Isnin, 5 Jun 2023

BERITA AKAN JADI KENYATAAN !



BERITA AKAN

AJDI KENYATAAN

AMIN

DAP JAGA MULUT


Agihan kerusi Pakatan, BN Pulau Pinang 95% selesai 

PENGAGIHAN kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, sudah 95% selesai.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rundingan yang telah berlangsung sejak bulan lepas, berjalan lancar dan masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana ada pertindihan kerusi.

“Rundingan bagi pengagihan kerusi sudah pun 95% selesai dan ada beberapa kerusi lagi yang terdapat pertindihan permintaan bagi kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles di George Town hari ini.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH-BN akan mengadakan mesyuarat ketiga pengagihan kerusi PRN di Kuala Lumpur, esok.

“Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir…kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Chow berkata Pulau Pinang akan membubarkan DUN dalam 10 hari terakhir bulan ini.

“Sebenarnya, kita tidak bermasalah kerana sudah sampai ke akhir penggal dan seperti dijanjikan awal tahun, ia akan berlaku pada hujung bulan Jun.

Beliau berharap untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN, selepas mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Pulau Pinang yang terakhir.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH memenangi 37 kerusi, termasuk dua kerusi DUN daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala masing-masing dua dan satu kerusi dimenangi BN dan PAS.

Pada PRU15, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN, namun media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri itu mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai pembubaran DUN masing-masing ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun, bagi membolehkan PRN di enam negeri itu dijalankan serentak. – Bernama, 5 Jun, 2023.


INI BERITA BAIK

TAPI DAP

WAJIB JAGA

DUA MULUT

AMIN

MULUT KIT SIANG

MULUT RAMASAMY

AMIN

MULUT

NGEH KOMING

DAH MULA REDA

AMIN

MULUT LANCAP

DAP AKAN BAWA

UNDI PADA TALIBAN

AMIN

SELAMATKAN NEGARA DARI TALIBAN



Pakatan, BN gabung formula terbaik tawan Kedah, kata Mahfuz 

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah menggabungkan formula terbaik dalam pengagihan kerusi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata hanya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja lagi masih dalam rundingan manakala selebihnya 32 kerusi telah pun disepakati atas semangat perpaduan.

“Kita telah berjaya menetapkan apa yang telah diputuskan oleh gabungan di peringkat pusat berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti-parti dalam gabungan, status quo kini bukan lagi menjadi penanda aras utama dalam agihan kerusi.

Sebaliknya mengadunkan pelbagai faktor yang boleh memberi kemenangan kepada calon PH mahupun BN. Selain berdasarkan parameter peringkat pusat, kita masih ada ruang untuk perbincangan. Ada kawasan kita gunakan status quo, iaitu kerusi sedia ada yang kita menang atau BN menang, kita tidak usik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagaimanapun enggan mendedahkan kawasan yang masih dalam rundingan akhir dan dijangka dapat diselesaikan menjelang pertengahan Jun ini.

Sementara itu, Pengerusi BN Kedah Mahdzir Khalid berkata pengagihan kerusi bersama PH sudah di peringkat akhir dan berharap ia akan memberikan situasi menang-memang kepada kedua-dua gabungan parti politik itu.

“Keputusan terakhir datang dari pucuk pimpinan kedua-dua belah pihak tetapi sebaiknya kita tengok hampir-hampir sama rata (pengagihan kerusi antara BN dan PH).

Kena berunding dan berunding ini emosi kena letak tepi, kalau emosi dengan emosi ia tidak akan jadi. Jadi setakat ini ia baik dan positif dan hampir hendak selesai,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis kesyukuran sempena penobatan Balai Polis Kampung Tanjung sebagai Johan dalam Pertandingan Balai Polis Cemerlang anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) tahun 2022 (Kategori Balai Polis Luar Bandar) di Kuala Nerang hari ini. – Bernama, 5 Jun, 2023.


SUSUN ATUR

BAIK BAIK

AMIN

SELAMATKAN

NEGARA 

DARI TALIBAN

AMIN

KHALAS

MAOZEDONG ANAK TUAN TANAH



TAK SALAH

ORANG KAYA

BERJUANG UNTUK

ORANG MISKIN

AMIN

MAOZEDONG ANAK

TUAN TANAH

 AMIN

YANG SALAH 

MELEBONG

AMIN

BERAPA KALI DAH BERLAKU


3 maut, 3 cedera dirempuh kereta di bawah jejambat NKVE

TIGA penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada jam 5.59 pagi itu, tiga penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang lain mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Semua mangsa adalah lelaki tempatan dan berusia antara 19 hingga 37 tahun. Seorang mengalami cedera parah dan dirawat di zon merah dan dua lagi dirawat di zon kuning Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City Hatchback yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah ibu kota ke Cyberjaya hilang kawalan dan merempuh mangsa yang sedang berteduh.

“Ujian terhadap pemandu kereta turut mendapati beliau memandu dengan paras alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – Bernama, 4 Jun, 2023.

AL-FATIHAH

AMIN

DAH BERAPA

KALI PERKARA

INI BERLAKU ?

AMIN

SEMUA BAWA

MAUT

AMIN

KESEDARAN WAJIB

DI CANANGKAN

PADA PEMILIK

MOTOR

AMIN

KHALAS

PARTI BARUA BRITISH


PARTI BARUA

BRITISH

AMIN

Unknown commented on 
"ADA MELAYU 
JADI BARUA BRITISH"

Melayu' yang jadi barua British semua ada dalam UMNo...

Bila UMNo melingkup makna kata semua Barua British sudah mampos kering beramboss semua

PRN June 2023 ini Maka semua saki Baki DNA barua UMNo lingkup secara total

DALAM POLITIK TAKDA MUSUH TETAP

 


DALAM POLITIK

TAAKDA MUSUH

TETAP

AMIN

Unknown commented on 

"TAMRIN KATA - 

MAT LEBONG KAKI LEBONG"

Ini perangai asal usul sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka, kalau kawan itu teruk, kena belasah, ditikam orang, dianiaya boleh jadi kawan, kalau kawan jadi maju, kaya, famous, ada jawatan terus kawan kawan lama sepakat nak tikam jatuh balik, perangai popular di kalangan politikus negara ini, sejak zaman dahulu sampai sekarang sama saja woit, dulu dia kan kawan baik dengan Nuar, masa itu tak kenal atau tak ingat? Sekarang mula lah perangai? Dulu Nuar Mahathir jatuh hilangkan bapa dia dulu dalam UMNO, sekarang dia pulak lupa siapa kawan siapa lawan kah kah kah baik kawan dengan Ezi, kawan dengan Tak Tak, pasti lebih selamat dari kawan orang politik kah kah kah

CASH DAH MASUK JIL

 


CASH DAH

MASUK JIL

AMIN

Hakimi Abdul Jabar commented on

 "TAMRIN KATA - 

MAT LEBONG KAKI LEBONG"

Apabila pemegang jawatan sesebuah institusi tiada kelayakan, tiada kemampuan, tiada kecerdikan, tiada mutu dan lain-lain lagi, sewajarnya mereka melepaskan jawatan ataupun masyarakat semuanya mendapati yang dikatakan institusi tersebut tiada nilainya mahupun kegunaannya secara subjektik mahupun objektif, mansuhkan sahaja institusi tersebut. Pencuci bangunan, pembasuh pinggan dll. jauh lagi bermutu dan lebih ampuh.


Ini Zaman :

Cash Is No Longer King,

Butt Is No Longer Screwable!

BANJIR KEMARAU SILIH BERGANTI


BANJIR KEMARAU

HUJAN BATU

DATANG SILIH

BERGANTI

AMIN


TAMRIN KATA - MAT LEBONG KAKI LEBONG


PATHOLOGICAL

LIAR


Tamrin  Tun  Ghafar

Ahad  - 04/06/23




1.  Apa itu  yang  dimaksudkan  PATHOLOGICAL  LIAR  ( pa ta lo gi kal  la yer ) ;  ia adalah  GANGGUAN   MENTAL   yang  menyebabkan  sesaorang  TERPAKSA    berbohong  bagi  menutup  pembohongan awal , dan  TERUS   berbohong  dengan  harapan segala  pembohongan nya itu  dipercayai  dan diterima  tanpa soal

2.  Mengikut  Raja  Petra  Kamaruddin  atau  RPK  itulah  penyakit yang  dialami  Anwar  sejak  sekian  lama

3.   Sama  seperti  penagih  rokok ,      bermula  selepas saja  bangit  tidur ,  sebelum mandi ,   dan  merokok  sebelum tidur ,  itu  dipanggil  PENYAKIT  KETAGIHAN  

4.   Saya sedar  ramai  penyokong  tegar dan  'pencari  makan'  tidak  akan bersetuju  apabila  Anwar disentuh  seolah - olah  beliau  adalah  seorang  Nabi  walaupun  mungkin  kenal  dari jauh

5.   Namun saya  ,  salah seorang  yang  memenangkan  beliau sebagai  Ketua  Pemuda  UMNO  terpaksa  CAKAP  BENAR  walaupun pahit  sebelum

NASI  MENJADI
BUBUR

6.   Saya  tidak  berhasrat  menyentuh  sejarah  lama  bagaimana  Dr.  Mahathir   'KUTIP'   beliau  dari Kolej Yayasan Anda  dan  ABIM akhirnya di beri   tempat  dari  jawatan Timbalan  Menteri  sehingga  ke  jawatan Timbalan  Perdana  Menteri ,  dari  Ketua  Pemuda  ke Timbalan  Presiden UMNO , dan  saya  juga  tidak  berhasrat  menceritakan  mengapa  begitu  ramai  kawan - kawan  SETIA  beliau  disatu masa  dahulu seperti  Ismail Mena ,  Zulkifly  Nordin ,  Chandra  Muzaffar  dan  Sidek Baba  ( Alfateh ) ;  Hishamuddin  Rais  dan  yang  terbaru  Chegu Bad  dan  Tian  Chua ,  salah  seorang  'founder'  PKR   MENINGGALKAN    beliau

7.  Jika  Najib  dengan   CASH  IS  KING  'membeli' , Anwar  pula yang  pandai   berlakun  'berjanji'  itu  dan ini  maka  umum  TERPAKSA berhati - hati  sebelum  termakan janji

8.  Mengapa  mereka  semua  tidak  lagi  bersama  Anwar?        Mereka  diguna dan dijanjikan  dengan  berbagai  janji  manis ;  mempersoalkan  sesuatu  jawap nya  menempah  maut ;  dalam  erti kata  lain mereka  ikut  sahaja  kemahuan  dan  'kesukaan'  nya  tanpa  perlu  menyoal

9.   Ini  yang  sedang  berlaku  dikalangan  Menteri dan  Timbalan Menteri , ikut  dan  ampu  saja  walaupun  salah  dan walaupun  tahu  apa  yang  berlaku

10.   Kuasa  yang  ada  BUKAN lah  untuk  menyerang ;  sepatutnya  Anwar  menggunakan  kuasa  untuk  membela  rakyat  BUKAN  retorik  dan  terus  :

     MENANAM
     TEBU DI BIBIR

11.  Anwar  PERLU  MELAKSANAKAN  SEGALA   janji  beliau  selama mana melaungkan
R E F O R M A S I
25  tahun  lepas  dan  bagi  mendapat  sokongan  PRU

12.   Tindakan  membersihkan  negara  dari  gegala  rasuah  dialu - alukan  dan  rakyat  misti  menyokong  namun  mengapa  TIDAK  diletakan  terus  dibawah  Parlimen ?

13.   Selepas  disambung  khidmat  selama  setahun lagi   walaupun  Rafizi  PERNAH   berjanji , "menang  saja ,  esok  Azam  Baki , KP  SPRM  akan  ditangkap"  kini  kita  tahu  Azam  hanya  bertindak  mengikut  arahan

14.  Semasa  melancarkan  BPR  ( Badan  Pencegah  Rasuah  )  Tengku  Abdul  Rahman  berpesan  

"jika saya  melakukan  rasuah , tangkaplah  saya"

15.   Rakyat  ingin tahu  siapa  yang  membayai  penggunaan  jet dan helikopter  peribadi untuk  Anwar  dan  Nurul Izzah  semasa kempen  dulu ;  mengapa  tidak  disiasat  dan  di dedahkan

16.  Selain  menghadapi  47  kes  lagi ,  mengapa  Anwar  cuba  MENUTUP. kes  Kapal Peronda  LCS ?  yang  membabitkan Zahid  Hamidi  yang  dilantik  sebagai  Timbalan Perdana  Menteri

17.  Bukan ke Anwar juga menggotai Jawatankuasa  Kabinet  atau  Cabinet  Committee  berhubung penggunaan  Kalimah  ALLAH  semasa  Dr. Mahathir  menjadi  Pertama  Menteri  ?

18.   Mengapa  secara  senyap  TANPA  sesiapa  pun   memaklumkan  kepada  peguam  yang  mewakili  Negeri  MENARIK   diri  dari  Mahkamah  Rayuan  ?

19.  Anwar  cuba  memutar belitkan  fakta  dengan  cuba  mengaitkan  Agong  dan  Raja -  Raja  Melayu  dalam  isu  Kalimah  Allah  dengan  harapan beliau  'menjadi  hero'

20.  Presiden  Amerika  Syarikat Abraham  Lincoln  pernah  berkata  :
    YOU  CAN  
    FOOL  SOME
    OF  THE
    PEOPLE     
    ALL THE  TIME 
    AND   SOME  
    OF  ALL  THE
    PEOPLE  
    SOME  OF  THE
    TIME  ,  BUT  
    YOU  CANNOT
    FOOL ALL 
    THE  PEOPLE
    ALL THE TIME'

21.  SEPANDAI
        PANDAI
        TUPAI   
        MELOMPAT
        AKHIR NYA
       JATUH  
       KE TANAH 
       JUA

22.  Berubat  lah  segera  penyakit  PATHOLOGICAL   LIAR  yang  dihadapi   sebelum  ianya  menyangkit  keseluruh  Ahli  Kabinet

Wassalam
Terima  Kasih

BUMI HIJAU


Kebun bandar Kampung Baru cari dana, sukarelawan

LAMAN Ulaman Kampung Baru, sebuah kebun bandar di tengah bandaraya Kuala Lumpur, bergelut untuk pulih sejak pandemik Covid-19.

Ketua projek kebun itu Isfahani Suki memberitahu The Malaysian Insight selepas menyambung semula tanaman pada Mac tahun lalu, mereka kini kekurangan dana dan sukarelawan untuk membantu menanam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi disalurkan kepada kumpulan B40.

Isfahani berkata, matlamat utama tanah seluas 0.5 hektar itu adalah untuk menanam makanan kepada golongan memerlukan dan ia diagihkan kepada mereka secara percuma.

“Apa sahaja sayur-sayuran atau buah-buahan yang kami tanam, semuanya diberikan kepada dapur amal, kumpulan B40, pelarian dan masyarakat sekeliling.”

Beliau berkata, pada 2019 tanah itu disediakan secara percuma oleh The Malay Agricultural Settlement (MAS) di Kampung Baru.

“Pada September 2019 kami mula menanam sayur-sayuran dan buah-buahan di sini antaranya cili, terung, bayam, bendi, jagung dan kacang panjang.

“Kami mempunyai kira-kira 20 sukarelawan datang untuk membantu setiap pagi Ahad dari jam 8 hingga 11.30 pagi. Kami mendapat bantuan untuk menanam dan mengagihkan hasil tanaman kami kepada golongan B40.

“Tetapi ia hanya bertahan selama tujuh bulan dan kami terpaksa menutup operasi apabila wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020.”

Isfahani berkata pada Mac 2022 mereka kembali ke kebun itu dan mula bercucuk tanam tetapi berdepan masalah kekurangan sumber.

“Kos operasi kami kira-kira RM3,500 hingga RM4,000 sebulan. Ini untuk gaji pekerja, beli anak pokok, baja kompos dan bahan lain yang diperlukan.

“Kami juga memerlukan seseorang untuk berada di sini setiap hari bagi memantau dan memastikan semuanya berjalan lancar dan ada seseorang menjaga kebun.

“Pada masa ini, kami masih mampu bertahan kerana kemurahan hati ahli Kelab Rotary Kampung Baru, keluarga dan rakan-rakan.”

Bekas penolong gabenor Kelab Rotary Kampung Baru itu juga berkata, pihak kebun kini sedang berusaha mendapatkan bantuan dalam apa jua bentuk untuk menaik taraf kawasan itu dan menuai lebih banyak hasil.

“Sebarang bentuk bantuan sama ada dana hinggalah kepada sukarelawan amat diperlukan.

“Kami sedar ramai orang juga susah, jadi kita tak nak minta banyak. Mungkin boleh dapat penaja korporat?

“Pada masa ini kami mempunyai kira-kira satu atau dua ahli kelab Rotary datang untuk membantu.

“Kami memerlukan sukarelawan yang berfikiran sama untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Isfahani berkata, mereka berharap untuk menjadikan kawasan itu sebagai kebun atau ladang komuniti.

Beliau berkata setakat ini Kebun-Kebun Bangsar (KKB), satu lagi kebun dalam bandar di tengah ibu kota, membantu kebun mereka.

Pengasas bersama KKB, Ng Sek San berkata mereka cuba membantu kebun itu.

“Pada April lalu, mereka (Laman Ulaman) datang ke kebun kami untuk meminta nasihat kami mengenai cara mendapatkan sukarelawan.

“Jadi, kami pergi bersama sukarelawan kami untuk membantu mereka mengenai cara mengendalikan ladang.

“Mereka juga meminta untuk melihat bagaimana kawasan itu boleh direka bentuk (dicantikkan). Kami akan kembali semula untuk melihat bagaimana kami boleh membantu.”

Projek kebun KKB yang dimulakan pada 2016 adalah kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Mereka diberi tiga bidang tanah seluas 8 ekar dan sedang giat mengusahakan satu petak seluas 2.5 ekar yang membentuk taman bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat juga kawasan lebah dan pepatung.

Isfahani berkata mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh datang ke kebun yang terletak di Lot 1850, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mereka boleh ditemui di tempat itu setiap Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. – 5 Jun, 2023.


PROJEK SEPERTI INI

WAJIB DIJADIKAN

CONTOH

AMIN

BANYAK KAN

PROJEK

 SEPERTI INI

DALAM BANDAR

AMIN

TUGGAL 

TANAH KOSONG

JALANKAN KEMPEN

BUMI HIJAU

KHALAS

ADA MELAYU JADI BARUA BRITISH


ADA MELAYU

SEDIA JADI

BARUA BRITISH

AMIN 

Unknown commented on 
"ORANG MUSANG DI TEMUI"

gua yakin yg dijumpai itu adalah org melayu kerana prof2 melayu telah melakukan kajian yakni melayu adalah dna kedua tertua didunia..bangga la wahai melayu..melayu tidak kalah dgn senjata tapi melayu kalah kerana perang saudara.gadoh sesama anak raja akhirnya minta bantuan british.

ZAMAN MELESET AKAN SAMPAI ?



ZAMAN MELESET

AKAN SAMPAI

SEKALI LAGI ?

AMIN

WAJIB BERSEDIA

AMIN

KONTREKTOR TIDAK MAKAN RASUAH


 KONTRETOR INI

TIDAK RASUAH

AMIN

SIMIN BESI PASIR

TAK TIPU

KHALAS

Unknown commented on
 "MASJID TAK RUNTUH"

bro..masjid baitul rahman aceh tidak runtuh walau dikelingi marah tsunami.

TALIBAN NAK MELAYU JADI ARAB


TALIBAN

NAK MELAYU

JADI ARAB

KHALAS

Unknown commented on 
"PAS HADIAHKAN TEH TARIK KE SELANGOR"

TT tak nak join ke "United front" mahathir dan muhyiddin untuk jatuhkan anwar? Atau kebencian TT pada taliban yg menghalang?

HARI CUTI


HARI CUTI


SENIN 5/6/2023
HARI INI CUTI
HARI JADI AGONG
KALAU TAK CUTI
KITA TAK TAHU 
BILA AGONG LAHIR
KAH KAH  KAH

HARI INI LIM KIT SIANG
DAPAT JADI TAN SERI
TAHNIAH

TAK TAHU SAPA LAGI
 DAPAT ANUGERAH
TAHUN LALU MAT SABU
DAPAT JADI DATUK SERI

UKRAINE
MULA MENYERANG
DENGAN BALA TENTERA
DENGAN KERETA KEBAL
MEREKA DI PUKUL TERUK
OLEH RUSIA

INI PERMULAAN PROJEK
UKRAINE NAK AMBIL BALIK
WILAYAH YANG SUDAH
UMUM MEREKA MERDEKA
DAN TAK MAHU
JADI WILAYAH UKRAINE

SUDAN
ITAM BUNUH ITAM
BERTERUSAN
BANYAK ITAM BIASA
MATI DI ATAS JALAN RAYA
DI HURUNG LALAT ITAM

AMERIKA
PENULIS SKRIP
KREW DI BELAKANG CAMERA
PENGARAH MOGOK
DI HOLYWOOD
DAH BERMINGGU
BANYAK PROJEK  TV & FILEM
TERGENDALA

TUTUTAN NAIK GAJI
DAN MAHU SEMUA SKRIP
DITULIS OLEH MANUSIA
BUKAN OLEH KOMPUTER
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH KERING
MATAHARI DAH KELUAR

MURAI BERKICAU
DI ATAS BUKIT
DALAM GAUNG
JANTAN BERKOKOK
TERKUKUR BERLAGU
PAGI YANG INDAH

GUA LALU DEPAN MENGKUDU
YANG KOSONG 
TAHUN INI TEMPUA
TAK BUAT BANGLO ATAS MENGKUDU
PAKOK INI JUGA
TELAH DI POTONG SEDIKIT
MUNGKIN KERANA INI
POHON MENGKUDU
TIDAK MENARIK UNTUK TEMPUA

PAGI CUTI 
DERAMAN KERETA DI KL SENTRAL
TAK KEDENGARAN
CAHAYA MATA HARI  BERSINAR
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
SENIN DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA LU KENA EJEK
JADIKAN IANYA MINYAK
UNTUK BAKAR SEMANGAT LU

BRO
LU JANGAN MATI MATIAN
MENGEJAR SESUATU
KERANA IANYA 
TAK DAPAT DI BAWA MATI

BRO
HAPUSKAN DENDAM
BERSIHKAN HATI
LURUSKAN NIAT

BRO
HATI  LU  BOLEH LEMAH
TAPI JANGAN NGAKU
KALAH

BRO
SESEKALI LU KETAWAKAN
DIRI LU SENDIRI
UNTUK REDAKAN KEADAAN

BRO
LU TURUN KE JALAN RAYA
UNTUK SAMA BERJUANG
BUAT RAMAI

BRO
LEPAS LU KENA TINGGAL
YANG DISAYANG
LU RELAX DULU
LEPAS TU BARU CARI GANTI

BILA DAH CUKUP BILANGAN HARI
TANDA TARIKH  AMAT SERASI
TURUN BERDEMO DIWAKTU PAGI
AKTIFKAN DIRI SAMBIL BERAKSI
AMIN

LAKUKAN SEKARAN
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI