Selasa, 30 Julai 2024

SERANG DAN PERANG SAMPAI HABIS


SERANG & PERANG

SAMPAI HABIS

AMIN

DAH LAMA MAIN

TARIK TALI

AMIN

ANWAR KERJA TAK BERGAJI !!!



ANWAR KLIM TAK

AMBIK GAJI

AMIN

SAPA BAYAR SEWA

RUMAH 

TOWKAY CHINA

YANG  RUMAHNYA

ANWAR SEWA

DI SUNGAI LONG?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

NENGGIRI MENANG MUDAH


UNTUK MENANG

 MUDAH

DI NENGGIRI

ANWAR

ZAHID & RAFIZI

WAJIB BEREKEMPEN

AMIN

ANWAR TINDAS KITA LAWAN


SEBANYAK MANA

PENINDASAN

SEBANYAK ITULAH

PERLAWANAN

AMIN

HUKUM INI TIDAK

PERNAH BDERUBAH

KHALAS

KES JANTAN YAHUDI




Peguam Negara tolak permohonan lelaki Israel kaji semula pertuduhan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi yang dikemukakan lelaki warga Israel Avitan Shalom untuk mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya mengenai memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini

Semasa prosiding sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam berkata, pembelaan bagi pihak Avitan Shalom, 38, telah menyerahkan representasi itu pada 8 Julai lalu.

“Saya mencadangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu, dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Hakim Norina Zainol Abidin hari ini menetapkan 2 September ini bagi serahan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik.

Terdahulu, Mustaffa  memohon supaya mahkamah menetapkan satu tarikh baharu bagi prosiding penyerahan.

Dalam pada itu, mahkamah hari ini dimaklumkan penarikan diri Datuk Naran Singh sebagai peguam bela Avitan.

Untuk rekod, Shalom pada 12 April lalu didakwa di atas tuduhan memperdagangkan enam pistol jenis Glock 19 USA 9 x 19, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria, M&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri) di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm (8 peluru), dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 peluru) dan 42 peluru dalam tiga senjata berasingan.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-

KES JANTAN INI

PELIK LAGI

MEMELIKAN

JENG JENG JENG

SAPA JANTAN

YAHUDI INI

JENG JENG JENG

APA TUJUAN

JANTAN INI BELI

SEPETOL BUKAN 1 

TAPI 5 PUCUK


JENG JENG  JENG

BETULKAH 3

SAKSI DAH BEBAS

PULANG ?

JENG JENG JENG

AMIN

APAKAH INI

PROJEK MENGOLAH

PERSETUJUAN

JENG JENG JENG

AMIN 

KHALAS

SATU LAGI PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN


Keselamatan siber di Malaysia masih lemah

PUTRAJAYA – Kerajaan meletakkan keutamaan terhadap keselamatan siber memandangkan Malaysia masih berada di tahap lemah berbanding negara lain.

Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berkata, keutamaan itu termasuk menyediakan latihan kepakaran, membina jaringan bersama beberapa syarikat dan badan risikan siber yang boleh dimanfaatkan.

“Antara yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber dan baru-baru ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo memberi banyak tumpuan supaya keselamatan dalam talian itu dijamin untuk rakyat dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said berkata, undang-undang baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Katanya, undang-undang itu antara lain bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet untuk memainkan peranan bagi menangani jenayah dalam talian seperti penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.

Sementara itu, Anwar juga menepis dakwaan segelintir pihak bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang dan pelesenan baharu bagi pengendali media sosial adalah bertujuan mengekang kebebasan bersuara rakyat.

Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan kebebasan diberikan dalam menyuarakan pandangan sama ada bersetuju atau menentang tindakan kerajaan.

“Urusan digital dan media sosial digunakan untuk mendera orang sehingga menyebabkan bunuh diri, salah guna memperalatkan anak-anak kecil untuk urusan dagang seks, apakah ini diwajarkan?

“Jenayah scam juga telah mencecah lebih RM2.5 bilion orang ditipu melalui kemudahan media sosial. Apabila kita kata harus sekat, dia kata jangan sekat kebebasan, apakah kebebasan itu boleh menipu, mencuri, mendera orang sehingga orang bunuh diri.

“Hal ini harus difahami rakyat kerana dalam soal keselamatan diri, harga maruah diri mesti diberi keutamaan,” ujarnya.


INI JUGA

CONTOH PROJEK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

IBU BAPA AKAN

DITAKUT TAKUTKAN

DGN SEX KANAK2

AMIN

BERITA SEX 

KANAK KANAK

INI PALING 

MUJARAB SELALU

DIGUNAKAN

UNTUK MENGOLAH

PERSETUJUAN AGAR

BERSETUJU INTERNET

DI KONTROL

AMIN

KALAU BETUL 

NAK JAGA 

KESELAMATAN

NEGARA KENAPA

1.5 JUTA WARGA

CHINA MERAH YG

LESAP HILANG

 DALAM NEGARA

TIDAK DICARI

AMIN

KHALAS

PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN


Polis beri pendedahan ancaman jenayah scammer kepada OKU


KUALA LUMPUR – Lebih 50 Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan diberi pendedahan berhubung kes penipuan atas talian yang kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, langkah itu perlu dibuat walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung jenayah scammer melibatkan mangsa OKU.

“Kebanyakan mangsa OKU ini cepat terpengaruh itu kita hendak didik pada mereka agar tidak ambil mudah tentang perkara ini.

“Jadi penjenayah di luar suka mengambil kesempatan atas golongan begini, dan kita minta mereka supaya lebih berhati- hati dan sebenarnya mereka ini tidak faham apa peranan dan tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan program Be Safe Feel Safe untuk golongan OKU Penglihatan di sini hari ini.

Mengulas mengenai tahap keselamatan dan kegiatan jenayah di Brickfields, Ku Mashariman memaklumkan, ia masih terkawal.

“Trend masih terkawal cuma nak cuba hentikan kerana di sini ramai golongan istimewa dan aset kepada kita untuk dijaga. Peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang buatkan Brickfields ini menjadi selamat untuk mereka, itu keutamaan.

“Kalau tengok keadaan mereka berjalan di sekitar sini tiada sebarang isu atau laporan jenayah juga tidak berlaku cuma kita tidak mahu orang lain ambil kesempatan sebab itu kita didik mereka ini,” jelasnya. – MalaysiaGazette

INI NAMANYA

PROJEK 

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

TUJUAN UNTUK

BUAT UNDANG2

KAWAL INTERNET

AMIN

KALAU BETUL

NAK TOLONG OKU

KENAPA KES OKU

KENA BELASAH

SAMPAI SEKARANG

TIDAK DISELESAI

AMIN

KHALAS

JANTAN YUHUDI PELIK


GAMBAR PELIK

INI GAMBAR JANTAN YAHUDI
DI BAWA KE MAHKAMAH 
HARI INI

GAMBAR DIAMBIL DARI PORTAL
 MALAYSIAN GAZETTE 

LIHAT DAN TANYA
KENAPA JANTAN YAHUDI INI
PAKAI PUTIH
TIDAK PAKAI BAJU KUNING?
APA SPESIAL JANTAN INI
JENG JENG JENG

SAJE TANYA 
JANGAN MARAH
 AMIN



PERANG MEREBAK - INI PETANDA BAIK UNTUK KEMUSNAHAN ISRAEL


MEREBAKLAH

PERANG INI

HINGGA ISRAEL

MUSNAH

KHALAS

BILA MUSUH MENYERANG


BILA MUSUH

MENYERANH ITU

TANDA BAIK

AMIN

ERTINYA APA

YG KAMU BUAT

MEMUSNAHKAN

MUSUH

KHALAS

Unknown commented on
 "MALAPETAKA IKLIM"

Harap dapat hapuskan sampah seperti pas Haram jadah bersama TT sekali.

MENANG PRU16


SYARAT UNTUK

MENANG

PILIHAN RAYA

AMAT MUDAH

AMIN


TURUN JALAN RAYA

MENANG

 PILIHAN RAYA

AMIN

TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS

ERDOGAN CAKAP BESAR !!!


INI RETORIK

ERDOGAN 

AMIN

KASUT SOLDADU

ISRAEL 

MADE IN TURKI

KHALAS

LANGKAH BIJAK KERAJAAN ANWAR




Ambiga nobatkan kerajaan 

Anwar 'paling diktator'

 di sebalik rancangan 

'kill switch' dan pelesenan

 media sosial
Langkah terbaru kerajaan mengawal kandungan internet terus mendapat kecaman ketika ia bertegas melaksanakan pelesenan platform media sosial di samping mewujudkan "kill switch" yang bakal membolehkan pihak berkuasa menyekat media sosial pada bila-bila masa.

Peguam Ambiga Sreenevasan, satu masa dulu antara penyokong kuat Pakatan Harapan, melancarkan serangan tajam terhadap kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan menyifatkannya "kerajaan bersikap paling diktator yang pernah kita miliki".

"Tidak pernah terfikir saya akan menyaksikan hari di mana kerajaan pimpinan PH yang berjuang di atas platform memansuhkan PPPA sebaliknya akan mengekalkannya dan mengenakan undang-undang pelesenan baharu," kata bekas pengerusi gabungan reformasi pilihan raya Bersih, merujuk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, antara undang-undang yang mahu dimansuhkan PH.

Semalam, Anwar mempertahankan langkah itu, dan bertegas meneruskannya walaupun mengakui ia berdepan bantahan.

"Saya tegaskan bahawa peraturan di media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenalkan kerajaan adalah untuk mengatasi penyebaran jenayah dan maklumat berbahaya, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna," katanya.

"Kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat."

Putrajaya baru-baru ini memberi amaran akan menutup platform media sosial sekiranya gagal memohon lesen sebelum 1 Januari, 2025.

Kerajaan juga bakal memperkenalkan "kill switch" untuk media sosial, membolehkannya menyekat terus akses kepada laman itu, seperti mana dilakukan sebelum ini oleh rejim Hosni Mubarak di Mesir, di samping pihak berkuasa di China, Iran dan India yang menutup sambungan internet dalam usaha mengekang kandungan mengkritik kerajaan.

Pengkritik berkata langkah itu diwujudkan untuk memaksa platform internet popular seperti Facebook, TikTok dan juga aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram untuk mematuhi permintaan kerajaan memadamkan kandungan, atau berdepan risiko lesen mereka dibatalkan.

Ia berlaku di sebalik statistik yang meletakkan Malaysia di tempat teratas senarai kerajaan yang meminta TikTok memadamkan kandungan sepanjang tahun lalu, di samping kejatuhan mendadak negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Kementerian Komunikasi di bawah Fahmi Fadzil juga bertanggungjawab menyekat beberapa portal berita dan laman ulasan politik kerana menyiarkan kandungan yang disenangi Anwar.

'Suis bunuh demokrasi'

Beberapa pengulas politik terkemuka yang akaun TikToknya disekat berkata kerajaan tidak lama lagi akan dengan mudahnya dapat menyekat kandungan dan strim langsung melalui penggunaan "kill switch".

"Kalau ada 'kill switch' itu, jika berlaku proses pilihan raya di mana ketika masa berkempen jika kerajaan tidak gembira dengan mana-mana siaran langsung oleh pro pembangkang atau mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan, mereka boleh masuk dan mereka boleh 'kill off' siaran langsung itu," kata Aidil Yunus, pengulas politik popular lebih dikenali sebagai YB Viral, antara mereka yang kandungannya tertakluk kepada sekatan dan permintaan keluar dari SKMM.

"Ini adalah sangat bahagia untuk memusnahkan demokrasi."

Menurutnya, langkah terbaharu itu membuktikan kegagalan kerajaan Anwar menangani kritikan walaupun dengan kewujudan kira-kira 2,000 kumpulan propaganda bagi mempromosikan naratif kerajaan.

Pada Mei lalu, Fahmi mengumumkan geran tahunan sebanyak RM10,000 bagi setiap daripada 1,878 "Komuniti Madani" yang diwujudkan di seluruh negara.

“Dalam belanja begitu banyak sekalipun, kerajaan masih tak mampu untuk melawan kritikan yang dibuat oleh pengkritiknya," kata YB Viral kepada MalaysiaNow.

"Oleh kerana itu, rasanya apa yang terbaik untuk kerajaan adalah kekang sepenuhnya suara-suara di media sosial."

Seorang lagi pengulas politik, yang akaun TikToknya berulang kali diturunkan atas permintaan kerajaan, mempersoalkan pihak berkuasa kerana lebih berminat mencampuri akaun media sosial orang ramai, sedangkan aktiviti haram seperti perjudian dalam talian dan pornografi semakin meningkat

Na'im Brundage berkata platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X dan Youtube selama ini menolak permintaan kerajaan untuk memadamkan kandungan selaras dengan garis panduan mereka mempertahankan kebebasan bersuara.

Menurutnya, kerajaan kini berharap dapat memaksa mereka berbuat demikian melalui pelesenan.

"Selepas lesen media sosial ini berkuatkuasa, platform-platform ini akan
mempunyai pilihan sama ada untuk menggadaikan prinsip mereka ataupun
menghentikan operasi mereka di negara ini," katanya.

"Mana-mana tindakan yang diambil pun akhirnya hanya akan merugikan rakyat
dan akan mencipta persaingan politik yang tidak adil dan tidak demokratik."

Na'im mengingatkan kerajaan mengenai tindakan lampau cuba menyekat maklumat ketika skandal 1MDB tidak lama dulu.

Pada 2015, Kementerian Dalam Negeri yang ketika itu diterajui Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, menggantung lesen penerbitan dua akhbar milik The Edge Media Group susulan liputannya mengenai skandal 1MDB.

WOIT

AMBIGA  INI

SUDAH SILAP

AMIN

INI LANGKAH YG

WAJIB DISOKONG

DAN DIALU ALUKAN

AMIN

ANWAR BERI

PELURU UNTUK

HASUT RAKYAT

AMIN

LAGI MUDAH 

UNTUK RAKYAT

BENCI PADA

KERAJAAN

AMIN

LAGI BANYAK

UNDANG2 MENGAWAL

LAGI RAMAI

RAKYAT MELAWAN

AMIN

MUDAH UNTUK

HASUT RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS