Khamis, 15 Disember 2022

PEMAIN BOLA AKAN DIGANTUNG MATI



PEMAIN BOLA

AKAN DIGANTUNG

MATI

AMIN

TERBAIK DARI KERAJAAN BARU



Kontrak lantikan politik akan ditamatkan serta-merta, kata Zuki


PUTRAJAYA akan menamatkan kontrak semua pengerusi dan lembaga pengarah yang dibuat melalui pelantikan politik kepada syarikat dan badan berkaitan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight menyatakan bahawa Kabinet pada mesyuaratnya semalam memutuskan untuk menamatkan serta-merta kontrak pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang dibuat kepada badan berkanun Persekutuan, syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) , syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama.

Surat itu ditandatangani oleh Zuki. – 15 Disember, 2022.

SYABAS !!!

TERBAIK 

AMIN

LANGKAH TEPAT

LAWAN KRONISMA

AMIN

LAWAN BODEK

WUJUD KAN

PROFESIONALISMA

KHALAS

HADI DAN GULAI KAWAH DAP




Slogan menentang

 rasuah, perompak,

 lanun hanya 

kepura-puraan – Hadi
KUALA LUMPUR – Parti DAP didakwa sebagai golongan yang berpura-pura menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku.

Presiden Pas  Abdul Hadi Awang mendakwa, kepura-puraan tersebut jelas apabila parti tersebut telah bergabung dengan pihak yang dikutuk oleh mereka.

“Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja.

“Hal ini jelas berlaku apabila semua pihak yang dikutuk tersebut diajak untuk bergabung bersama dan diajak sesiapa sahaja, dalam kerajaan yang dibentuk bagi mencukupkan jumlahnya dengan cara begitu rupa tanpa rasa malu,” kata Abdul Hadi.

Dalam serangan terbaharu terhadap DAP yang kini menjadi kerajaan bersama-sama beberapa parti termasuk UMNO, Abdul Hadi berkata, pemimpin DAP telah mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam.

Bagaimanapun katanya, Pas mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP berhubung ‘gelombang hijau’ yanng berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Pas mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan Pas yang diberikan nama gelombang hijau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

“Sehinggakan, berlakunya gerakan bagi menghalang penubuhan kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh Pas dengan cara yang terang lagi bersuluh, walaupun melalui tangan-tangan ghaib yang tersembunyi.

“Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan,” dakwa Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam satu artikel bertajuk ‘Reformasi diimport melawan gelombang hijau’ yang dikongsi di media sosial.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, cara terkini kumpulan tersebut ialah mewujudkan gabungan yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah yang berubah-ubah melalui sokongan pihak Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam.

Katanya, perjuangan mereka melalui ideologi pragmatik disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan yang beragama sehingga boleh ditipu.

Kumpulan itu juga kata Abdul Hadi, berjaya ditarik kerana jahil agama atau tidak beragama.

WOIT

INI SAMALAH

MACAM MAKAN

GULAI KAWAH

KAH KAH KAH

HAKIKATNYA

PARTI POLITIK

HENDAK KUASA

AMIN

PARTI PAS PUN

SAMA

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

ADA TITAH

TUANKU

AMIN

SELAMAT KAN

MALAYSIA JADI

TALIBAN

AMIN

KHALAS

ANNUAR MUSA DITERAJANG KELUAR



Annuar tegaskan tak akan merayu selepas dipecat Umno

BEKAS ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa berkata beliau tidak akan merayu selepas dipecat daripada Umno minggu lepas.

Annuar antara tiga pemimpin akar umbi Umno yang dipecat keahlian mereka, yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu Khamis lalu.

Surat pemecatan diterima dari Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan pada Isnin, kata Annuar, namun surat tersebut tidak menyebut alasan MKT memecatnya.

“Saya telah membuat keputusan tidak akan merayu.  Kalau nak merayu, kita kena tahu apa salah. 


“Jadi, kita boleh menilai yang betul dan salah. Kalau salah kita merayu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Jumaat minggu lepas Ahmad Maslan mengesahkan Annuar antara tiga pemimpin akar umbi Umno yang dilucut keahlian masing-masing. Dua lagi yang dipecat adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita Umno Bahagian Maran Fatimah Kassim.

Ahmad menjelaskan, keputusan MKT itu dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada Umno untuk melucutkan keahlian mana-mana ahli, termasuk jika terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya dipetik media.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sehingga ke hari ini beliau tidak tahu mengapa dipecat daripada Umno.

“Sehingga hari ini saya tak tahu. Saya tak ada pertuduhan, tak pernah dipanggil, tak pernah tanya, tak pernah minta penjelasan lisan atau bertulis.

“Dipanggil secara sahabat pun tak ada sedangkan dalam MKT Umno semua kawan-kawan saya. Tiada siapa tanya saya apa-apa. Tahu-tahu surat sekeping, pecat. Jadi saya nak rayu apa?” jelasnya.

Tambah Annuar, beliau sudah menghantar surat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta penjelasan mengenai pemecatannya.

“Dua hari yang sudah surat mengandungi lima muka surat yang di dalamnya termasuklah beberapa perkara yang agak sensitif, jadi saya tidak berhasrat untuk mendedahkan apa yang saya tulis.

“Dan saya tidak menulis kepada setiausaha agung, saya menulis kepada presiden Umno untuk mendapatkan sekiranya sudi memberikan penjelasan beberapa perkara yang sangat fundamental dan asas. Takut-takut perkara itu tanpa penjelasan akan berterusan akan dianggap sebagai fitnah,” katanya. – 15 Disember, 2022. 



SAYA

SAYANG PADA

GEROMBOLAN

TAPI SAYA

LEBIH  SAYANG

OPPS.. SILAP

LEBIH TAKUT 

KES RASUAH

DI BONGKAR

KAH KAH KAH

KHALAS

PENIPUAN TERBESAR DUIT DIGITAL



PENIPUAN 

TERBESAR

MANGSA PELABUR

 DUIT DIGTAL

KHALAS

BERI UCAPAN TAHNIAH !!!



GEMBIRA 

AMIN

BERI UCAPAN

TAHNIAH !!!

KHALAS

Unknown commented on 
"KEPUTUSAAN
 PERPERIKSAAN"

Adam ADLI pun lulus peperiksaan. Kini dah jadi Timbalan Menteri. Dulu sama2 bangun melawan dengan air asid FRU. Engkau tak Bergembira?

SENJATA BARU MASUK PERANG


SENJATA BARU

MASUK PERANG

AMIN

DUA DUA SAMA BAHAYA


DUA DUA

SAMA BAHAYA 

KHALAS 

SATU MENCURI 

SATU SUSAHKAN 

HIDUP DI DUNIA

DUA DUA PALAT

KHALAS

Unknown commented on 
"ZAHID AKAN BEBAS ?"

Aduh TT,lu dah tua2 pun naive lg. Udah bagi jawatan xkan kes sangkut lak. Udah bagi 30MP,xkan masuk jil lak. Kalu betoi standing kalu betoi so called reformasi,in first place xkan pakat dgn umno. Alasan apek tua kit siang,konon pas lg bahaha drp umno,pas Taliban. Tp pas xde yg sangkut kes kene naik turun mahkamah. Bior penjenayah drp Islam,itu yg kit siang implied.lu yg liberal nie gua tgk sonyap Jo lepaih Anwar naik nie.xde pun kritik Anwar dah.pwuiihhlu pun sama la TT. Lu pun rasa baik penjenayah drp pas.

TEMBAM RONGAK


ANAK HADI 

JAMBU ATAU

TEMBAM GELAP

GIGI RONGAK

KAH KAH KAH

KHALAS



hamim commented on 
"SUMBATKAN 
PENYAMUN KE DALAM JIL"

TT , bila DSAI naik jadi PM takkan nak sumbat terus penyamun dalam jil, ikutlah SOP yang telah sedia ada, jika terus sumbat nanti orang kata pendakwaan terpilih pulak, oh ya DSAI dah jadi PM, dulu anak Hadi yang bernama Hassan Hasrul Hadi kata jika DSAI jadi PM dia sanggup berlari bogel diPutra Jaya, dia dah buat ke belum? TT patut mulakan menghasut orang ramai mendesak Hassan Hasrul Hadi menunaikan apa yang telah diperkatakannya, boleh ke? Kah kah kah macam mana agaknya jika dia berani berlari bogel diPutra Jaya....cuba bayangkan....

MH370 - PENEMUAN BARU

 




MH370

PENEMUAN BARU

TEORI BARU

KHALAS

JO LO DISELAMATKAN CHINA MERAH



Bukan Najib tapi Jho Low beri nama kod akaun peribadi PM – Saksi

KUALA LUMPUR – Akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang berakhir dengan 694 diberi nama kod AmPrivate Banking – MR itu adalah idea Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-41 kes penyelewengan dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu, Joanna Yu Gan Ping mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bukan permintaan Najib untuk menggunakan nama kod bagi penggunaan akaun peribadi di Ambank.

Bekas Pengurus Perhubungan di bank itu berkata demikian ketika peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib menyoal balas berkaitan pembukaan akaun peribadi Ambank itu hari di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

“Saya agak terkejut apabila diberitahu Perdana Menteri (Najib) mahu membuka akaun bank dengan kami (Ambank). Ini kerana perdana menteri yang sebelum-sebelum ini akan menggunakan perkhidmatan bank seperti CIMB atau Maybank setahu saya,” katanya hari ini.

“Anda terima sahaja apa yang dikatakan oleh Jho Low yang beliau mewakili Najib dan hendakkan nama lain bagi akaun 694 itu?” soal Muhammad Shafee.

Perkara itu dipersetujui oleh Joanna Yu.

Sebelum ini dalam prosiding terdahulu, Joanna juga mendedahkan Jho Low pernah meminta akaun itu diklasifikasikan sebagai ‘terlalu sulit’ iaitu bukan mudah untuk mendedahkan nama peribadi pemiliknya kepada sesiapa atau sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada sistem akaun di cawangan bank.

“Saya masih ingat dimaklumkan oleh bekas Pengarah Urusan AmBank, Cheah Tek Kuang bahawa perkara ini (nama kod) telah dimaklumkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia pada ketika itu,” kata Joanna.

Prosiding akan bersambung esok pagi.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.


NAJIB KATA

JO LO TAK

TERLIBAT

KAH KAH KAH

SEKARANG 

DIBUKTI JO LO

TAIK TERJULUR

TERLIBAT

KHALAS

NAMPAKNYA

NAK TUDUH

SEMUA PADA

JO LO

AMIN

NAK BAGI NAJIB

BEBAS

AMIN

INI SEBAB

CHINA MERAH

 PILIHARA JO LO

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK KAUM BURUH


Restoran bayar gaji lebih bimbang pekerja lari waktu Tahun Baharu Cina

RESTORAN Cina dilaporkan menawarkan gaji yang sangat menarik untuk pekerja tetap dan sambilan agar mereka tidak lari ketika industri bersedia mengaut keuntungan menjelang Tahun Baharu Cina.

Kadar upah bermula daripada RM8 sejam dan boleh mencecah sehingga RM12, menurut sumber industri.

Kadar itu dilaporkan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pada waktu biasa.

Restoran di Johor dilaporkan mengalami kekurangan pekerja lebih daripada mana-mana negeri lain kerana dolar Singapura menarik mereka untuk bekerja di republik tersebut.

Sebuah restoran Singapura, Dian Xiao Er, dikatakan menawarkan S$36 (kira-kira RM116) sejam kepada kakitangan sambilan mereka yang bekerja pada malam Tahun Baru, hari pertama, kedua dan ketujuh Tahun Baharu Cina dan Pesta Tanglung, menurut laporan media.

Kadarnya ialah S$24 (kira-kira RM77) untuk bekerja dari hari ketiga hingga hari ke-14 tahun baharu.

Restoran di republik itu telah memikat pekerja Malaysia yang berpengalaman sejak tiga bulan lalu, menurut industri.

Presiden Persatuan Dapur Johor Ang Swee Kiong memberitahu The Malaysian Insight restoran di Johor kini dibebani dengan kekurangan pekerja sejak sekatan pergerakan Covid-19 dan perjalanan rentas sempadan ditarik balik awal tahun ini.

“Industri makanan dan minuman, dan katering telah kehilangan ramai pekerja yang hijrah ke Singapura,” kata Ang.

“Jadi tidak dapat dielakkan, wujud kebimbangan yang kekurangan pekerja akan jadi lebih teruk semasa tahun baru di mana restoran berharap untuk membuat keuntungan sebanyak mungkin bagi menebus kembali kerugian yang ditanggung semasa pandemik.”

Tahun baharu Cina yang akan datang ini juga akan menjadi tahun baharu pertama yang disambut tanpa sebarang sekatan. Ia jatuh pada 22 Januari, 2023.

Ang berkata beberapa restoran terpaksa berunding dengan pekerja mereka mengenai “gaji tahun baharu” tiga bulan lalu agar dapat halang mereka berhenti kerja.

Kekurangan itu menyebabkan restoran tidak kisah mengambil suri rumah sebagai pekerja sambilan memandangkan kesukaran mengambil pekerja asing.

Menawarkan gaji yang menarik nampaknya telah membuahkan hasil untuk restoran makanan laut Xin Yang di Batu Pahat.

Pengarahnya, Tan Boon Guan berkata, beliau tidak bimbang kerana restorannya ada kakitangan yang mencukupi untuk musim yang sibuk nanti.

“Selagi anda jaga keselesaan pekerja, anda tidak perlu risau tentang kekurangan pekerja. Penting melayan mereka dengan bagus,” kata Tan.

Tambahnya restorannya sudah penuh ditempah untuk Tahun Baharu Cina, jadi beliau akan tingkatkan jumlah pekerjan sebanyak 30 peratus mulai malam tahun baharu.

Kebanyakannya adalah pelajar yang mencari wang tambahan dan pekerja sambilan. – 15 Disember, 2022.

WOIT

GAJI NAIK

GAJI TINGGI

INI BERITA BAIK

UNTUK KAUM

BURUH

 KHALAS

 PELUANG KERJA

 PART TIME 

TERBUKA LUAS

KHALAS

SEMUA NAK IKUT NAJIB



SEMUA NAK

IKUT NAJIB

KHALAS

Unknown commented on
 "APA NASIB 
MI SPIK NO INGLIS ?"

Muka seperti Mahiaddin, Ismail Bera mana ada kayak wahai TT, nampak muka pun entah lah, asyik jual ubat kaum agama, tak ada modal lain pun, nak jaga jawatan, nak jaga pangkat mana erti kah kah kah, nanti kena pakai tukang translation saja kiri kanan, kalau ada niat kekosongan cuba minta jawatan mufti kah, tokoh ulamak kah, penceramah bebas kah bolehlah ini nak jadi PM berat lol, kah kah dapat masuk saja mahu curi, mahu sapu, mahu rasuah,mahu komisen, mahu semua pasal duit, 


dia ingat nak jadi macam Bossku, money is king, sekarang tahu tak, king pun tak endah engkau orang, semua nak tatakelola baik, jangan rasuah, jaga ekonomi, biar adil saksama, kalau bagi puak penyamun ini semua hancur negara, rosak rosak sampai hutang 1.4 trillion woit, ingat senang nak bayar balik? Cuba rampas semua harta Ahli Ketua gerombolon Barang Kali boleh kah kah kah boleh tak

HANYA KAPIR BANGUN BERSUARA



KENAPA KAPIR

YANG AKAN

DIBAKAR

 API NERAKA

SELALU BERDIRI

MENEGAK KEADILAN

 KEBENARAN

AMIN

ORANG ISLAM

YG KLIM MONOPOLI

KEBENARAN TAK

PERNAH BANGUN

MENENGAK

 KEBENARAN

 DAN KEADILAN

KHALAS

CIUM TANGAN BARU


CIUM TANGAN

BARU

KHALAS

Unknown commented on
 "MASIH GILA
 NAK JADI PM"
Mana hilang geng cium tangan TT? Lama tak nampak? Mana hilang semua sekali? Kah kah kah zaman cium tangan dah habis kah ? Sekarang selepas dinobatkan sebagai PM ramai juga nak cium tangan, nak bodek, nak puji macam macam, kah kah manusia oh manusia, yang hilang jawatan entah ke mana, yang ada jawatan pulak terus disanjungi budaya kaum kita, amalan kita menjadi sanak saudara kah kah kah, apa pun buat kerja buat tugas buat tanggungjawab jangan rasuah, jangan mala's, jangan salah guna kuasa, jangan minta komisen sudah woit kah kah kah

ANWAR X SAMAN SANUSI 1


ANWAR X

SAMAN SANUSI 1

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"SAMAN HARI SENIN"
Kah kah kah see you in court, can you speak English? Adakah depan queen counsel atau mahkamah orang KEDAH kah kah kah, kalau orang KEDAH tarak masalah, sanusi biasa cakap bahasa KEDAH, no problemo kah kah kah, jawab jawab bahasa KEDAH boleh, me no speak English saja kah kah kah, lepas ini pelabur luar masuk KEDAH tak? Saja tanya jangan marah, buat songkok kopiah boleh kot kah kah kah

MAULUD NABI LAGI SEMBILAN HARI


SEMBILAN HARI

KE MAULUD NABI


KHAMIS 15/12/2022
LAGI SEMBILAN  HARI
MAULUD NABI ISA

LAGI EMPAT  HARI
PARLIMEN BERSIDANG
AMIN

EKONOMI DUNIA
AKAN KELAM KABUT
EKONOMI KITA JUGA 
AKAN KELAM KABUT

AMERIKA 
NAIKAN BUNGA
INI MENJADIKAN DOLAR MAHAL
NEGARA MISKIN AKAN KACAU

BANK AMERIKA
NAIKKAN BUNGA 
UNTUK LAWAN INFLASI
TARIK DOLAR DARI PASARAN
BERJAYA KAH 
CARA INI LAWAN INFLASI ?
KITA TUNGGU DAN LIHAT

QATAR
PERANCHIS MENANG
MOROKO KALAH

PERANCHIS   JUARA
AKAN
MASUK LAWAN ARGENTINA
UNTUK PIALA DUNIA

BELGIUM
SIBUK DENGAN KES RASUAH
AHLI PARLIMEN EROPAH
TUKANG RASUAH 
TOK ARAB QATAR

INI KALI KEDUA QATAR
MERASUAH
KALI PERTAMA RASUAH
PEGAWAI FIFA
UNTUK DAPAT JADI TUAN RUMAH
PIALA DUNIA

SEKARANG RASUAH
YB PARLIMEN EROPAH
APA TUJUAN ?
GUA PUN TAK TAHU
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI AGAK KERING
YANG SIBUK HANYA TIONG
YANG GEMBIRA BISING
CENGKERIK KERANA
BUMI MASIH BASAH

MATAHARI TAK ADA
KL & KL SENTRAL KELAM

LOPAK LOPAK AIR
DAH KERING
TAPI MASIH ADA JUGA
DI WILAYAH LEKOK
YANG MENJEMPUT SANG KATAK

HENDKNYA 
PANASLAH  HARI INI
GUA  MENUNGGU MATAHARI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUM

BRO
KAKI PUTAR
AKAN DIDERA
BILA DIA BERCAKAP BENAR PUN
TAKDA SIAPA YANG PERCAYA

BRO
DUIT  INI
TAK JAMIN BAIK UNTUK HIDUP
TAPI PASTI BURUK
KALAU TAK BERDUIT

BRO
KALAU MASALAH
BOLEH DISELESAIKAN
DENGAN  DUIT
ITU BUKAN MASALAH
ITU HARGA 

BRO
JANGAN MANIS SANGAT
LU KENA KULUM
JANGAN PAHIT SANGAT
LU KENA LUDAH KELUAR

BRO
LU BERAWAS
KAMBING DEPAN LU
KUDA BELAKANG LU
DAN LU DI KELILINGI
OLEH MAT BEBAL

BRO
ILMU PENGETAHUAN
TIDAK MEMERLUKAN
BANYAK RUANG

BRO
SOSOK PEKAK
SEDANG MENDENGAR
SOSOK BISU
 MENGIRA
SOSOK BUTA
 TERNAMPAK
SOSOK TEMPANG
SEDANG BERLARI
DENGAN PANTAS

BRO
SEMUA ORANG
DILIHAT BAIK
DARI PANDANGAN JAUH

BRO
TELOR MUNGKIN
LEBIH BIJAK DARI AYAM
TAPI CEPAT BUSUK
JADI TELOR TEMBELANG

BRO
TEMAN YANG JAHAT
LEBIH GANAS DARI HUJAN
HUJAN BAWA KITA
MASUK KE DALAM RUMAH
TEMAN JAHAT
HALAU KITA KE LUAR RUMAH

BRO
WALAU PUN CINTA ITU 
INDAH MANIS
IANYA TAK MUNGKIN
BOLEH DI GULAI

BRO
LU JANGAN SIBUK
PIKIR TENTANG TAK BERDUIT
LU WAJIB SIBUK
TENTANG TAK BIJAK
BERFIKIR
AMIN

LAKAKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
HARI MAULUD NABI ISA