Isnin, 13 Mei 2024

ZAHID TIBAI KHAIRY


ZAHID TIBAI KHAIRY

AMIN

AWAS !!! PASPOT CHINA MERAH BELUM DI TEMUI


AWAS !!!

PASPOT 

CHINA MERAH

BELUM DITEMUI

KHALAS

SABOTAJ ? LETERIK PADAM BILA DEWAN BINCANG KASINON


SABOTAJ ?

NAK BICANG

 KASINON

LEGTERIK PADAM

JENG JENG JENG

AMIN

ANWAR PRO ATAU ANTI ISRAEL ?



Polis panggil 5 aktivis anti-Israel bantah penyertaan syarikat senjata


Polis memanggil lima individu untuk memberi keterangan berhubung tunjuk perasaan anti-Israel di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) pada 7 Mei lalu. 

Mereka yang terdiri daripada aktivis, bekas wakil rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) itu menerima notis daripada pihak polis melalui pesanan WhatsApp. 

Bercakap kepada MalaysiaNow, bekas pemimpin PKR Tian Chua berkata pihaknya masih dalam usaha menghubungi peserta lain yang berkemungkinan menerima notis sama. 

“Sebenarnya, kami semua baru sahaja berbincang bila untuk hadir ke sana.

“Saya masih belum memberi maklum balas kepada pihak polis.

“Tetapi kami akan beri kerjasama secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi MalaysiaNow. 

Minggu lalu, sekumpulan aktivis membantah penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel dan digunakan terhadap serangan di Gaza di Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur. 

Syarikat yang dimaksudkan ialah Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo. 

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak bantahan tersebut, dengan alasan syarikat-syarikat itu dibenarkan masuk Malaysia selagi tidak didaftarkan di Israel.

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.

Susulan itu, penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mengutuk sebarang hubungan dengan syarikat yang menganjurkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di samping melaungkan “Lockheed bangsat” dan “Free Palestine”. 

Dalam pada itu, Tian Chua turut menafikan cakap-cakap bahawa mereka akan ditangkap polis kerana tunjuk perasaan tersebut. 

“Tiada apa-apa yang mengancam kami, ianya hanya notis panggil untuk keterangan saksi. 

“Kami akan pilih satu tarikh dan hadir ke sana,” katanya.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

ANWAR IBARHIM

PRO KE ANTI

ISRAEL ?

AMIN

KHALAS

GERAKAN ANTI DAP


PH semakin hilang sokongan masyarakat India – Ramasamy



KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa Pakatan Harapan (PH) semakin kehilangan sokongan dan undi masyarakat India.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu semalam kurang daripada 50 peratus pengundi India keluar mengundi.

“Pada masa akan datang komuniti India akan terus memboikot atau tidak mengundi calon PH.

“Pengundi India tidak terkesan dengan pengumuman projek perumahan RM75 juta untuk pekerja ladang di lima ladang di kawasan Bestari Jaya,” katanya di laman Facebook milik beliau, hari ini.

Calon PH dari DAP, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya itu dengan majoriti 3,869 undi.

Menurut Ramasamy, komuniti India juga tidak teruja dengan pengumuman projek pembangunan di kawasan Hulu Selangor yang bernilai jutaan ringgit.

Tambah bekas pemimpin DAP itu, perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan masyarakat India terhadap PH sudah bermula sejak PRN 2023 dan ia berterusan sehingga kini.

Ramasamy berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu yang mengundi PH kali ini kerana janji yang ditawarkan oleh kerajaan Perpaduan termasuk kenaikan gaji 13 peratus untuk penjawat awam,

“Masyarakat Cina akan terus menyokong DAP kerana mereka tidak ada alternatif lain ketika ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette




WOIT

INI GERAKAN

ANTI DAP

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

GILA TALAK

KAH KAH KAH

DAH CERAI

TERUS BENCI 

AMIN 

DULU ISAP KOTE

 KAH KAH KAH

AMIN

KETUA POLIS JOHOR SAPA ?


Pengurus bangunan mengaku menyamar jadi Ketua Polis Johor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap seorang suspek yang bertindak mengaku dirinya sebagai Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Suspek, A Ganasean, 51, yang merupakan seorang pengurus bangunan mengaku melakukan penyamaran itu bagi memperdayakan sebuah agensi penguatkuasaan untuk melepaskan 11 tahanan dengan tawaran RM1,500 setiap seorang.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Ketika prosiding hari ini, tertuduh yang diwakili Narasimhan memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya diberikan hukuman denda tanpa penjara memandangkan adanya keluarga perlu ditanggung tertuduh.

Kata Narasimhan, anak guamnya juga malu dengan perbuatan itu dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Mohon jasa baik yang Arif supaya anak guam saya diberikan denda minimum tanpa hukuman penjara. Dia mempunyai tanggungan seperti isteri dan lima orang anak masih kecil,” hujahnya.

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, mahu mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

NASI BAIK

TAK KLIM DIA

SULTAN JOHOR

KAH KAH KAH

KHALAS

BERITA DARI MEDAN TEMPUR


BERITA DARI

MEDAN TEMPUR

AMIN

SAMA JAGA ALAM SEKITAR


SAMA JAGA

ALAM SEKITAR

AMIN

Unknown commented on 
"CONTOH MENTERI
 ALAM SEKITAR"

Dia pun jenama baca teks, entah kira pakai jari atau kalkulator? Apapun kalau betullah bagus bagus sekali ya, bukan selalu nak menghentam tetapi biar bagi komen membina sedikit kalau buat kerja-kerja betul kita sokong, jangan buat kerja tak betul kemudian post gambar saja kah kah kah


Unknown commented on
 "TANPA POKOK KITA MATI"

Tebang boleh tapi ganti dengan pokok baru, tanam semula mudah saja kan? Kalau ganti balik pokok yang tua reput uzur tak ada masalah pun, tapi kalau ada menteri ada agensi macam-macam sampai majlis perbandaran pun jenama longlai terus membawa kehancuran dunia, penguatkuasaan pulak asyik cari saman kereta parking saman tepi jalan

tapi meniaga sampai tutup jalan dengan meja kerusi sekali buat tak nampak pulak, itu yang rakyat meluat tengok, kalau adil saksama kepada semua tak ada masalah woit kah kah kah jangan hanya pandai bercakap tapi hasil kerja kosong kah kah kah

RAFAH TERUS DISERANG


RAFAH TERUS

DISERANG

AMIN

MADANI DAN ANTI ISRAEL ?


MADANI DAN

 ANTI ISREAL?


Dari apa yang kita baca Kerajaan  Titah yang klim sebagai Kerajaan Perpaduan ini dilaporkan menyokong  perjuangan adil rakyat Palestin. Malah  hari ini kenyataan  sokongan dari Perdana Menteri  Anwar Ibrahim semakin lantang.  Kita baca dan kita dengar.


Kita terbaca kenyataan berdegar-degar tentang jumlah dana lumayan yang di wakafkan kepada Palestin. Kenyataan lantang lagi hebat ini kita dengar terutama semenjak Briged Al-Qassam menyerang Israel pada subuh Sabtu  7 Oktober 2023 yang lalu.

Mari kita melihat sejarah. Palestin tanah jajahan Inggeris kemudian di berikan kepada Zionis Yahudi pada tahun 1948.  Pada tahun 1946 Tanah Melayu masih  di bawah penjajahan Inggeris. 

Pada 6 Oktober 1951 Sir Henry Gurney wakil Baginda Raja England telah di bunuh oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya di Bukit Frazer.  Sebelum bertugas  membelasah rakyat di Tanah Melayu  Henry Gurney ini telah bertugas  membelasah rakyat Palestin.

Justeru kita dan Palestin berkongsi pengalaman dan sejarah.

Generasi muda wajib di beri tahu bahawa satu ketika dulu pasukan bola Israel pernah datang  main bola untuk merebut Piala Merdeka. Ini di zaman Tunku Abdul Rahman.

Malah pada 21 Mac 1997 Perdana Menteri  Mahathir Muhamad sendiri pernah membenarkan  pasukan kriket Israel masuk ke Kuala Lumpur untuk menyertai Pertandingan Trofi Kriket Antarabangsa.

Demo berlaku di pintu masuk Universiti Malaya. Penunjuk perasaan di ganasi dan tangkapan dijalankan. 

Empat di dakwa – Mahfuz Omar, arwah Salahuddin Ayub, Minghat Mahmud dan Pak Cik Amjal . Mereka di penjara satu bulan. 

Saya sendiri masih ingat ketika di Kolej  Melayu tahun 1969  limau Jaffa  dari Israel masih lagi dalam menu kami. Malah isu limau Jaffa ini dalam menu kami menjadi perdebatan dalam akhbar Keris Kangsar – akhbar  dalaman MCKK.

Hakikatnya : Israel ini  telah  lama menjadi  duri dalam daging Bani Melayu.  

Saya yakin ketika itu malah hingga ke hari ini  dua kaum pendatang ke Tanah Melayu - Bani China dan Bani India hairan dan pelik akan sikap Bani Melayu terhadap  Israel.

Malah hingga ke hari ini dua kelompok pendatang ini masih kurang faham kenapa Bani Melayu akan- amat benci kepada Israel. Untuk Bani Melayu Israel ini disamakan   seperti babi.

Dalam kehairanan ini Bani Melayu telah gagal menerangkan dan memberi pencerahan tentang Israel kepada masyarakat China dan India. Garis agama yang diguna pakai untuk mempropagandakan Palestin telah dipandang serong oleh Bani China dan India. 

Justeru – hasilnya  kebelakangan ini – ketika dunia heboh dengan Gaza dan Palestin - tidak ramai China dan India turun bersama dalam aksi  jalan raya tanda  bersetia kawan dengan Palestin.

Kenapa ini berlaku ?

Jangan salahkan Bani China dan Bani India. Salahkan gaya dan isi pencerahan yang di propagandakan oleh Bani Melayu.

Palestin gagal untuk  menarik perhatian China dan India untuk bersama dalam barisan bersatu menentang Israel dan Zionis. Walhal di luar negara di Amerika dan Eropah anak muda bukan Islam malah Bani Yahudi sendiri turun berdemo menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Di Malaysia semuanya terbalik.

Malah apa yang berlaku akhir-akhir ini tidak meyakinkan Bani  China dan India   tentang sokongan Melayu - umat majoriti  - terhadap Palestin. 

Sikap  kepartian yang tebal memperlihatkan bagaimana  Parti Islam PAS dan Parti United Malays National Organisation tidak dalam satu barisan bersatu untuk menyokong Palestin.

Parti Islam  dari perbuatan dan kenyataan mereka hanya menyokong  umat Islam yang ditindas sahaja. Penindasan yang berlaku terhadap yang bukan Islam parti ini tidak ambil pot. 

Justeru dari fakta sejarah Parti PAS tidak heboh berkempen menyokong perjuangan  Timur Timor  yang dijajah oleh Indonesia. Atau berkempen menentang aparteid di  Afrika  Selatan yang di tindas kerana kulit mereka. 

Dalam masa yang sama  Parti United Malays National Organisation tidak pula menunjukan kesejagatan mereka yang merangkum anak semua bangsa – bangsa semua agama.

Palestin menjadi pilihan dua parti politik ini hanya kerana Bani Melayu beragama Islam. Justeru Palestin untuk  Bani Melayu  adalah agenda Islam.  Sokong Palestin untuk dapat undi Melayu. 

Menganggap Palestin ini agenda Islam adalah  pandangan juling. Garis ini tidak membantu memperluaskan perjuangan adil rakyat Palestin

Wal hal  warga dunia,  anak muda semua bangsa  , warga penganut semua agama dan yang tidak beragama turun sama  berdemo di pelbagai  negara. Mereka mentakrif   Palestin  sebagai  isu penjajahan. Palestin dijajah oleh Israel dengan berpandukan ajaran  Zionis.

Ketika dunia  sedang heboh dengan Gaza, Rafah dan gencatan senjata kerajaan Madani di Malaysia melakukan beberapa babak pelik lagi di luar tabii.

Berita meledak apabila seorang Profesor dari Princeton Universiti  Amerika menyelar dan mempertikaikan garis  dan langkah pro Palestin yang diambil oleh Malaysia.

Ini satu penghinaan terhadap sikap rakyat dan kerajaan Madani.

Apa yang pelik tetapi benar  Profesor Bruce Gilley ini telah menyampaikan pandangan lucah lagi songsang ini di Universiti Malaya. Dia dikatakan telah di jemput  untuk mengambil bahagian dalam seminar politik antarabangsa. Universiti Malaya menjadi tuan rumah.

Pelik tetapi benar bagaimana sosok Zionis  pro Israel ini di jemput hadir. 

Bukan susah - tanya sahaja Lebai Google siapa Si Bruce ini. Dengan jelas lagi terperinci kita akan di beritahu sikap pro Israel dan pro penjajahan si Zionis ini.

Mustahil penganjur seminar tidak mengenal siapa Lebai Google. Atau ada agenda tersorok. Jeng jeng jeng,

Isu Profesor Bruce belum reda tertiba timbul satu lagi isu Zionis dan Israel di Universiti Malaya. Kali ini Universiti Malaya  menganugerahkan ijazah ke hormat kepada Muhamad Abdulkarim  Al-Issa seorang ulama dari Saudi Arabia.

Siapa si Abdulkarim ini ?

Sekali lagi Univeristi Malaya gagal bertanya kepada Lebai Google.

Bila kita tanya Lebai Google akan muncul nama dan biodata Tok Arab ini. Abdulkarim adalah  sosok yang pro Israel.  Ulama ini amat-amat disukai dan diminati oleh Israel. 

Ulama ini di rayakan oleh media Israel dan media pro Israel. Ini kerana Tok Arab ini selalu berkempen untuk mengadakan normalisasi antara Saudi dengan  Israel.

Kenapa ulama  genre ini di beri ijazah kehormat oleh Universiti Malaya memang pelik dan di luar tabii.

Apakah Universiti Malaya sudah dipenuhi oleh  kangkung sehingga mata para guru dan pensyarah tertutup dari  melihat  dan bertanya dengan Lebai Google.

Tidak cukup dengan kerenah Universiti Malaya – kita di kejutkan dengan berita pameran senjata anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) menjadi tuan rumah. Dalam pameran ini syarikat senjata akan mempromosi senjata mereka untuk di pesan dan di beli.

Ini perniagaan bunuh orang. Satu perniagaan yang paling lumayan. Industri senjata a.k.a industri bunuh orang akan membuka gerai dan mempamerkan  senjata tercanggih untuk membunuh.

Apa yang pelik dan di luar tabii ialah Tuan Rumah telah menjemput syarikat seperti  Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo.

Semua syarikat ini ada hubungan dengan industri senjata Zionis Israel.  Syarikat-syarikat ini membekalkan senjata kepada Israel untuk membunuh lebih 40 ribu warga Arab Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Beberapa kumpulan NGO  termasuk Parti Bersatu bersuara dan membantah pameran ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersilat lidah. Dia dilihat berdulak dalik.  Dalam ceramah dengan lantang menyokong Palestin. Dalam tindak tanduk menyokong Israel. 

Malah untuk PMX selagi syarikat ini tidak didaftar di Israel maka ianya kosher lagi halal untuk berniaga dengan Malaysia. Amin.

Kenyataan Perdana Menteri Kerajaan Madani yang pro Palestin ini membuka banyak mata. Anwar berdulak dalik  untuk menyelamatkan diri ini menjadi bahan lawak. 

Malah belum sempat  ketawa mendengar lawak Anwar satu lagi berita meledak. Kali ini kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang.

Sebuah kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia pada 29 April 2024. Kah kah kah.

Lima bulan dulu  Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik negara Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Warga Net dengan menggunakan Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, mendapati kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services. Kapal Zionis ini telah  berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China. Amin.

Bila Anwar di tanya oleh wartawan tentang kapal Israel ini Anwar telah menjawab : ‘ ...... Mahathir yang membenarkan  kapal ini masuk....’ Kah kah kah.

Bijak. Satu jawapan yang amat bijak. Anwar Ibrahim lupa ketika tim kriket Israel masuk  Anwar sendiri menjawat Timbalan Perdana Menteri – pembantu dan pembodek Mahathir.

Jika kurang yakin apa yang saya tulis ini sila tanya Lebai Google.

Justeru apa yang saya tulis ini memperlihatkan betapa carca merba dan bercelaru dasar kerajaan Mahadanon opps... kerajaan Madani.

Bani China dan Bani India yang suam-suam melihat Palestin kita terus sejuk. Malah Bani Melayu sendiri tertanya-tanya – kenapa Anwar dulak dalik.

Babak-babak yang  ditulis ini  memperlihatkan cara Anwar Ibrahim menjalankan kerja.

Cara kerja dan perangai Anwar Ibrahim ini jelas. Pada Ezam dia berkata ini. Kepada Azmin dia berkata itu. Kepada Saifuddin Anwar cakap PKR sokong. Kepada Rafizi Anwar cakap PKR bantah . Kepada Syed Husin Anwar kata boleh. Kepada Syed Sahir Anwar kata tak boleh. Kepada Mat Sabu Anwar kata jangan lulus. Kepada Tony Loke Anwar kata luluskan. Kepada Erdorgan Anwar kata sokong. Kepada Mohamad Bin Salman Anwar kata tak sokong. 

Ini klasik cara Anwar Ibrahim berputar dan berputar.

Awas ! Kita tidak tahu apa kata-kata dan janji Anwar Ibrahim kepada sosok yang bernama Paul Wolfowitz tentang Israel. 

Paul Wolfowitz ini kenalan baik Anwar. Beri peluang Anwar bekerja di Universiti  Georgetown Amerika dan  di Bank Dunia.

Maka kaum kerabat  Paul Wolfowitz minggu ini telah menghantar dua pegawai Jabatan Perbendaharaan Amerika untuk bertanya apa sebenarnya dasar Madani  terhadap Israel. Jeng jeng jeng. 

Jangan lupa  Paul Wolfowitz ini seorang Zionis  penasihat George W. Bush dan  arkitek Perang Iraq.Amin. (TT )

TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/05/13/anti-israel-dan-babak-luar-tabii-kerajaan-madani-di-malaysia


HANTAR ASKAR PBB KE GAZA


Kematian di Gaza

 hampir 35,000
GAZA CITY – Kematian di Gaza kini hampir mencecah 35,000.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel sejak Oktober lalu.

Seramai 78,641 orang lain turut cedera dalam serangan itu.

“Serangan Israel membunuh 28 orang dan mencederakan 69 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata kenyataan itu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” tambahnya.

Tujuh bulan selepas serangan Israel di Gaza kawasan perumahan, hospital, sekolah, pusat pengajian, bangunan kerajaan yang luas telah runtuh dan musnah.

Ini mendorong 85% penduduk Gaza melarikan diri ke tempat selamat secara dalaman di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan oleh regim Israel.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – Agensi

MASA DAH

SAMPAI PBB

WAJIB HANTAR

ASKAR  PENYELAMAT

KE GAZA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

HOUTHI HANTAR

SOLDADU BANTU

GAZA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

HISBOLLAH SERANG

BESAR BESARAN

DI SELATAN LEBANON

AMIN

ROKOK SELUDUP JENAMA APA ?


BERILAH TAHU

ROKOK APA?

AMIN

MALBORO KE

ROKOK TEMBAK?

KHALAS

JANGAN IKUT PERANGAI ARAB



JANGAN IKUT

PERANGAI ARAB

AMIN

Unknown commented on 
"APA BOLEH JUAL AKAN DIJUAL"

Kalau ada orang kaya, tiada zuriat, tiada anak, pancut tak hasilkan apa apa maka tidak salah ambil anak angkat, anak orang lain selalu orang susah dibela sebagai anak sendiri, ini baik, tetapi kalau buat perniagaan memang salah, tapi orang kita suka buat salah kemudian nafi kata orang-orang lain curi walhal dia sendiri curi, maka kita berhati-hati dengan perangai manusia macam ini, kita jangan terlalu hukum halal haram tapi najisnya bau sendiri kah kah kah nak jadi arab tak salah tapi bukan perangai buruk jahiliyah amin

MALAYSIA ADA SANUSI - AMERIKA ADA TRUMP


AMERIKA ADA

TRUMP

AMIN

MALAYSIA ADA

SANUSI

KHALAS

Unknown commented on 
"NUSI POPULAR DGN MELAYU"

Setakat sembang orang-orang kampung Nusi hebat, memang dekat dengan sanubari jiwa rakyat, tetapi dengan kelompok kaya, kelompok business kelompok terpelajar lebih susah sedikit, kemampuan terhad, kalau sekadar baca teks ucapan tidak lepas, rakyat melihat setiap hari perangai cakap mulut tingkah lakunya bukan sekadar seronok berhujah tetapi kemampuan kerja kah kah kah adakah layak kena cermin diri dahulu kah kah kah tapi juara pelawak memang hebat kah kah kah

BAWANG PERAK


BAWANG PERAK

SENIN 13 MEI 2024
HARI INI 13 MEI
JENG JENG JENG

ADA BERITA BAIK
PERAK TELAH HASILKAN BAWANG
DI PANGGIL BAWANG PERAK
INILAH YANG RAKYAT SUKA
KITA BOLEH TANAM SENDIRI
BAWANG TAK PERLU IMPOT

HASILKAN
TANAM MAKANAN
 SENDRI
AMIN

BAHAN MAKANAN MASIH MAHAL
PALING HAIRAN
PALING DI LUAR TABII
DIMANA HILANGNYA
BERAS TEMPATAN

HAIRAN DAN PELIK
BETUL BETUL DILUAR 
TABII

UKRAINE
KOMANDER ASKAR UKRAINE
AKUI BAHAWA
KHARKIV DALAM KEADAAN SUSAH
SOLDADU UKRAINE
SUSAH BERTAHAN

ISRAEL
PULUHAN RIBU BERDEMO
RAKYAT MAHU HENTIKAN PERANG
SELAMATKAN TAWANAN
SETANYAHU LETAK JAWATAN

UK
BEKAS PM DAVID CAMERON SERU
BBC  BILA BUAT
BERITA SEBUT HAMAS
SEBAGAI PENGGANAS 

BRAZIL
BANJIR MENJERUT 
90 NYAWA
DAN 155,000 WARGA
HILANG RUMAH TANGGA 

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
KEMARIN HUJAN TAK LEBAT
CENGKERIK BERSIMPONI

KL & KL SENTRAL CERAH
MATAHARI DAH MUNCUL
CAHAYA MEMANAS PIPI
LANGIT BIRU INDAH
AWAN PUTIH DISANA SINI

TERKUKUR BERLAGU
DI  UDARA PESAWAT MENDERAM
MENUJU KLIA

SAEKOR MURAI BERKICAU
TANPA HENTI
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH

HARI INI PASTI PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI MENUNGGU CAHAYA
PETANG JIKA HUJAN
MALAM JADI ENAK

BRO
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
JANGAN  SALAH TAFSIR
SELESA DENGAN
KEBAHAGIAN

BRO
JANGAN SALAH TAFSIR
HARTA DENGAN
KEJAYAAN

BRO
JANGAN SALAH TAFSIR
UMUR DENGAN
KEDEWASAAN

BRO
JANGAN SALAH TAFSIR
MINTA MAAF DENGAN
HELAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA