KAMI YANG TIDAK MERAJUK
nota:inilah gambar kami kami
yang tidak merajuk
pada malam itu
ini gambar sejarah
100 tahun dari hari ini
orang akan bertanya:
siapa yang merajuk malam itu ? kah kah kah
INI DIA KESAHNYAprogram malam itu tidak berjaya digagalkan oleh hujan renyai.
program malam itu tidak berjaya di gagalkan oleh samad said yang tak sampai.
anak muda tak akan gagal.
lewat petang sebelum malam sampai berpuluh puluh anak muda yang cool dan counter culture meloncat dan mengambur bermain papan luncur – aku hanya mengintai – ini bukan genre aku. kalau aku ingin mencuba wajib ada red cross dan bomoh duduk berhampiran
penganjur memang pandai cari lubang dan wilayah yang stratejik – ramai yang berkumpul bila nik mula memetik gitar dan melagukan suaranya. siapa yang tak pernah mendengar nik berlagu sila dapatkan albumnya – ini anak muda yang hebat – lagu dan petikan gitarnya cukup hebat – suaranya lunak kasar dan jelas, suaran jantan dan mengancam.
nota: bila aku sampai seorang wanita yang baik hati telah menghadiahkan aku kueh putu bamboo – aku terperanjat lalu terlupa untuk bertaya nama – dia datang dengan anak dan suami – sang ibu ini pembaca tukar tiub. disini sekali aku aku nyatakan terima kaseh aku pada sang ibu.lewat jam 8.30 aku ditemui bual oleh minah cun sebagai salah satu dari pengisian malam itu. tajuk : yang skema dan yang cool - yang jadi mangsa feshen dan yang berilmiah - yang poseur dan yang tulin - yang rock dan yang jiwang
lalu aku terangkan genre lagu jantan bodoh yang mendayu dayu bila ditinggal kekasih
munkin ada yang hairan kerana aku terus membuatkan anak anak muda ketawa.
nah ! aku bergerak diantara lawak dan revolusi.
emma goldman berkata: kalau aku tidak boleh menari dalam gerakan revolusi kamu
maka aku tak mahu masuk campur !
tukar tiub berkata : palat laaa… revolusi apa kalau nak ketawa pun kena lesen kah kah kah
kemudian satu band dari kota klung – betul betul cool. nama band ini
JB RIANA bukan baby rina kah kah kah. ini band
BOB n THE GENG – cukup hebat dan cukup cool – anak anak muda sila pasang telinga untuk mendengar desas desus dimana bob n the geng akan bergig nanti.
kemudian filem gaduh ditanyangkan – aku mengundur diri dan minum kopi – lalu di kelilingi oleh anak anak muda generasi kedua dari felda. mereka datang dari mersing untuk berkenal suai dan berbincang – panjang kesahnya – sepanjang cinta sita terhadap rama
pesta tamat setelah selesai penayangan gaduh dan sesudah sessi perbicangan tentang gaduh – aku rasa lebih sadikit jam 12.00 pesta secara resmi pesta tamat.
tapi aku dan anak anak peneroka masih berlabun panjang – mereka bertanya ini dan itu sambil sambil minum kopi sambil kami ketawa mengutuk penipuan yang sedang dilakukan oleh felda kepda peneroka.
kemudian lewat jam 1.00 kami mengucap selamat tinggal dan selamat jalan pada mereka yang datang dari luar kota. yang masih tidak ingin bergerak kami mengundur ke kedai makan.
hasilnya aku tidoo hampir jam 4.00 pagi.
SELAMAT TINGGAL KLUANGahad petang jam 2.00 kami meninggalkan keluang sesudah aku minum dan membeli kopi dari kedai kopi yang tidak jauh dari hotel aku
aku gagal untuk ke kedai kopi di stesen – ertiny satu hari nanti aku wajib ke kluang lagi untuk datang minum kopi. aku ingat lagi tiga kali aku ke india – setiap kali aku tidak ingin melawat taj mahal – sengaja aku tinggalkan – agar aku akan terus teringat berahi untuk kesana – jadi kluang aku rasakan sama – biarlah kali ini aku gagal – aku berjanji akan datang lagi.
TANGKAK
ini kota fabrik – kota kain baju – entah macam mana ianya bermula maka disinilah segala macam jenis kain akan ditemui – tapi awas bukan dari kapas atau linen – semua nya fabrik yang dihasilkan dari bahan bakar petrolium.
dari sejarahnya – tangkak ini satu wilayah pengeluar sayuran satu ketika dahulu – dan di daerah ini kaum kiri cukup kuat. ini sejarah pasti tidak pernah diajar di dewan kuliah.
kami makan tengah hari di sebuah kedai makan di tepi perhentian bas – aku mengambil dua jenis gulai IKAN MASAK ASSAM , dengan gulai pisang muda, ulam pucuk burung duduk, ikan goreng. aku minum air suam.
untuk yang tidak tahu assam pedas – jangan risau – warna nya merah membakar tapi tidak pedas - lada kering ini hanya menjadi ‘ art décor’ untuk menarik perhatian – akusendiri tidak suka masakan apa sahaja yang pedas – pedas untuk aku betul betul potong stim. aku dengar assam pedas di melaka betul betul pedas ! entah betul entah tidak aku belum mencuba.
setelah makan tengah hari aku meleser ke dlam pekan lalu bertemu kedai cendul. kedai cendol ini betul di dalam pekan – terperangkap diantara kedai kedai kain. nah ! cendol ini terbaik – agak susah untuk aku membezakan mana yang lebih baik – di tangkak atau di kuala kangsar.
JASINdari tangkak kami menuju ke jasin – apabila memasuki wilayah melaka hujan mula turun – tapi tidak kuat – kami melintasi kampong kampong melayu yang indah dan permai –
sesekali kami melintasi pekan kecil – bila aku melintasi pekan kecil aku selalu bertanya bagaimana anaknya anak muda hidup dalam pekan kecil ini. apakah mereka cool atau poyo ? jam berapa warga pekan ini tidur? apa aktiviti budaya mereka? soalan soalan ini timbul tapi tak pernah aku temui jawapan.
MELAKAinilah kali pertama aku sampai ke wilayah sejarah peninggal penjajah portugis dan belanda. akhirnya sampai juga ke hadapan gereja katholik sang portugis ini – ertinya aku telah membuat satu lingkaran penuh - tahun 1992 dahulu aku telah berdiri ditepi sungai lisboa dimana para pelaut portugis diberikan doa selamat - 500 tahun dahulu oleh para paderi - untuk belayar menjelajah dunia – di tepi sungai lisboa ini ada peta dunia dan tercatit nama malacca.
untuk aku ini adalah sejarah diri aku sendiri – lalu aku ke tepi sungai melaka dan duduk di sebuah café – aku memesan sebotol guiness untuk merayakan kejayaan aku membuat satu putaran sejarah dan sempat berdiri di tembok bangunan merah buatan portugis dan belanda.
kemudian aku terfikir - seperti anak raja bentak - aku ingin mencari ikan segar lalu kami ke klebang dan pantai puteri - diwilyah ini aku sempat membeli buah mangga dan ikan merah. kemudian kami terus mara ke hadapan menuju ke port dickson – aku tahu ada sebuah warung di gigi air di kampong nelayan berhampiran dengan teluk kemang – aku teringat akan udang goreng yang aku pernah rasai di warung ini.
hujan telah berhenti – hari semakin gelap – rumah rumah kampong telah mula terpasang lampu – berjalan di waktu malam begini agak membosan kan.
TELOK KEMANGsampai di kampong nelayan – dalam bayangan yang samar samar diantara perahu perahu kecil aku cuba mencari dimana warung yang pernah aku datangi dahulu.
angin laut kuat. ombak menggila. perahu yang terikat berhempas pulas.
aku ternampak bayang manusia, lalu aku hampiri mereka dan bertanya. sayang ! warung ini telah ditutup dan hari ini nelayan tidak berani ke laut – angin agak kuat dan laut akan terus bergelora.
lalu kami bergerak ke batu empat dimana ada banyak warung dan kedai makan.
BATU EMPATwilayah ini telah aku kenali zaman berzaman – tahun 1968 aku pernah berkhemah selama 3 hari di pantai ini – ketika itu aku masih anak sekolah - tempat warung makan yang wujud sekarang ini ketika itu masih belukar dan semak samun
aku makan roti canai yang di bakar oleh seorang kakak – nah ! aku perhatikan roti canai ini bukan lagi monopoli sang mamak - satu pekara yang aku perhatikan jika dibiarkan bercampur aduk tanpa gangguan seperi makanan maka ianya akan melahirkan jiwa rasa anak semua bangsa
tadi i lebuh raya ke tangkak – aku ternampak iklan gambar kakak dan mak cik bertudung sedang senyum dihadapan bakul dim sum – malahdihotel hoteal telah ada juga bakuteh , ham dan beef bacon yang diminati.
apa yang paling menarik d batu empat ialah sebuah gedung bundel yang besar dengan jutaan pilihan dan termurah pula. entak berapa kali aku masuk ke gedung ini – ada saja yang aku beli – dari baju kasut dan sepatu – cuma yang tidfak pernah aku beli ialah seluar dalam kah kah kah.
KOPI KLUANGdari seremban kami mengambil lebuh raya lekas yang baru tersiap justeru masih kosong untuk pulang ke kuala lumpur - kami tidak diganggu gugat oleh kesesakan jalan tol di sungai besi – hampir tengah malam aku sampai ke rumah.
sesampai di rumah aku mesak air kerana aku ingin minum kopi yang baru saja aku bawa dari kluang kah kah kah !