Rabu, 1 Mac 2023

MANGSA BANJIR PERTAMA



Johor catat kematian mangsa banjir pertama


SEORANG lelaki warga tempatan menjadi korban pertama banjir di negeri ini setelah ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Jalan GSA Chamek, Paloh dekat Kluang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa yang berusia 20-an itu dipercayai dibawa arus banjir ketika sedang memandu keretanya di lokasi kejadian, kira-kira 7.20 pagi tadi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

“Usaha mengesan mangsa terus dilakukan dan pada pukul 12.20 tengah hari sebuah kereta jenis Toyota Avanza ditemui dengan keadaan ditenggelami banjir.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menjumpai seorang lelaki dan didapati meninggal dunia. Mayat tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat menafikan terdapat kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus seperti yang didakwa dalam satu video tular di aplikasi TikTok.

”Polis Kontinjen Johor mengesahkan kejadian tidak berlaku di negeri Johor dan dipercayai berlaku di luar negara.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat. Mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau mesej palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Video berdurasi 20 saat yang memaparkan kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus itu dipercayai bertarikh 12 Disember tahun lepas tular di media sosial sejak semalam. – Bernama, 1 Mac, 2023.


AL-FATIHAH

JAGA JAGA

HATI HATI

AWAS !

AMIN

GERMAN LU TAK SOKONG UKRAINE



GERMAN

DULU TAK 

SOKONG

SEKARANG

PENYOKONG

KUAT UKRAINE

KHALAS

MAIL BERA MAKIN BIJAK


RoS patut henti pemilihan UMNO sehingga keputusan dua jawatan tertinggi diperoleh – Ismail Sabri


BERA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sepatutnya menangguhkan proses pemilihan UMNO sehingga satu keputusan diperoleh bagi permohonan usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) berkenaan pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Menurut Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Yaakob, ia akan menjadi konflik sekiranya RoS mendapati usul yang diluluskan dalam PAU 2022 itu bertentangan dengan perlembagaan dan dua jawatan tertinggi parti itu mesti dipertandingkan dalam pemilihan parti.

“Sebab kalau tak, tiba-tiba dia (RoS) kata boleh bertanding. Ada yang sudah bertanding jawatan naib presiden sekarang ini mungkin nak bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden. Tapi dia sudah hantar nama untuk naib presiden.

“Jadi, saya percaya kalau RoS nak buat keputusan sepatutnya menangguhkan pertandingan sehingga RoS membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Latihan Amal Bera Inter-Agensi dan Komuniti 2023 yang diadakan di Bera Waterfront di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bera itu memberitahu, perkara itu juga menjadi antara sebab beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini.

“Ia bertentangan dengan perlembagaan parti. Jadi, kalau saya tak setuju dengan perkara tersebut, tiba-tiba saya dalam parti sebagai Naib Presiden sedangkan dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

“Seolah-olah saya bersetujulah. Jika saya menghantar bertanding untuk Naib Presiden, maknanya saya mengiktiraf jawatan itu untuk tidak dipertandingkan.

“Jadi, saya masih lagi konsisten dengan pendirian saya dan disebabkan itu saya tidak bertanding,” ulasnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan dikatakan merajuk dan jauh hati dengan parti dan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perbezaan pandangan dalam berpolitik tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan Ahmad Zahid sejak sekian lama.

“Bukan protes, bukan merajuk. Saya tak merajuk. Tapi saya kena konsisten dengan pendirian saya,” kata Ismail Sabri lagi.

Pada 15 Februari lalu, Ahmad Zahid  memberitahu,  peraturan mesyuarat dan Perlembagaan UMNO telah diikuti sepenuhnya di mana terdapat klausa 9.3 dan 9.4 dalam Perlembagaan UMNO yang telah dijelaskan kepada RoS.

Menurutnya, Perhimpunan Agung UMNO merupakan badan tertinggi UMNO maka keputusan untuk menambah usul yang telah dibentangkan itu telah diteliti oleh pihak RoS dan juga oleh kumpulan peguam parti selain Setiausaha Agung UMNO.

Maka Ahmad Zahid berkata, UMNO yakin RoS akan meluluskan usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini. – 

WOIT

SAYANG BETUL

BARU SEKARANG

MAIL BERA

MAKIN BIJAK

KAH KAH KAH

MASA JADI PM

TAK BERANI

BERSUARA

KAH KAH KAH

DAH BERHENTI

BARU BERANI

BERSUARA

KAH KAH KAH

INI PERANGAI

POLIS PENCEN

AMIN

MASA BERTUGAS

TAK BERANI LAPOR

TOWKAY LENDIR

BILA DAH PENCEN

BARU BERSUARA

KHALAS

HADI NAK TUMBANGKAN KERAJAAN PMX


‘Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami’, kata Hadi kepada kerajaan

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata apabila perkara itu berlaku mana-mana pihak tidak patut menuding jari kepada pembangkang.

Ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini Abdul Hadi berkata punca keruntuhan itu nanti kerana kekurangan dan kelemahan kerajaan itu sendiri.

“Kalau partinya yang kecil bergabung dalam keadaan yang rapuh, laksana rumah berdinding kaca jangan mudah-mudah melontar batu terhadap pihak lain bagi menutup kelemahannya yang ketara.

“Ini kerana dindingnya menampakkan segala yang berlaku di dalamnya dan mudah pecah berkecai,” katanya.

Katanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 tumbang bukan kerana pintu belakang.

Menurutnya selepas Pilihan Raya Umum ke-15, Anwar dan PH terpaksa menggabungkan semua parti kecil berpenyakit demi mencapai angka yang cukup bagi membentuk kerajaan.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya.

Dalam perbahasan sama beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang melengahkan peruntukan untuk kawasan Parlimen yang diterajui pembangkang.

“Tindakan melengahkan peruntukan di kawasan pembangkang dan kerajaan negeri yang dikuasainya adalah tidak tepat dengan prinsip Islam dan demokrasi.

“Bahkan, ia terlalu jauh daripada ajaran Islam yang menjadi agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sangat mencalarkan imej Islam,” katanya. – 28 Februari, 2023.

ADA KE

PROJEK NAK

JATUHKAN PMX

KAH KAH KAH

JANGAN RISAU 

BILA KES ABAH

DI BUKA SEMUA

BERES

KAH KAH KAH

BILA KES HADI

DI BUKA SEMUA

BERES

KAH KAH KAH

TAPI MACAM MANA

DENGAN ZAHID?

KAH KAH KAH

BOLEH TANGGUH

LIMA TAHUN

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR MELANDA LAGI



Banjir di Johor semakin buruk


SITUASI banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir melonjak kepada 5,878 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 1,591 mangsa direkodkan pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 1,575 keluarga ditempatkan di 54 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,952 orang ditempatkan di 10 PPS, diikuti Segamat dengan 1,431 orang dipindahkan ke 16 PPS.

“Turut terjejas bencana itu ialah Kota Tinggi melibatkan 1,156 mangsa, Johor Bahru (1,004 orang), Kulai (320 orang) dan Pontian (15 orang),” menurut kenyataan itu.

Di Segamat, beberapa sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat Kecil yang merekodkan bacaan 38.32 meter (m); Sungai Bandar Segamat (9.2m); Sungai Labis (41.31m) dan Sungai Lenik, Ladang Chaah (8.11m).

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Kahang, Kampung Contoh (Kluang) di paras 16.95m; Sungai Siku, Kampung Murni Jaya (Kulai) 21.51m; Sungai Skudai, Kampung Separa (Kulai) 18.66m; Sungai Siam, Kampung Sungai Siam 21.51m dan Sungai Pontian Besar, Kampung Melayu Bukit Batu 12.86.

Selain itu, paras air Sungai Pulai, Kampung Ulu Pulai (Pontian) turut  melepasi paras bahaya iaitu 2.81m dan Sungai Skudai, Kampung Laut (Johor Bahru) 5.79m.

Cuaca di kesemua 10 daerah dijangka hujan sehingga petang. – Bernama, 1 Mac, 2023.

PERUBAHAN

IKLIM

AMIN

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

BERHATI HATI

AMIN

KHALAS

ADA PROJEK NAK BEBASKAN NAJIB & ROSMAH


ADA PROJEK

NAK BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

Unknown commented on 
"KES NAJIB INI BUKTI JELAS"

najib dan rakan2 diluarnya nie mmg tak sedar diri... sepatutunya mereka kena insaf... org politik patut taubat jangan buat dah kerja-kerja jahat curik duit negara... takpayah dah kontrak-kontrak nie... kartel aje yg kerjakan nie... berhenti...

takkan nak tubuh majlis ulamak umno untuk bacakan doa taubat korang... buat benci imam mahdi je esok2 korang2 ni...
Unknown commented on 
"NAJIB AKAN DI BEBAS ? MENGOLAH PERSETUJUAN SEDANG BERJALAN"

Mungkin berlaku mungkin tidak, apa pun siapa Cui Bono? Apa keuntungan kepada kita? Siapa untung siapa rugi? Kapitalis menang atau siapa? Akhirnya dunia milik kapitalis yang kira untung untung saja, menu Rahmah pun boleh untung, apa kan pulak menu nasi kandar Mamu, kah kah kah semua nak untung tapi selalu rugi ialah rakyat, bukan yang terima bantuan bantuan setiap masa, tetapi yang bayar cukai kiri kanan atas bawah kah kah kah

PENJAWAT AWAM MINTA GAJI NAIK


PENJAWAT AWAM

MINTA 

GAJI NAIK

KHALAS

Unknown commented on 
"PENJAWAT AWAM 
TAK SOKONG PAKATAN"

Penjawat awam ini siapa? Kaum mana tak sokong? Kenapa tak sokong? Sistem macam mana mereka sokong? Sistem kroni perkauman agama atau lebai perintah ikut buku aturan? Saja tanya jangan amrah marah kah kah jag


Unknown commented on
 "(Untitled)"

Satu negara yang paling ramai penjawat awam, satu negara yang paling banyak tanggung biawak hidup, kerja tak mahu tetapi maka semua kemudahan mahu kiri kanan, apa lah kah kah kah kalau guna sistem kapitalis sekejap semua akan lupus, sistem kerja mana lebih bagus? Pakai manusia atau robot atau mesin? Kah kah kah era teknologi lagi banyak mesin komputer diguna kena kurangkan manusia, tapi mana nak letak berapa ribu yang keluar cari kerja nanti? Tanah semakin sikit, bangunan semakin banyak, keperluan semakin mendesak apa nak jadi kah kah kah

PERANG DRONE - RUSIA DI ATAS



PERANG DRONE

RUSIA DI ATAS

IRAN MEMBANTU

AMIN

MENUNGGU WAN SAIFUL JADI KENG


MENUNGGU

WAN SAIFUL

JADI KENG

KHALAS

Unknown commented on 
"BILA MUHYIDIN 
AKAN DI DAKWA"

Bro, kena tunggu sampai wan saiful sings like a canary dulu.

KENA DONGENG TOK ARAB



KENA DONGENG

TOK ARAB

KHALAS

Unknown commented on
 "BALA SAMPAI 
SEKALI LAGI DI TURKI"

Oittt bhaiii..di turki nun...ramai macam ko...nama mcm islam...tapi islam di ic saja... ..lebih kurang mcm ko la juga bhaiii....nasib baik di malaysia ni tak ramai mcm ko..kalu tidak bala mcm-macam....kah kah kah

RAKYAT TUNGGU BANTUAN


RAKYAT TUNGGU

BANTUAN KONGSI BERSAMA

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "WAJIB BERUSAHA"

Kita rakyat bukan tunggu bantuan tapi memang hak rakyat untuk dapat perkongsian hasil negara. Hasil minyak ribu ribu bilion yang kenyang hanya pada King.. Menteri dan kroni mereka ..melahap seolah olah mereka je yg wujud dalam negara ini ..nelayan dapat apa ..jaga dapat apa ..studen dapat apa ..Lu tengok Kutti Kerala seluruh keturunannya kaya raya ..patut hasil negara di kongsi bersama 

PAKISTAN TUTUP BANYAK KEDUTAAN



PAKISTAN TUTUP

KEDUTAAN

KHALAS

UKRAINE AKAN KALAH


UKRAINE 

AKAN KALAH

KATA KOLONEL

AMERIKA INI

AMIN

OPERASI SPESIAL PUTIN SETAHUN KEMUDIAN


OPERASI SPESIAL

 PUTIN   SETAHUN KEMUDIAN


Pada Jumaat 24/2/2023 cukup 365 hari Operasi Spesial Vladimar Putin. Semua media Barat   heboh bagai nak rak melaporkan  tarikh ini sebagai  cukup  setahun Perang Ukraine. 

Tarikh satu tahun Perang Ukraine ini tidak betul. Fakta ini salah. Maklumat sengaja di putar belit.

Perang Ukraine bermula pada bulan Februari 2014. Ini berlaku apabila kumpulan fahaman  kanan termasuk gerombolan bersenjata fasis – Arzov Regiment – menjalankan  rampasan kuasa di Kyiv. 

Presiden Victor  Yanukovych  dijatuhkan.  Pemimpin Ukraine ini telah   memandu Ukraine untuk tidak memusuhi Rusia.  Yanukovych  melihat Rusia sebagai tetangga dan rakan niaga.

Sebulan  sesudah rampasan kuasa -  pada  Mars 2014 Gerakan Pemisah Pro-Rusia  mula bergerak. Rusia mengambil kembali wilayah Crimea. Perang meletus.

Jangan lupa 17/6/2014   pesawat MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak jatuh di wilayah Donbas. Ukraine tuduh ini kerja Rusia. Manakala Rusia menuduh ini kerja Ukraine.  

Pada 2015 German dan Perancis menjadi orang tengah untuk mendamaikan Ukraine dan Rusia. Perjanjian Minsk  - perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine ditandatangani pada 12/2/2015.

Perjanjian ini tidak dipatuhi sepenuhnya. Soldadu Ukraine dan gerombolan fasis terus membantai  warga wilayah Donbas.  

Media Barat juga melaporkan Putin mengarahkan bala tentera masuk menyerang Ukraine pada 24/2/2022 tanpa sebab musabab.

Ini juga tidak betul. Ini juga berita putar alam. Perang sebenarnya terus berjalan di wilayah Donbas. Justeru  kemasukan askar Rusia menuju ke Kyiv di panggil Special Operation oleh Putin. Ini langkah  penerusan perang. 

Sebenarnya Amerika dan CIA telah merancang lama. Projek rampasan kuasa telah lama mengeram  di Kyiv. Amerika melalui CIA telah menggunakan dan memberi dana kepada  kumpulan politik berhaluan kanan dan badan NGO untuk berdemo menjatuhkan kerajaan Yanukovych yang dilihat pro-Rusia.

Apa projek Ukraine ini sebenarnya.

Projek perang ini sama seperti yang telah dilakukan oleh Amerika di Vietnam,  di Iraq, di Libya, di Kosovo , di Afghanistan dan di Syria.   Semua projek ini adalah projek kuasa  politik dan kuasa ekonomi Amerika Serekat 

Dalam bahasa politik ini adalah kuasa  hegemon – kuasa besar -   yang mahu menakluki dunia. Kuasa imperialis Amerika ini sama seperti kuasa Inggeris menjajah Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Menjajah untuk menjarah harta kekayaan tanah jajahan. Tidak ada beza Inggeris dulu dengan Amerika sekarang.

Yang berbeza hanya retorik dan propaganda.  Inggeris mahu membawa tamadun. Inggeris menganggap kita  tidak bertamadun. Manakala hari ini Amerika datang dengan slogan demokrasi dan hak asasi.

Niat kuasa luar  - Inggeris ke,  Amerika ke atau China ke  - adalah sama. Kuasa luar datang untuk menjarah harta kekayaan negara yang dijajah.

Kuasa imperialis Amerika ini di kepalai  oleh elit politik berfahaman kanan, dibantu oleh kaum pemodal dari Wall Street, di sokong  oleh pemilik media dan dipasak oleh  kontraktor senjata. 

Lima syarikat  pembuat senjata terbesar dalam dunia ialah Lockheed Martin, Boeing, Raythoeon, Northrop Grumann dan General Dynamic.  Semua senjata Amerika dan senjata NATO di buat oleh syarikat-syarikat  ini.

Manakala syarikat media – cetak, tv dan filem – atau lebih tepat lagi lembaga penyebar propaganda memainkan peranan penting.

 Lembaga propaganda ini   di miliki oleh  Fox Cooperatin, Sony Cooperation, News Cooperation,  Hearst Communication,  Walt Disney Company dan  Warner Bros. 

Cara bergerak amat mudah : politikus ingin berkuasa – perlu dana untuk meraih undi.  Kontraktor senjata yang perlu projek  akan ‘ bersedekah ‘  dana kepada politikus. Justeru semua  bersekongkol untuk memaju dan mengembangkan kepentingan masing-masing. 

Semua kerja jahat mereka akan di sucikan dan dibasuh  oleh kumpulan media yang mengawal maklumat sedunia. Tugas media ini ialah mengolah persetujuan orang ramai.

Contoh terbaik bagaimana media  berjaya menggambarkan Saddam sebagai Hitler atau  Putin sebagai Hitler terbaru. 

Peranan media untuk mengolah persetujuan orang ramai.  Rakyat diminta  bersetuju untuk menghantar senjata atau turut sama berperang.

Syarikat media ini juga  mengaut untung dari penjualan filem, program tv,  berita dan maklumat.

Hakikatnya ini adalah ciri dan watak kerjasama kaum pemodal dalam  sistem ekonomi kapitalis. Ini bukan kapitalis kecil. Ini kapitalis bertaraf  dunia. 

Syarikat  dan kaum pemodal ini  bukan hanya menyusun siapa naik dan sapa turun dalam politik Amerika atau di Ukraine.  

Sapa naik dan sapa turun di UK, di Canada, di Iraq atau Syria jadi perhatian mereka. Malah sapa naik dan sapa turun di   Malaysia juga dalam pemerhatian  CIA. 

Ini dilakukan untuk memastikan kepentingan  dan keuntungan pelaburan  modal mereka terjamin selamat

Hakikatnya selagi sistem ekonomi kapitalisma wujud - dunia dan umat manusia akan terus diancam dengan wabak perang.

Apa yang berlaku di Ukraine 9 tahun ini adalah mengikut hukum sistem ekonomi kapitalis.

Operasi Spesial Putin bermula   setahun dahulu telah membantu   gerakan pemisah di wilayah timur Ukraine. Gerakan pemisah telah berjaya menawan hampir semua wilayah Donbas. Wilayah timur Ukraine ini di duduki oleh  etnik Rusia.

Bahasa dan budaya Rusia  yang telah di tekan oleh kerajaan pusat di Kyiv kini telah bebas. Malah wilayah Donbas ini mahu menjadi sebahagian dari Rusia. Ini dibuktikan dengan pungutan suara pada 14 Mei 2014.  Beberapa bulan satelah rampasan kuasa berlaku.

Apa sebenarnya niat dan perancangan Amerika  ke atas Ukraine.

Projek Amerika dan NATO cukup jelas. Satelah tamat Perang  Dingin dilihat Rusia dan China mula bersama dalam keluarga dunia.  Keadaan ini tidak menyenangkan  beberapa pihak.

Kontraktor senjata mula  hilang punca pendapatan. Tanpa perang kilang senjata tidak bergerak. Para pemikir  garis kanan mula hilang pengaruh kerana  China dan Rusia tidak lagi dilihat sebagai musuh. 

Pantagon – Jabatan Pertahan Amerika – dengan pelbagai jaringan lembaga  risik  merasa cuak akan kehilangan pengaruh dan kuasa.

Justeru musuh perlu diwujudkan. Musuh lama Perang Dingin ialah Rusia  dan China.  Dalam bacaan lembaga  pemikir dan  intelektual kanan  Amerika pada ketika ini mereka wajib mensasar kembali Rusia sebagai musuh.

Analisa mereka jelas. Satelah USSR – Soviet Union – runtuh Presiden Boris  Yeltsin mengambil alih. Sosok ini dilihat senang masuk ke dalam poket Amerika. 

Suasana berubah apabila Boris Yeltsin di ganti oleh Putin pada 23/3/2000.  Vladimar Putin bekas  pegawai KGB – lembaga risik Rusia -  di lihat bahaya.

Kenapa bahaya?

Pertama Rusia memiliki teknologi senjata  setaraf dan malah ada yang lebih tinggi dan lebih canggih dari Amerika.

Rusia negara  terluas dalam dunia. Memiliki hampir pelbagai bahan galian – minyak  dan gas lebih banyak dari apa yang ada di negara Arab. 

Rusia juga  kaya dengan  bahan galian seperti besi, magnesium, chrome. nikel, emas putih , titanium, tembaga, timah, fosfat, tungsten emas dan intan.

Ini adalah bahan-bahan strategik dalam industri moden dan industri persenjataan.

Di bawah kepimpinan Putin Rusia kembali membangun. Rusia di bawah Putin  berupaya menandingi Amerika. 

Justeru Rusia dan Putin wajib ditundukkan di bawah hegemoni Amerika.

Di sini peranan Ukraine yang dijadikan alat untuk meruntuhkan Putin dan jika berjaya memecahbelahkan Rusia.

Ukraine dipancing dengan tiket  anggota  negara Kesatuan Eropah. Ukraine juga dijanjikan akan menjadi anggota NATO.

Menjadi anggota NATO ini tidak dapat diterima oleh Rusia. Untuk Rusia jika Ukraine menjadi anggota NATO bermakna senjata nuklear Amerika berada depan pintu.  Maka Putin melancarkan Special Operation.

Langkah balas  pertama diambil oleh Amerika dan NATO ialah melakukan sekatan ekonomi. Ini dengan niat untuk menjerut leher Putin.  Sekatan ekonomi dijadikan  senjata ampuh.

Setakat 24/2/2023 ini seramai 10,608 individu warga Rusia  telah di kenakan sekatan. Mereka tidak dibenarkan masuk ke Amerika atau Eropah. Akaun bank mereka di bekukan. Nama mereka dalam senarai hitam.

Sebanyak 3,431 syarikat Rusia  termasuk bank dan syarikat  pertukaran mata-wang telah juga  di sekat dari menjalankan perniagaan di luar  Rusia.   Sebanyak 492 lembaga  kerajaan Rusia juga telah di sekat dari membuat perhubungan dengan negara luar.

Apa hasil sekatan ekonomi ini ?

Niat dan perancangan sekatan ekonomi Biden dan NATO ialah memporak perandakan ekonomi Rusia. 

Dari segi perancangan apabila  minyak mentah dan gas dari Rusia tidak ada pembeli maka ekonomi Rusia akan mengecut. Bila ekonomi mengecut rakyat jadi susah. Bila rakyat susah mereka jadi marah. Bila rakyat marah mereka akan memberontak. CIA sedia menunggu untuk menambah panas keadaan. Akhirnya  Vladimar Putin  akan digulingkan.

Dari segi teori dan dari tulisan dalam kertas kerja  Pantagon semua ini akan berlaku. 

Dalam realiti harian eksport minyak dan gas dari Rusia tidak  berkurang. Eropah tidak lagi membeli  gas dan minyak dari Rusia. Tapi Rusia ada pelanggan baru – India dan China.

Nilai ruble - mata wang Rusia telah naik dan kukuh. Ini satu tamparan tapak kasut  ke muka Presiden Biden dari Rumah Putih

Jelas  lagi terang – sekatan ekonomi ke atas Rusia gagal. Malah warga Eropah sendiri menerima padah. Harga minyak dan gas  yang dulunya di import  murah dari Rusia kini jadi mahal kerana di beli juah dari Amerika atau negara Arab.

Untuk memperingati setahun Operasi Spesial Putin Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan persidangan khas  di New York.

Kutukan demi kutukan dihamburkan ke atas Rusia dan Putin. Amerika dan kuncu-kuncu dan NATO mengutuk keras apa sahaja yang dilakukan oleh Rusia.

Di akhir persidangan PBB itu  satu resolusi telah di undi untuk menyelar dan mengutuk Rusia. Ini sebagai tanda   menyokong perjuangan rakyat Ukraine.

Sebanyak 141 negara menyokong resolusi  mengikut telunjuk Amerika dan NATO. Sebanyak 7 negara  - termasuk China dan India menentang  resolusi itu. Dan 32 negara berkecuali. 

Ketika tulisan ini di garap Janet Yellen baru sahaja selesai mengadakan lawatan mengejut ke Kyiv. Setiausaha Kewangan Amerika ini membawa 1.9 bilion dolar untuk Ukraine. Ini sebahagian dari 9.9 bilion dolar yang telah diluluskan  oleh Presiden Biden.

Setakat ini Amerika telah menghulurkan 19.2 bilion dolar sebagai bantuan yang bukan berupa senjata.

Dalam masa yang sama Amerika bersama NATO telah memberi bantuan senjata berjumlah lebih dari 30 bilion dolar untuk Ukraine.

Jelas ini perang proksi.  Amerika dan NATO berperang dengan Rusia. Mereka menggunakan rakyat Ukraine sebagai umpan cacing.

Apakah perang ini akan berterusan?  Ke mana akhirnya perang  ini? Sila tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALM PORTAL THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/430552



BANGUNAN RUNTUH KERANA RASUAH


Gempa bumi di Turkiye, Syria ragut lebih 50,000 nyawa


GEMPA bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria mengorbankan lebih 50,000 orang, menerusi data yang disemak oleh AFP termasuk angka dari kedua-dua bahagian kerajaan dan pemberontak di Syria yang dilanda perang.

Seramai 5,951 orang terbunuh di seluruh Syria, manakala Turkiye mencatatkan 44,374 kematian selepas gempa bumi 6 Februari lalu.

Ia menjadikan 50,325 jumlah kematian akibat bencana itu di kedua-dua negara.

Kerajaan Syria berkata 1,414 orang terbunuh di kawasan di bawah kawalannya, manakala pegawai disokong Turkiye di Syria meletakkan angka kematian pada 4,537 di seluruh kawasan yang dikuasai pemberontak di negara itu.

Jumlah korban di kawasan di luar kawalan kerajaan termasuklah kematian di wilayah yang dikuasai kumpulan pemberontak lawan.

Pihak berkuasa tempatan bergantung kepada data dikumpul dari hospital, pusat perubatan dan pertahanan awam di Idlib dan wilayah utara Aleppo, kata pegawai kesihatan Maram al-Sheikh kepada AFP.

Ia juga termasuk sumber awam yang kebanyakannya mengebumikan mayat tanpa membawa mangsa ke hospital.

Jumlah kematian dimuktamadkan dengan bantuan organisasi Unit Penyelarasan Bantuan (ACU), rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempatan.

PBB berkata ia bergantung kepada data ACU, termasuk angka kematian.

Angka kematian di kawasan pemberontak adalah “hampir muktamad, kerana kebanyakan mangsa sudah dikeluarkan dari bawah runtuhan”, katanya.

Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights melaporkan 2,243 orang terbunuh di kawasan yang dikuasai kerajaan—merekodkan lebih 824 kematian daripada angka rasmi.

Rami Abdel Rahman, yang mengetuai kumpulan berpangkalan di Britain itu berkata jumlah mereka lebih tinggi kerana ia termasuk 50 kampung yang tidak didatangi oleh penyelamat.

Kumpulan itu yang bergantung pada rangkaian sumber yang luas di dalam Syria, melaporkan angka kematian yang sama seperti pemberontak di barat laut.

AFP sebelum ini melaporkan 3,688 kematian di seluruh Syria, menyusun angka rasmi kerajaan dan data yang dikeluarkan oleh kumpulan penyelamat White Helmets di barat laut.

Para penyelamat pemberontak memberitahu AFP jumlah korban mereka kebanyakannya termasuk mayat yang dikeluarkan sendiri daripada runtuhan.

Gempa bumi itu berlaku hampir 12 tahun selepas perang saudara Syria yang memusnahkan sebahagian besar negara itu, membunuh hampir setengah juta orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal. – AFP, 1 Mac, 2023. 

AL-FATIHAH

AMIN

INGAT RASUAH

MEMBAWA 

MALAPETAKA

BILA BANGUNAN

SATENGAH MASAK

DI LULUS

KERANA RASUAH

KHALAS