Rabu, 30 November 2022

KE ARAH PERANG NUKLEAR ??



KE ARAH 

PERANG NUKLEAR

 ?

KHALAS

ADA SYOR DARI MAJLIS RAJA RAJA


Majlis Raja-Raja syor PM tidak campur tangan dalam badan pelantikan hakim


Majlis Raja-Raja hari ini mengesyorkan supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam pelantikan lima wakil dalam Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC), sebuah badan yang memberikan cadangan calon untuk menjadi hakim mahkamah.

Ia adalah susulan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang berjalan selama dua hari di Istana Negara bermula semalam.

Dalam kenyataannya, Majlis Raja-Raja berkata struktur JAC ketika ini mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki, di samping turut mengatakan keanggotaannya adalah kritikal bagi memastikannya terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

Ketika ini, empat dari sembilan anggota JAC adalah terdiri daripada hakim-hakim kanan, sementara lima lagi anggota adalah lantikan perdana menteri.

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak dalam JAC.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz turut menggesa supaya struktur dinilai semula dengan rundingan bersama kerajaan, anggota JAC dan pihak berkepentingan lain yang relevan.

“Sekiranya semua ini dilaksanakan, Beta yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah di kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil."

JAC ditubuhkan pada 2009 bagi memastikan dan mengemukakan syor pemilihan yang setara dalam pelantikan calon untuk pertimbangan perdana menteri.

Pengkritik mempersoalkan peruntukan yang membolehkan perdana menteri melantik majoriti anggota suruhanjaya tersebut, selain kuasanya dalam menggugurkan mereka daripada badan itu, mengatakan ia menunjukkan wujud naungan politik dalam badan kehakiman negara.

SOKONG

WAJIB SOKONG

KHALAS

SYOR YG BAIK

UNTUK TAMBAH

BAIK BADAN

KEHAKIMAN

KHALAS

GUNA KUASA


Anwar tidak boleh guna polis diamkan pengkritik, kata kumpulan peguam


ANWAR Ibrahim tidak boleh menggunakan kuasa polis terhadap mereka yang mengkritiknya, kata Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.

Pengarah LFL Zaid Malek dalam satu kenyataan berkata tindakan sedemikian oleh kerajaan baharu yang menjanjikan pembaharuan sama sekali tidak boleh diterima.

“Perdana menteri tidak mempunyai status istimewa di sisi undang-undang, dan tidak boleh mengarahkan polis untuk mempertahankan reputasinya.

“Adalah satu penyalahgunaan kuasa bagi perdana menteri untuk mengarahkan siasatan polis terhadap individu yang membuat tuduhan terhadapnya, kerana beliau adalah pihak yang berkepentingan,” kata Zaid.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil pada Isnin yang Anwar mengarahkan polis membuka siasatan terhadap individu yang membuat tuntutan fitnah atau keterlaluan terhadap perdana menteri.

Zaid berkata Anwar, yang dilantik sebagai perdana menteri ke-10 negara pada 24 Nov, boleh memfailkan saman fitnah di mahkamah sivil jika berasa tidak puas hati dengan komen buruk.

“Tugas polis adalah untuk mencegah jenayah, bukan untuk melindungi perdana menteri daripada penghinaan atau kritikan,” tambahnya.

Zaid menegaskan sejak kenyataan Fahmi, polis memanggil Ahli Parlimen Baling Hassan Saad untuk disoal siasat kerana didakwa menuduh Anwar ejen Israel.

Beliau disiasat antara lain di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini malah bertentangan dengan janji Pakatan Harapan sendiri dalam manifestonya untuk memansuhkan Seksyen 233. Hakikat yang siasatan polis nampaknya atas perintah Anwar adalah tidak wajar dan berpotensi menyalahi undang-undang.”

Beliau menambah kerajaan Anwar mesti mengelak mengulangi tindakan kerajaan terdahulu jika mahu memperkasakan kebebasan bersuara dan budaya demokrasi. – 30 November, 2022.

WOIT

ANCAM GUNA

POLIS SPRM

LHDN

KAH KAH KAH

INI PEKARA BIASA

UNTUK MEREKA

YANG BERKUASA

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

SALAH GUNA

KUASA

AMIN

KALAU TIDAK 

HILANG KUASA

KAH  KAH KAH

KHALAS

BUAT LAPORAN LENGKAP



PAS salah guna bantuan tunai untuk raih undi, kata Umno Terengganu

UMNO Terengganu menggesa agensi antirasuah menyiasat PAS atas dakwaan salah guna dana kerajaan negeri bagi mendapat sokongan pengundi dalam PRU15.

Ketua pergerakan itu Ahmad Said mendakwa, dana yang disalahguna itu melibatkan tiga skim bantuan tunai kepada rakyat Terengganu – I-Belia, Dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat.

“Ia diagihkan secara terbuka malah ada dibuat di markas-markas PAS sepanjang tempoh kempen dari 5 hingga 18 November lalu.

“Pemberian dana ini adalah tindakan merasuah membeli undi pengundi untuk menyokong mereka dan ia jelas merupakan kesalahan yang wajar disiasat,” kata bekas menteri besar itu.

Ahmad berkata Umno Terengganu sudahpun membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam berhubung dakwaan tersebut.

Tambahnya, SPRM juga perlu menyiasat sumber dana besar yang digunakan PAS dan gabungan parti itu, PN dalam PRU15.

Katanya lagi, dana berkenaan menunjukkan PAS tidak mendapat sokongan sebenar pengundi muda kerana ia hasil dari rasuah memberi wang untuk mendapatkan undi.

“PN dan PAS tak payah bangga orang muda sokong mereka. Mereka tak pernah fikir masa depan, agama bangsa tanah air asalkan mereka dapat duit,” katanya.

Ahmad juga kesal kerana SPRM masih belum menyiasat perkara itu sedangkan bukti sudahpun dikemukakan.

“... Dah ada bukti gambar, video di media sosial tak nak siasat juga,” katanya dalam sidang media selepas sidang DUN di Wisma Negeri, Kuala Terengganu hari ini.

Kerajaan negeri membuka pendaftaran i-Belia yang juga dinamakan i-Perantau pada 16 September lepas dengan peruntukan lebih RM20 Juta.

Penerima skim Dana Ibu Tunggal bagi bayaran RM150 pula mula didaftarkan 24 Ogos hingga 3 September manakala bayaran RM300 kepada penerima Pencen Rakyat bermula 16 September.

Aduan ke SPRM itu menyusuli pendedahannya minggu lalu bahawa PN membelanjakan sejumlah dana yang berlebihan di negeri itu dalam PRU15.

Isu sama dibangkitkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang mendakwa PN menjadi gabungan politik paling kaya kerana menerima projek bernilai berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.

Dalam PRU15, PN menang 44 dari kesemua 73 kerusi PN termasuk melalui calon dengan keahlian terus, Shahidan Kassim yang menang kerusi Arau.

Di peringkat DUN, PAS menang 14 kerusi di Perlis, 26 kerusi di Perak, 17 kerusi di Pahang.

PAS juga menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 di Kelantan buat pertama kali dalam sejarah.

Ia berjaya menewaskan semua pencabar, termasuk Ahmad di Kemaman, dan wakil rakyat PAS Khairuddin Aman Razali di Kuala Nerus yang bertanding di bawah tiket BN. – 30 November, 2022.

WOIT

MENGGESA SAJE

TAK GUNA

AMIN

BUAT LAPORAN

LENGKAP DGN

BAHAN BUKTI

AMIN

KALAU TIDAK

SEMUA DIANGGAP

KHABAR ANGIN

DARI PARTI

YANG KALAH

KAH KAH KAH

KHALAS

YAHUDI DAN ELON MUSK


YAHUDI DAN

ELON MUSK

AMIN


Unknown commented on 
"INTERNET BAWA 
PENCERAHAN DAN KEKARUTAN"

Politik ni lain bro, ko brilliant tapi tak pandai ambil hati kawasan ko, lingkupla. Ko penyamun, tapi pandai ambil hati kawasan, berjaya bro. Org kampung dengan org bandar lain kehendak. ko letak la Elon Musk bertanding kat eprmatang pauh, gerenti kalah kah kah kah kah

Unknown commented on
 "AWAS ! 
BAHAYA ZIONIS MERESAP"

Cerita Yahudi, cerita Zionist akan tenggelamkan curi rasuah dibuatra mudah tipu, entah betul atau tidak, dalam Malaysia kalau cerita semestinya betul begitu tahap pemikiran orang Kita yang terlalu taksub takut kerana agama bangsa negara tapi rasuah curi curi biasa biasa saja kah kah kah apa lah otak zaman 2022 pun begitu, masih nak unta Ker atau nak pakai Audi, nak susu nenas atau tidak, cermin lah diri bagi oksigen masuk kepala sikit, longgar serban sikit supaya udara masuk sikit sudah kah kah plot sama, cerita sama sejak 1998 kah kah kah

XI JIN PING NAK DI JATUHKAN



XI JIN PING

NAK DIJATUHKAN

KHALAS

SEMUA PROJEK AMERIKA



SEMUA PROJEK 

AMERIKA

KHALAS



Unknown commented on
 "AWAS ! 
BAHAYA ZIONIS MERESAP"

Ada beza ka taliban dengan zionis?

HUJAN LEBAT TURUN


RABU 30/12/2022

JAM 3. 45 PETANG

KILAT PETIR GURUH

HUJAN LEBAT TURUN

AMIN



PENJUAL KARUT



MENIAGA

 KUIH KARUT

KHALAS

Unknown commented on 
"INTERNET BAWA PENCERAHAN DAN KEKARUTAN"

ketika PN menghamburkan kebencian keatas bangsa lain,agama lain, ketakutan kpd DAP dan lain2..mana hilangnya majlis ulama?apakah majlis2 ulama membenarkan kebencian ini diteruskan oleh agamawan? bahkan gua nurul izzah ditewaskan oleh seorg ust yg makan upah dari dap dan ust memghamburkan kebencian secara tidak langsung? gua ada tonton video tiktok ust tersebut,beliau bercerita mengenai seorg mayat perempuan pelacur.ketika jenazah dimandikan, seorg prempuan yg memandikan jenazah itu telah menepuk beberapa kali di kemaluan jenazah tersebut sehingga tangan perempuan tersebut melekat dikemaluan jenazah tersebut.imam maliki telah dipanggil utk menyelesaikan masalah tersebut.apa yg gua fikir adalah, jenazah adalah seorg islam sb jenazah dimandikan, dan paling pelik ialah perempuan itu pelacur? bagaimana dikota madinah ada pelacur sdgkan kota madinah terdpt makam nabi,keluarga dan sahabat2 nabi yg rapat?ataupun cerita tersebut cuma labon sang ust kpd org kampung yg terlopong mulut tanpa usul periksa dan pertanyaan.kerna islam dimalaysia adalah islam one wang, islam taklim tiada taklum..sgt2 pelik selepas kewafatan nabi dan para sahabat, masih ada perempuan agama islam yg bekerja sebagai pelacur

WAL KARUTON NAIK KE BULAN


MIN KOM

WAL KARUTUN

IL KAPIRON

NAIK KE BULAN

KHALAS

ZAHID JADI TPM ?


Zahid mungkin TPM pilihan Anwar, kata sumber

ANWAR Ibrahim berkemungkinan besar menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri bagi membentuk kerajaan yang stabil, kata sumber parti.

Presiden Umno yang berdepan kemelut itu adalah pilihan kontroversi dan menjadi sasaran utama musuh politik, pengundi malah ahli partinya sendiri pada kempen pilihan raya 19 November lalu dan hampir tidak mengekalkan kubu kuatnya di Bagan Datuk apabila menang dengan majoriti hanya 348 undi.

Di sebalik pergolakan dalaman itu, Zahid yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatat sejarah paling buruk dalam pilihan raya umum apabila BN hanya menang 30 kerusi Parlimen, menjadi penentu pembentukan kerajaan baharu dengan menyokong Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar.

PH menang 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang memperoleh 73 kerusi.

“Realitinya Zahid membantu Anwar untuk menjadi PM dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN,” kata satu sumber rapat mengenai pembentukan Kabinet Anwar.

“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,” katanya.

Seorang lagi timbalan dikatakan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana Anwar berkata, beliau akan menamakan dua bagi jawatan itu yang merupakan konvensyen politik dan bukannya mengikut peruntukan perlembagaan.

Kabinet baharu mungkin dinamakan seawal hari ini tetapi The Malaysian Insight difahamkan perdana menteri mempunyai masa hingga hujung minggu ini untuk mengemukakan senarai kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 Khamis lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Parlimen tergantung tanpa ada gabungan yang meraih majoriti mudah. Baginda menamakan Anwar sehari selepas menjemput beliau dan Muhyiddin untuk membentuk kerajaan perpaduan. Muhyiddin bagaimanapun menolaknya.

“Setiap gabungan atau blok yang menyertai Anwar membuat permintaan mereka tetapi beliau menjelaskan ia satu Kabinet kecil jadi beliau perlu memastikan mereka yang dipilih dapat mengekalkan penyokong mereka.

“Hanya Zahid bagi BN. Tiada siapa boleh melaksanakan tugas itu,” kata seorang sekutu Anwar.

Zahid sendiri adalah sekutu Anwar sejak zaman awalnya dalam Umno. Beliau ditahan hampir dua bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan sehari selepas Anwar ditangkap atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat pada September 1998.

Pengkritik marah minggu ini mengenai spekulasi Zahid boleh menjadi timbalan perdana menteri, menyatakan beliau masih mempunyai 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram walaupun dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah September lalu.

Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan setiap pandangan dalam menamakan Kabinetnya tetapi tidak menolak sebarang nama daripada 147 ahli Parlimen lain dalam kerajaannya.

Selain Zahid, calon lain BN bagi jawatan itu adalah ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan walaupun sebelum ini beliau berkata, BN harus berkecuali dan kekal sebagai pembangkang dalam persaingan untuk membentuk kerajaan.

Sumber BN berkata Anwar mempunyai pilihan tetapi sebaliknya boleh berlaku jika BN menyokong PN untuk membentuk kerajaan.

“Kami berdebat mengenai Zahid minggu ini. Bayangkan jika Perikatan berkuasa, kami akan mempersoalkan sama ada Hadi Awang patut menjadi timbalan perdana menteri. Bayangkan ia dahulu,” katanya merujuk kepada presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mana partinya adalah parti Melayu terbesar memenangi kerusi pada PRU15 dengan 43 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

“Dibandingkan dengan Hadi, Zahid lebih baik. Dan beliau pernah menjadi TPM sebelum ini,” tambahnya. – 30 November, 2022.

TIDAK ADA

PILIHANAN

KALAU TIDAK

KERAJAAN AKAN

RUNTUH

KAH KAH KAH

KLUSTER

MAHKAMAH PUN

KIRA OKAY

UNTUK STABIL

KERAJAAN

KHALAS

EJEN ISREAL LAGI DUA HARI


PM tuntut permohonan maaf daripada ahli Parlimen Baling berhubung dakwaan 'ejen Israel


ANWAR Ibrahim memberi tempoh tiga hari kepada Ahli Parlimen Baling Hassan Saad untuk memohon maaf berhubung dakwaan di media sosial bahawa perdana menteri berhubung dengan Israel.

Dalam surat tuntutan yang dikeluarkan hari ini oleh firma guaman SN Nair & Partners kepada Hassan, Anwar juga memohon penarikan balik rakaman audio di Twitter oleh “Mohd Ropi Mat Sin” pada 27 November.

Menurut The Star, Anwar mendakwa dirinya telah difitnah menerusi klip audio tersebut.

“Anak guam kami menegaskan bahawa perkataan fitnah dan klip audio, yang diterbitkan telah dibuat secara berniat jahat,” akhbar itu dipetik sebagai berkata.

“Kata-kata dan audio itu adalah fitnah terhadap anak guam kami.”

Hassan mempunyai tiga hari, bermula hari ini, untuk memberikan pengesahan bertulis jika beliau tidak terlibat dalam dakwaan itu, kepada peguam Anwar.

Sekiranya tiada maklum balas, perdana menteri berkata pasukan peguamnya akan menganggapnya sebagai pengakuan ahli parlimen Perikatan Nasional dan tindakan undang-undang akan diambil.

Anwar menuntut ganti rugi dan kos guaman serta aku janji bertulis daripada Hassan untuk tidak mengulangi dakwaan itu.

Peguam Anwar SN Nair telah mengesahkan bahawa surat tuntutan itu dihantar kepada Hassan hari ini, menurut laporan itu.

Dalam klip audio itu, seorang wanita yang tidak dikenali mendakwa Hassan membuat dakwaan berkenaan Anwar dan Israel. – 29 November, 2022.

WOIT

PAK LEBAI

DIBERI 3 HARI

UNTUK MINTA

MAAF

KAH KAH KAH

HARI INI

TINGGAL DUA HARI

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

APA JADI HARI

JUMAAT INI ?

KHALAS

EJEN ZIONIS ISRAEL

 



Polis siasat ahli Parlimen PAS dakwa Anwar ejen Israel

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Baling Ustaz Hassan Saad, terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata, beberapa laporan polis diterima terhadap dakwaan ahli Parlimen itu.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Bukit Aman.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan adalah kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan manakala Seksyen 500 memperuntukkan hukuman bagi fitnah – yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, dan denda lanjut RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Semalam, seorang penyokong Pakatan Harapan berkongsi rakaman audio seorang wanita, yang bercakap dalam dialek Kedah, mengulas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri pada Khamis.

Penyokong itu mendakwa PAS telah memfitnah Anwar dengan menuduhnya menggunakan pengaruh Israel untuk memberi tekanan untuk mempercepatkan pelantikannya sebagai perdana menteri baharu.

Dalam audio itu, wanita yang tidak dikenali itu mendakwa Hassan memberitahunya bahawa Anwar bersekongkol dengan Israel.

Wanita itu mendakwa Hassan memberitahunya PAS memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Sebelum ini dilaporkan polis telah menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan itu, tetapi Bukit Aman kemudian mengesahkan ia sedang menyoal siasat Hassan. – 29 November 2022.

PAK LEBAI

TUDUH ANWAR

EJEN ISRAEL

KAH KAH KAH

ISU INI AKAN

JADI PANJANG

KAH KAH KAH

MANANAH JADI

BARAH

KHALAS

UKRAINE - GADUH DALAMAN BERMULA

 



UKRAINE

GADUH DALAMAN

BERMULA

KHALAS

EKONOMI MELESET



ZAMAN MELESET

AKAN SAMPAI

KHALAS

Unknown commented on
 "DENGAR BAIK BAIK"

ekonomi dunia akan meleset..seluruh dunia dah tau.pak joko pun dah beri amaran kpd rakyat indo mengenai kemelesatan ekonomi dunia.pada gua, apa yg perlu dilakukan adalah mengimbangi kemelesetan dan mengurangkan impaknya kpd malaysia.harapan kita adalah pada anwar dan gua tidak nampak mahiaddin atau hadi al sotongi mampu mengawal impak kejatuhan itu. buktinya adalah semasa pemerintahan mahiaddin dan ismail bera..dan sosok hadi wujud dlm kedua2 pemerintahan itu.tiada apa yg dilakukan melainkan berdoa, mengampu projek kroni haji umrah, nikah online, cerai online, pemerintahan dua darjat dan dan dan..dirisaukan dunia melayu dgn hantu dap, komunis dan kebencian agama.walhal sudah terbukti ,PN akan mewarisi kegagalan kpd kita dgn hutang2 dan mungkin gst atas nama jihad...

HIDUP INI MILIK KAMU


JALANI HIDUP

SEPERTI YANG 

DIBERAHIKAN

KERANA

HIDUP INI

 MILIK KAMU

KHALAS



PAGI YANG INDAH


PAGI YANG INDAH


RABU 30/11/2022
KITA  MASIH MENUNGGU
SENARAI JEMAAH MENTERI
AMIN

KES ZIONIS MULA MEREBAK
KE MANA ARAH KES INI

KES SEKOLAH CHINA TERBUKA
KE MANA ARAH KES INI

KERAJAAN BELUM
DIDIRIKAN
MASALAH DAH MULA
ADUH !
RAKYAT MENUNGGU
RAKYAT MASIH SABAR
APA AKAN JADI
JENG JENG JENG

CHINA MERAH
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
RAKYAT BERDEMO
MULA MARAH KERANA
LAMA DI KURUNG KOBID
DUNIA DAH RELAX
TAPI CHINA MERAH 
MASIH  KETAT LAWAN KOBID
AMIN

QATAR
AMERIKA MENANG
IRAN KALAH
1-0

HOKKIEN 
PAGI INI INDAH PERMAI
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT  BIRU
KL & KL SENTRAL CERAH

TIONG DAN TERKUKUR
DI SANA SINI

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS TERIK
DAN MUNGKIN PETANG
 HUJAN TURUN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI RABU 
YANG INDAH PERMAI

BRO
RAYA KAN HIDUP
KETIKA INI
MASA KITA MASIH BERNAFAS

BRO
JALANI HIDUP
SEPERTI YANG LU
HENDAK JALANI
BUKAN KERANA ARAHAN
BUKAN KERANA IKUTAN

BRO
DALAM HIDUP INI
LU AKAN TEMUI MASAALAH
JANGAN GELABAH
KALAU GELABAH
MASAALH BERGANDA

BRO
JANGAN TAKUT
BUAT KESALAHAN
ADA MASANYA KITA
BUAT SILAP
SEMUA ORANG JUGA
BUAT SILAP

BRO
API YANG ADA
DALAM JIWANYA
NAYALAKAN
UNTUK MEMBAKAR HIDUP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
RABU YANG PERMAI