Isnin, 2 Oktober 2023

MAT SENTIL MENYENTIL LAGI LAGI



MAT SENTIL

MENYENTIL LAGI

KHALAS


Wartawan tanya dia, soalan lebih kurang macam ni.

"Apakah yang ada dalam pelan perancangan ekonomi yang terbaru ini yang akan membantu Malaysia???"

Jawapan, 

"Terima kasih kepada kawan baik saya bla bla bla...Masa krisis kewangan saya disini bla bla bla, dan tahun tu 1997, saya bla bla bla....."

Sebut nama Thailand, Indonesia...

Sebut sikit "creative destruction...bla bla bla terutamanya isu governance isu korupsi isu polisi..."

Masuk cerita Titanic, 

Dia kata, "I am in the Titanic..." dah sambung sembang kari.

Dia sambung lagi, "Saya telah dipenjarakan beberapa tahun...." sambung lagi sembang kari.

Kemudian tambah pulak, "Berbalik kepada soalan tadi, saya fikir apa yang penting...............saya nak share sikit tentang pengalaman saya.... sebut nama Madiba then Mandela. "Dia jemput saya dan Azizah dan keluarga ke...... dan dia sangat relax dia tengok anak² saya yang sudah berubah, kemudian nampak dia terganggu, sedih dan menangis....dia kata Anwar we must be crazy.... gebang sampai habis.

Dah habis gebang ayat terakhir dia kata, "Itulah saya rasa jawapan yang cukup memadai..."

Reporter balas balik, "But you didnt talk about Madani and you didnt talk about economic development... so let's spend a little time on that."

Aku yang tengok dalam video pun tak tau nak letak muka kat mana. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ak harap2 kerajaan dia nie pun "titanic" jugak la... sib baik tun sami velu dah takde... klu ada nie, mmg sedap dia bahan junior dia sorang nie...