Jumaat, 18 Oktober 2024

KENAPA SAYA SOKONG DONALD TRUMP


KENAPA SAYA

 SOKONG 

DONALD TRUMP


 
Pada Selasa  5 November 2024 Amerika akan mengadakan pemilihan Presiden untuk memilih  Presiden yang ke 60. Kita di Malaysia malah di luar Amerika hanya di beritahu dua sosok - Kamala Harris dari Parti Demokrat  dan Donald Trump dari Parti Republikan yang bertanding. 

Ini tidak tepat.

Sebenarnya ada tiga lagi calon yang langsung tidak di laporkan oleh media. Pertama ialah Cornel West  70 tahun. Seorang ahli akademik dan ahli falsafah berkulit hitam dari Peoples Party. Sosok ini terlibat dalam gerakan Black Lives Matter.

Chase Oliver  40 tahun – lelaki gay dari Party Liberterian yang amat popular dikalangan anak muda Amerika.

Dari Green Parti ialah Jill Stein yang pernah bertanding pada tahun 2012 dan 2016. Wanita yang  berumur 74 tahun ini ialah seorang doktor dan aktivis politik.

Manakala Robert Kennedy Junior anak buah  arwah Presiden John F Kennedy dibatalkan  pencalonan sebagai calon bebas.

Dalam masa yang sama warga Amerika juga  akan mengundi 435 kerusi untuk Dewan Congress dan 34 kerusi Dewan Senate yang kosong.

Wajib di ketahui dalam pemilihan presiden Amerika sapa dapat majoriti undi popular tidak  semestinya akan menang. Yang  memenangkan ialah undi dari 50 buah negeri. Setiap negeri yang ramai penduduk akan memiliki banyak undi berbanding dengan negeri kecil. Contohnya Alaska hanya ada 3 undi manakala Florida ada 30 undi. Jumlah undi dari negeri-negeri inilah yang akan membawa calon ke Rumah Putih.

Kita di luar Amerika hanya di beri tahu  mengundi pada 5 November ini hanyalah  pertarungan dua calon – Trump dan Kamala. Media arus perdana Amerika  dengan niat jahat hanya melaporkan dua nama sebagai calon.   Tujuan media  ini ialah untuk menjual dan memperkuatkan  sistem dua parti - Pepsi Cola dan Coco Cola. Jenama yang lain  tidak akan diberi laporan.

Ketika tulisan ini digarap pengundian telah berjalan. Ini pengundian untuk undi awal dan undi pos. Pada 5 November ini ialah hari akhir penamat proses pengundian.

Tarikh mengundi di Amerika telah di tetapkan pada 5 November setiap empat tahun. Hujan ribut taufan pada  tarikh ini pemilihan akan tetap  di jalankan. Pada tahun 2016  Associated Press  secara resmi telah mengumumkan keputusan pemilihan pada jam 2 pagi  9 November.

Tetapi kali ini pasti akan ada  perubahan. Perubahan ini bukan secara resmi tetapi hasil suasana politik yang menjalar dan merebak di Amerika sekarang. Semenjak Donald Trump memasuki politik  suasana politik Amerika  berubah.

Presiden Joe Biden pada hari Jumaat 5 Oktober   yang lalu telah dilaporkan menyatakan kebimbangan pilihan raya 2024 tidak akan "damai". Semua bergantung kepada  keputusan.

"Saya yakin ia akan bebas dan adil," kata Biden kepada pemberita ketika membuat penampilan mengejut pada taklimat akhbar Rumah Putih. "Saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi aman."

"Perkara yang Trump telah katakan dan perkara yang dia katakan kali terakhir apabila dia tidak menyukai keputusan undi adalah sangat berbahaya," sambungnya. "Saya perasan bahawa calon naib presiden Republikan tidak mengatakan dia akan menerima keputusan pilihan raya. Mereka tidak pun menerima keputusan pilihan raya lalu."

Kenapa Presiden Biden berkata sedemikian ?

Kesahnya begini : Pada pemilihan tahun 2016 semua media , semua stesen tv dan semua aparacik negara telah menyokong Hillary Clinton. Daulah terpendam – deep state -  mahu Hillary menang.  Semua penyokong Hillary kecewa – Donald Trump menang.

Tahun 2020 perkara yang sama telah berlaku. Kali ini  daulah terpendam bersama industri senjata dan  media telah bekerja lebih awal untuk memastikan Trump akan kalah  untuk kali ke dua.

Ketika di Rumah Putih watak Trump di caci musnah. Pentadbiran Trump terus diganggu gugat. Kongres telah dua kali cuba memecat Trump. Semua gagal. 

Trump terus popular dikalangan rakyat Amerika.

Pemilihan Presiden tahun 2020 Trump mendapat undi terbanyak. Trump tidak mahu menerima keputusan kerana yakin  ada penipuan undi berlaku. Untuk Trump Presiden Biden adalah presiden tidak sah. 

Untuk memastikan Trump tidak bertanding sekali lagi daulah terpendam telah menggunakan proses mahkamah untuk menghalang Trump dari bertanding.  Hari ini  Trump menghadapi tuduhan 34 kesalahan dalam hal perniagaan. Ada lagi dakwaan saman hubungan  kesalahan seksual. 

Projek ini juga gagal. Trump walau pun ada dakwaan mahkamah masih boleh bertanding mengikut Perlembagaan Amerika.

Semua ini adalah projek daulah terpendam untuk menafikan Trump dari bertanding dan kembali ke Rumah Putih.

Donald Trump tetap popular dan mendapat sokongan rakyat Amerika. Bancian dan pungutan suara  yang dilaporkan oleh media yang anti Trump menunjukkan  Kamala mengatasi  Trump. Tetapi ada tetapinya. Tetapi  Kemala mendahului Trump amat tipis. 

Walau pun ada dakwaan mahkamah. Walau pun semua media arus perdana di Amerika mengambil garis memperlekeh dan menolak Trump – calon Republikan ini masih popular. Donald Trump masih tetap di hati rakyat.

Justeru rancangan di buat. Trump wajib di hapuskan. Justeru dua percubaan menembak mati Trump telah berlaku. Sesiapa yang rasional dan berkepala dingin akan mengakui bahawa percubaan membunuh calon Presiden ini  adalah kerja daulah terpendam – deep state.

Tidak cukup dengan  dua percubaan membunuh – telah dilaporkan ada juga percubaan membunuh  Trump oleh  orang luar. 

Pada 9 Oktober 2024 Reuters  telah melapor  polis di Oklahoma telah menangkap Nasir Ahmad Tawhedi  27 tahun. Sosok  imigran dari Afghanistan sedang merancang untuk melakukan keganasan pada hari mengundi atas arahan Daulah Islam. 

Dalam masa yang sama media arus perdana Amerika telah mengolah berita dengan melaporkan bahawa Iran juga ada niat untuk membunuh Donald Trump.

Sekali imbas macam berita-berita ini cerita kartun. Tetapi di belakang lawak bodoh ini ada perancangan licik untuk memastikan Trump tidak akan menjadi penghuni    Rumah Putih sekali lagi.

Kenapa daulah terpendam dan pemilik industri senjata dengan bantuan media  tidak suka pada Donald Trump ?

Jawabnya mudah. Trump mahu mendahulukan Amerika. Kembalikan kegagahan ekonomi Amerika Mendahulukan  rakyat Amerika bukan Ukraine. Amerika didahulukan bukan  NATO.

Lima tahun dulu ketika berucap sebagai Presiden Amerika di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Donald Trump telah  menyampaikan manifesto nasionalis, mengecam "globalisme" dan pendatang haram dan mempromosikan patriotisme sebagai ubat untuk penyakit dunia.

Presiden Trump berkata. “Kami berjuang untuk Main Street, bukan Wall Street. Kami telah menolak globalisme dan memeluk patriotisme.”

Dasar dan kata-kata seperti ini menakutkan pemilik industri senjata yang terus mahu menjadikan Amerika polis dan mata-mata dunia.

Pada awal September  yang lalu stesen Tv ABC telah mengadakan debat antara  Trump dan Kamala. Bila Trump di tanya tentang Ukraine dia enggan menjawab. 

Tapi dasar Trump terhadap Ukraine telah di jelaskan oleh JD Vance yang bertanding sebagai Naib Presiden  Trump. Senator dari Ohio ini pernah mempertikaikan dasar Biden terhadap Ukraine dalam dewan Senate. 

"Rakyat Amerika tidak akan bertolak ansur dengan satu lagi peperangan yang tidak berkesudahan dan saya juga tidak menyokong perang ini," kata Vance awal tahun ini apabila Kongres meluluskan kira-kira $61 bilion bantuan ketenteraan untuk Ukraine, satu langkah yang ditentangnya.

Ucapan seperti ini tidak mahu didengari  oleh daulah terpendam dan pemilik kilang senjata seperti Blackrock, Lookheed Martin, General Dynamic atau  Boeing.

Justeru Donald Trump dan JD Vance wajib di kalahkan dan Kamala Harris dan Tim Walz wajib dinobat ke Rumah Putih.

Tetapi mengalahkan Donald Trump tidak semudah itu. Kempen MAGA – Make America Great Again – jadikan Amerika gagah sekali lagi – memang disokong oleh rakyat.  Sokongan yang paling ampuh untuk Trump datang dari jantan berkulit putih dari kelas bawahan.  Kelas buruh ini merasakan mereka telah dimasukkan ke dalam longkang oleh elit politik dan elit perniagaan. Justeru mereka melihat Trump sebagai Al- Mahadi mereka.

Berita juga telah muncul melaporkan bagaimana warga berkulit hitam juga kini mula masuk menyebelahi Trump. Ini menakutkan Parti Demokrat yang sentiasa mendapat sokongan undi dari masyarakat berkulit itam.

Orang Itam di Amerika melihat Kamala Harris ini amat pura-pura. Tanpa segan silu Kamala mengakui dia berkulit hitam wal hal  dia berketurunan India.  Dalam suasana ini Budak Hitam bernama Obama telah di arahkan oleh daulah terpendam untuk keluar berkempen dan berceramah untuk menyokong  Kamala.

Saya penyokong Trump yang tegar.  Saya mahu Trump menjadi Presiden sekali lagi.  Untuk saya Trump jujur. Belum pernah satu Presiden Amerika menuduh CNN sebagai penyebar berita bohong. Belum pernah Presiden Amerika mahu mengundur diri dari NATO. Belum pernah Presiden Amerika mahu Korea Selatan membayar kos tentera Amerika yang berpangkalan di sana. Belum pernah Presiden Amerika mahu perang di hentikan. Hanya Trump yang berani berkata sedemikian.

Saya akui bahawa Trump agak kasar tetapi dasar  Trump terhadap pendatang haram cukup jelas.  Trump mahu mendahulu bumiputera Amerika dari pendatang dan pendatang haram. Trump tidak berpura-pura.

Parti Demokrat ini berpura-pura. Wajib di beritahu disini bahawa budak itam bernama Obama lebih banyak membunuh dan mengebom warga di Libya, di Yaman, di Syria, dan di Afghanistan. Obama berkulit hitam lebih banyak membunuh sosok  berkulit hitam dibandingkan dengan Bush atau Reagan atau Clinton  yang berkulit putih.

Untuk saya kekasaran dan kelucahan dari mulut Trump ini adalah Amerika  yang tidak berselindung di belakang tabir demokrasi atau hak asasi.  Rakyat dunia yang anti Amerika akan melihat isi hati Amerika tanpa berselindung di sebalik topeng demokrasi.

Saya menyokong Donald Trump yang  mengumumkan, "Sudah tiba masanya untuk mengeringkan paya di Washington, D.C."

Untuk Trump dan warga Amerika   Washington D.C adalah punca  kuasa yang membawa mudarat kepada  kehidupan majoriti warga Amerika. Untuk kita dari Dunia Ketiga Washington DC inilah pusat dan punca jenayah dalam dunia kita hari ini. Semua perang yang berlaku sekarang – di Ukraine dan di Palestin  - berpunca dari Washington D.C.

Pada hemat saya Trump akan mendapat kemenangan undi popular. Bila ini berlaku  maka daulah terpendam akan memainkan  jarum untuk memastikan  Trump kalah.  

Jangan terperanjat selepas 5 November kita akan membaca berita bagaimana pendatang haram  telah turut mengundi.  Atau peti undi hilang. Atau kertas undi banyak rosak. Semua ini adalah projek daulah terpendam  yang dirancang untuk memastikan Kamala menang.

PASCA SKRIP :  Hari ini 14 Oktober 2024 Donald Trump telah menimbulkan kemarahan Parti  Demokrat selepas menyeru agar angkatan bersenjata AS berpaling tadah terhadap musuh politiknya apabila pengundi keluar mengundi pada pilihan raya presiden bulan depan.

