SIAPA FATIMAH ISMAIL
ANAK DARA?
JANDA BERHIAS?
ISTERI ORANG
atau
MINAH INDON?
FATIMAH OH! FATIMAH
Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei
2013. United Malays National
Organisation yang akan diumumkan kalah oleh Pakatan Rakyat tepat pada jam 10:38
malam 5 Mei ini.
Dua minggu sebelum diterajang oleh orang ramai kelihatan parti Ketuanan Melayu ini masih lagi
enggan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan baru
yang demokratik. Anak semua bangsa telah menolak rejim yang zalim dan ganas.
Walau pun sademikian, parti Ketuanan Melayu ini masih lagi
merancang untuk terus berkuasa. Parti ini
sedang merancang untuk menipu undi. Penipuan terakhir yang terbonggeng kantoi ialah apabila Jabatan
Pendafaran Persatuan telah melarang DAP dari menggunakan logo parti.
Pengharaman logo DAP ini pada awalnya dilihat sebagai satu kejayaan untuk memporak perandakan DAP. Dalam strateji jahat ini diharapkan penyokong DAP akan kelam kabut,
kacau bilau dan tidak tahu siapa yang seharusnya mereka undi. Tetiba masuk
Pas dan PKR yang bersedia membenarkan DAP menggunakan logo mereka.
Taktik jahat parti Ketuanan Melayu ini menjadi cair apabila
ombak sokongan pengundi China terhadap
Pakatan Rakyat bukan susut malah terus ampoh melonjak. Taktik adu domba – lempar kepala babi dalam masjid –
api-apikan China benci Melayu dan Melayu bencikan China - meleset. Mitos Mei13 tidak ada siapa ambil pot. Mei13 kini menjadi tarikh sejarah dimana United Malays National
Organisation telah dikalahkan dalam pilihan raya pada tahun 1969.
Hanya Melayu Genre Bangang
dan Melayu Genre EEE sahaja yang akan
meloncat mengambur bising dan sibuk tentang Mei13. Bani Melayu yang
waras, rasional dan berhemah tinggi akan gumbira apabila United Malays National
Organisation dibakul sampahkan untuk dijadikan
nota kaki sejarah.
Apabila parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa rancangan
memporak perandakan DAP gagal – dengan serta merta para barua telah diarah
untuk mengubah kedudukan. Keputusan pengaharaman logo DAP ditarik kembali.
Tindakan ini membuktikan bahawa Jabatan Pendaftaran Persatuan serupa dengan
Jabatan Pendaftaran Negara sama dengan SPR. Badan dan lembaga ini semuanya
adalah barua dan alat United Malays
National Organisation untuk menipu.
Warga Malaysia anak semua bangsa wajib terus berwaspada.
Dalam masa tidak sampai dua minggu ini parti Ketuanan Melayu masih lagi memiliki banyak rancangan untuk menang dengan
cara tipu. Masih banyak lagi tipu helah dan perancangan jahat yang masih belum
muncul.
Minggu ini ada satu lagi berita penipuan terbongkar. Berita
ini dilihat seram lagi melucukan. Kajian dari Projek Analisis Daftar Pemilih
Malaysia (MERAP) telah bertemu dengan 900 ‘Orang Bunyian”. Di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu
terdapat 900 sosok yang menyerupai manusia
yang menggunakan nama Fatimah Ismail.
Dari jumlah ini 14 orang Fatimah memiliki tarikh lahir yang sama. 10 dari Minah Fatimah ini mempunyai kad pengenalan
yang dikeluarkan di Negeri yang sama.
Hairan bin Pelik? Pembaca menggaru kepala bila mengetahui
fakta ini? Jangan risau kerana SPR dengan bangganya akan menafikan kewujudan
sosok yang menyerupai manusia yang bernama Fatimah ini. Mengikut hemat SPR semua ini
adalah fitnah dan tohmah dari NGO MERAP.
SPR bertempik mengatakan kepada dunia bahawqa
Ngo ini anti Melayu, anti Islam dan anti Raja. Melayu, Islam dan Raja telah digunakan sebagai
pendinding untuk membuat kerja jahat.
Jangan risau kerana saya
memiliki teori yang lebih meyakinkan untuk menghuraikan kekusutan ini.
Mengikut teori saya: sebuah Piring Terbang UFO telah mendarat dan meninggalkan
900 biji telor di Banjaran Titiwangsa.
Akhirnya telor-telor ini dan melahirkan
900 bayi-bayi perempuan. Pada Hari dan saat yang sama kesemuanya makhlok ini
telah mendaftarkan diri dengan menggunakan nama Fatimah Ismail.
Pada awalnya telor-telor ini mahu menggunakan nama Salmah
Ismail. Sayangnya nama Salmah binti Ismail
ini telah diambil oleh Saloma.
Nama yang belum digunapakai hanyalah Siti Ibrahim Ali , Cik Puan Zul
Nordin dan Marina Anak Perempuan
Mahathir. Akhirnya makhlok asing ini menggunakan nama Fatimah Ismail.
Jangan marah apabila saya menulis sademikian. Saya melawak kerana SPR selalu meminta kita buktikan penipuan itu. Kali ini sekali
lagi dengan fakta kajian MERAP saya telah membuktikan bahawa SPR telah menipu. SPR
hanya menjawab dengan menuduh saya hanya pandai buat fitnah dan
memburuk-buruk satu lembaga yang suci
bersih saperti bersihnya sabun Breeze.
Bila diajukan kepada
SPR nama 14 Fatimah binti Ismail yang tarikh lahir sama maka SPR akan menuduh sesiapa yang menimbulkan
keraguan terhadap SPR ini memiliki niat politik jahat. Biar saya tulis
sejelas mungkin. Biar saya hitam
putehkan apa yang ada dalam fikrah saya. Biar saya umumkan sekali lagi kepada
orang ramai.
Saya tidak percaya
langsung kepada badan yang dipanggil SPR
ini. Saya bukan sahaja tidak percaya apa yang disuarakan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. Malah semua perkataan yang belum keluar
dari mulut Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan pekerja SPR pun saya tidak percaya. Setiausaha Agong PKR,
Saifuddin Nasution telah membuktikasn bahawa dua sosok – Pengerusi/Timbalan SPR
- adalah ahli parti Ketuanan Melayu.
Juga, secara resminya gabungan Ngo BERSIH 2.0 telah mendesak agar Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi SPR ini ditendang
keluar. Sosok dua orang ini tidak
memiliki kewibawaan untuk diyakini oleh orang ramai. Disini biar saya terangkan satu fakta. Ada satu pekara yang warga Malaysia tidak mendapat penerangan jelas dan tuntas.
Orang ramai TIDAK diberitahu bahawa dalam piagam
penubuhan SPR, dalam Perlembagan Malaysia ada dinyatakan secara hitam puteh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ini wajib diyakini kewibawan oleh pengundi dan
orang ramai. SPR yang ditubuh oleh
Parlimen dan Agong ini jika tidak lagi
diyakini ramai maka SPR ini wajib dilupuskan. Fasal ini tertera jelas dalam
Perlembagaan Malaysia.
Hari ini saya berani bertaruh saekor berok dengan sesiapa
sahaja. Secara rambang jika kita bertanya kepada 10 warga Malaysia –
tua dan muda - jantan dan betina – bakal
pengundi - saya yakin 8 atau 9 orang yang ditanya ini akan memberi tahu bahawa mereka kurang yakin
terhadap SPR. Orang ramai sedang melihat SPR ini sama haprak saperti Zul Nordin dan Ibrahim
Ali.
Jika SPR ini haprak dan tidak diyakini bagaimana mungkin kita
melahirkan Malaysia yang bebas dan demokratik. Mengapa ramai YB yang
bertanding. Apakah bekas YB dan bakal YB
ini yakin tentang kewibawaan SPR?
Jawabnya – iya dan tidak.
Untuk bekas YB dan
bakal YB dari United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mereka
yakin akan kesucian SPR ini. Keyakinan
ini muncul kerana kepentingan ekonomi
mereka bergantung dengan kuasa parti
Ketuanan Melayu.
Untuk bekas YB dan bakal YB dari Pakatan Rakyat – rata-rata
mereka sedar bahawa SPR ini adalah ajen penipuan. Badan yang merancang
undang-undang dan peraturan yang berat sebelah untuk memastikan United Malays National Organisation terus
berkuasa. Jika telah sedar kenapa bersetuju untuk ditipu?
Sebenarnya bekas YB dan bakal YB ingin membawa kesedaran kepada orang ramai. Orang ramai secara menyeluruh wajib disedarkan
tentang penipuan ini. BERSIH telah
memainkan peranan untuk membuka pekong SPR. Kali ini dengan mencampuri PRU13
maka orang ramai akan disekolahkan sekali lagi. Ketika mengambil bahagian dalam
PRU13 – orang ramai akan diberi kuliah
secara amali untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penipuan
dijalankan.
BERSIH 2.0 yang mewujudkan PEMANTAU yang disokong pula oleh
parti-parti politik adalah bukti saheh bahawa
penipuan wujud. Pemantau itu
sebenarnya sedang memberi kuliah. Kalau penipuan tidak wujud kenapa dilatih 4,000 orang Pemantau. Kalau tidak ada penipuan
kenapa SPR amat amat benci terhadap
Pemantau yang dilatih oleh Bersih.
Untuk menjelaskan keadaann biar saya surahkan satu metapora agar para pembaca dapat memahami
kenapa saya selalu menulis tentang penipuan SPR. Dalam masa yang sama saya juga
‘gila berkempen’ ke hulu ke hilir untuk
memenangkan Pakatan Rakyat.
Kesahnya bagini: Kita
semua dalam dalam satu kabilah yang sedang berjalan menuju ke Bahtera Merdeka. Saya telah berjalan
dahulu dan sampai ke satu tembok batu
yang menghalang perjalanan kita. Saya mengundur dan kembali memberitahu para
pembaca bahawa ada tembok halangan dihadapan kita. Ada yang percaya dan ada
yang tidak. Ada yang berkata kalau ada tembok mungkin dapat kita panjat. Ada yang
berkata kalau aku dapat tengok tembok batu itu maka
baru aku akan percaya.
Saya sebagai seorang demokrat yang waras telah mengambil keputusan untuk berjalan bersama para pembaca
dan bakal pengundi. Saya akan berjalan dilorong yang sama
dengan orang ramai. Saya akan bawa para
pembaca ke tembok batu penghalang itu.
Pada 5 Mei ini kita semua akan sampai ke tembok batu itu.
Maka di hari itu saya akan berkata: tembok batu ini ialah SPR. Lembaga SPR
inilah yang menjadi batu penghalang perjalanan kita ke Bahtera Merdeka. Saya
harap apabila kabilah telah sampai dan melihat tembok itu maka ahli-ahli
kabilah akan berfikir bahawa tembok batu
bernama SPR ini wajib dilupuskan dahulu.
Ahli-ahli lembaga SPR ini wajib diganti dengan ahli lembaga SPR yang bukan ahli parti
Ketuanan Melayu. Selagai SPR dalam
bentuk yang wujud sekarang ini, selagi itulah tembok batu akan menghalang kita semua dari sampai ke Bahtera
Merdeka. Dengan wujudnya SPR yang bebas, adil dan bersih
maka Minah yang bernama Fatimah
binti Ismail akan lupus dengan sendirinya.
Hantu-hantu yang memiliki kad
pengenalan segera akan pulang ke kubur asal mereka. Oh Fatimah hanya akan
diingati sebagai lagu A.Ramlee. (TT)
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
akhbar 2 kali semingu ini
adalah akhbar melawan tampa lesen mencetak
siapa membaca akhbar ini mereka adalh cool
-----
14 ulasan:
TT,
Malam tadi ada sesiapa kenal Mat Nyanyoo yg senyap berbulan bulan tetiba berceramah di Taman Nusantara – satu kawasan dalam kawasan Gelang Patah.Ni kategori kes nak renew insuran ngan PR ke hapa ni TT kah kah kah kah mohon pencerahan sket
Si Rashid jahanam ni sekarang kalau orang tanya dia bercakap sekarang bukan main lagi keras dan tinggi suara. Berlagak sombong. Benganglah tu orang dok kutuk dia. Aku doakan kau lingkup dengan UMGOK ko tu.
1.kih!kih!kih!ceramah tah dapat sambutan!!hatta di kelantan sendiri!!bendera jauh berkurang dari bendera dacing!!pengunjung blogg jauh berkurang dari blogg papagomo!!alih-alih PR akan menang pada Pru 13 nanti!!guna akai dikepala lutut kebhaii!!
2.bahang kekalahan makin terasa!!sibuk cari kambing hitam!!last sekali SPR dijadikan mangsa!!
3.biasalah pengundi berpuluh juta!!mestilah ada kesilapan!!lagipun yang bekerja di SPR tu bukannya orang umno!!puak pr pun ada!!kemungkinan nak sebotaj SPR jugak ada!!
4.Pemilihan DAP yang undi pun beratus!!ada kesilapan!!ko tak mau ulas pulak bhaii!!
5.inikalilah!!ceramah Pr langsung tidak dapat sambutan berbanding tahun 99,2004 dan 2008!!!!
6.mana peminat mat sabu!anuar!nik aziz!!boleh dikira dengan jari je bhaiii!!gelak terguling-guling rosmah pada ko bhaiiii!!!
Tidak ada kah cara untuk kita tendang 2 malaon SPR ni keluar...sedangkan kita semua tidak mempercayai mereka?
Tidak ada kah cara untuk kita tendang 2 malaon SPR ni keluar...sedangkan kita semua tidak mempercayai mereka?
Tidak ada kah cara untuk kita tendang 2 malaon SPR ni keluar...sedangkan kita semua tidak mempercayai mereka?
tanpa nama 3:44..
rosmah idola ko rupenya..
muahaha..
tgk r t pr mnang..
oit macai! baca papagomo la sana..menyebuk sini apa kes? jadi mata2 ah lu? buang tebiat? kahkahkah kesian..jadi kambing hitam tu lu..tak sedar diri kamu nie..kahkahkah
Kes makcik patimah dan juga pakcik Ab. Rapar yg baru ditimbulkan ini mengetengahkan 1 perkara yg MESTI dicari jalan penyelesaian oleh pimpinan dan pemikir dari kalangan pakatan:
Jika encik Ab. Rapar boleh diklon namanya (sebijik2 sama hinggakan ke cara kependekan dan tempat noktah - Ab. bukan Abd. bukan Abdul) utk beberapa pusat pengundian berbeza tetapi berhampiran, dengan nombor k/p juga diklon tetapi diubah sedikit2 sedangkan tarikh lahir daripada hari hingga tahun semuanya dikekalkan sama,
maka bagaimana pula dgn kita yg lain2 ini???
Adakah saya, anda, kita, anak bini saudara kawan dll juga diklonkan nama masing2 dlm daftar spr, sedangkan nombor k/p diubah sedikit??
Kaedah menyemak daftar undi yg dibenarkan oleh spr adalah dgn MENGGUNAKAN NOMBOR K/P SAHAJA.
Spr tidak membenarkan kaedah penyemakan menggunakan nama.
Jadi bagaimanakah caranya tt dan pembaca hendak mengetahui bahwa nama kita tidak diklon di pusat mengundi lain dgn nombor k/p yg berbeza sedikit dari nombor sebenar milik kita???
Minta pencerahan tergempar.
"Malah semua perkataan yang belum keluar dari mulut Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan pekerja SPR pun saya tidak percaya"
... nice one TT
Kerajaan yang haram bertungakkan party haram(UMNO) sudah pasti menubuhkan suruhanjaya haram.Ini hakikatnya.
kahkahkah... wujud la SB UMNO 3.44 ni... gua ingat dah kene sound dulu, dia sudah msmpos...
len kali, buat blog sendiri la sbb lu dah ramai peminat..aleh2 nak lawat blog pembangkan dan nlog TT jugak.. lu sudah minat sama TT ka? gua mmg kenal hatibudi SB-SB UMNO camni.. UMNO bayar singgit dua jer utk kacau daun blog2 pembangkang, itu jer modus operandi nak lawan gelila-gelila PR.. mcm bapak mentua gua, kene tipu dgn UMNO kasi tanah utk dibuat Dewan Orangramai.. tetiba jadi bangunan UMNO atas tanah sendiri.. dah jadi bangunan, takleh halau kluar lagi sbb kene bayar gantirugi.. tu pun tetap sokong UMNO jugak walaupun kat rumah menyumpah2 kene tipu.. bodo level gaban mana pun, gua tatau nak klasifikasikan lagi..
Untuk mengimbangi tipu undi, satu cara ialah ramai-kan banyak-banyak rakyat yang mengundi Pakatan. Maksud saya ialah, kalau lah pengundi Pakatan berlipat ganda jauh lebih banyak daripada pengundi BN, maka bilangan undi Pakatan yang banyak itu mungkin melebihi jumlah undi BN yang tercampur dengan undi tipu itu. Jadi, kita kena minta kawan2 dan saudara2 kita undi Pakatan.
Itu SB UMNO memang telor...hari2 lancap tapi masih duduk kat luar syok sendiri!
Catat Ulasan