Khamis, 11 Julai 2024

KENALI BLACKROCK SYARIKAT ZIONIS YAHUDI


KENALI BLACKROCK

SYARIKAT PEMBEKAL

SENJATA ISREAL

AMIN

PROJEK SUNAK KAN ZAHID


ADA PROJEK

NAK SUNAK KAN

ZAHID HAMIDI ?

AMIN 

ANWAR & RAFIZI DICADANG DAPAT RAWATAN MENTAL


ANWAR & RAFIZI

DICADANG DAPAT

RAWAT MENTAL

AMIN

DI NAFIKAN BERGOLAK ?




Aminuddin nafi PKR Negeri Sembilan bergolak


SEREMBAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan  Aminuddin Harun menafikan berlaku pergolakan dalam PKR negeri itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

“Semua jawatankuasa kita baik, dalam mesyuarat MPN semua hadir cuma saya tak tahulah itu (dakwaan pergolakan) daripada kumpulan mana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan gambarnya dengan dakwaan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan negeri.

Beliau berkata video itu difahamkan adalah isu lama yang dimainkan semula. – BERNAMA

WOIT

INGAT CARA

BACA MEDIA

KAH KAH KAH

BILA DINAFIKAN

TAK ADA

ERTINYA ADA

KAH KAH KAH

KHALAS

KES DI LUAR TABII


Peguam persoal perkembangan kes pukul pemandu OKU


PEGUAM kepada lelaki kurang upaya (OKU) yang diserang dalam satu insiden pada awal bulan lalu, mendesak polis memberikan perkembangan siasatan kes itu.

Latheefa Koya yang mewakili Ong Ing Keong, seorang pemandu e-hailing yang cacat pendengaran, berkata sudah lebih sebulan sejak insiden itu tetapi tiada maklumat terkini diterima.

Ketua polis negara pada 5 Jun berkata kertas siasatan kes itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah lebih sebulan. Tiada individu didakwa kerana menyerang Ong. Tiada tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ini adalah kes serangan yang jelas dirakamkan dalam video menerusi kamera papan pemuka. Bukti sudah diserahkan kepada polis. Saya sendiri melihat rakaman video itu. Memang jelas serangan dilakukan terhadap Ong.”

Beliau berkata sikap berdiam diri pihak berkuasa tidak boleh diterima dan menggesa Pejabat Peguam Negara dan polis menjelaskan kelewatan itu.

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya bertindak mengikut undang-undang.

Pada 28 Mei, Ong membuat laporan polis mendakwa diserang oleh pemandu Tunku Mahkota Johor ketika beliau sedang menunggu penumpangnya di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Pada 5 Jun, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sudah melengkapkan siasatan selepas mengambil keterangan daripada 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel dan rombongan orang kenamaan terbabit. – 11 Julai, 2024.

DAH SIASAT

DAH AMBIL

KETERANGAN

APA LAGI ?

AMIN

JANGAN JADIKAN

KES OKU INI

KES DILUAR TABII

HILANG 

DITENGAH JALAN

AMIN

KHALLAS

LAGI DI LARANG LAGI COOL


Salah guna dadah kalangan belia Singapura melonjak


SINGAPURA: Enam belas pengguna dadah berusia 16 tahun ke bawah ditahan di negara ini antara Januari hingga April lalu, kata Menteri Negara (Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Angka berkenaan mencatatkan lonjakan ketara berbanding keseluruhan 24 tangkapan membabitkan kelompok usia dan kes sama, sepanjang 2023.

Menyuarakan kebimbangan mengenai lonjakan trend negatif penggunaan dadah dalam kalangan remaja itu, Muhammad Faishal berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membanteras isu terbabit.


"Ibu bapa perlu memainkan peranan penting kerana mereka adalah golongan utama yang mempengaruhi dan berkuasa ke atas anak masing-masing," katanya ketika berucap di Seminar Pelan Kerja 2024 di Ekspo Singapura, di sini, semalam.

Muhammad Faishal berkata lonjakan kes salah guna dadah berpunca akibat sikap belia, biarpun Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura berjaya mengawal isu berkenaan di peringkat tempatan.

Katanya, Tinjauan Persepsi Dadah Kebangsaan terkini mendapati dua daripada 10 dewasa bersetuju atau berkecuali mengenai kenyataan, 'pengambilan dadah adalah baik, selagi tidak membahayakan orang lain'.

"Golongan belia mengambil pendirian penyalahgunaan dadah adalah pilihan peribadi, justeru ia boleh diterima," katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Faishal menegaskan penerimaan lebih meluas terhadap penggunaan dadah dalam kalangan belia sambil memetik kajian terkini dengan 79 peratus belia, berbanding 91 peratus golongan dewasa, bersetuju ganja perlu kekal diharamkan di Singapura.

Katanya, sebahagian besarnya disebabkan pendedahan belia kepada maklumat salah secara dalam talian selain pihak asing mempromosikan pandangan lebih terbuka berkaitan dadah, sekali gus menggalakkan penerimaan.

UNTUK ANAK

MUDA LAGI

DILARANG LAGI

COOL

AMIN

INI CARA 

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

YANG INI GAMIN

TAK FAHAM

AMIN

GUA BERGANJA

GUA COOL

AMIN

KHALAS

PEMIMPIN UMNO TIBAI JO BEDUL


PEMIMPIN UMNO

TIBAI JO BEDUL

AMIN

TERUSKAN HINGGA TERPANCUT


LU TERGODA

TERUSKAN HINGGA

TERPANCUT

KHALAS

Unknown commented on 
"SUNGAI BAKAP"


BRO
BILA LU TERGODA
TERUSKAN
GODAAN TAK DATANG SEKALI LAGI

gwa konpius
semalam gwa tergoda dengan satu orang, perlukah gwa teruskan atau gwa buat deekkk tak ambil pot godaan tersebut?


PAGAR MAKAN PAGI


HARAPKAN PAGAR

PAGAR MAKAN

PADI

AMIN



[6:45 pm, 10/07/2024] Ismail: Di Kuala Lipis ada Kg Pagar Sasak,di Singapura ada Tanjong Pagar, di Sumatra ada Pagar Ruyong (Malayupura) dan di setiap  balai Polis ada Pintu Pagar Tutop 10 Malam kah kah kah

[6:57 pm, 10/07/2024] Ismail: Yang orang Melayu silap , Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Sepatutnya Harapkan Pegar(burong ayam) Pegar Makan Padi

SANUSI NAK PICIT BISUL ZAHID


ZAHID BANYAK

KUDIS

AMIN

SANUSI NAK PICIT

BISUL ZAHID

KAH KAH KAH

AMIN

UBI KAYU DARI JO BEDUL


Speaker 'langsung tak layak', PN digesa boikot Parlimen dan 'sandiwara' demokrasi


Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menyifatkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sebagai "tidak layak sama sekali" untuk jawatan tersebut, ketika kecaman meningkat terhadap keputusan tidak mengosongkan enam kerusi ahli Parlimen yang berpaling tadah kepada kerajaan walaupun dengan kewujudan undang-undang anti-lompat.

Zaid mengingatkan undang-undang anti-lompat digubal bagi menghalang ahli Parlimen daripada mengkhianati kehendak rakyat yang memilih mereka.

"Kalau ahli parlimen kita masih ada sekelumit akhlak dan etika serta kesedaran yang mencukupi, tak perlu kita bersusah payah meminda undang-undang. Disebabkan mereka tidak, kita terpaksa meluluskan undang-undang anti-lompat.

"Tetapi bagaimana pula kalau speaker tidak melakukan perkara betul dan langsung tidak layak melaksanakan tugasnya dengan adil dan berkesan?" soal Zaid dalam reaksinya terhadap keputusan Johari.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata beliau dimaklumkan Johari bahawa kerusi Parlimen enam bekas ahli Bersatu yang berpaling tadah kepada kerajaan tidak akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang anti-lompat.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), membidas Johari kerana "mencemar perlembagaan", merujuk kepada Perkara 49A(3) yang dipinda pada 2022 berikutan desakan pembangkang ketika itu Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang wakil rakyat melompat parti.

Di bawah pindaan yang merupakan antara syarat perjanjian antara PH dan kerajaan campuran perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob, ahli Parlimen yang keahlian partinya digugurkan akan dikosongkan kerusi mereka.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini gugur keahlian mereka selaras dengan perlembagaan parti.

Bagaimanapun, mereka enggan mengosongkan kerusi dan menegaskan masih kekal sebagai ahli Bersatu.

Zaid berkata dalam keadaan sekarang, pembangkang tidak sepatutnya turut serta dalam proses parlimen, sambil menambah ia tidak masuk akal untuk terlibat dalam demokrasi negara yang "menjadi cemuhan dan bahan ejekan".

Bercakap kepada MalaysiaNow, Zaid bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan itu.

"Muhyiddin, semua pemimpin pembangkang dan NGO yang mahu melihat demokrasi bertapak mesti boikot Parlimen. Biarlah Madani memerintah saja," katanya merujuk kepada jenama yang kerap dilaungkan Anwar.

"Jangan terlibat dalam sandiwara."

Enam ahli Parlimen yang berpaling tadah itu ialah Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Kesemua kerusi itu dianggap kubu kuat PN, yang akan menyaksikan gabungan itu merampasnya kembali sekiranya diadakan pilihan raya kecil, seterusnya mematahkan usaha kerajaan Anwar mencapai sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Minggu lalu, bekas menteri Khairy Jamaluddin berkata sokongan dua pertiga amat diperlukan PH bagi tujuan meluluskan persempadanan semula pilihan raya yang memihak kepada gabungan itu.

Khairy berkata dengan mewujudkan banyak lagi kerusi Parlimen daripada kubu kuat PH seperti Puchong, Bangi dan Seputeh, akan memastikan gabungan itu kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Ini kawasan-kawasan yang datang kiamat pun akan undi PH," kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan Johari tidak mengejutkan.

Menurutnya, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diperjuangkan pemimpin kerajaan sekarang tidak lama dahulu.

"Ini prinsip yang dia perjuangkan sendiri masa dia jadi ahli Parlimen dulu. Tetapi individu berubah mengikut jawatan. Kuasa boleh mengubah sikap," katanya kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, ucapan Johari menyokong undang-undang anti-lompat bagi menghalang ahli Parlimen berpaling tadah telah mula beredar.

"Inilah undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita. Tak kiralah, sama ada sebalah sini atau sana, tetapi ini harus berhenti di sini. Ini yang kita mahu sebab rakyat sudah muak," Johari memberitahu Dewan Rakyat pada 2022 ketika berucap sebagai ahli Parlimen Sungai Petani.

Wan Saiful berkata Bersatu akan mencari penyelesaian melalui kaedah undang-undang, sambil menambah bahawa isu itu serius kerana melibatkan perlembagaan.

WOIT

NAK HARAPKAN

APA DARI JO BEDUL

KAH KAH KAH

JO BEDUL

BUKAN MENANG

DALAM PRU PUN

KAH KAH KAH

PARLIMEN JADI 

PARLIMEN

 UBI KAYU

KAH KAH KAH

KHALAS

GERAKAN PATANI MERDEKA !!!



Lelaki bersenjata serang dan larikan senjata di Yala

YALA: Kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung dan melarikan senjata api dalam tiga insiden berasingan di Yala, selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen Pol Seksan Churangsarit berkata, tiga kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung di Tambon Krong Pinang, Tambon Yaha dan Tambon Muang Lamai.

Dalam kejadian pertama pada 8.30 malam semalam, Seksan berkata sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pusat kawalan keselamatan Kampung Krong Pinang dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan sepucuk pistol serta walkie talkie.

Beliau berkata kejadian kedua, kira-kira 9.50 malam di daerah Tambon Yaha, kira-kira 15 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan Tambon Yaha sebelum melarikan sepucuk senapang dan sepucuk pistol.

"Kejadian yang sama juga dilaporkan di Tambon Muang Lamai kira-kira 10.30 malam iaitu kira-kira 17 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan dan melarikan dua pucuk senapang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seksan berkata polis telah memperketat kawalan keselamatan dan meningkatkan rondaan untuk memburu suspek yang melarikan senjata api.

"Usaha mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan namun setakat ini, masih belum ada mana-mana pihak yang mengakui bertanggungjawab dalam serangan itu," katanya.

Pada Selasa, kerajaan Thailand telah bersetuju untuk melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala - selama tiga bulan lagi sehingga 9 Oktober, bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

SOKONG

PERJUANGAN

RAKYAT PATANI

AMIN

HAK UNTUK

MERDEKA

KHALAS

MIMPI BASAH BERSATU


MIMPI BASAH

BERSATU

KAH KAH KAH

AMIN

RAFIZI PERLU UNTUK JATUHKAN AZMIN



AZMIN PERLU

UNTUK JATUHKAN

KHALID

AMIN

RAFIZI PERLU

UNTUK JATUHKAN

AZMIN

AMIN

SAIFUDIN PERLU

UNTUK JATUHKAN

RAFIZI

AMIN

CARA & TAKTIK 

ANWAR TERUS

 BERKUASA

KHALAS



Unknown commented on
 "SUNGAI BAKAP"

RAFIZI KINI JADI KAMBING HITAM
DIPERSALAH
WALHAL INI PROJEK ANWAR
YANG NAK BUKTIKAN
RAFIZI TAK BOLEH DI PAKAI

jika daripada awal tak mahukan si rafizi ini, kenapa bawa dia masuk ke dalam parti?
beri peluang bertanding itu ini?
kenapa perlu pening kepala rancang rencana itu ini sedangkan daripada awal tak mahukan dia?

cakaplah terus terang: awak pergilah balik buat kerja akauntan juruaudit awak tu.
rakyat boleh je cakap: kalau muda belia jadi menteri bebal sombong angkuh, sila pergi melingkup.

rakyat tak berhutang apa2 dengan awak.

KITA SEMUA KENA TIPU OLEH ANWAR IBRAHIM



KITA SEMUA KENA

TIPU OLEH LEBONG

ANWAR BRAHIM

KHALAS

Unknown commented on 
"REFORMASI JADI REFORMATI"

tulah pasal orang lain berguling nak mampus kena balun fru.. dia anak bini kaya raya.. ingat boleh la senang sikit di jadi PM.. tapi barang naik, subsidi tarik, tatakegaung, zahid jadi tpm.. apa yang kita dapat tak ada apa.. kah kah kah

ENAM JAHANAM



ENAM

JAHANAM


KHAMIS 11 JULAI 2024
ENAM JAHANAM
ENAM EKOR 
PEMBELOT SELAMAT

JO BEDUL UBI KAYU
BUAT KEPUTUSAN
PERKARA  INI  DAH LAMA RAMALKAN
MALAH  BERSATU NAK BAWA
KE MAHKAMAH JUGA 
TELAH RAMALKAN

MALAH KES INI 
AKAN LAMBAT SELESAI
MAKA AKHIRNYA
TAKDA KEPUTUSAN APA APA
KAH KAH KAH

DUA PERKARA 
MUNCUL DARI KE 6 JAHANAM INI
PERTAMA : MADANI TAK KUAT
JUSTERU TAKUT PRK
KEDUA : KALAU ADA YB UMNO
ANTI ZAHID INI MASA UNTUK
BERALIH TEMPAT

DAN
BERSATU JANGAN MIMPI
NAK ADA PRK
SUSUN ATUR UNTU PRU16
LEBIH BAIK
DAN INGAT
KUASA DI TANGAN SIAPA
KAH KAH KAH

UKRAINE
JET PERJUANG TERCANGGIH
F16 BUATAN AMERIKA
MULA DIHANTAR KE UKRAINE
SATELAH SOLDADU UKRAINE
DI LATIH DI AMERIKA

AMERIKA
GEORGE CLOONEY
PELAKON FILEM HOLYWOOD
TUKANG CARI DANA
UNTUK PARTI DEMOKRAT
MINTA BIDEN TARIK DIRI

CHINA
SEORANG MAMAT DARI HONG KONG
DI TAHAN DI SHENZEN CHINA
KERANA DALAM SELUAR
ADA 100 EKOR ULAR
YAG CUBA  DI SELUDUP MASUK

AMERIKA
SUARA MINTA BIDEN
TARIK DIRI DARI JADI CALON
MAKIN LANTANG DI DENGAR
BIDEN  MASIH BERDEGIL

GAZA
ISRAEL TERUS MENYERANG
PUSAT KOTA  GAZA
HAMAS BERKATA INI
MENYUKARKAN RUNDINGAN
 GENCATAN SENJATA

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
MATAHARI SUDAH MUNCUL
BERSINAR INDAH
LANGIT BIRU
KL & KL SENTRAL CERAH

DARI WILAYAH KWANTUNG
GUA DENGAR GAGAK MENANGIS
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR MENDAYU

PAGI INI INDAH
LOPAK AIR DAH MULA KERING
HARI INI AKAN PANAS

TAK TAK SEDANG MENJALAR
DI BALKONI SESUDAH SARAPAN
SEKEPING BISKUT 
DAN DUA KEPING KEROPOK
YANG BELUM BERGORENG

BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI KHAMIS

BUKAN MUDAH MENGASAH PARANG
SEBELUM DIASAH BATANG DIBASAH
BUKAN MUDAH BANGUN BERJUANG
SEBELUM BERJAYA PANTANG MENYERAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA