Selasa, 13 Ogos 2024

WIRA MELAYU MULA BERTANYA


WIRA MELAYU TANYA

KENAPA  47 KES

ZAHID DI LUPUS ?

AMIN

NEGARA BARAT SELAMATKAN ISRAEL


NEGARA BARAT

BERI TEKANAN

PADA IRAN UNTUK

SELAMATKAN ISRAEL

AMIN

SUP TULANG BABI LAGI BAHAYA


MANA LEBIH

ROSAKAN NEGARA

AMIN

LAWAT GEREJA

ATAU

SUP TULANG BABI

JADI MAKANAN 

WARISAN

AMIN

LEBONG MAT LEBONG


LEBONG 

MAT LEBONG

KAH KAH KAH

AMIN

ANWAR SEHAT ?


Kesihatan PM pada tahap optimum, kata Jabatan Kesihatan


TAHAP kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, JKNS berkata Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan tahap kesihatan perdana menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” kata JKNS.

Kenyataan itu berkata Anwar kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

Anwar menyambut hari jadinya yang ke-77 pada Sabtu lalu. – 12 Ogos, 2024


WOIT

PERHATIKAN

GAMBAR INI

DAN TANYA 

APA YANG 

TERBONJOL

 DALAM BAJU 

MELAYU ANWAR

AMIN

DALAM BAJU

ADA PISTOL ?

DALAM BAJU ADA

KERIS ?

KAH KAH KAH

ATAU 

DALAM BAJU

ADA PAMPERS

NAMPAK JELAS

TERBONJOL

KAH KAH KAH

NAK KENCING

SENANG

KAH KAH KAH

KHALAS

JENERASI ZAHID


Polis mengaku minta rasuah RM400 didenda RM1,500

MELAKA – Padah meminta rasuah RM400 bagi melepaskan seorang pemuda dari sekatan jalan raya tiga tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd Rizal Abd Rahman, 42, sejurus pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Padah terima rasuah RM900, pegawai tadbir didenda RM2,000

MELAKA – Seorang pegawai tadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM900 sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Rozaiman Rahmat, 45, membuat pengakuan itu bagi pertuduhan pertama dan ketiga sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan


PERKEMBANGAN

TERBARU

AMIN

RASUAH DAH

JADI BUDAYA

AMIN

SEMENJAK ZAHID

BEBAS

SEMENJAK ISA SAMD

BEBAS

RASUAH DILIHAT

SEBAGAI PERKARA

BIASA

AMIN

INI JENERASI

ZAHID

AMIN

MACAM NYAMUK

WAKTU SENJA

GANGGU SIKIT

TAPI TAKADA

APA APA MUSIBAH

AMIN

KHALAS

JANJI PUTAR ALAM


JANJI

PUTAR ALAM

AMIN

PANAS HINGGA KE PETANG


PANAS HINGGA 

KE PETANG

JAM 6.30 
ALAM INDAH PETANG INI
PANAS HINGGA KE PETANG
GUA TERSEREMPAK
DENGAN ULAR TEDUNG
TIGA KAKI PANJANG
KEMBANG LEHER
KEMUDIAN LARI
NASIB BAIK
EZI DAN TAK TAK TERIKAT
KALAU TIDAK BERGADUH
MUNGKIN ULAR INI
MENCARI AIR
AMIN


MENUNGGU IRAN MENYERANG


MENUNGGU

IRAN MENYERANG

AMIN

Unknown commented on
 "SEMUA MENUNGGU 
BILA NAK SERANG ?"

Tunggulah sekejap, tunggu pengarah bagi arahan action dulu, baru boleh mula pengambaran, wayang akan ditayangkan oleh orang-orang berkepentingan, ada modal ada skrin ada skrip kena belajar semua, bukan penonton pula terlalu bising sebab modal mereka hanya beli tiket jadi jangan semborono cakap kah kah kah 

apa khabar anak Tun Hussein Onn? Ada baik? Selesa ada apa-apa projek pembangunan bersepadu nanti kah kah kah saja tanya jangan keluar keluar sekejap baik keluar terus ya kah kah kah

TAK PERLU CAKAP BANYAK TERUS SERANG


INI GARIS BETUL

TAK PERLU CAKAP

BANYAK

TERUS  SERANG

KHALAS

BERITA BELUM SAHEH


BERITA BELUM

SAHEH


DI  LAPOR DALAM MEDIA SOSIAL
PASOKAN RENANG WANITA
DARI SAUDI ARABIA
TELAH MATI LEMAS
KERANA  JUBAH  MEREKA
TERSANGKUT
DI TALIAN PEMISAH
AMIN

ADA CERITA DI BELAKANG BERITA


1 day ago — Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia. phone 603.5101.7388 ...


WOIT

KAH KAH KAH

ADA BENDA 

 TERSOROK

DISEBALIK BERITA

OPPSS... SILAP...

DISEBALIK BAJU

KAH KAH KAH

AMIN





MASIH BERCAKAP - BELUM MENYERANG


MASIH BERCAKAP

BELUM MENYERANG

AMIN

AJEN ZIONIS BERADA DI MERAAT TEMPAT



'Itulah Anwar' — Mahathir tidak terkejut pendirian Anwar pertahan perjanjian berkait BlackRock

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terkejut dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan perjanjian kerajaan dengan sebuah syarikat milik BlackRock, pengurus dana Amerika Syarikat yang berdepan tuduhan bersubahat dalam jenayah perang Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau mengenali sifat Anwar, sambil menambah beliau tidak mengharapkan presiden PKR itu mengambil apa-apa tindakan bermakna demi perjuangan Palestin.

Katanya Anwar diketahui menjalin hubungan mesra dengan pertubuhan yang ada kepentingan Israel serta kumpulan yang kerap dikaitkan dengan lobi Yahudi.

- Iklan -
"Jadi kita tidak terkejut. Tetapi kita berasa dia sepatutnya memberi pertimbangan daripada sudut nasional dan tidak daripada sudut hubungan dirinya dengan orang Yahudi," Mahathir, yang pernah melantik Anwar sebagai penggantinya sebelum memecatnya daripada kerajaan pada 1998, berkata dalam wawancara bersama MalaysiaNow.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

"Jadi kita tidak terkejut. Tetapi kita berasa dia sepatutnya memberi pertimbangan daripada sudut nasional."

Anwar enggan membatalkan perjanjian kontroversi membabitkan penjualan saham dalam syarikat milik kerajaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat milik BlackRock.

Ia akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Walaupun kerajaan mengamalkan dasar menyokong perjuangan Palestin, Anwar pada Jun lalu ia tidak bermakna urusannya dengan syarikat yang rapat dengan Israel perlu diputuskan.

"Bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di US, Jerman, China tapi ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Anwar juga menuduh mereka yang membantah perjanjian itu bertindak keterlaluan.

"Bunyi sedaplah, bagi orang dengar seronok, kita ni hebat pejuang. Tapi sebenarnya tidak realistik," katanya di Dewan Rakyat.

Mahathir, antara pemimpin dunia Islam yang paling lantang membidas sokongan AS kepada Israel, berkata setiap gerakan boikot ada kesannya.

"Bila kita nak bertindak, kita tak boleh tentukan semuanya baik. Ada kesan-kesan yang tidak baik yang akan berlaku. Soalnya, ialah penilaian antara kebaikan dan keburukan," katanya.

"Kalau kita cuma perhatikan keburukan, kita tidak akan bertindak. Untuk bertindak kita patut sedar benda negatif yang akan berlaku tetapi kerana (hasil) positif itu jauh lebih besar, kita sanggup berkorban."

Antara hujah pemimpin kerajaan dalam mempertahankan perjanjian dengan GIP yang dimiliki BlackRock ialah syarikat itu sudah lama bertapak dan melabur di Malaysia.

Bagaimanapun, Mahathir berkata hujah sebegitu tidak mengambil kira hakikat bahawa dunia kini sedang menyaksikan kekejaman terang-terangan Israel.

"Apa yang berlaku sekarang ialah Israel melakukan genocid, dan genocid ini adalah satu jenayah bangsa yang sedang berlaku.

"Dulu tidak, dulu walaupun kita tidak pernah ada hubungan dengan Israel, tetapi Israel tidak bertindak seperti sekarang. Sebab itu kita bertindak sekarang lebih kuat, lebih kuat lagi daripada dulu."

Lebih 40,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh setakat ini sejak Israel melancarkan kempen pengeboman di Gaza, operasi ketenteraan yang terbesar di wilayah yang diduduki itu sejak negara Zionis itu diwujudkan di atas tanah rakyat Palestin pada 1948.

'Anwar tidak berubah'

Mahathir tidak menganggap Anwar telah berubah di sebalik dakwaannya baru-baru ini diancam kuasa Barat kerana menyokong Hamas dan mengkritik bantuan ketenteraan kepada Israel.

Menurutnya, Anwar menjalinkan rangkaian di luar negara bagi memastikan dirinya akan dibela setiap kali berdepan masalah di Malaysia.

Katanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga pernah menganggap Anwar dizalimi apabila disabitkan kesalahan liwat dan dipenjarakan.

"Jadi apabila kita bertindak kepada Anwar, Erdogan berasa kita zalim dan tidak adil. Jadi ini cara Anwar bergerak."

Mahathir menyifatkan ucapan-ucapan Anwar baru-baru ini yang mengkritik Israel dan Barat hanyalah menampakkan kecendurangannya untuk mengikut rentak semasa.

Beliau tidak mengharapkan Anwar akan mengambil apa-apa tindakan bermakna dalam menentang Israel.

Ini termasuklah dasar menyokong "penyelesaian dua negara" di mana negara Palestin diiktiraf bersama-sama pengiktirafan kepada hak kewujudan Israel, katanya.

"Dia tak nak membuat pendirian yang akan menyebabkan orang ramai menolak dirinya."

ZIONIS TAK

SEMESTI YAHUDI

AMIN

SOKONG SYARIKAT

YANG BERI SENJATA

PADA ISRAEL JUGA

BOLEH JADI ZIONIS

AMIN

PERGI UMRAH

BERATUS KALI PUN

BOLEH JADI ZIONIS

AMIN

ZIONIS PANDANGAN

POLITIK YG CUBA

SELAMATKAN ISREAL

KAHLAS

REVOLUSI GERAKAN PELAJAR


India sekat warga Bangladesh melarikan diri dari huru-hara akibat perubahan rejim

KOLKATA: India menahan hampir sedozen warga Bangladesh yang cuba menyeberangi sempadan untuk melarikan diri dari keganasan dan kekecohan politik berikutan protes maut yang membawa kepada penyingkiran Perdana Menteri, Sheikh Hasina, kata pegawai sempadan semalam.

Beratus-ratus lagi menunggu di sepanjang sempadan memohon kebenaran untuk menyeberang, kata Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India.

Hindu ialah kepercayaan minoriti terbesar di Bangladesh yang kebanyakannya beragama Islam, dan dianggap sebagai pangkalan sokongan yang teguh untuk parti Hasina, Liga Awami.

Selepas peletakan jawatan Hasina secara tiba-tiba dan melarikan diri ke India menamatkan 15 tahun pemerintahan autokratiknya pada 5 Ogos, terdapat banyak laporan mengenai serangan terhadap rumah tangga, kuil dan perniagaan Hindu.

BSF India berkata, 11 warga Bangladesh telah ditangkap sejak Ahad kerana cuba "menyelinap" melintasi sempadan ke negeri Benggala Barat.

"Beberapa ratus warga Bangladesh masih menunggu di tanah tanpa sesiapa untuk menyeberangi sempadan," kata timbalan inspektor jeneral BSF, Amit Kumar Tyagi kepada AFP.

Bangladesh hampir keseluruhannya dikelilingi oleh India, dengan sempadan membentang lebih 4,000 kilometer (km), sebahagian besar daripadanya tidak berpagar.

Empat warga Bangladesh juga "diusir" dari negeri Assam di India, kata Ketua Menteri, Himanta Biswa Sarma di platform media sosial X.

New Delhi telah mengawasi kejatuhan Hasina, yang dalam pemerintahannya menikmati sokongan daripada India sambil mengekalkan hubungan yang kukuh dengan China.

Penganut Hindu menyumbang kira-kira 8 peratus daripada 170 juta penduduk Bangladesh.

Sepanjang minggu lalu, kumpulan hak agama berkata, mereka merekodkan lebih 200 insiden serangan ke atas komuniti minoriti di Bangladesh, angka yang turut merangkumi penganut Kristian dan Buddha.

Keadaan keselamatan sejak itu telah bertambah baik secara mendadak, dan hari ini polis Bangladesh menyambung semula rondaan di ibu kota Dhaka, menamatkan mogok yang menyebabkan kekosongan undang-undang dan ketenteraman.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah pada Jumaat berkata, satu jawatankuasa telah diwujudkan untuk memantau keadaan "untuk memastikan keselamatan dan keselamatan warga India, Hindu, dan komuniti minoriti lain yang tinggal di sana".

Pemimpin sementara kerajaan, Muhammad Yunus "majlis penasihat", kabinet de facto yang kini mentadbir negara, berkata "sangat bimbang" dengan beberapa serangan terhadap penganut Hindu dan minoriti lain.

Dalam kenyataan rasmi pertamanya pada malam Ahad, Kabinet berkata ia akan berusaha untuk "mencari jalan untuk menyelesaikan serangan keji itu". - AFP

REVOLUSI

GERAKAN PELAJAR

BERJAYA JATUHKAN

KERAJAAN ZALIM

AMIN

SEKARANG WAJIB

BANGUN

MEMBINA NEGARA

AMIN

YANG LARI

BIARKAN LARI

AMIN

KHALAS

SAPA BUAT KACAU DI PERLIS ?


SAPA BUAT KACAU

DI PERLIS ?

AMIN

NAK GUGURKAN SAPA ?


NAK GUGURKAN

SAPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

Unknown commented on
 "BERITA MEREBAK"

kenapa nuar jawab tak tahu. jawab jelah ada atau tak ada. sebab kalau ketua tu kuat dan di hormati.. mesti tak ada masalah untuk jawab benda yang simple macam ni. kenapa perlu pusing2 cakap tak tahu.. tunjuk macam sangat lemah.. mcam tak boleh nak buat keputusan yang mudah macam ni...

Unknown commented on 
"BERITA MEREBAK"

Oops desas desus rombakan sja tt tapi rombakan biasa yg d takuti bukan rombak tpi rabak kahkahkah teruskan bersuara lwn tolak blackrock

ZAHID PRESIDEN UMNO


SOKONG ZAHID

TERUS JADI

PRESIDEN UMNO

AMIN

Rank&File commented on 
"KEMPEN ZAHID SEMANGAT 47"

Zahid dah takde modal nak naikkan saham. Ni mesti raja formula bagi dia formula camne nak kekal jadi presiden UMNO. Lembu punya susu sapi nak ambik nama...porrah. Omputih kata Zahid can tell that to the marines