Selasa, 30 Julai 2024

KES JANTAN YAHUDI




Peguam Negara tolak permohonan lelaki Israel kaji semula pertuduhan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi yang dikemukakan lelaki warga Israel Avitan Shalom untuk mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya mengenai memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini

Semasa prosiding sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam berkata, pembelaan bagi pihak Avitan Shalom, 38, telah menyerahkan representasi itu pada 8 Julai lalu.

“Saya mencadangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu, dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Hakim Norina Zainol Abidin hari ini menetapkan 2 September ini bagi serahan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik.

Terdahulu, Mustaffa  memohon supaya mahkamah menetapkan satu tarikh baharu bagi prosiding penyerahan.

Dalam pada itu, mahkamah hari ini dimaklumkan penarikan diri Datuk Naran Singh sebagai peguam bela Avitan.

Untuk rekod, Shalom pada 12 April lalu didakwa di atas tuduhan memperdagangkan enam pistol jenis Glock 19 USA 9 x 19, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria, M&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri) di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm (8 peluru), dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 peluru) dan 42 peluru dalam tiga senjata berasingan.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-

KES JANTAN INI

PELIK LAGI

MEMELIKAN

JENG JENG JENG

SAPA JANTAN

YAHUDI INI

JENG JENG JENG

APA TUJUAN

JANTAN INI BELI

SEPETOL BUKAN 1 

TAPI 5 PUCUK


JENG JENG  JENG

BETULKAH 3

SAKSI DAH BEBAS

PULANG ?

JENG JENG JENG

AMIN

APAKAH INI

PROJEK MENGOLAH

PERSETUJUAN

JENG JENG JENG

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan: