Rabu, 20 Disember 2023

KUASA MELAYU TUMPUL



Pilihan raya PBT: Kuasa politik Melayu makin tumpul – Mustafa

KUALA LUMPUR – Usaha menzahirkan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan memang diketahui umum sebagai projek politik DAP.

Penganalisis politik, Mustafa Kamal Abdul Rahman berkata, ini adalah peluang dan ruang terbaik kepada DAP untuk melaksanakannya melalui kuasa politik yang dipegang.

“Ironinya wakil rakyat DAP diletakkan di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mempunyai akses terus kepada PBT seluruh negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan agar kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan Kok Wai selaku Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Mustafa Kamal juga berkata, kebaikan utama yang sedang dihebahkan berkaitan rancangan ini adalah PBT mempunyai ‘kuasa autonomi’ memilih pengerusi dan ahli majlis PBT tanpa melalui kuasa kerajaan negeri atau Persekutuan.

Katanya, ia dikatakan lebih telus dan mengurangkan campur tangan meletakkan proksi politik dalam PBT.

“Ia juga dihebahkan berupaya ‘mencantas terus’ kuasa politik ke atas projek-projek pembangunan PBT. Kesemua faktor ini disimpulkan bagi mewujudkan kecekapan tadbir urus pembangunan dan kesejahteraan masyarakat bandar,” katanya.

Menurut beliau, rancangan yang sama mempunyai kesan jangka panjang kepada demografi masyarakat di ibu kota.

Hakikatnya, beliau berkata, hampir 80 peratus perbandaran di Malaysia didiami bukan Melayu khususnya masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina telah diberi secara percuma kuasa ekonomi dan tanah di bandar-bandar di Semenanjung Tanah Melayu selepas 1896 melalui dasar pecah dan perintah oleh British.

“Dalam masa sama, kuasa ekonomi Melayu telah dilemahkan (pemilik-pemilik lombong bijih, pengutip cukai, pedagang-pedagang sumber asli dan pembekal makanan) diletakkan sebagai kelompok petani, pesawah dan pekebun,” katanya.

Katanya, pemusatan kependudukan masyarakat Cina di kawasan bandar bermula seiring dengan proses urbanisasi yang dijalankan oleh British secara giat menjelang 1900.

“Setelah masuk pertengahan dekad 1960-an, berlaku penghijrahan masyarakat Melayu ke kawasan-kawasan bandar membuka petempatan sebagaimana yang berlaku di Selangor.

“Masyarakat Melayu dari Perak dan Johor berhijrah ke Lembah Kelang menetap di pinggir bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kelang dan Petaling Jaya,” katanya.

Tambahnya, isu pilihan raya PBT juga seakan seiring dengan kisah persempadanan semula kawasan Parlimen yang sedang heboh dalam platform sosial media sekarang.

“Sebahagian pandangan mengaitkan pemecahan kawasan padat bandar utama seperti Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, Klang, Seremban, Rasah, Ipoh Timor dan Bagan.

“Kawasan ini dikatakan akan mewujudkan kawasan pilihan raya baharu yang didominasi oleh pengundi Cina.

“Ia bukan persoalan sesuatu masyarakat mendapat kuasa besar politik tetapi ia adalah persoalan sebuah organisasi politik yang bakal menguasai dominasi politik negara.

“Ia dibimbangi bakal mengubah demografi dan geopolitik tanah air. Keterjaminan hak-hak Melayu dan Bumiputera akan kembali menjadi isu utama dalam dua hal ini, sama ada ia akan diteruskan atau dibekukan seketika,” katanya lagi. – 

WOIT

KUASA MELAYU

DAH TUMPUL

AMIN

DAH TAHU

TUMPUL NGAPA

TAK ASAH

AMIN

PENGUNDI CHINA

BERTAMBAH 1.22 JUTA

NAPA TAK BUAT

SESUATU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: