Khamis, 5 September 2024

SENJATA NUKLEAR AKAN DIGUNA DI UKRAINE?



SENJATA NUKLEAR

AKAN DIGUNA

DI PERANG

 UKRAINE?

AMIN

SATU LAGI KES DIZALIMI


SATU LAGI

KES DI ZALIMI

AMIN

SAPA DARI PARTI PAS WAJIB DICUTIKAN


ORANG RAMAI

NAK TAHU

DARI ZAHID

SAPA DARI PARTI PAS

WAJIB DICUTIKAN

AMINI

RAJA ZALIM RAJA DI LAWAN


RAJA ZALIM

RAJA DI LAWAN

KHALAS

PENYAKIT SEDANG MEREBAK



Lelaki dakwa diserang kerabat Pahang dengan pisau, pistol

SEORANG kerabat diraja Pahang didakwa terlibat dalam serangan terhadap seorang pekerja pembinaan jalan, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu memetik mangsa, Alias Awang, 44, mendakwa  “ditikam dan ditembak” semasa serangan yang berlaku di sebuah kandang di Kuantan pada 6 Jun.

Mangsa membuat laporan polis dua hari kemudian sebelum suspek utama dan dua individu lagi ditahan serta direman selama tujuh hari untuk memudahkan siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Menurut Alias, dia pergi ke kandang tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerabat diraja.

“Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak Tengku berkenaan.

“Dalam kejadian itu seorang rakannya menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau,” katanya dalam laporan berita tersebut.

Alias berkata dia kemudian mengetahui serangan itu berkaitan dengan sebidang tanah di Rompin di mana dia terlibat dalam pembinaan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu memberitahu Malaysiakini bahawa ketiga-tiga suspek dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara dua individu lagi dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Kita sudah membuat tangkapan terhadap suspek utama dalam kes ini.

“Kita lihat sekiranya ada keperluan untuk siasat, kita akan siasat lebih lanjut (mengenai dakwaan tembakan),” katanya.

Namun, beliau enggan mengulas tentang dakwaan penglibatan kerabat diraja dalam kejadian tersebut. – 5 September, 2024.

PENYAKIT

 SERANG RAKYAT

RAKYAT MAKIN

MEREBAK

AMIN

DULU HANYA

BERLAKU DISELATAN

AMIN

NI DAH MELARAT

KE PANTAI TIMUR

AMIN

NEGARA PERLU

PEMIMPIN SEPERTI

MADEY YANG

TIADK KENA PAU

AMIN

PEMIMPIN YANG

MELAYU PERCAYA

KAHLAS

MALAYSIA ADA DUA DERAJAT HUKUM



Pemandu OKU diserang pengiring polis serah memorandum kepada PMO

PEMANDU orang kurang upaya (OKU) e-hailing Ong Ing Keong yang diserang pengawal pengiring polis Mei lalu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kegagalan mendakwa anggota polis tersebut atas serangan ke atasnya.

Ong ditemani peguam dari Lawyers for Liberty, wakil dari Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (Dawn), serta NGO dan aktivis hak asasi manusia.

Kumpulan tersebut berkumpul di luar Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada jam 11 pagi untuk menuntut keadilan bagi Ong.

Kumpulan tersebut juga dikatakan menyerahkan salinan video kamera papan pemuka untuk perhatian perdana Menteri.

Pada 26 Mei Ong yang berusia 46 tahun diserang oleh seorang anggota keselamatan yang sedang mengiringi seorang VVIP di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur semasa beliau menunggu untuk mengambil pelanggan di luar lobi hotel.

Ong mendakwa seorang lelaki mengetuk tingkap keretanya dan kemudian memukulnya di muka. Beliau membuat dua laporan di Balai Polis Brickfields dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk kecederaan tisu lembut.

Pada 31 Mei Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta polis menyiasat dakwaan serangan tersebut dan bertitah mahu keadilan bagi Ong.

Tunku Ismail juga mengarahkan pasukan pengawal polis untuk bekerjasama dengan siasatan tersebut.

Baginda juga mengecam usaha untuk mengaitkan institusi diraja dalam perkara ini dengan menyatakan adalah tidak wajar untuk menghubungkan tindakan anggota keselamatan luaran dengan dirinya dan institusi diraja.

Ong dipanggil ke Bukit Aman pada 5 Jun untuk membantu dalam siasatan disiplin mengenai insiden tersebut. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan sukarela. Ong disoal siasat selama empat jam ditemani oleh peguam dan seorang jurubahasa.

Pada 14 Jun Razarudin mengumumkan kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. – 5 September, 2024.

JELAS MAKIN

JELAS MALAYSIA

ADA DUA DERAJAT

UNDANG UNDANG

AMIN

SATU UNTUK

PAPA KEDANA

SATU LAGI 

UNTUK KAYA

BERGAYA

AMIN

KHALAS

SANUSI MIMPI BASAH



Sanusi yakin Perikatan mampu 

rampas negeri Melayu lain


MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor optimis Perikatan Nasional boleh merampas negeri Melayu lain pada pilihan raya umum akan datang kerana sentimen masyarakat sejajar dengan parti dominan Melayu.

Sanusi berkata, kumpulan kelab SG4 sekarang Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan boleh diperluaskan termasuk Pahang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Saya nak beritahu semua SG4 boleh diperluaskan menjadi SG8,” katanya kepada wartawan selepas menyerahkan geran tanah kepada peneroka di Felda Belimbang di Kedah.

Sanusi berkata demikian sebagai menjawab komen Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi bahawa kelab SG4 itu tidak relevan sekiranya satu atau dua negeri di bawahnya dirampas semula oleh gabungan Barisan Nasional (BN), yang diterajui Umno, pada pilihan raya akan datang.

Mohd Puad menganggap Terengganu, Kedah dan Perlis boleh dirampas semula oleh BN dengan bantuan sekutu kerajaan perpaduan nasionalnya seperti Pakatan Harapan (PH).

Sambil mentertawakan dakwaan Mohd Puad, Sanusi berkata BN tidak mempunyai kerusi DUN di Kedah, Perlis dan Terengganu dengan hanya segelintir di Kelantan, manakala di negeri kelahirannya hanya ada PKR dan DAP, yang memenangi kerusi DUN.

Bagaimana bekas pakatan pemerintah boleh menang? tanya Sanusi.

“Berhenti bimbang tentang perkara yang mustahil. Sebaliknya kitalah yang boleh memenangi lebih banyak negeri.” kata Sanusi.

Sanusi turut tersinggung dengan kritikan bahawa kelab SG4 hanyalah sebuah syarikat RM2 selepas dipersetujui empat negeri itu akan menggabungkan sumber asli dan kewangan negeri masing-masing untuk menjadi blok ekonomi dominan dengan membentuk entiti korporat.

“Yang penting, SG4 ditubuhkan untuk merangsang perniagaan antara empat negeri PN. Kami akan memberi tumpuan kepada usaha sama dan rundingan di kalangan syarikat berkaitan negeri kami sendiri. Tiada isu di sini.”

Setiap negeri akan mempunyai 25% kepentingan dalam syarikat yang dicadangkan supaya hasil dikongsi sama rata.

Terdapat bidang untuk diterokai seperti pendidikan, perlombongan mineral dan komposit serta pertanian.

Sanusi juga memberi jaminan bahawa syarikat itu akan ditadbir mengikut undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Pada Isnin, penasihat kelab itu Dr Mahathir Mohamed, yang juga bekas perdana menteri, mengumumkan pembentukan entiti korporat untuk empat negeri itu untuk meneroka lebih banyak peluang ekonomi bersama.

SG4 ditubuhkan atas alasan empat negeri pembangkang tidak mendapat perhatian secukupnya daripada kerajaan perpaduan nasional, yang diketuai oleh pesaing mereka PH dan BN.– 5 September, 2024.


WOIT

INI MIMPI BASAH

SANUSI & PN

KAH KAH KAH

SOKONGAN HANYA

AKAN DATANG JIKA

PENGUNDI MELIHAT

PN BERANI

MELAWAN

AMIN

PADA MASA INI

SOKONGAN PADA

PAKATAN MAKIN

KENDUR KERANA

TIDAK MELAWAN

AMIN

ANAK MUDA MAHU

LIHAT PARTI YG

BERANI BERSUARA

BERANI MELAWAN

AMIN

KHALAS

JADI DIRI SENDIRI


JADI

DIRI SENDIRI

AMIN



Unknown commented on
 "RASUAH MENJADI JADI"

Jangan lah mengata orang kita, rasuah ini bukan perkara baru, sudah lama sejak kerajaan melayu Melaka dahulu sudah ada rasuah, sudah ada cium tangan, sudah ada hasad dengki, sudah ada bodek membodek untuk jawatan untuk pingat untuk kedudukan, ini biasa diteruskan oleh cucu cicit sahaja, apa nak hairan, tetiba nak jadi Jepun, tetiba nak jadi macam Arab, tetiba nak jadi macam orang Korea, tak boleh, jangan cuba tiru budaya orang lain,

jadi sendiri sahaja sudah, jadi melayu, jadi sakai tak apa, sudah diketahui umum, tak payah berlakon pakai jubah, janggut, serban kopiah putih, kopiah hitam semuanya tak payah, pakai baju melayu pakai sampin pakai kain pelikat itu budaya sendiri, tengok Pak Madanon setiap hari pakai baju melayu ke hulu ke hilir, cuma tak bawa keris, tombak, parang saja, lain semua cukup capal ada,

 kena belajar lah sejarah salah silah, ketahui asal usul, tak payah copy paste budaya orang lain, makanan tak apa, boleh claim orang punya cuma tukar nama kah kah kah Hokkien Mee boleh, char Koey Teow boleh, apom boleh thosai boleh putu piring pun semuanya boleh orang tak marah, sebab copy paste lebih baik dari mengaku alim ulama mufti guru agama kah kah kah

SANG BUAYA BERJAYA DI TANGKAP


SANG BUAYA

BERJAYA DITANGKAP

AMIN

BILA NAK DAKWA AZAM BAKI


BILA NAK

DAKWA 

AZAM BAKI ?

AMIN

Unknown commented on 
"AZAM BAKI TAK PERLU
 CAKAP HAL RASUAH"

Azam Baki siasat azam baki punca duit beli saham kahkahkah oh azam mcmna?

CHINA TIPU PEMIMPIN MELAYU


CHINA TIPU

PEMIMPIN 

MELAYU

KHALAS

Unknown commented on
 "PERANG GAZA 
HAMPIR SATU TAHUN"

Nevin Tan , Jho Low Dan Tokey Judi Haram Datuk Kenny sampai sekarang senyap kaya raya sakau billion billion... Seko babi tak kena tangkap...

Semua Babi buat tarian penyapu masa Merdaka Day lagi... Babi bawak penyapu sakau billion billion

Kah kah kah

Ikan buntal kata keturunan pemburu maha habak kata nyerr

Ikan buntal kalau kencing dlm air batal air sembahyang tak..

jgn mare haahh tanye jer..

Kikikikiki

Buntal ooh buntal

KHALAS

BAHAYA PENDATANG DARI DULU HINGGA SEKARANG


BAHAYA PENDATANG

DARI DULU HINGGA

SEKARANG

AMIN

PANDANGAN YB HASSAN KARIM


PERDANA MENTERI KESEMBILAN 

YANG LUAR BIASA


Oleh Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 

Ismail Sabri bin Yaakob Perdana Menteri Malaysia kesembilan bukan Perdana Menteri yang biasa-biasa.

Ahli Parlimen Bera kelahiran Temerloh di Kampung Lubuk Kawah, Pahang dibesarkan dalam suasana sejarah perjuangan bangsa dan tanahair.

Penglibatan Sabri, nama panggilan saya kepadanya di dalam politik bermula sebagai ahli dan Pemuda Umno di Pahang di bawah kepimpinan Sabarudin Chik, Ketua Umno Temerloh, mantan Menteri Kerajaan Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno.

Saya cuba mengajak Sabri menjadi anggota Partai Rakyat (PRM).Tetapi dengan hormat Sabri menolak.Hatinya telah terpikat kepada Umno.Inilah perjalanan hidup.Jika beliau menjadi anggota Partai Rakyat mungkin Sabri tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Semasa Sabri menjadi Perdana Menteri dalam beberapa belas bulan bermula berakhir zaman pandemik Covid19 hingga Pilihanraya Umum 2022, banyak pencapaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinannya. 

Di zaman kepimpinan Sabri, suasana politik Malaysia tenteram.Seperti Sabri yang tenang maka begitulah cuaca politik Malaysia ketika itu.

Dua pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sebulat suara telah berjaya dilakukan oleh Parlimen di bawah teraju Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Pertama adalah pindaan kepada Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak.Kedua ialah mengenai Perkara 49(A) berkaitan apa yang dipanggil Akta Anti-Lompat Parti.Di bawah kepimpinan Sabri dengan dibantu oleh de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ( sekarang Gabenor Sarawak) maka pindaan-pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dapat dilakukan di dalam suasana aman damai tanpa kecoh-kecoh dan hiruk pikuk.

Semasa Sabri menjadi Perdana Menteri sistem kehakiman berjalan bebas dan penuh berwibawa.Tiada tokoh-tokoh besar politik yang diberi hadiah pelepasan secara DNAA.

Di bawah PM ke-9 ini yang dilihat lemah dan longlai bila dia berjalan kita dapat saksikan jika mahkamah memutuskan orang yang dituduh itu bersalah dan dihukum penjara maka keputusan mahkamah itu dilaksanakan walaupun tertuduh itu seorang bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden Parti yang ada anggota lebih tiga juta orang.Di sinilah kekuatan anak bungsu Pak Yaacob yang saya kenali.Inilah juga kekuatan adik lelaki Kamarazaman Yaacob yang masih bersekolah ketika abangnya Kamarazaman, mantan Presiden Mahasiswa Universiti Malaya ditangkap dan disumbat ke Penjara ISA di Kamunting, Taiping, Perak bersama-sama Anwar Ibrahim dalam kes kebangkitan mahasiswa dalam Peristiwa Baling 1974.

Sekarang ketika karangan ini ditulis negara Malaysia kita ini sibuk di media sosial dan media perdana tentang isu peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.Timbul soal deraf MOU dan sebagainya.Tetapi ketika Ismail Sabri Yaakob memimpin kerajaan tidak jadi isu besar soal itu.Sabri dengan mudah memberikan peruntukan yang adil kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.Wataknya sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam yang sentiasa ingin menegakkan keadilan tercermin dalam perlaksanaan peruntukan  kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat tanpa mengira mereka di pihak kerajaan ataupun pembangkang.

Di Parlimen ketika Sabri sebagai Perdana Menteri berdiri berucap di Blok Kerajaan, manakala saya sebagai ahli parlimen pembangkang duduk memandang Perdana Menteri kesembilan itu dengan rasa penuh bangga dan syukur.

Walaupun kami berbeza Parti politik tetapi saya berbangga kerana Ismail Sabri itu adalah bekas pelajar saya ketika saya menjadi guru dan pengetua di sebuah Kolej di Kuala Lumpur. Malah isterinya Muhaini yang saya panggil Nani juga murid saya.

Semoga Sabri terus memimpin.Saya bukan berkempen tetapi saya rasa Umno dan BN memerlukan pemimpin baik sepertinya.

04 September 2024
Pasir Gudang


ALANG ALANG - TERUSKAN PERANG


Tidak perlu cadangan gencatan senjata baharu di Gaza - Hamas

KAHERAH: Hamas, berkata tiada keperluan untuk cadangan gencatan senjata baharu bagi Gaza dan tekanan harus diberikan kepada Israel untuk bersetuju dengan rancangan Amerika Syarikat (AS) yang sudah diterima kumpulan pejuang Islam itu.

AS dijangka membentangkan cadangan gencatan senjata baharu yang bertujuan memecahkan kebuntuan antara Hamas dan Israel.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berusaha untuk menggagalkan perjanjian dengan menegaskan yang Israel tidak akan menarik diri dari koridor Philadelphi di selatan Gaza.

"Kami memberi amaran supaya tidak terjerat dalam perangkap dan helah Netanyahu kerana beliau menggunakan rundingan sebagai alasan untuk melanjutkan pencerobohan terhadap rakyat kami," kata kenyataan itu.

Pegawai kanan Hamas, Izzat Al Risheq memberitahu Reuters pada Rabu bahawa kumpulan itu akan menangani cadangan baharu yang 'memenuhi tuntutan penentangan dan tuntutan rakyat kita', tanpa memberikan butiran khusus.

Hamas berkata, ia menerima cadangan yang dikemukakan AS pada 2 Julai lalu dan tidak ada keperluan untuk cadangan baharu, serta menuduh Netanyahu cuba menggagalkan perjanjian.

Sementara itu, Rumah Putih sedang berusaha untuk mengemukakan cadangan baharu bagi gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan oleh Hamas dalam beberapa hari akan datang, kata dua pegawai AS, dua sumber keselamatan Mesir dan seorang pegawai yang mengetahui perkara itu, kepada Reuters.

Cadangan baharu itu bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan selama berbulan-bulan dalam rundingan yang diketengahkan oleh AS, Qatar dan Mesir bagi mendapatkan gencatan senjata.

Sebahagian besar perjanjian telah dipersetujui, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Biden, tetapi perunding masih cuba menyelesaikan penyelesaian kepada dua halangan utama.

Ia adalah tuntutan Israel untuk mengekalkan pasukan di koridor Philadelphi, zon penampan di selatan Gaza bersempadan dengan Mesir, dan individu tertentu yang akan dimasukkan dalam pertukaran tebusan Hamas dan tahanan Palestin di Israel.

Pegawai pentadbiran berkata pembunuhan enam tebusan oleh Hamas, yang mayatnya dikembalikan ke Israel pada hujung minggu, merumitkan lagi usaha itu.

Ketua perunding AS, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns, mengetuai kumpulan kecil pegawai kanan AS yang mengusahakan deraf itu termasuk penyelaras Rumah Putih untuk Timur Tengah Brett McGurk dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Pada rundingan di Qatar pada Isnin, delegasi Israel yang diketuai oleh ketua Mossad, David Barnea, memberitahu pengantara bahawa Israel bersedia untuk mengundurkan tenteranya dari koridor selepas fasa 42 hari pertama gencatan senjata.

Namun, beberapa jam kemudian, Netanyahu mengadakan sidang akhbar di Baitulmaqdis dan menegaskan bahawa Israel mengekalkan kawalan koridor Philadelphi.

Netanyahu pada Rabu mengulangi penolakannya secara terang-terangan terhadap penarikan diri dari koridor itu dalam fasa pertama , sebaliknya Israel hanya akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal jika ada jaminan koridor itu tidak digunakan sebagai laluan untuk menyeludup senjata dan bekalan ke Gaza untuk Hamas.

"Ini telah meletakkan pihak pengantara dalam kedudukan yang sukar. Jika Israel kekal di koridor Philadelphi, Mesir mahupun Hamas tidak akan bersetuju dengan sebarang perjanjian," kata pegawai yang mengetahui perkara itu. - REUTERS



ALANG ALANG

TERUSKAN

BERPERANG

AMIN

KALAH JADI ABU

MENANG JADI

 ARANG

AMIN

KAHLAS

YTL INI SIAPA?

 


YTL INI SAPA?

MELAYU KE CHINA?

KHALAS

ORANG MELAYU TOLAK ZAHID



ORANG MELAYU

TOLAK ZAHID

AMIN

Unknown commented on

 "ZAHID KEMBALI 

PADA RAKYAT - WAJIB SOKONG"

Nak bodek orang kampung le tu!!! Orang kampung meluat tengok kau....pembelot, penipu dan penyamun. Kau ingat orang bagan datok nak undi kau ke? Sorry le wak.

SOLDADU CHINA MERAH DAH MASUK KE TANAH MELAYU

 


SOLDADU

CHINA MERAH

DAH MASUK

KE TANAH MELAYU

AMIN

Unknown commented on 

"CHINA MERAH

 TUNJUK BELANG"

Mudah nak faham dan hadamkan

China saja provokasi Malaysia kena ingat 1.2 juta rakyat China yg hilang lesap di Malaysia tak dapat di kesan kemungkinan adalah tentera China yang akan berperang dari dalam Malaysia...

RASUAH MENJADI JADI


RASUAH 

MENJADI JADI

KHAMIS 5 SEPTEMBER 2024
BERITA RASUAH MAKIN BANYAK
MAKNANYA RASUAH MAKIN MENJADI JADI

RASUAH INI
MAKIN MENJADI JADI
KERANA KETUA SPRM
ITU SENDIRI DULU
DIKATAKAN TELIBAT
DALAM KES JUAL BELI SAHAM

PATUT SPRM 
SIASAT AZAM BAKI 
MACAM KES DAIM
TANYA AZAM BAKI
DARI MANA DIA DAPAT DUIT
BELI SAHAM JUTA JUTA
JENG JENG JENG

RASUAH MENJADI JADI
KERANA TIMBALAN PERDANA MENTERI
JUGA PADA SATU KETIKA DULU
TERLIBAT DENGAN 47 KES RASUAH
TUP TUP 
KES TUTUP

DUA KEPALA INI
JIKA TAK SELESAI KES
MAKA KEMPEN LAWAN RASUAH
OLEH MADANON
HANYA MAIN WAYANG
JUSTERU
RASUAH MENJADI JADI

CIK GU RASUAH
LEBAI RASUAH
DOKTOR RASUAH
RASUAH BUKAN LAGI
HANYA POLIS
HANYA PEGAWAI KERAJAAN
PEGUAM PUN
ADA KES RASUAH
AMIN

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
ROMBAK KABINET
DIA MAHU TENAGA BARU

CANADA 
LANGKAH KURANKAN
PENDATANG
BANYAK VISA DI TOLAK
VISA NAK DATANG BELAJAR
DI KURANG
KEMPEN  ANTI PENDATANG
BERMULA
PRU TAK LAMA LAGI

BANGLADESH
LEBIH DARI 80 BUAH KILANG
DITUTUP
KERANA KESELAMATAN
BILA BERLAKU DEMO
 RATUSAN PEKERJA KILANG
MENUNTUT  GAJI NAIK

ISRAEL
SETANYAHU KATA
ISREAL TIDAK AKAN UNDUR
DARI SEMPADAN GAZA-MESIR
ISRAEL MAHU TERUS
MENGAWAL WILAYAH INI

HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA DITUTUP AWAN

KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL
HUJAN TAK JADI MALAM KEMARIN
LANGIT ARAH SHAH ALAM BIRU PUTIH
ARAH KL SENTRAL PUCAT

GUA MASUK HOKKIEN
DENGAR KUAT 
MESIN PEMOTONG RUMAPUT
DUA PEKERJA SEDANG
POTONG RUMPUT 
DIJALAN PINTU MASUK

DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA TERKUKUR
DAN CHIP CHIP CHIP

HARI INI AKAN PANAS
PETANG JIKA TAK HUJAN
AKAN BERANGIN SEJUK
SEPERTI MALAM KEMARIN

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
KHAMIS

BRO
MIMPI BESAR
DAN SELALU BERANI
GAGAL

BRO
KESULITAN YANG BENAR
IALAH MENGATASI
CARA KITA BEFRFIKIR
MENGENAI DIRI
KITA SENDIRI

BRO
JANGAN KATA
TAK MUNGKIN
SEBELUM LU CUBA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA