Khamis, 20 Jun 2024

HEBAT TEKNOLOJI HEZBOLLAH


HEBAT TEKNOLOJI

DRONE HEZBOLLAH

AMIN

HEBAT TEKNOLOJI

DRONE IRAN

AMIN

PEJABAT PM DALAM BAHAYA ? ADA PEMBELOT ?


INI KES SERIOUS

BAGAIMANA SURAT

SULIT

 DAPAT KELUAR

AMIN

ERTINYA 

ADA PEGAWAI

BELOT 

BOCORKAN SURAT

SETPOL ANWAR

AMIN

ADA MUSUH

DALAM SELIMUT

KHALAS

LIWAT SEKOLAH


WOIT BRO

MURID BUKAN

LIWAT SEKOLAH

KAH KAH KAH

ADA HURUF E 

DALAM LEWAT

BUKAN 

LIWAT SEKOLAH

KHALAS

SENJATA MEMBUNUH DARI SYARIKAT BLACKROCK


SENJATA MEMBUNUH

DARI SYARIKAT

BLACKROCK

AMIN

PESAWAT BOEING TAK SELAMAT ?


Keluarga mangsa nahas Boeing 737 MAX tuntut AS$24 bilion


WASHINGTON: Keluarga mangsa kepada dua nahas Boeing 737 MAX meminta Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menuntut denda terhadap pembuat pesawat itu sebanyak AS$24.78 bilion (RM116.72 billion) dan meneruskan pendakwaan jenayah.

Peguam yang mewakili 15 keluarga, Paul Cassel, berkata jenayah Boeing ialah jenayah korporat yang paling ramai maut dalam sejarah di AS.

"Denda maksimum lebih daripada AS$24 bilion wajar di sisi undang-undang dan sesuai," katanya yang menulis dalam surat kepada Jabatan Kehakiman yang dikeluarkan pada Rabu.

Keluarga itu berkata, Jabatan Kehakiman menetapkan denda AS$14 bilion (RM65.94 bilion) hingga AS$22 bilion (RM103.63 bilion) dengan syarat Boeing menyokong dana yang digantung itu kepada pemantau korporat bebas dan penambahbaikan berkaitan dalam pematuhan dan keselamatan.

Jabatan Kehakiman berkata, pada Mei lalu ia memutuskan Boeing melanggar perjanjian pendakwaan tertunda 2021 yang melindungi syarikat daripada tuduhan jenayah konspirasi untuk melakukan penipuan yang berpunca daripada kemalangan maut pada 2018 dan 2019 yang mengorbankan 346 orang.

Bagaimanapun Boeing minggu lalu berkata, pihaknya tidak melanggar perjanjian itu.

Susulan itu, pendakwa raya Persekutuan mempunyai masa sehingga 7 Julai untuk memaklumkan kepada Hakim Persekutuan di Texas tentang rancangan mereka, sama ada untuk meneruskan kes jenayah atau merundingkan perjanjian pengakuan dengan Boeing.

Jabatan Kehakiman juga boleh melanjutkan perjanjian pendakwaan tertunda selama setahun.

Pegawai Jabatan Kehakiman mendapati Boeing melanggar perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan selepas panel menerbangkan jet Boeing 737 MAX 9 Alaska Airlines baharu pada 5 Januari, hanya dua hari sebelum perjanjian 2021 tamat.

Kejadian itu mendedahkan isu keselamatan dan kualiti yang berterusan di Boeing.

Sebelum ini, dua nahas maut pesawat Boeing 737 MAX itu berlaku pada 2018 dan 2019 di Indonesia dan Ethiopia menyebabkan pesawat itu digantung penerbangan di seluruh dunia selama 20 bulan.

Sistem keselamatan yang dipanggil MCAS dikaitkan dengan kedua-dua kemalangan maut berkenaan. - REUTERS


KAPAL TERBANG

BOEING MAKIN

DIANGGAP

TAK SELAMAT

AMIN

RAMAI PEKERJA

BUKA CERITA

AMIN

SYARIKAT INI

UTAMAKAN BUAT

KAPAL TERBANG

JET PEJUANG

DAN SENJATA

AMIN

KHALAS

MELAWAN ZIONIS BUKAN MENYOKONG ZIONIS



Hizbullah akan bedil seluruh Israel, ancam serang Cyprus


BEIRUT: Hizbullah menegaskan tiada seorang pun dari Israel akan terselamat dalam peperangan, selepas rejim Zionis itu meluluskan rancangan untuk menyerang Lubnan hingga mencetuskan kebimbangan konflik Gaza merebak.

Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, berkata tiada tempat di Israel akan terhindar dari roket mereka, dalam ucapan di televisyen di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat merentasi sempadan Israel-Lubnan.

Nasrallah yang kumpulannya disokong Iran berbalas tembakan hampir setiap hari dengan Israel sejak serangan sekutunya Hamas pada 7 Oktober.

Nasrallah turut mengancam negara jiran Lubnan, Cyprus akan diserang jika mereka membuka lapangan terbang atau pangkalan kepada Israel untuk menyasarkan Lubnan.

Cyprus, iaitu pulau di Mediterranean menempatkan dua pangkalan tentera British termasuk pangkalan udara, tetapi mereka berada dalam wilayah berdaulat British dan tidak dikawal oleh kerajaan Cyprus.

Presiden Cyprus, Nikos Christodoulides menafikan pembabitan negaranya dalam perang dan berkata itu sebahagian daripada penyelesaian melalui peranannya sebagai koridor kemanusiaan maritim ke Gaza yang diiktiraf oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, perang di antara Israel dan Hamas terus berlarutan dengan saksi dan agensi pertahanan awam di Semenanjung Gaza melaporkan serangan dron dan tembakan Israel di barat Rafah hingga membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Pegawai perubatan di hospital di Khan Yunis berkata, 10 mayat dibawa ke kemudahan itu selepas serangan udara Israel membunuh sekumpulan orang di jalan Salah al-Din, timur bandar Rafah, ketika menunggu trak bantuan tiba.

Jihad Islam, kumpulan bersenjata Palestin yang sekian lama berjuang bersama Hamas, berkata kumpulan mereka sedang memerangi tentera di tengah-tengah serangan Israel ke Rafah barat.

Peperangan itu merebak ke seluruh wilayah, menarik dalam beberapa kumpulan yang disokong Iran mengatakan mereka bertindak sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza. - AFP



HIZBOLLAH SAH

 BUKAN MAIN

WAYANG

MELAWAN

ZIONIS YAHUDI

AMIN

BUKAN JUAL

HARTA NEGARA

UNTUK SOKONG

YAHUDI ZIONIS

AMIN

KHALAS

ADA DEMO LAWAN ANWAR ?


LAPORAN POLIS 

TERHADAP

 DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu laporan polis akan dibuat oleh Muhammad Fikri Abd Aziz, Setiausaha KeADILan Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Cabang KeADILan Putrajaya berkenaan Demonstrasi Rakyat Lawan Anwar yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya.

Laporan polis akan dilakukan di:

📆 20 Jun 2024 (Khamis)
🕰️ 5:30 petang
📍 IPD Putrajaya

https://maps.app.goo.gl/RaCHqAvRuBC11CAV6?g_st=com.google.maps.preview.copy

Dijemput rakan-rakan pendukung Kerajaan MADANI untuk turut serta dalam program ini. 

Sekian.

ANWAR IBRAHIM DI GILA BABIKAN


ANWAR IBRAHIM

DIGILA BABI KAN

AMIN

SATU LAGI PRK DISEL



DUN Nenggiri: SPR mesyuarat 28 Jun tetapkan tarikh PRK

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Jun depan bagi satu mesyuarat untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Setiausahanya,  Ikmalrudin Ishak berkata ia berikutan satu pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua DUN,  Mohd Amar Abdullah.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada 28 Jun bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ikmalrudin, penetapan tarikh PRK itu dilakukan setelah DUN Kelantan mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri Nenggiri berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Menurut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperolehi 5,707 undi.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun lepas mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim bersama lima lagi Ahli Parlimen daripada Bersatu.

Bersatu baru-baru ini menyerahkan notis terhenti serta-merta kepada enam wakil rakyat yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti terbabit.

Bersatu turut menghantar notis pemakluman kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Kelantan mengenai kedudukan itu. –

Share this:

INI PRK DISEL

AGENDA UTAMA

AMIN

JUGA NAK UJI

APAKAH ISLAM

GELOMBANG HIJAU

MASIH BERNAFAS

AMIN

ATAU ISLAM PAS

TINGGAL SELAM

KAH KAH KAH

AMIN

BETUL KE BERITA INI



BETUL?



BETUL KE BERITA INI
PAS SEDANG BERUNDING
DENGAN ANWAR ?
JENG JENG JENG

RUNDING APA?

RUNDING NAK MASUK KERAJAAN
NAK JADI MENNTERI
NAK JAWATAN
JENG JENG JENG

BUKTI?
KENAPA KENYATAAN TAKI
AMAT LEMBIK
DALAM HAL DISEL
JENG  JENG JENG

LEBAI DESAS DAN HAJI DESUS
AKAN TERUS MENCARI
MAKLUMAT
AMIN

MALAM INI FORUM BLACKROCK


MALAM INI

FORUM BLACKROCK

AMIN

DUGAAN UNTUK ISLAM PAS



PRK Sg Bakap: Subsidi diesel mungkin jadi isu utama


KESAN rasionalisasi subsidi diesel dan kesan pengaruh berterusan PAS, jika ada, mungkin menjadi isu utama dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang bulan depan.

Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan sebarang isu tempatan utama.

Tinjauan dengan pengundi di Sungai Bakap yang terletak kira-kira 37 kilometer dari George Town, menunjukkan tidak banyak isu tempatan yang mendesak untuk difikirkan oleh pihak berkempen - daripada gangguan air sekali-sekala hingga kesesakan lalu lintas akibat pembesaran taman perindustrian.

Pengundi juga berkata mereka mahukan kemudahan seperti gelanggang futsal dan mempunyai perkhidmatan kerajaan tempatan yang lebih baik. Bagaimanapun kebimbangan utama mereka ialah isu kos sara hidup.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sedar tentang faktor kos sara hidup apabila menumpukan banyak perhatian kepada isu itu apabila beliau mendedahkan Dr Joohari Ariffin, 60, sebagai calon Pakatan Harapan/PKR untuk pilihan raya kecil itu.

Joohari tinggal di kawasan itu dan telah berkhidmat kepada masyarakat sebagai pendidik veteran dan sebagai aktivis sosial.

Rafizi menjelaskan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menghapuskan formula subsidi menyeluruh untuk digantikan dengan format yang disasarkan.

Beliau merujuk kepada hutang negara sebanyak RM1.3 trilion sebagai faktor pengurangan utama mengapa negara perlu melakukannya walaupun ia tindakan tidak popular, yang juga didesak oleh pelabur.

Beliau menambah bahawa jangkaan pertengahan kepada prospek pertumbuhan ekonomi jangka panjang adalah cerah jika negara mengekang hutang awam dan berbelanja untuk barangan yang lebih strategik seperti menaik taraf infrastruktur kepada membaiki sekolah dan mempunyai lebih banyak hospital awam.

Sudah, terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi meningkat selepas pandemik Covid-19.

Rafizi juga mendedahkan bahawa Bursa Saham Malaysia adalah antara bursa berprestasi terbaik di Asia untuk tahun ini.

“Sekitar 14 kaunter adalah antara yang paling aktif di Asia. Ia menunjukkan kami berada di landasan yang betul.”

Beberapa hari selepas subsidi diesel dihapuskan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau dinasihatkan menangguhkan keputusan itu sehingga selepas pilihan raya kecil tetapi beliau tidak bersetuju.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata rakyat Malaysia mesti menghadapi penyingkiran subsidi, dan beliau kini tidak mahu memberikan sebarang mesej yang salah kepada mereka.

Kerajaan dan pejuangnya perlu bekerja lebih keras untuk memberi perhatian kepada pengundi tentang keperluan untuk merasionalkan subsidi, bermula dengan diesel dan tidak lama lagi akan diikuti oleh bahan api RON95.

Mereka mesti memastikan pengundi memahami sebab penghapusan subsidi, dan mengelak daripada mencetuskan undi protes.

Gelombang hijau PAS

Bagi Perikatan Nasional khususnya PAS, ia mesti terus menunggang gelombang Melayu/Islam untuk meneruskan kemaraan pada pilihan raya negeri Ogos lalu.

PAS telah menamakan ahli perniagaan Abidin Ismail, bekas pembantu peribadi Allahyarham ADUN PAS Sungai Bakap Nor Zamri Latiff, sebagai calonnya.

Pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata gelombang hijau PAS masih jelas, membolehkan parti Islam itu mengekalkan momentumnya dalam mengekalkan Sungai Bakap.

Beliau berkata PAS boleh terus mengambil kesempatan daripada sentimen di kalangan penduduk bandar luar bandar bahawa Umno telah mengkhianati masyarakat dengan berpihak kepada PH untuk membentuk blok perpaduan nasional dan bukannya berpegang kepada prinsip asal mereka.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa Joohari boleh menjadi pencabar yang serius.

Beliau berkata Joohari boleh mendekati pengundi tradisi Umno dan penjawat awam untuk mengalihkan sokongan kepada beliau.

Pemerhati politik Rahmad Isahak berkata, terdapat beberapa persoalan yang menyelubungi PN kerana isu dalaman yang melanda pakatan secara keseluruhannya.

Ini termasuk status wakil rakyat Bersatu yang menyokong Anwar dan ketidaktentuan dalam kepimpinan PAS berikutan keadaan kesihatan presidennya Abdul Hadi Awang.

Rahmad berkata, pergolakan politik di negara ini akan terus berleluasa melainkan wujud kesedaran dalam kalangan orang Melayu bahawa resolusi terbaik adalah dalam format perpaduan Melayu, bukan hanya kerajaan perpaduan nasional, iaitu bentuk semasa.

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre dilaporkan berkata peratusan keluar mengundi juga akan memainkan peranan dalam menentukan siapa menang atau kalah.

PAS memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri lalu berikutan peratusan keluar mengundi yang tinggi dan lonjakan sentimen Melayu-Islam terhadap PH, tetapi pilihan raya kecil biasanya menghasilkan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah.

Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian mengejut Zamri pada 24 Mei.

Zamri, ketika itu ketua PAS Nibong Tebal, telah memenangi kerusi itu Ogos lalu, menewaskan Nurhidayah PH dengan majoriti 1,563 undi selepas memperoleh 15,433 undi.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu manakala pengundian pada 6 Julai, memberikan lawan 14 hari untuk berkempen.

Demografi menunjukkan bahawa pertempuran adalah sebahagian besarnya untuk undi Melayu. Komuniti terbesar di kerusi itu membentuk 59.36% pengundi, Cina 22.54%, India 17.39%, dan minoriti lain 0.71%.

Pendaftaran pemilih terkini menunjukkan terdapat 39,279 pengundi di kawasan itu, 39,222 daripadanya pengundi biasa dan 57 anggota polis. – 20 Jun, 2024.

WOIT

DISEL SATU

AGENDA

AMIN

SATU LAGI

APAKAH ISLAM PAS

DAH PANCIT

KAH KAH KAH

PASAL APA

PANCIT?

KAH KAH KAH

PASAI RUNDING

NAK MASUK

JADI KERAJAAN

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG DAN GEO POLITIK



Putin tiba di Vietnam


HANOI: Presiden Russia tiba di Vietnam hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara itu.

Vladimir Putin semalam memutamadkan pakatan pertahanan dengan Korea Utara.

Kunjungan Putin di Vietnam ialah persinggahan terakhir dalam lawatan rasmi ke dua negara di Asia.

Ketibaan Presiden Russia pagi ini disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha, lapor REUTERS.

Semalam pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Putin bersetuju untuk membangunkan hubungan negara mereka bersama-sama bagi membina dunia multipolar dan Korea Utara menyokong operasi ketenteraan Russia di Ukraine.

Putin berjanji untuk mewujudkan sistem perdagangan dan keselamatan dengan Korea Utara tanpa kongkongan Barat.

Beliau menjelaskan kedua-dua negara sudah membangunkan hubungan dan kerjasama yang baik selama 70 tahun berdasarkan kesaksamaan, saling menghormati dan mempercayai. - AGENSI

KEADAAN BERUBAH

GEO POLITIK

BARU MUNCUL

AMIN

SEMUA BERSEDIA

CARI KAWAN

UNTUK PERANG

DUNIA KE 3

KHALAS

PESAWAT MH370 MASIH DICARI


PESAWAT MH370

MASIH DICARI

AMIN

CONTOH DILUAR TABII


CONTOH

DI LUAR TABII

AMIN

Unknown commented on
 "ANWAR JUAL HARTA NEGARA 
PADA ZIONIS YAHUDI"

marah najib tapi tak marah nuar...ini luar tabii.

MARAH KERANA JUAL HARTA NEGARA PADA ZIONIS YAHUDI


MARAH KERANA

JUAL HARTA

NEGARA PADA

ZIONIS YAHUDI

AMIN


Unknown commented on 
"ANWAR JUAL HARTA NEGARA
 PADA ZIONIS YAHUDI"

Marah betul2 marah lagi berasas!


Unknown commented on 
ANWAR JUAL HARTA NEGARA
 PADA ZIONIS YAHUDI"

Jual senyap2 & senyap dari penjelasan jdi bahaya pada negara

RAPAT BLACKROCK


RAPAT - FORUM

BLACKROCK

KHAMIS 20 JUN 2024
MALAM INI DI DEWAN CHINA
ADA RAPAT FORUM
PENCERAHAN TENTANG BLACKROCK

INI FORUM PENCERAHAN
UNTUK MENERANGKAN
KEPADA YANG MASIH TAK FAHAM
APA ITU BLACKROCK

SYARIKAT INI AKAN
AMBIL ALIH DAN KENDALIKAN
39 LAPANGAN KAPAL TERBANG
DI SELURUH MALAYSIA

KENAPA KITA TENTANG BLACKROCK?
KITA TENTANG KERANA
INILAH SYARIKAT BUAT SENJATA
YANG BUNUH WARGA PALESTIN

KITA SOKONG PALESTIN
KITA ANTI ZIONIS
JIKA LAPANGAN TERBANG
KITA DI JUAL PADA BLACKROCK
MAKA INI MENJUAL 
HARTA NEGARA PADA
ZIONIS YAHUDI

SELAMATKAN NEGARA
HALANG ANWAR IBRAHIM
DARI MENSWASTAKAN
SYARIKAT MAHB
DARI DI JUAL PADA
ZIONIS YAHUDI

KENAPA ANWAR YANG KLIM
PRO PALESTIN
BERPELOK DENGAN
ISMAIL HANIYEH
PEMIMPIN AGONG HAMAS
TAPI JUAL HARTA NEGARA
PADA 
ZONIS YAHUDI
JENG JENG JENG

APAKAH ADA
KUIH PAU
DI BELAKANG BLACKROCK

UNTUK PENCERAHAN
JEMPUT DATANG
KE DEWAN CHINA
MALAM INI JAM 8 MALAM
AMIN

KOREA UTARA
PUTIN DAN KIM  JONG UN
TANDA TANGAN
PERJANJIAN PERTAHANAN
RUSIA - KOREA UTARA

LEBANON
HEZBOLLAH BERI AMARAN
PADA CYPRUS
PULAU INI AKAN DISERANG
JIKA CYPRUS BENARKAN
ISRAEL GUNAKAN WILAYAH
CYPRUS SEBAGAI PENGKALAN SENJATA

SAUDI
RAMAI PAK AJI MAK AJI HILANG
DI MEKAH
LEBIH DARI 500 BAKAL HAJI MATI
KERANA PANAS
 51.8 DARJAH CENTRIGRAD

INDIA
JURUTERA BERI AMARAN
LETERIK BANYAK PUTUS
BEKALAN LETERIK TERGANGGU
AGAK LAMA
DALAM CUACA PANAS

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
HUJAN RENYAI KEMARIN

SEKUMPULAN PIPIT
MUNGKIN 30 EKOR
TERBANG BERPINDAH PINDAH
MENCARI REZEKI
DI SAWAH RUMPUT

TIONG BERKEELIARAN
LOPAK LOPAK AIR DIJALAN
MEMBAWA REZEKI

HARI INI AKAN PANAS
PETANG MUNGKIN HUJAN
TAPI TAK GANGGU RAPAT BLACKROCK
KAMI DALAM DEWAN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
LU BELAJAR KETAWAKAN
DIRI LU SENDIRI
LAWAK TAK AKAN HABIS

BRO
LU TAK BOLEH TERSENYUM DIBIBIR
JIKA DALAM JIWA
TIDAK SENYUM SAMA

BRO
LEBIH BANYAK JALAN
UNTUK DIPILIH
LAGI SUSAH UNTUK SELESAI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA