Mensejahtera Wanita?
Bagai Melepas Batuk di Tangga
Belanjawan Negara 2016 hanya menyebut dalam Keutamaan Ketiga - Dalam Mempersiaga Modal Insan:

Tidak dinyatakan peruntukan belanjawan untuk perkara itu.
Kerajaan yang memerintah dan yang bakal memerintah di masa depan perlulah mempamerkan segala keseriusan dalam mensejahterakan wanita Malaysia. Usah risau, kerana wanita Malaysia dengan mudah boleh menilainya.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan bagi memperlihatkan keseriusan itu ialah dengan mengambil cadangan-cadangan dari laporan UNWomen, Progress of the World’s Women 2015-2016, iaitu pertama mencipta lebih pekerjaan untuk wanita bagi meningkatkan status ekonomi mereka terutamanya bagi wanita ibu tunggal dan wanita-wanita yang memerlukannya. Ia perlu dikhususi dalam belanjawan.
Kedua, jaminan keselamatan kewangan sepanjang hayat wanita juga mesti diutamakan dan jelas mekanisme.
Ketiga, kerajaan yang prihatin wajar melabur dalam perkhidmatan sosial yang gender responsif.
Keempat, memaksimumkan sumber untuk mencapai kesaksamaan substantif.
Kelima, memberi sokongan padu kepada organisasi wanita dalam menuntut keadilan dan membentuk agenda polisi di semua peringkat penbuatan dasar.
Keenam, mengurangkan pengasingan pekerjaan (occupational seggregation) dan jurang pendapatan gender(gender pay gap).
Ketujuh, mengiktiraf, mengurangkan dan mengagih semula kerja penjagaan yang tidak berganjaran(unpaid care) dan tugasan rumahtangga(domestik work),
Kelapan, menyediakan environmen yang sesuai utuk merealisasikan hak-hak wanita.
Kesembilan, menggunakan standard yang diperakui, hak keinsanan atau maqasid syariah untuk mengolah polisi dan sebagai pemangkin atau pendorong perubahan.
Kesepuluh, menjana data dan maklumat sebagai bukti untuk membuat penilaian tentang kemajuan status dan hak ekonomi dan sosial wanita.

YB Rodziah Ismail
Pengasas-Pemimpin
Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita
(WE Initiative)
------------
Tiada ulasan:
Catat Komen