Khamis, 20 Oktober 2022

HOT HOT TER KINI TER NOWW



 SATU LAGI

MANGSA PERANG

UKRAINE

AMIN

PADAN MUKA

KHALAS

BERIAT PELIK



 UKRAINE DAPAT

SENJATA DARI

AMERIKA & NATO

AMIN

TAPI BILA RUSIA

DAPAT SENJATA

DARI IRAN KENAPA

TAK BOLEH

AMIN

INI PUKIMAK PERANG

SAPA ADA SENJATA

NAK JUAL 

BOLEH BELI

KAH KAH KAH

KHALAS


KHEMAH ?


Agong seru calon, penyokong parti politik berhemah sepanjang kempen PRU15


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua calon dan penyokong parti politik supaya mengamalkan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bermula dari hari penamaan calon pada 5 November.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menasihatkan calon agar bertanding secara sihat dengan mengelakkan kempen menyerang dan akur dengan garis panduan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut hingga hari mengundi pada 19 November.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

GUA SILAP BACA

KAH KAH KAH

GUA BACA

KHEMAH

KAH KAH KAH

TAPI AGONG

KATA BERHEMAH

AMIN

KHALAS

ANAK BANDUAN MARAH


Kenapa Anwar boleh kempen tapi Najib tak boleh? – Yana


KUALA LUMPUR – Anak Najib , Nooryana Najwa mempersoalkan tindakan Jabatan Penjara melarang bapanya mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, larangan sedemikian tidak dikuatkuasakan terhadap  Anwar Ibrahim semasa Presiden PKR itu dipenjarakan dahulu.

WOIT

ANAK BANDUAN

DAH MARAH

KAH KAH KAH

GOLO DEK EEH

TAK DAPEK

NAK NOLONG

KAH KAH KAH

AMIN

NAJIB KENA TAMPARAN DALAM PENJARA

 



Banduan tak boleh keluar kenyataan kempen PRU15, kata Jabatan Penjara

MEREKA yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.

Beliau berkata larangan itu turut termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara… sememangnya tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Kalsom Nordin, di Melaka hari ini.

“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” kata Supri, serta menambah bahawa sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara. – Bernama, 20 Oktober, 2022. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SATU TAMPARAN

UNTUK

BANDUAN NEGARA

KAH KAH KAH

KAJANG TANPA

WAKIL

KAH KAH KAH

PANGKAH SEDU

 


PANGKAH SEDU

AMIN

SELAIN DARI

UMNO

KHALAS

Unknown commented on

 "PENYOKONG

 PAKATAN KECEWA"

Jangan pangkah umno pangkah selain umno .kata org kita tahu orang tu kafir kalau jht memang pun jht tapi jika orang yg tahu bab islam mencuri hukum apa .apa hukum orang kafir buat salah dgn orang islam buat salah yg sama contoh minum berzina hukum lebih berat .tu sebab dlm al quran imam bilal yg bersokong lebih teruk dari orang kafir

PERANG DIBAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL



PERANG DIBAYAR

DGN HARGA YANG

AMAT MAHAL

AMIN

PERANGAI JAHILIAH


PERANGAI

JAHILAH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"PAK LEBAI STIM
 TENGOK RAMBUT"

Kah kah kah... Arab tipu lobai. Lobai tipu melayu... Lobai stim tengok rambut... Tapi TT kalau lu perati botul botul... Lobai lobai ni bukang saja stim tengok rambut... Ado jugo yang tak tahan tengok bebudok lolaki... Habih bebudok ngaji agamo jadi mangsonyo... Tok dan nak habis menghafal dongeng arab... Ponggong dah buasir... Kah kah kah...



Unknown commented on
 "PAK LEBAI STIM 
TENGOK RAMBUT"

Agama sepatutnya menjadikan kita lebih baik, lebih toleransi, lebih manusia dari jahiliyah tapi apa berlaku, agamawan konon lebih baik, banyak contoh manusia lebih buruk seperti tontonwi, nenas bini orang, sondol belakang, lebai lagi songel, rasuah salah guna kuasa semua lagi hebat belaka kah kah kah

BANDUAN TAK BOLEH BERTANDING


BANDUAN TAK

BOLEH

 BERTANDING

KHALAS


Unknown commented on 
"NAJIB NAK JUGA BERTANDING"

Kepala lanun ini tak abis-abis dengan kepala batunya dan sikap kononnya dia lain dari lain kat dunia ini, boleh sesuka hati ikut apa dia nak, macam semua keadaan mesti patuh kepada dia, masih tak sedar dia dah dilaknat masuk penjara, nak merasa dilaknat lebih teruk oleh Yang Maha Esa ... Masa Mat Songel dan juga Rapizi pada 2018 dulu takde pun diorang gatal-gatal nak mintak menjadi calon pun.. sebab dioang sedar ikut peraturan mereka tak layak pun jadi calon.

PERANG UKRAINE MEREBAK KE BELARUS



PERANG UKRAINE

KINI MEREBAK

KE BELARUS

AMIN

SABTU 8 FEBUARI 1970

 



SABTU  8 FEBUARI 1970


Kadang kala dalam perjalanan hidup kita ini ada babak-babak yang tidak dapat kita  lupakan. Babak-babak ini terus menjadi ingatan kita. 

Kenapa babak-babak ini terus terikat dalam ingatan – satu soalan yang aku tidak memiliki jawapan yang ilmiah. Apa yang aku faham babak ini terus  menjadi  ‘spesial’ lagi istimewa dan tak hilang dari ingatan. 

Justeru ianya terus jadi ingatan sampai ke akhir zaman. Tidak terpadam-padam. Mungkin kabur tapi jika  terusik  di kilap maka ianya akan muncul segar bersinar.

Tapi ada juga babak hidup aku yang luncur  hilang. Tertiba seorang  kawan berkata ‘ ....kau dah lupa ke.. petang tu... kita jumpa dia kat Old Town Brickfeild.....’  

Dalam satu babak yang sama ada ramai  yang  terlibat bermain termasuk aku sendiri. Mungkin babak ini akan  terus menjadi ingatan atau mungkin  akan terlupa.

Pada hemat aku ada babak   meluncur hilang kerana aku tidak anggap  ianya penting. Justeru ingatan itu tidak tersimpan. Walhal babak yang sama menjadi  ingatan kepada kawan-kawan yang ada bersama ketika babak ini berlaku. 

Dalam perjalanan hidup  yang terpencar-pencar ada  yang berlaku pada diri kita tak jadi  ingatan. Walhal perkara yang sama berlaku pada Si Polan yang lain  akan menjadi  ingatan untuk mereka.

Kita juga ada menyimpan ingatan yang  memang  sengaja kita simpan. Babak yang  tak mungkin ‘terdelete’ dari ingatan.

Pasti kita  ingat kali pertama kita bertemu Si Minah  Cun itu.  Tangan dipegang kata di lafaz. Berjanji seia sekata untuk sehidup semati. Atau kali pertama terlihat muka   Si Mamat yang kacak itu. 

Mustahil aku akan melupakan kali  pertama aku jatuh cinta. Kali pertama  aku ditinggal kekasih. Kali pertama menerima surat ‘ Selamat tinggal Joe....’

Aku ingat lagi linangan air  jatuh berderai seolah-olah  dunia ini telah  runtuh. 

Ingatan genre ini hanya ada dalam pita rakaman peribadi dan tidak dikongsi justeru tidak menjadi tajuk perbualan atau bahan gelak ketawa.

Pada Khamis 6 Februari 1970 aku berada di MCKK.  Ketika itu aku tinggal  di Pavilion dalam dormitori  yang aku namakan Dorm Kapal Haji.  Nama ini muncul kerana beg pakaian yang kami bawa dari kampung tidak kami simpan ke dalam stor. Beg-beg ini masih tersusun dalam dorm sama seperti dalam kapal  membawa bakal haji ke Mekah.

Hari Khamis itu ialah   hari Tahun Baru China. Tidak ada apa yang istimewa berlaku pada hari itu.  Sekolah bercuti.   Esoknya Jumaat seperti biasa  sesudah loceng tengah hari berbunyi kami satu sekolah ke Masjid untuk sembahyang Jumaat.

Sabtu pagi 8  Februari  di Dorm Kapal Haji ‘inspection’ berjalan. Rambut dipastikan pendek. Kelengkapan mandi terurus baik. Lokar kain baju  dan  buku teratur  dan tersusun. Kasut kulit  hitam telah di kiwi licin.  Selesai inspection pagi Sabtu aku ingin keluar ke pekan Kuala. 

Di Kuala Kangsar ada tiga buah panggung – Rex, Cathay dan Capitol. Hujung minggu pasti ada filem Inggeris yang disediakan untuk Budak Koleq. 

‘ Herman.... kau nak ke town nak nengok filem apa...’  Anwar Rahim a.k.a Wabbit  warga Kapal Haji dari aliran Sains. Katil Anwar di hadapan katil aku.

‘ Tak pasti... tengok apa yang ada....’  Aku menjawab.

‘ Chinese New Year ni... takda apa spesial....’ Anwar bertanya.

‘ Ooo.... betul juga entah... mungkin filem  kung fu Bruce Lee....’ Aku melawak.

‘ Ah laaaa kat Koleq ni... Chinese New Year takda apa-apa...masa aku sekolah di Kuantan ramai class-mate China... leh gi beraya....’ Anwar teringat zaman sebelum masuk MCKK.

Anwar  Wabbit ini  sama macam aku masuk ke MCKK dari Tingkatan Enam.

Anwar  mengingatkan aku tentang Tahun Baru China yang di Jelebu.  Di Kuala Klawang ketika Tahun Baru China aku akan pergi bertandang makan kuih bulan, minum air botol dan makan kacang di rumah kawan aku Lee Keong.

‘ Di Kuala ni kita tak  ada kawan China....’ Anwar bersurah

‘ Ah Seng tukang dobi adalaaah...’ Aku menjawab.

Tertiba muncul Ibrahim Salleh a.k.a. Yok  yang katilnya di sebelah katil aku.

‘ Yuk Keong ada..  tukang jahit MCKK... baju semua tempah pada dia.. boleh raya rumah dia....’ Yok memberi ingatan.

‘ Rumah dia kat mana ....’ Aku bertanya. 

Kedai  jahit Yuk Keong ini antara beberapa  kedai tukang jahit dalam Bazar Kuala Kangsar. Tukang jahit ini  popular dan dilanggan oleh Budak Koleq. Aku juga pernah menempah uniform sekolah dengan seluar putih bell-bottom yang menjadi  fesyen ikutan  ketika itu.

Yok, Wabbit dan aku mula merancang. Tanpa di sengaja kami kini memasang niat  untuk pergi berhari raya ke rumah tukang jahit  Yuk Keong.

Lepas makan tengah hari  dua lagi warga Dorm Kapal Haji – Hatta Shahrom dan Mahmud Awang Kecik -  ingin bersama ke rumah Yuk Keong. 

Kami menapak ke arah Panggung Kapitol kemudian menyimpang ke kawasan perumahan China di tepi pekan Kuala.

Rumah papan atas tanah di keliling banyak pokok-pokok buah.  Mungkin tanah setinggan.

‘  Well come... masuk masuk... ‘ Tuan rumah menyambut kami masuk.

‘ Happy New Year.... Kong Hee Kong Hee...’ Yok bersuara.

Kami masuk dan duduk di kerusi ruang tamu.  Di atas meja satu bungkus  Kacang Mengelembu sudah terbuka. Sepinggan kuih pau bersama kuih bulan terhidang.

 Ini pasti kuih pau dari Restoran Yut Loy yang memang popular  di kalangan Budak Koleq.


Di meja kecil ada berapa minuman ringan dalam tin. Juga beberapa botol  air soya dan sebaris botol Tiger beer.

‘ Please... help your self.... any drink... ada air kacang... coke ada... beer ada....’ Tuan rumah menjemput.

Bila mendengar beer  - kami berpandangan sesama sendiri. Tanpa  perlu dipelawa  sekali lagi Tuan Rumah membuka beer dan menuang  ke dalam lima gelas.

Wabbit mengambil rokok Benson dari atas meja dan terus menghisap rokok. Melihat Wabbit merokok yang lain pun ikut sama.

Kami semua bukan perokok. Tapi petang itu kami nak merayakan rokok tukang jahit kami.

Kami tahu apa yang kami buat. Aku tahu apa yang aku minum. Aku tahu apa yang aku hisap.

Rokok di bibir , tangan kiri  aku mencapai kacang. Sambil merokok. sambil minum Tiger beer sambil kami makan kacang,  kuih pau, kuih   kapit  dan kuih bulan.

Kami betul-betul merayakan Tahun Baru China 1970.

Untuk aku ini bukan kali pertama aku  minum beer. Kawan-kawan yang lain aku tak tahu. Apakah  ini kali pertama mereka minum beer. 

Di Jelebu lagi aku telah beberapa kali minum beer.  Cuba-cuba minum  bila di beri secawan beer ketika kami berkelah di Bukit Tangga. Siapa membawa beer aku tidak tahu. Yang aku ingat itu kali pertama aku minum Tiger beer. 

Begitu juga rokok. Menghisap rokok bukan satu yang asing dalam budaya Melayu  kampung. Jika ada kenduri kendara akan keluar bujam dengan rokok , sirih, pinang dan tembakau. Ini adat budaya budi bahasa Melayu Kampung.

Wan Rahmah aku sentiasa ada  tembakau dan daun pucuk tersimpan dalam  bujam. Bila tamu datang ke rumah  bujam dan tepak sirih akan sampai dulu untuk menyambut tamu sebelum teh atau kopi   dan biskut kering menyusul.

Aku rasa Mahmud Awang Kecik  anak sempadan Siam dari Rantau Panjang pasti lebih berpengalaman dari aku.

Aku membuat andaian  ini kerana Mahmud pernah menunjukkan pada aku  majalah porno xxx yang dibelinya di Golok. Tidak cukup dengan majalah porno – Mahmud juga  membeli panties  seluar dalam perempuan untuk dijadikan seluar dalam dirinya. 

Aku terperanjat besar melihat  dia memakai panties sebagai seluar dalam. Tapi tak siapa yang tahu kerana  seluar dalam ini tersorok dalam seluar.

Sedang kami seronok  bersembang merokok dan berTiger  tertiba  kedengaran bunyi basikal  sampai. 

Kami berpandangan. Apakah ada lagi  tamu sampai walau pun hari dah  petang.

Aduh !  Ini basikal prefect.

Belum sempat kami lakukan apa-apa dua prefect – Jamil dan Abu Bakar Che Man  - telah muncul di muka pintu. Beer kami masih berbuih dalam gelas dan asap rokok masih berkepul-kepul memenuhi ruang  tamu.

Merokok dan minum beer satu kesalahan di MCKK.

Lima kepala berpandangan sesama sendiri. Debaran hati hanya diri kami sahaja yang tahu. Bahan bukti dilihat jelas di atas meja.

Wabbit mengenyit mata aku. Aku mencuit Hatta. Yok melihat apa yang berlaku. Mahmud faham duduk keadaan

‘ Yuk Keong.... Happy New Year.... we go first...’ Yok meminta diri.

‘ Kong Hee Kong Hee...’  Aku menyampuk.

Dua prefect mengambil tempat kami. Kami bangun dan berundur keluar.

Kami menapak  pulang ke asrama.

‘ Kau ingat  dua ekor tu lapor kita pada HM  taak .... ‘ Aku bertanya dalam keadaan risau.

‘ Dia orang lepas kita belah..... akan minum sama...’ Yok menyedapkan hati dengan pandangan positif.

‘ Apa akan jadi pada kita....kena expell ke ...’ Hatta Shahrom bertanya. Kerisauan amat jelas.

Kami semua tahu apa yang telah kami lakukan. Apa yang merisaukan kami ialah kami tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Jamil dan Abu Bakar ini semuanya dari aliran Sains. Untuk aku mereka ini aku  anggap ‘ square’ kerana itu mereka  diangkat  menjadi prefect.

Mengikut kata Ghani kawan baik aku  Abu Bakar ini muka ‘ belia’. Ini konsep anak muda Johor.  Awalnya aku tak faham apa yang dimaksudkan oleh Ghani sebagai muka belia. 

‘ Herman.... belia ni.... tak cool..macam hippi yang rambut panjang...’ Ghani menerangkan.

Kami sampai ke asrama.  Kami berlagak seperti tidak ada apa-apa berlaku.   Petang sampai kami menukar pakaian.  Sabtu malam ada tayangan filem di Dewan Hargreaves. Relax menuntun filem.

‘Jangan buka cerita pada sapa-sapa... nanti heboh...’ Yok a. k. a  Ibrahim Saleh anak Seberang Takir memberi arahan.

Selesai malam Sabtu. Masuk Ahad. MCKK masih lagi bercuti.  Senin satu Koleq akan berhimpun di Dewan Hargreaves. Apakah nama kami akan naik. Apakah laporan dah sampai ke meja Guru Besar. 

Apakah kami akan kena rotan – public canning -  di hadapan semua pelajar.  Soalan- soalan tanpa jawapan. 

Hati berdebar menunggu pagi Senin hari Perhimpunan Resmi sekolah.  Apakah nama kami akan dipanggil. (TT) 
( akan di sambung)


TULISAN INI JUGA
DISIRKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/10/20/8-februari-1970


YUSOFF RAWTHER MENANG


Yusoff Rawther menang saman fitnah setiausaha akhbar Anwar

MUHAMMAD Yusoff Rawther menang saman fitnah terhadap setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berhubung satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jun 2019, kata peguamnya Tetuan Haniff Khatri.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Ishak Bakri dalam keputusannya hari ini memutuskan bekas pembantu penyelidik Anwar berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.

“Kesemua pembelaan yang dibangkitkan oleh defendan adalah gagal dan tidak diterima oleh mahkamah,” kata Tetuan Haniff Khatri dalam satu kenyataan.

Dalam keputusannya, mahkamah memerintahkan Tunku Nashrul membayar gantirugi am RM200,000.00 dengan faedah 5% setahun bermula tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Beliau juga diperintah membayar kos perbicaraan RM25,000 kepada Yusoff.

Mahkamah juga mengarahkan Tunku Nashrul menarik balik kenyataan medianya dan menerbitkan satu permohonan maaf dalam tempoh 45 hari dari hari ini.

Tunku Nashrul juga dilarang mengulangi tuduhannya terhadap Yusoff melalui satu perintah injunksi.

Saman Yusoff yang difail pada 12 September 2019 mempertikaikan kenyataan media Tunku Nashrul yang mendakwa antara lain kononnya beliau hanya penyelidik sukarela dan sudah dibuang kerana masalah disiplin dan dadah.

Kenyataan media itu juga menafikan dakwaan Yusoff bahawa beliau diserang secara seksual oleh Anwar sekitar Oktober 2018.

Pejabat Peguam Negara pada Januari 2020 memutuskan tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.

Yusoff kemudian memfailkan saman sivil terhadap Anwar sementara Anwar mengemukakan tuntutan balas terhadapnya. – 19 Oktober, 2022.     

TAHNIAH

YUSUF RAWTHER

AMIN

AKHIRNYA

TERBUKTI KAMU

DIPIHAK BENAR

AMIN

KHALAS

KEMPEN WAJIB MENGUNDI


Tiada jaminan ramai pengundi kali pertama keluar mengundi, kata pemerhati

PENINGKATAN bilangan pengundi baharu susulan kemasukan Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik mungkin tidak menjamin peratusan keluar mengundi yang tinggi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pemerhati politik.

Mereka berkata terdapat beberapa faktor yang boleh menghalang pengundi kali pertama daripada menggunakan hak mereka dan terpulang kepada parti politik untuk meyakinkan mereka keluar pada hari pengundian.

Jumlah pemilih berdaftar di Malaysia kini mencecah 20.6 juta orang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 5.61 juta pemilih baharu. Sebagai perbandingan, pada PRU 2018 terdapat hanya 14.9 juta pemilih berdaftar.

Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisomuddin Bakar memberitahu The Malaysian Insight terdapat tiga segmen pengundi kali pertama dengan setiap kategori mempunyai keutamaan tersendiri.


Beliau berkata peluang terbuka kepada semua parti untuk memenangi pengundi kali pertama jika mereka dapat memenuhi keperluan dan membuat tawaran lebih baik kepada kumpulan itu.

“Terdapat pemilih berusia umur 18 hingga 20 tahun yang kini mendaftar dalam sistem pilihan raya, kemudian anda mempunyai pengundi kali pertama yang tidak layak mengundi (dalam PRU lalu) tetapi kini layak, serta pengundi kali pertama yang tidak pernah namanya didaftarkan walaupun layak dari segi umur.”

“Bagi pengundi muda yang pertama kali mengundi, mereka lebih kritikal bagi sesebuah parti politik dan juga kerajaan. Mereka sedar situasi politik dan terkesan dengan kos sara hidup.”

“Tetapi bagi mereka yang lebih tua, yang juga pengundi kali pertama, mereka menyatakan dengan jelas tidak berminat untuk mengundi. Mereka akan membuang undi,” kata Hisomuddin.

Bagaimanapun, katanya terdapat golongan tertentu dalam kalangan belia yang mungkin tidak keluar mengundi sebagai tanda protes serta pengundi atas pagar yang mungkin menunggu sehingga saat-saat akhir untuk keluar mengundi.

“Dalam segmen belia, ada tiga kumpulan. Terdapat kumpulan yang tidak akan menyokong pilihan raya. Mereka membantah kerana berasa mungkin akan dikhianati lagi.”

“Kedua, pengundi atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi menunggu untuk mendengar tawaran daripada parti politik dan akan mengundi sebaik sahaja tawaran dibuat.”

“Dan golongan ketiga ialah belia yang tinggal bersama ibu bapa mereka. Kumpulan ini akan mengundi mengikut kehendak ibu bapa dan tinggal di kawasan luar bandar.”

“Menariknya, kali ini peluang terbuka untuk semua pihak. Siapa yang boleh membuat tawaran lebih baik atau mana-mana parti yang boleh menjamin kerajaan stabil atau mewujudkan peluang pekerjaan serta menyelesaikan masalah negara berpeluang memenangi undi daripada pengundi kali pertama,” kata Hisomuddin.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang dikenali sebagai Undi18, menurunkan umur minimum pengundi dan calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun. Akta itu juga termasuk pendaftaran pemilih automatik.

Kini terdapat tambahan 1.06 juta pengundi di Selangor, diikuti Johor (748,955), Sarawak (665,543), Perak (495,190) dan Sabah (481,477).

Jumlah di Perlis, Putrajaya dan Labuan meningkat masing-masing sebanyak 41,746, 19,670 dan 17,044 pengundi.

Pandangan ahli akademik Dr Mazlan Ali juga tidak jauh berbeza daripada Hisomuddin dengan berkata jika bilangan pengundi kali pertama meningkat pada hari pengundian, keputusan itu mungkin memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau meramalkan tidak ramai pengundi kali pertama akan keluar pada hari pengundian, dengan mengambil contoh pilihan raya negeri Johor.

“Berdasarkan kajian saya, pengundi kali pertama tidak mengetahui situasi politik semasa dan kemungkinan tidak akan mengundi adalah tinggi, melainkan parti politik mampu meyakinkan mereka,” kata Mazlan.


SEMUA PARTI

YANG NAK

LAWAN BN

WAJIB KERJA

KERAS  

AMIN

KEMPEN KAU KAU

MINTA RAKYAT

TURUN MENGUNDI

AMIN

KHALAS

APA HUKUM BERI UNDI PADA PENCURI


YA USTAD

APA HUKUM

BERI UNDI PADA

PENCURI

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "SUNNAH WAL RASUAH"

Smlm di TV gwa tingok Mael Bera lps bagi ucapan berapi rapi terus jln terkangkang kangkang nerpe tangan Zahid yg panjang tangan utk bersalaman dengan penoh hormat ..nak tanyo ngapa kita kena sokong pada penchurik ..apa oookoman nyo TaT jiko kito bori undi pado penchurik ..



Unknown commented on
 "SUNNAH WAL RASUAH"

Memang betul la semua orang nak luit sebab nak idup ini mesti ada luit tapi bukan sampai mengambil hak orang atau ambil secara percuma tanpa apa-apa usaha atau jual beli atau yang setaranya. Mesti ada rasa malu la bila ambil luit begitu saja. Tapi apa salahnya dapat luit yang diperolehi dari gaji yabg telah ditetapkan sebagai ahli parlimen apabila dia dah jalankan usaha dan kerja sebagai ahli parlimen bukannya mengugut atau memibtak yang bukan haknya atau hasil usahanya.

SEKAWAH GULAI BABI



SEKAWAH

GULAI BABI

CEKEK

 RAMAI RAMAI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"SUNNAH WAL RASUAH"

Hadi dh bertahun rasuah surga pada walaun.. Ujung2 letak babi dlm gulai kawah..pak lebai dgn walaun pon Cekek ramai2.. Sodap gak gulai kawah d lotak kn babi