUN TAK BERHENTI

 



7 sungai Lembah Klang lepasi paras bahaya

TUJUH sungai di Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan melebihi paras bahaya setakat 5.30 petang hari ini berikutan hujan lebat.

Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kesemua sungai terbabit menunjukkan aliran menaik sejak awal petang tadi.

Stesen sungai Klang di Jambatan Tun Perak merekodkan bacaan 30.12 meter. Bacaan biasa di sini ialah 25 meter.

Sementara itu stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur merekodkan bacaan 31.99 meter melebihi paras bahaya dengan bacaan biasa 29 meter.

Dua stesen air di Gombak, dan Bandar Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang berada pada paras bahaya masing-masing dengan bacaan 19.82m dan 24.66m.

Stesen Sungai Jenderam di Jenderam Hilir dan satu di Pulau Meranti merekodkan bacaan melebihi paras bahaya masing-masing dengan bacaan 12.42m dan 17.32m.

Stesen Sungai Klang di USJ 1 dilaporkan meningkat melepasi paras bahaya dengan bacaan 12.57m berbanding bacaan biasa 10.9m.

Menurut laman web itu, setakat 5.45 petang, paras air di Kedah, Selangor dan Johor kini berada pada tahap bahaya.

Hujan lebat petang tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian Kuala Lumpur.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat dinaiki air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Terdahulu Smart Tunnel menerusi Twitter memaklumkan terowong itu akan ditutup mulai jam 5 petang dan seterusnya bagi membolehkan air mengalir.

Berikutan hujan lebat dan banjir di sekitar Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad turut menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Senarai stesen ini boleh dilihat di FaceBook mereka.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerusi Twitter turut mengarahkan kementerian dan agensi berkenaan mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan semua.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkongsi gambar yang mana air telah memasuki rumah di kawasan Sungai Buloh.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Johor.

Sebelum ini, Hujan lebat pada 17 dan 18 Disember lalu menyebabkan banjir besar di beberapa negeri, termasuk Perak, Pahang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Bencana itu adalah luar biasa kerana banjir sekitar waktu itu lazimnya melanda negeri pantai timur. Ia menyebabkan lebih 70,000 orang kehilangan tempat tinggal serta meragut 55 nyawa.

Selangor adalah antara negeri yang paling teruk terjejas, yang mana beribu-ribu mangsa banjir telah dipindahkan. – 7 Mac, 2022.
 

KITA SEMUA

WAJIB BERJAGA

BERHATI  HATI

AMIN 

HUJAN TURUN

TIAP PETANG

AMIN

INI TANDA

PEMANASAN

DUNIA

AMIN

INI AMARAN

ALAM PADA

UMAT MANUSIA

AMIN

JIKA MANUSIA

MENERUSKAN

 GAYA HIDUP

SEPERTI SEKARANG

AKIBATNYA 

MALAPETAKA AKAN

AKAN SAMPAI

KHALAS

MULA MENCURI BILA KENA TANGKAP TERUS MENIPU

 



Speaker minta Najib jelaskan dakwaan kelirukan Dewan Rakyat

BEKAS perdana menteri Najib Razak telah diminta memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Ucapan Najib selaku ahli Parlimen Pekan, semasa membahaskan usul titah ucapan diraja pada 2 Mac, didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat.

Selain Najib, Azhar juga berkata beliau meminta penjelasan sama daripada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

“Saya sudah tulis kepada Pekan (Najib) dan menteri kewangan untuk beri satu penjelasan mengenai apa yang berlaku di Dewan Rakyat (minggu lalu).

“Saya masih tunggu jawapan. Saya sudah minta Pekan beri penjelasan pada Rabu.

“Tetapi saya tidak pasti sama ada beliau boleh penjelasan atau tidak pada hari itu,” katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Beliau meminta Azhar menjelaskan perkembangan usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua untuk merujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana cuba mengelirukan dewan dan menghina Parlimen.

Minggu lalu Rayer digantung sehari selepas ingkar arahan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor yang meminta beliau berhenti daripada mengganggu ucapan Najib.

Pua mengemukakan usul itu pada 3 Mac, sehari selepas ucapan Najib membahaskan titah ucapan diraja.

Usul dikemukakan mengikut Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Najib dalam ucapannya antara lain berkata kerajaan tidak mengeluarkan duit satu sen pun untuk membayar hutang pokok 1MDB.

“Ini palsu kerana kerajaan sudah membayar sebanyak RM8.8 bilion prinsipal dan faedah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan,” kata Pua.

Tengku Zafrul juga dalam penjelasannya sehari selepas ucapan Najib berkata kenyataan bekas perdana menteri itu tidak berasas.

Katanya, sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahukan penjelasan berhubung dakwaan Najib mengenai hutang 1MDB.– 7 Mac, 2022.

BERZIANA

DI PORT DIKSON

BOLEH MENIPU

AMIN

KERANA IMAM

DAN PEGAWAI

JAINS TAKUT

AMIN

NAK MENIPU

KEMENTERIAN

KEEWANGAN 

MUSTAHIL KERANA

DUIT KELUAR

MASUK ADA DATA

KHALAS

PUNDEK PUNYA

LANUN BUGIS

PARLIMEN PUN

NAK TIPU

KHALAS

KELUARGA CEKAI

 



KELUARGA CEKAI

AMIN

Unknown commented on

 "SAPA ADA OLIGARCH

 AKAN MENANG"

Bila di Pekan depan pengundi , depan wartawan, dalam TV bukan main punya baik cakap penuh gaya konon dia PM terhebat. tapi bila buat jahat nak suruh orang buat jahat jenayah bunuh orang, malaon celaka keluarga cekai ini kata: "Shoot to kill," sambil menunjukkan isyarat memotong leher. 


Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, "Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan." Selepas berbincang berkenaan cara melupuskan mayat, TPM mengarahkan saya untuk meletupkan mayat perisik asing tersebut dengan bahan letupan. Jika malaon celaka ini masih boleh lepas dari hukuman penjara, para pengundi di Pekan patut kejar celaka sial ini dengan cangkul. jika tidak pengundi di Pekan boleh korek tanah dan kampus kepala kalian.

BANJIR DI KUALA LUMPUR

 



Banjir kilat landa KL selepas hujan lebat

HUJAN lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, kata pihak berkuasa.

Mereka berkata, mereka masih menunggu laporan mengenai kawasan yang terjejas tetapi di media sosial, gambar dan video banjir menjadi tular.

Laporan awal menunjukkan Jalan Kuchai Lama terjejas teruk dengan beberapa jalan terputus susulan kenaikan air.

Antara kawasan terjejas adalah terowong Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Difahamkan, beberapa kawasan lain turut dilanda banjir kilat.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di Kuala Lumpur dikategorikan sebagai berbahaya.

Sementara itu dua stesen air di Gombak, Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang, turut berada dalam tahap bahaya.

Hujan lebat tahun lalu sebelum dan pada hujung minggu 17-18 Disember menyebabkan banjir besar di beberapa negeri termasuk bahagian tengah Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Ia luar biasa memandangkan banjir sekitar waktu itu lazimnya melanda negeri pantai timur.

Banjir itu menyebabkan lebih 70,000 orang kehilangan tempat tinggal dan 55 orang terkorban.

Selangor antara negeri paling teruk dilanda bencana yang mana beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan. – 7 Mac, 2022.

 AWAS

CUACA MAKIN

TIDAK MENENTU

AMIN

INI TANDA JELAS

DARURAT CUACA

SEDANG BERLAKU

KHALAS

YANG MISKIN PENGGANGUR PERLU SEX JUGA

 



MISKIN 

PENGANGGUR

PERLU SEX JUGA

KHALAS

Bini ompek commented on

 "WAL AUDI AL-KETATI

 MARAH"

HOOiii Tt...apa ke bangang ekau ni? Lelaki selagi masih berdaya berjalan dan makan tetap bernafsu kepada perempuan, tak kira lebai ke, hakim ke, atau ahli politik tetap bernafsu. Yang ekau pun bernafsu tapi tak berbini sebab tak berduit dan penganggur. Jangan cemburu dengan lebai...sebab lebai tahu kalau main perempuan tanpa nikah hukumnya haram. Ekau lain la !!!!macam kambing...

AWAS ! KL BANJIR

 



Banjir kilat landa KL

 selepas hujan lebat


Pihak berkuasa masih menunggu laporan mengenai kawasan yang terjejas tetapi di media sosial, gambar dan video banjir menjadi tular. – Gambar Twitter, 7 Mac, 2022


KALAU RETARD BUAT KACAU

 



JIKA PELACUR

RETARD BUAT KACAU

SABAH SARAWAK

AKAN BLAAAH

AMIN

ToraTora commented on

 "HAK SABAH SARAWAK"

Hak rakyat Sabah Sarawak perlu dipatuhi....hak Sabah Sarawak bukan seperti negeri-negeri lain di tanah melayu....perjanjian akad nikah Sabah Sarawak dgn malaya perlu dipatuhi.....kalau tak boleh patuh lepaskan saja kembali...

PERANG UKRAINE - KILANG SENJATA AMERIKA KAYA RAYA

 


PERANG UKRAINE

KILANG SENJATA

AMERIKA

KAYA RAYA

KHALAS

KEBENARAN DAAN SINDROM POLIS PENCEN

 


BERCAKAP BENAR

DGN JUJUR

SESUDAH PENCEN

AMIN

Unknown commented on 

"DAH BACA S.D AZILAH -

 SEBARKAN"

Baca Kembali SD Azilah. Bro, tak kan lu masih belum hadam prinsip 'bekas'atau prinsip 'orang pencen'. Sumer'kebenaran' hanya akan kuar setelah perkhidmatan rasmi berakhir. Kalu nak dapat kebenaran kena tunggu bekas banduan bekas polis bekas ketua setiausaha bekas ketua menteri bekas menteri besar bekas menteri bekas ahli korporat bercakap.

 Masa dlm perkhidmatan apa yg mrk cakap adalah benar belaka hanya setelah jd bekas barulah kebenaran yg sebenar menjelma. Memang benar kebenaran itu fungsi masa dia tidak konstan bro mcm sokong dan tak sokong anwar juga.




PAK LEBAI SUKA AYAM DANOK

 




 PAK LEBAI

SUKA AYAM DANOK

KHALAS

Unknown commented on

 "ZAHID TERUS 

TIBAI AL-KAWAHLI"

Dunia ini adalah Pentas Ujian Allah keatas manusia. Tak kira dia tu Jahil ke, Imam ke, Lebai ke atau Lanun ke. 2 element Ujian yang jarang insan yang sihat dan waras MENOLAK iaitu BUDU (Burit dab Duit). Masa aku kat Perlis dan setiap minggu ke DANOK nak pekena Tomyam, Masa itu harga getah tengah melambong. Aku nampak ramai Pakcik, Pak Ngah, AJK Kampong yang dah umur lebih setengah abad, pakai Kupiah masa lintas ImeGresen Bukit Kayu Hitam. 



Tapi bila lintas Imegresen DANOK, kupiah dah tak nampak, lipat masuk poket belakang seluar. Masa mundar-mandir di DANOK lepas jam 9.00 malam, selisih dengan Pak Ngah, Pakcik berkepit dengan NENG Songran. dalam disko dangdut, kita pula tak dapat berdangdut penuh dengan Pak Ngah, Pakcik. Itulah Ujian dunia mana boleh Tolak, tapi TOLAK MASOK ok. kah Kah Kah

PANDANGAN TEPAT DARI ANIFAH AMAN - SALUT

 

PANDANGAN TEPAT

DARI ANIFAH AMAN

AMIN

TABEK DAN SALUT

UNTUK SOSOK INI

KHALAS