DARI ARKIB
KENAPA iSIS
DIWUJUDKAN

Pasti ada yang berkata - MUSTAHIL - satu gerakan Islam yang berjuang untuk mendirikan sistem Khalifah diwujudkan oleh lembaga kafir. Mustahil ini berlaku. Semua ini fitnah dan tohmah oleh sosok-sosok yang anti-Islam.
Untuk menjawab semua kesangsian ini saya hanya mengajukan satu soalan sahaja : Kenapa hingga ke hari ini Isis tidak pernah menyerang Zionis Israel?
Isis telah melintas Jordan, melintas Mesir dan melintas Libya - masuk ke Tunis untuk menyerang Hotel Marhaba di Tunisia. Isis melintas Isreal untuk ke Sinai dan menyerang Mesir. Isis menerbus ke Selatan Iraq untuk menyerang Masjid Imam Sadiq di Kuwait. Isis masuk ke utara untuk menyerang Syria.

Untuk memahami politik dunia bukan satu yang susah. Kita tak perlu belajar Sains Politik di Universiti Yale atau Havard atau Westminster Universiti London. Yang wajib kita ketahui ialah politk adalah ekonomi. Perebutan politik adalah perebuatan kuasa. Merebut kuasa politik bertujuan untuk merebut ekonomi.
Pilihanraya, siapa jadi Presiden atau siapa jadi Perdana Menteri, atau dimana ada rampasan kuasa, ada perang berlaku, ada kumpulan pengganas, ada gerila mahu jatuhkan kerajaan - semua ini adalah bentuk-bentuk perebutan kuasa. Merebut kuasa untuk merebut punca-punca ekonomi.
Kuasa politik dunia hari ini didominasi oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Inilah kuasa bala tentera yang terkuat dalam dunia. Inilah kuasa hegemon yang mencatur politik dan ekonomi dunia hari ini.

Pertempuran politik dunia hari ini hakikatnya ialah pertempuran sistem ekonomi kapitalis yang mahu menundukkan sistem ekonomi sosialis. Kaum pemodal kapitalis mahu menghalang negara-negara dalam dunia dari mengamalkan sistem ekonomi sosialis.
Sistem kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk individu. Sistem sosialis berkiblatkan keadilan dan kesejahteran ramai lebih penting dari keuntungan maksima individu. Dua sistem ekonomi ini bertentang iman dan akidah.

Sistem ekonomi sosialis akan menghalang niat cita-cita kaum kapitalis untuk mendominasi punca-punca ekonomi dunia. Sistem ekonomi sosialis akan melawan dan menghapuskan kaum kapitalis yang memerah tenaga kerja kaum buruh untuk keuntungan maksima.
Perang Dingin yang dikatakan telah tamat satelah Tembok Berlin runtuh kini telah bemula kembali. Apa yang kita lihat hari ini adalah sambungan Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Russia. Apa yang sedang berlaku dalam politik dunia hari ini ialah perlawanan dua sistem ekonomi ini.
Maka timbul persoalan - apa sangkut paut semua ini dengan Isis?

Perang Dunia Pertama berpunca dari perebutan wilayah. Perang Dunia keDua berpunca dari perebutan wilayah, bahan mentah dan pasaran. Perang Dunia keDua kalau dikaji rapi akan terbukti tidak pernah tamat hingga ke hari ini. Perang Dunia keDua berpindah ke Korea, ke Vietnam, ke Afghanistan, ke Bosnia, ke Kesovo, ke Iraq, ke Syria dan kini baru bermula di Ukraine.

Pada tahap ini dilihat jelas bahawa kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menggunakan Isis. Agenda utama Isis ialah mengharu birukan bumi Arab. Isis hanya paku dan punat dalam satu stratiji jangka panjang kaum Zionis yang didokong oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemikir Zionis telah melakar satu rancangan untuk memecah-mecahkan negara di bumi Arab.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika telah berjaya memecahkan negara di Eropah Timur. Negara saperti Czechoslovakia pecah menjadi Republik Czech dan Slovakia. Negara Yukoslavakia hancur. Yang dimunculkan negara-negara kecil saperti Bosnia, Mercedonia, Montenegro dan Kosovo. Ini taktik pecah dan perentah. Negara kecil senang di kawal dan akan menurut kata.
Apakah dia Yinon Plan atau Ya’alon Strategy atau Rancangan Yinon ini?

Dalam Yinon Plan (1) Jika Israel mahu terus wujud Israel wajib menjadi kuasa regional di wilayah Timur Tengah, (2) negara-negara Arab yang sedia ada wajib dipecah-pecahkan.
Dua pekara ini adalah induk dalam strateji pertahanan jangka panjang untuk keselamatan Zionis Israel. Maka dari sinilah dimunculkan Isis untuk membuat kacau. Isis menetas dari sarang CIA dilatih untuk mengadu domba antara Sunni dengan Shia. Antara Arab dengan Kurdish. Perbezaan mazhab dan suku kaum sedang digunakan untuk memastikan negara Arab terus berpecah dan lemah.

Tujuan perang Iraq-Iran cukup jelas - untuk melemahkan dua negara yang menjadi musuh kepada Israel. Dua negara ini memiliki keupayaan tentera dan ekonomi untuk menyerang Israel.
Perang Iraq-Iran - September 1980 hingga Ogos 1988 - ini adalah sebahagian dari perancangan tersusun kaum Zionis-Anglo-Amerika.

Manakala dalam kota Baghdad daerah dan mukim yang diduduki oleh warga Sunni telah diambil alih oleh warga Shiah. Warga Sunni tesepit antara wilayah Kurdish di utara dan wilayah Shiah di selatan. Iraq jelas telah terbahagi tiga. Ini adalah Rancangan Yilon. Ini tidak pernah difikirkan akan berlaku ketika Iraq dibawah Saddam Hussein. Iraq di bawah Sadadm adalah Iraq bersatu.
Gaduh sana, bom sini, pancung sana, ledakan sini, bunuh sana dan bunuh sini - apa makna semua ini?

Hakikatnya perang sedang berlangsung. Perang berjalan bukan ditepi rumah kita maka kita tidak tahu dan kita tidak ambil pot. Bagaimana pula dengan negara Arab dan negara Islam yang lain?

Dunia menjadi takut dan loya apabila membaca atau melihat keganasan yang dilakukan oleh Isis. Keganasan atasa nama Islam ini tidak mungkin dapat dijalankan tanpa senjata dan dana. Tanpa Saudi , Qatar, Kuwait, Negara Telok dan Turki memberi dana mustahil Isis dapat membeli senjata.
Membeli senjata dari mana? Tanpa persetujuan Amerika dan Israel mustahil senjata dapat dibeli. Pusing punya pusing kita sampai kembali kepada punca segala punca - Amerika dan Israel. Pusing punya pusing kita hanya bahan mainan yang telah dirancang oleh kuasa imperial Zionis-Anglo-Amerika.
Pusing punya pusing kita wajib bertanya kepada Isis - kenapa Zionis Israel tidak pernah diserang? (TT)
NOTA: Yinon Plan adalah
dari nama Monshe Ya'alon
Ketua Risikan tentear Israel (1992-1998)
Ketua Agong Tentera Israel (2002-2005)
YB Likud Parti ( 2009-2013)
Menteri Pertahan semenjak 2013
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar minggun ini
sial pukul talipon:
03- 92-21-3045

---------------