Ahad, 2 April 2023

BAGAIMANA DENGAN SAJAT


Kumpulan hak asasi mahu undang-undang perangi kebencian kaum, agama

KUMPULAN hak asasi manusia mahu Putrajaya memikirkan kembali keperluan undang-undang baharu untuk menangani kebencian agama yang menggugat keamanan, keharmonian dan perpaduan di negara ini.

Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) melahirkan kekecewaan mereka terhadap Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang yang menyatakan tiada keperluan menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengawal perpaduan di Malaysia.

Presidennya S Shashi Kumar berkata undang-undang sedia ada berat sebelah dan menggesa menteri menguatkuasakan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi mengekalkan keamanan, perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian kaum serta agama di Malaysia.

“Kami amat sedih dan kecewa dengan Menteri (Perpaduan Negara) atas kenyataan yang tidak mahukan undang-undang baharu, walau ia untuk menangani isu kebencian kaum dan agama yang melanda negara.

“Jika kerajaan perpaduan serius untuk menghapuskan sebarang bentuk perkauman, kebencian agama maka Akta Kebencian Agama dan Kaum perlu dikuatkuasakan.

“Kami mahu akta ini supaya ia tidak berat sebelah kepada sesiapa saja, ia akan lebih terperinci. Maknanya jika anda hina sebarang agama atau kaum, anda akan ditahan tanpa mengira kaum atau agama anda.

“Ini harus terpakai untuk semua. Islam dan bukan Islam perlu dilindungi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Khamis, Aaron memberitahu Dewan Rakyat tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengawal perpaduan di Malaysia.

Katanya undang-undang sedia ada sudah memadai bagi memastikan perpaduan kaum kekal terpelihara.

Secara umumnya, pihak berkuasa sudah menyiasat kebanyakan kes melibatkan keharmonian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Menurut Shashi undang-undang sedia ada itu tidak adil terutama terhadap golongan minoriti.

Beliau memetik beberapa kes pendakwah Islam yang menghina agama dan kepercayaan lain namun bebas meskipun banyak laporan polis dibuat terhadap mereka.

“Kami (GHRF) ada bukti menunjukkan undang-undang sedia ada gagal untuk lindungi semua orang. Undang-undang ini pilih kasih.

 “Ada beberapa kes di mana individu terlibat tidak dikenakan tindakan bawah undang-undang sama yang disebut menteri. Mereka nampaknya tidak boleh disentuh dan undang-undang itu macam melindungi mereka,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau yang mempertikai soal pendakwaan terpilih terhadap penghinaan sesuatu kaum dan agama di mana katanya tindakan segera hanya diambil jika Islam yang dihina.

Kata wakil rakyat DAP itu, ini menunjukkan ketidaksamarataan apabila orang Islam yang menghina agama lain tidak akan dikenakan tindakan segera.

Tambahnya, perkara itu tidak selari dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi dan menjamin kesamarataan dalam undang-undang. 

Aaron menjawab dengan berkata kerajaan akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sedemikian, tanpa mengira kaum atau agama.

Sesi dialog

Selepas membuat beberapa laporan polis dalam usaha mencari keadilan, Shashi berkata beliau terpaksa menyerahkan memorandum.

Shashi berkata baru-baru ini pada 10 Mac, beliau menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menggesa penggubalan akta kebencian kaum dan agama.

“Adalah menyedihkan perkara itu tidak dipanjangkan kepada menteri perpaduan, yang enggan mempunyai undang-undang baharu.

“Kami menyampaikan pelbagai memorandum untuk menghentikan serangan kaum dan agama. Kami sudah hantar memorandum kepada pihak polis, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, malah kepada Agong,” katanya lagi.

Shashi mahu Aaron mengadakan sesi dialog dengan GHRF.

“Kami akan menulis surat kepada kementerian untuk mengadakan temu janji bagi membincangkan perkara ini.

“Kami menukar kerajaan kerana mahukan perubahan,” katanya.

Shashi juga menegaskan Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, justeru ia tidak seharusnya berat sebelah.

“Mereka tidak sepatutnya melupakan perkara itu; mereka tidak boleh hipokrit dalam perkara ini.

“Dalam hak asasi manusia, tiada perkara seperti bangsa atau agama. Kemanusiaan, kesaksamaan jadi diutamakan,” katanya. – 2 April, 2023.


WOIT

TAKAN HANYA

KAUM & AGAMA

SAJE ADA

UNDANG UNDANG

AMIN

BAGAIMANA

KEBENCIAN

DGN SEKULAR

LIBERAL PLURAL

ATEIS AN LGBT ?

AMIN 

BAGAIMANA 

DENGAN SAJAT ?

KHALAS

Tiada ulasan: