POLIS MALAYSIA SEDANG BERHEMAH
WANITA DAKWA DICABUL 11 POLIS - malaysiakini
Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.
Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.
Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.
Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.
"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.
Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.
Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.
SURAT DARI PEMBACA:
dari malaysiakini: Wanita dakwa dicabul 11 polis Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.
Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya. Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.
"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya. Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9. ...
By Anonymous on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/21/11
Saya pon ade experience tgk pak polisi wat hal gini.. Alkisah, satu hari saye balik meeting dlm pkl 3pm...saya pon singgah disebuah kedai gorng pisang sblm masuk ke opis..... kebetulan ade lah sorg budak sedang ditahan polis (budak tu dtg nk bli goreng pisang kat gerai yg saye g tu). Bdk tu kne saman pasai x pakai helmet..lps polis tu blah....terbukaklah crite drpd makcik gerai yg bdk tu kne tahan pasai polis suspect moto tu moto curi...budak tu mase dtg gerai tu mmg die pakai helmet, mase sampai kat gerai tu (n kebetulan polis plak tahan nk check roadtax), die turun moto n bukak helmet...bile polis2 tu check roadtax n lesen sumer ade n konpem moto tu bkn moto curi, tetibe bdk tu kne saman pasai xpakai helmet..(WTF?)..kesian bdk tue...goreng pisang nyer pasal...xpasal2 kne saman diatas kesalahan yg beliau xlakukan....geram gaks kitorg mase tu...tp ape buleh buat...bdk tu pon blk ngan muka sedih (sabar ye, dik)...
By kamen rider black~ on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/20/11
Lima anggota polis jadi perompak - KOSMO! http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
By Anonymous on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/20/11
Yang pasal Black Metal tu, bersyukur la dapat gak kelulusan nak wat gig metal tu, kalau PAS, memang permit pon xdapat sebab music black metal kan sesat, sembah syaitan.lirik pon puja syaitan.
By Anonymous on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/20/11
malam tahun baru cina aku keluar dgn kwn leleki 2 dan 2 lagi minah indon 1 tmpt kerja...gi karaoke,blk lewat lah so kami nak 'overnight' kat lumut.on the way sampai seri iskandar dah kul 1.30am ada la roadblock...minah2 duk blkg pakai mini skirt lak tu,aku dah risau gak.dia tahan dan mintak lesen.dgn yakin aku bagi lah,pastu dia suruh ketepi.laa...rupa nya lesen aku mati dah 1 bulan...
aku dah pucat gak,dia tgk ramai dlm keta dia mintak IC,aku bg lah so minah2 tu bagi permit copy (ori syrkat simpan),dia ckp nak saman ni,so aku cakap tulis je lah,pastu dia ambk lesen aku bwk gi meja diorang,pastu dtg blk kata kat aku ni nak kena saman.aku cakap tulis je lah...dlm ati aku ni mesti nak pau aku.dia pergi lalu dtg chief dia lak..aku cakap tulis je lah saman tu (member sebelah aku ada cable blh diskaun) pastu dia cakap blh saman tp yang minah2 tu nak 'kira' camne?aku kaget gak dah bwk indon malam2 ni,diorang ugut nak permit ori kalau tak 'balai cerita'...pastu dgn tanpa segan silu dia tanya See more...
By piut ngah layor on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/20/11
kah..kah..kah... lawak tol crite2crita polis nieh.. pttuiih...!! ~ptrjya~
By Anonymous on
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/20/11
masalah dng kongkang umngok.....tak paham atau buat2 tak paham. banyak beza apa yg berlaku dilondon dng apa yg berlaku di kl...dilondon memeng RUSUHAN... di kl....HANYA UMNGOK dan GEROMBOLAN KATA itu rusuhan.memang payah berhadapan dng manusia kaki bodek @ kongkang.....
By haq on
LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11
har3x.. bodek tahap gaban.. tapi cipan suka la bodek ko raduan.. ada kelas.. muka bodek mesti tembam dan perut buncit.. demi allah, memang diciptakan khas 99% kaki bodek mesti pipi tembam, otak lemau dan perut buncit/boyot...
By Anonymous on
LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11