Isnin, 23 Oktober 2023

LEPAS BANJIR KEMARAU DATANG !!!

 


Tujuh empangan berisiko jejas bekalan air pada musim panas, kemarau – SPAN


CYBERJAYA – Sebanyak tujuh buah empangan dikenalpasti berisiko tinggi memberi kesan bekalan air pada musim cuaca panas dan kemarau.

Empangan tersebut ialah Empangan Pedu dan Muda di Sik, Kedah; Empangan Durian Tunggal, Asahan dan Jus (Melaka); Empangan Mengkuang (Pulau Pinang) dan Empangan Linggui (Johor).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, konsep penilaian risiko itu dijalankan atas tiga faktor iaitu prestasi fizikal empangan, rekod paras dan simpanan air empangan untuk 2022 dan jumlah loji rawatan air di kawasan empangan.

Beliau berkata, bagi faktor prestasi fizikal empangan ia  membabitkan usia empangan bekalan air dan mendapati 16 daripada 55 empangan yang terlibat kajian penilaian risiko menjangkau usia lebih 50 tahun dan memerlukan kajian semula reka bentuk dan keselamatan kerana reka bentuk asal mengalami perubahan ketara.

Menurut Charles, bagi faktor jumlah loji rawatan air di kawasan empangan ia membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) yang mendapatikan air mentah secara terus daripada empangan yang mana 13 daripada 55 empangan diklasifikasi sebagai berisiko tinggi dan terdapat empangan mengawal aliran air sungai bagi 10 atau lebih LRA.

“Maka tujuh empangan yang dikenalpasti berisiko tinggi itu akan membawa bahaya kepada bekalan air berkurangan akibat perubahan iklim serta kemarau tetapi bukan disebabkan empangan itu sendiri (risiko retak atau pecah),”katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media mengenai Laporan Pemantauan Empangan Bekalan Air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, hari ini.

Charles berkata, terdapat 107 empangan di negara ini dan daripada jumlah itu sebanyak 76 empangan terletak di Semenanjung Malaysia yang mana 55 empangan adalah untuk bekalan air.

Sebanyak tiga empangan berada di Labuan.

Katanya, pemantauan paras empangan yang dijalankan adalah menjurus kepada 55 buah empangan bekalan air utama yang ada di negeri-negeri di bawah kawal seliaan SPAN di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, SPAN memantau secara berterusan dan menyimpan rekod bacaan paras empangan sejak 2014 bagi 25 empangan utama dan empangan yang pernah mengalami penyusutan paras air sehingga menjejaskan bekalan air secara berterusan.

Tambah beliau, usaha pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan tadahan air adalah penting untuk mengawal kuantiti dan kualiti sumber air di sekitar empangan bagi memastikan kelestarian sumber air.

Katanya, negeri-negeri yang menguruskan tujuh empangan itu sedia maklum mengenai hasil dapatan SPAN dan sedang menjalankan langkah penyelesaian termasuk kajian untuk melaksanakan proses penyelenggaraan dan pengauditan secara berkala.

Sementara itu, Charles memberitahu, SPAN mencadangkan kaedah alternatif, iaitu pelaksanaan Takungan Air Pinggi Sungai (TAPS) yang berfungsi sebagai tadahan banjir dan takungan air.

“Kaedah TAPS ini menggunakan bekas lombong dan tasik buatan sebagai tempat takungan simpanan bekalan air dan sistem ini sudah dilaksanakan di Bestari Jaya yang berfungsi untuk empangan Sungai Tinggi dan Sungai Selangor sebagai eksperimen sejak 2008,” katanya sambil menambah sistem itu telah dilaksanakan di Kanada serta Australia.

Katanya, sistem tersebut juga berfungsi memantau simpanan air yang sistematik serta penyediaan prosedur operasi standard pengoperasian empangan secara bersama semasa musim panas atau kemarau. – MalaysiaGazette

SEDIAKAN PERAHU

SEBELUM BANJIR

AMIN

SEDIA AIR

SEBELUM 

KEMARAU

AMIN

KUNCINYA 

IKLIM DUNIA

BERUBAH MAKA

KITA MEMBUAT

PERSEDIAAN

AMIN

JANGAN 

TERPERANGKAP

SELUAR TERCABUT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: