Rabu, 30 Ogos 2023

KEINDAHAN MELAYU SEBELUM GILA NAK JADI ARAB


KEINDAHAN MELAYU

SEBELUM GILA

NAK JADI ARAB

AMIN

MELAYU SAKAU AKAN DILAWAN OLEH MELAYU ISLAM



MELAYU SAKAU

AKAN DILAWAN

OLEH 

MELAYU ISLAM

KHALAS

NAJIB AKAN DI BEBAS ?


Najib terima RM2.28 bilion hasil 1MDB sejak 2011, kata penganalisis BNM 

SEORANG penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa Najib Razak menerima RM2.3 bilion hasil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam empat fasa dari 2011 hingga 2014 melalui dua akaun peribadinya di AmIslamic Bank Berhad.

Adam Ariff Mohd Roslan, 34, berkata menurut analisisnya, jejak wang dana tersebut yang diterima oleh dua akaun bank peribadi (berakhir dengan nombor 694 dan 880) boleh dikesan dan dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa Good Star, fasa Aabar-BVI, fasa Tanore dan fasa beli balik opsyen antara 2011 dan 2014.

“Bagi fasa Good Star antara 23 Februari 2011 dan 14 Jun 2011, sejumlah RM60,629,839.43 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 AmPrivate Banking - MR Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di Riyad Bank, Arab Saudi, boleh dikesan kepada terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 1MDB pada 2009 dan pinjaman bertempoh bersindiketnya pada 2010.

“Untuk fasa Aabar-BVI antara 30 Oktober 2012 dan 20 November 2012, sebanyak RM90,899,927.28 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Standard Chartered Bank, Singapura, atas nama Blackstone Asia Real Estate Partners, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd pada 2012,” kata penganalisis itu, yang dipinjamkan ke pasukan petugas 1MDB Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan  kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi itu berkata bagi fasa Tanore antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, sejumlah RM2,081,476,926.00 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Falcon Private Bank, Singapura, yang atas nama Tanore Finance Corp, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investment Ltd pada 2013.

Selain itu, Adam Ariff turut menjelaskan bahawa bagi fasa beli balik opsyen pada 23 Jun 2014, sejumlah RM4,093,500.00 daripada hasil dikreditkan ke dalam akaun 880 AmPrivate Banking - 1MY Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di DBS Bank, Singapura, atas nama Blackrock Commodities (Global) Ltd, boleh dikesan kepada hasil pinjaman AS$250 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014.

“Semasa fasa beli balik opsyen antara 23 Oktober 2014 dan 19 Disember 2014, sejumlah RM45,837,485.70 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 880 Najib daripada akaun di Bank Amicorp, Barbados, atas nama Vista Equity International Partners Limited, didapati sebahagiannya boleh dikesan kepada hasil pinjaman AS$975 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014,” katanya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 30 Ogos, 2023.


APAKAH SATELAH

MAHKAMAH

 DENGAR

SEMUA INI

NAJIB AKAN

 DIBEBAS

AMIN

KHALAS

UMNO MULA TIBAI DAP


DAP perlu berubah untuk menangi pengundi Melayu, kata Nur Jazlan

DAP perlu membuat perubahan kepada perlembagaan partinya jika mahu mendapatkan sokongan orang Melayu, kata Nur Jazlan Mohamed.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata DAP perlu menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” dan agenda negara sekularnya daripada perlembagaan parti jika mereka mahu orang Melayu menyokongnya.

“Tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza daripada sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen terbabit.

“Dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP,” katanya menerusi Facebook hari ini. 

Nur Jazlan berkata sekiranya DAP benar-benar mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan Umno, maka mereka perlu berani melakukan perubahan besar untuk menjayakan pilihan raya umum ke-16.

Tindakan DAP untuk menamakan calon Melayu dalam pilihan raya, yang telah menjadi penggubal undang-undang, tidak lain adalah langkah kecil untuk “penerimaan” parti itu di kalangan orang Melayu.

“Persoalannya, bolehkah DAP melakukan pengorbanan yang begitu besar untuk survival politiknya?” soalnya yang juga timbalan speaker Dewan Negara.

Fasal II dalam perlembagaan parti DAP menggambarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen sekular dan “rangka kerja sekular sebagai undang-undang tertinggi negara”.

Satu lagi artikel di bawah klausa menggalakkan integrasi nasional juga menggesa parti itu “menyemai semangat kebangsaan dan perpaduan di kalangan semua kaum untuk membentuk identiti bersama Malaysian Malaysia yang bersatu”.

Nur Jazlan berkata beliau diberitahu oleh pengundi di Selangor dan Johor bahawa mereka tidak boleh menerima pendirian politik DAP kerana ia dibuat untuk kepentingan masyarakat Cina.

Katanya orang Melayu tidak mempunyai pandangan yang sama tentang MCA, dengan mendakwa parti itu tidak “ekstrim” seperti DAP, dan Umno adalah kuasa dominan dalam Barisan Nasional (BN).

“Tapi saya lihat pengorbanan besar Umno untuk bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah perlu dibayar dengan harga yang mahal. Umno terus dikecam kononnya bersekongkol dengan sebuah parti atau pakatan yang ekstrim.

“Dalam keadaan landskap politik hari ini, bukan hanya Umno yang perlu berubah tapi semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan juga mesti berubah jika mahu terima oleh orang Melayu.

“Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang Umno sanggup buat hari ini, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu dan Umno juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP,” katanya. 

Nur Jazlan berkata cabaran lain yang dihadapi DAP ialah sokongan PAS yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu, yang mungkin membawa kepada senario politik di mana pengundi Cina akan terus mengundi DAP manakala orang Melayu akan beralih taat setia kepada PAS.

“DAP perlu jadi parti yang sederhana dan boleh terus disokong oleh orang Cina dan diterima oleh pengundi Melayu.

“DAP perlu ikut formula kejayaan BN yang sudah terbukti cemerlang selama lebih 60 tahun membela nasib orang Melayu tanpa mengabaikan hak rakyat bukan Melayu,” tambahnya. – 30 Ogos, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

DAP KATA

MEREKA JUGA

BAWA BEBAN

MEMIKUL PENCURI

PERASUAH

KAH KAH KAH

JADI MACAM

MANA ?

NAK KORBAN 

SIAPA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

BAHASA HIDUP PINJAM MEMINJAM


BAHASA IDUP

PINJAM MEMINJAM

AMIN

SYURGA NERAKA

DOSA PAHALA

ASAL USUL DARI

 HINDU SANSKRIT

KHALAS

Unknown commented on 
"ISMAIL SABRI DAN
 BAHASA MELAYU"

ini cerita mimpi penyu..mana mungkin org2 jawa menerimanya bro..melayu itu adalah melarikan diri bro..seingat gua, ada prof2 siam kata bahasa melayu yg ori hanya la cuma beberapa kerat je, yg lain nya adalah cedokkan dari bahasa lain..apapun kiblat melayu kedua adalah kota london, british..satu part, melayu anti brisih,satu part melayu cinta kota london..bila nak hapuskan perlembagaan british?

ASKAR RAMPAS KUASA DI GABON AFRIKA !!!


SATU LAGI

ASKAR RAMPAS

KUASA DI GABON

DI AFRIKA TENGAH

KHALAS

PEGAWAI JABATAN AGAMA JUGA DITUDUH




Bekas penolong pegawai JAIM nafi tipu lebih RM154,000

MELAKA – Seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan bagi mendapatkan bayaran balik emolumen berjumlah lebih RM154,000, sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Anuar Md Zin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan empat individu untuk mempercayai  resit rasmi bagi maksud pembayaran balik emolumen imbuhan tetap perumahan (ITP), elaun bantuan kos sara hidup (COLA) dan sejumlah elaun kakitangan awam (EKA) kerana peletakkan jawatan JAIM-KPM (1/12/2016 – 30/11/2018) keseluruhannya berjumlah RM154,864.40 adalah tulen.

Kesalahan itu dilakukan antara 8 November 2017 hingga 19 Julai 2018 di Pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM dalam daerah Melaka Tengah yang mana mereka tidak akan menyerahkan harta itu sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Melaka, Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Mohd Nazri Abd Hamid memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya seoeang bapa tunggal kepada tiga orang anak dan perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Elesabet membenarkan jumlah jaminan berkenaan dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri sekali sebulan di pejabat SPRM Melaka.

Mahkamah menetapkan 15 September ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. –

   WOIT

INI BARU

DITUDUH BELUM

DIDAPTI SALAH

AMIN

YANG DAH SALAH

NAK LARI HANYA

NJAIB & ROSMAH

AMIN

KHALAS

SEANG UNTUK DI BERESKAN



SAP SAP SUI

SENANG DIBERES

KAH KAH KAH

PINDAH KE

BUKIT BINTANG

KAH KAH KAH

KHALAS

TANAH MELAYU JADI TALIBAN



TANAH MELAYU

JADI TALIBAN ?

AMIN

Unknown commented on
 "MELAYU BERSATU ?"
aik lu tanya melayu bersatu? kan lu kata tanah melayu nak kena gadai maka melayu wajib la bersatu..tanah melayu digadai ni mcm retorik je bro.takkan la lu taktahu real politik.silap haribulan, tanah melayu bukan digadai tetapi menjadi syiah iran atau taliban afganistan..masa tu, lu gebang plak cerita2 taliban..

JUAL TANAH MELAYU


GEROMBOLAN

 JUAL 

TANAH MELAYU

PADA

CHINA MERAH

KHALAS


Unknown commented on 
"CHINA MERAH TERLIBAT
 DALAM 1MDB"

hishamudin husin lidah kontot dalam sidang medianya dulu sendiri berkata china komunis adalah big brother..tun razak, najib, hishamudin husin adalah pertalian yg sama dan mrk berkerjesama dgn china komunis.tun razak bekejesama dgn china komunis utk sekat PKM, najib anak razak jual tanah melayu kpd china komunis melalui agen china joh low, hisham lidah kontot kata china komunis adalah big brother..tetiba disalahkan DAP..begitu la sikap melayu sejak zaman purba kala.meyalahkan orang berbanding diri sendiri.sekarang lu kata tanah melayu nak digadaikan? sila beri detail bro..

PROJEK MADANI ATAU PROJEK MADANON ?



INI PROJEK SAPA?

KAH KAH KAH

PROJEK MADANI

ATAU MADANON

KAH KAH KAH

AMIN

KES TIPU SAPA KEPALA ?


PBB beri amaran rantau Asia Tenggara bakal jadi pusat sindiket penipuan

Ratusan ribu individu menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh kumpulan penjenayah dan dipaksa bekerja di pusat penipuan dan sindiket dalam talian haram lain yang muncul di seluruh Asia Tenggara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan hari. 

Laporan itu memetik "sumber boleh dipercayai" yang menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 120,000 orang di seluruh Myanmar dan sekitar 100,000 di Kemboja mungkin terperangkap dalam sindiket penipuan, dengan perniagaan milik penjenayah lain di Laos, Filipina dan Thailand yang terdiri daripada penipuan berkaitan kripto hingga perjudian dalam talian. 

"Individu yang dipaksa bekerja dalam sindiket penipuan ini diberi layanan yang tidak berperikemanusiaan sambil dipaksa melakukan jenayah. Mereka adalah mangsa. Mereka bukan penjenayah," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk. 

Laporan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB adalah salah satu fenomena paling terperinci yang muncul sejak pandemik Covid-19, didorong oleh penutupan kasino yang mendorong perpindahan ke kawasan yang kurang terkawal di Asia Tenggara.

Pertumbuhan pesat pusat penipuan menjana pendapatan berbilion dolar Amerika Syarikat (AS) setiap tahun, kata laporan itu. 

"Berdepan dengan realiti operasi baharu, penjenayah semakin menyasarkan pendatang dalam situasi yang terdedah... untuk perekrutan ke dalam operasi jenayah, dengan alasan menawarkan mereka pekerjaan sebenar," kata laporan itu. 

Ia berkata kebanyakan mangsa pemerdagangan adalah dari negara Asia Tenggara lain serta China, Taiwan dan Hong Kong, tetapi ada yang direkrut dari Afrika dan Amerika Latin. 

Pejabat hak asasi PBB menyeru kerajaan serantau untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang dan menangani rasuah untuk "memecahkan kitaran sewenang-wenangnya" yang membolehkan sindiket jenayah ini berkembang maju. 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada kerajaan Myanmar dan Kemboja tentang laporan PBB itu namun tidak berjaya.

SAPA KEPALA

SINDIKET INI?

AMIN

APAKAH WARGA

CHINA ?

ATAU DARI

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

OMBAK MELAYU ISLAM DI JERAM


Penganalisis jangka Amanah sukar pertahan Simpang Jeram

AMANAH berdepan laluan sukar dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung di Johor ekoran kelemahan parti itu dalam menarik pengundi Melayu, kata penganalisis politik.

Walaupun ia mampu menang di kerusi negeri Pulai, parti itu berisiko tewas di kerusi negeri Simpang Jeram ekoran komposisi pengundi Melayu yang tinggi di situ, menurut Ilham Centre.

Pengarah eksekutifnya Hisomuddin Bakar berkata risiko kekalahan di kerusi DUN itu lebih tinggi atas faktor peralihan pengundi Melayu yang cenderung kepada Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, sokongan besar pengundi bukan Melayu bagaimanapun dijangka tetap memihak kepada Pakatan Harapan (PH), jelasnya.


“Pokok pangkalnya kekuatan Amanah di dua kawasan ini adalah kerana kerusi bercampur, yang memang jadi kelebihan PH dan Amanah kerana mereka dapat sokongan tinggi pengundi bukan Melayu.

“Tapi jika peratusan pengundi Melayu yang keluar terlalu sikit mungkin akan jejas majoriti yang diperolehi,” katanya.

Oleh itu, Barisan Nasional (BN) yang menganggotai kerajaan perpaduan perlu peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah juga

“Simpang Jeram situasi berbeza kalau pengundi bukan Melayu turun sangat rendah dan pengundi Melayu tinggi dan sokong PN seperti  dalam pilihan raya negeri (PRN) lepas, Amanah akan terdedah bahaya,

“Kalau mereka nak lepasi garis kemenangan Amanah perlu mendapatkan undi sokongan daripada BN,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut beliau berkata Amanah sukar menarik sokongan pengundi Melayu kerana dilema parti itu yang mahu lari daripada imej parti Islam dan Melayu.

Amanah ditubuhkan oleh kumpulan bekas pemimpin parti PAS yang dikenali sebagai golongan profesional atau progresif ekoran pertembungan dengan golongan agamawan parti itu pada 2015.

Kumpulan pemimpin profesional ini menolak keputusan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat gabungan antara PAS, PKR dan DAP.

Hisomuddin berkata Amanah mahu dilihat sebagai parti yang diterima semua seperti mana ketika PAS dipimpin Nik Aziz Nik Mat.

“Sebab itu kita lihat Amanah banyak tertumpu di kawasan bandar atau separa bandar. Kawasan yang mereka pernah menang dulu.

“Cuma polemik identiti Amanah ini sebenarnya memberi kesan dan ia tidak menangkap imaginasi pengundi Melayu,” katanya

Pandangan serupa dinyatakan penganalisis Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali yang melihat PRK Pulai dan Simpang Jeram tersebut sebagai ujian ke atas kekuatan jenama PH.

Bacaan di atas kertas mungkin menunjukkan kemenangan PH di kerusi Pulai namun tentangan lebih besar PN dijangka ditumpukan di Simpang Jeram, katanya.

“PRK kali ini bukan soal Amanah sangat, tapi ia lebih kepada jenama PH, sebab kalau bertanding atas nama Amanah sahaja mungkin kalah.

“Cuma untuk kerusi Simpang Pulai, PH boleh bertahan tapi mungkin majoriti kurang atas faktor kita andaikan undi BN akan berpecah.

“Dan juga peratusan keluar mengundi ia juga akan mempengaruhi keputusan,” katanya.

Jelasnya lagi, PAS mempunyai pengaruh besar di Simpang Jeram, selain kedudukannya yang berhampiran dengan Pagoh yang dikuasai Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

“Peluang 50-50 sebab dulu Simpang Jeram dikenali sebagai Sungai Abong dan PAS pernah menang dua kali di situ.

“Maksudnya situ adalah kubu kuat PAS juga selain faktor kawasan itu berdekatan dengan Pagoh dan Muar yang merupakan kawasan Pengerusi PN Muhyiddin.

“Kita tak boleh nafikan pengaruh Muhyiddin juga,” katanya.

Jangkaan itu juga mengambil kira kemungkinan berlakunya faktor perpecahan undi daripada calon bebas yang akan menjadi penentu sama ada PN atau Amanah akan menang, tambahnya.

Oleh itu, Amanah perlu berubah dengan mengambil pendekatan berbeza dengan PKR atau DAP yang masih menumpukan platform media sosial untuk mendekatkan diri dengan pengundi.

Mazlan berkata Amanah perlu lebih agresif dan turun ke akar umbi untuk mendekati pengundi Melayu.

“Mereka kena dekat dengan institusi Melayu. Kena pergi kepada akar umbi. Sebab kalau ikutkan Amanah ini ada kelebihan, mereka macam parti PAS yang ada agamawan. Jentera Amanah berasal daripada PAS.

Jelasnya, Amanah perlu bersaing dengan PAS yang membina kekuatan melalui institusi keagamaan seperti struktur jawatankuasa masjid dan program pendidikan.

“Sebab kita tengok PAS ini pengaruh dia kuat kerana dekat dengan akar umbi. Mereka pergi ke masjid dan dalam masjid itu sendiri ada jawatankuasa PAS.

“Kemudian PAS ada program pendidikannya sendiri, jadi kunci untuk tarik orang Melayu ini kena turun padang dan dekati mereka.

“Tapi tak bolehlah nak buat langkah itu masa nak dekat pilihan raya kerana ia memerlukan proses yang lama,” katanya.

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak pada 9 September susulan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

PH menamakan bekas speaker DUN Johor Suhaizan Kayat yang bertanding atas tiket Amanah di kerusi Parlimen Simpang Pulai.

Suhaizan akan dicabar Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi bertanding atas tiket bebas.

Manakala bagi kerusi DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman (Amanah) akan dicabar Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas, S Jeganathan. – 30 Ogos, 2023.
 

AMANAH JUGA

TERRLIBAT

MEMIKUL KAVADI

AMIN

AMANAH TERPAKSA

MEMIKUL 

KLEPTOKRAT

AMIN

AMANAH TERPAKSA

BERSAMA 

MAT SAKAU

AMIN

KHALAS

ADA KENG BARU ?


Jasmine Loo mungkin dipanggil beri keterangan dalam bicara 1MDB Najib

PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ia akan memanggil sekurang-kurangnya empat lagi saksi untuk memberi keterangan termasuk bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata selain Loo tiga lagi saksi adalah penganalisis Bank Negara Malaysia, dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Beliau berkata demikian ketika hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bertanya kepada pihak pendakwaan berapa ramai lagi saksi yang akan dipanggil sekiranya saksi pendakwaan ke-46 iaitu bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz selesai memberi keterangan.

Pada 12 Julai lepas Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan oleh polis pada 7 Julai untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Hari ini peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau mahu menangguhkan pemeriksaan balas ke atas Zeti.

Beliau membuat permohonan itu (tangguh pemeriksaan balas) selepas Zeti memberi keterangan beliau bertemu bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok Ramamurthy sekali selepas beliau mengambil alih jawatan itu apabila Cheah Tek Kuang (bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank) memperkenalkan kepadanya semasa kunjungan hormat.

Zeti menafikan dakwaan Muhammad Shafee bahawa Ashok menghantar kepadanya kemas kini mengenai akaun Najib.

Beliau mengulangi keterangannya sebelum ini bahawa beliau telah memaklumkan kepada Cheah semasa pertemuan pertama mereka pada 2011 bahawa apa-apa berkaitan dengan akaun Najib harus ditujukan kepada timbalan gabenor BNM ketika itu.

Pada ketika ini, Muhammad Shafee membuat permohonan kepada Hakim Sequerah untuk meminta kenyataan yang didakwa direkodkan oleh SPRM daripada Ashok di Singapura.

Peguam itu kemudian berkata beliau mahu pemeriksaan balas ke atas Zeti dihentikan, sementara menunggu permohonannya.

“Yang Arif, saya ingin menyoal pegawai penyiasat berhubung kenyataan yang didakwa ini. Saya juga mahu memanggil semula Cheah,” katanya.

Susulan itu Ahmad Akram mencelah dengan berkata tiada kenyataan “secara rasmi atau tidak rasmi” yang beliau tahu ketika ini kerana Ashok bukanlah seorang daripada saksi yang dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan itu.

Hakim kemudian meminta Zeti untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama, 29 Ogos, 2023.


WOIT

APAKAH JASMINE

AKAN JADI KENG

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK

SELAMATKAN DIRI

DARI KENA JIL

KAH KAH KAH

JAGA DIRI DULU

BIAR NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DI KAJANG

KAH KAH KAH

KHALAS

KAWAL INTERNET - KAWAL ORANG BERCAKAP


KAWAL INTERNET

MACAM KAWAL

ORANG BERCAKAP

AMIN

KERJA SIA SIA

BUANG MASA

KHALAS

PANDANGAN YANG BETUL


PANDANGAN YANG

BETUL & BAIK

KHALAS




Unknown commented on 
"LAWAN JANGAN
 TAK LAWAN !!!"

bila masih menganut iman konsemeris iaitu semua benda dalam kedai nak dibeli dan himpun dalam rumah, loji bakar sampah tak boleh tidak dibuat. ini urat darah kapital. beli buang beli lagi. mahu loji ini tak ada? atau pusat timbun sampah tak ada? berhenti beli sampah. hidup ringkas. tanam tuai buat sendiri. jalan kaki naik bas. semua benda yang dianggap moden adalah sampahvdanbsarap. tenang dan kosong hidup. tumpu usaha tingkatkan diri pandaikan bangsa bukan kumpul sampah dalam rumah.

MENOBATKAN BAHASA MELAYU WAJID DISOKONG


MENOBATKAN 

BAHASA MELAYU

WAJIB DISOKONG

KHALAS



Unknown commented on
 "ISMAIL SABRI DAN
 BAHASA MELAYU"
ko tt kejak si=okong kejak kutuk kejak sokong kejak kutuk.... dah gila ke ?