Apakah akan terjadi huru hara di Amerika selepas 5 November. Sesama kita tunggu. Amin (TT)



TULISAN INI 
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIAKINI
https://www.malaysiakini.com/news/723016



























 


AL- FATIHAH YAHYA SINWAR



Siapa sebenarnya pemimpin Hamas, Yahya Sinwar


BAITULMAQDIS: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang dipercayai salah seorang dalang utama serangan kumpulan itu terhadap Israel pada 7 Oktober 2023 dan lelaki paling dikehendaki Israel, terbunuh di Gaza pada hari Rabu, menurut tentera Israel.

Sinwar tidak kelihatan sejak serangan pada Oktober 2023, mungkin terselamat daripada kepungan Israel di Gaza dengan berlindung dalam rangkaian terowong bawah tanah yang luas.

Pada Ogos, beliau dilantik menjadi salah seorang pemimpin paling kanan Hamas selepas pendahulunya, Ismail Haniyeh, dibunuh di Tehran, ibu kota Iran.

Namun, beliau sudah lama menjadi pemain utama dalam kumpulan pejuang itu, selepas menyertai Hamas pada akhir 1980-an dan cepat meningkat dalam kepimpinan kumpulan itu.

Yahya mengasaskan cabang keselamatan perisikan antarabangsa Hamas yang ditakuti, Majd, dan terkenal kerana menggunakan kekerasan terhadap sesiapa yang disyaki bersekongkol dengan Israel.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin politik pragmatik oleh sesetengah pihak dan pada 2017, Hamas memilih Sinwar sebagai ketua politik bagi badan keputusan utamanya, Biro Politik, di Gaza.

Yahya dilahirkan di kem pelarian pada tahun 1962 di Khan Younis, selatan Gaza. Keluarganya dipindahkan dari kampung Al-Majdal di Palestin – kini bandar Ashkelon di Israel – semasa perang Arab-Israel.

Sinwar mendaftar di Universiti Islam Gaza pada awal 1980-an, di mana beliau mempelajari bahasa Arab, terlibat dalam pertubuhan pelajar nasionalis Palestin, dan ditahan kerana terbabit dalam aktivisme anti-penjajahan.

Pada tahun 1985, sebelum Hamas ditubuhkan, beliau membantu menubuhkan Majd, sebuah rangkaian belia Islamis yang mendedahkan pemberi maklumat Palestin bekerja dengan Israel.

Kumpulan itu kemudian menjadi sebahagian daripada cabang keselamatan Hamas dengan nama yang sama.

Yahya dipenjarakan di Israel dengan empat hukuman penjara seumur hidup pada 1988, atas tuduhan merancang pembunuhan dua tentera Israel dan empat warga Palestin yang disyaki bekerjasama dengan Israel.

Semasa dipenjarakan, Yahya dilaporkan menyalahgunakan dan mempengaruhi rakan banduan, menghukum mereka yang disyaki sebagai tali barut Israel dan memaksa yang lain menyertai mogok lapar.

Sinwar berkata, beliau menghabiskan masa di penjara dengan cuba memahami musuhnya, termasuk belajar bahasa Ibrani melalui Universiti Terbuka.

Pada 2011, beliau dibebaskan sebagai sebahagian daripada pertukaran tawanan yang menyaksikan lebih 1,000 tahanan Palestin ditukar untuk Gilad Shalit, seorang tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang ditahan di Gaza selama lima tahun.

Pada masa itu, Yahya menyifatkan pertukaran itu sebagai 'salah pencapaian strategik besar dalam sejarah perjuangan Hamas'.

Pembebasan Yahya dikaitkan dengan hakikat bahawa abangnya adalah salah seorang penculik Shalit, yang mendesak Yahya turut dimasukkan dalam senarai perjanjian itu.

Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Gaza di mana beliau mula meningkat dalam perubuhan pejuang itu, menjadi terkenal kerana tindakan kejam terhadap mereka yang disyaki bekerjasama dengan Israel.

Walaupun ada yang melihat yahya sebagai pejuang tegar, yang lain melihatnya sebagai ahli perancang strategi yang bijak.

Sepanjang 15 tahun dalam hukuman penjaranya, beliau menggunakan kemahiran bahasa Ibrani untuk mendesak rakyat Israel menyokong gencatan senjata dengan Hamas dalam satu temu bual dengan penyiar Israel.

"Kami tidak akan mengiktiraf Israel, tetapi kami bersedia melakukan gencatan senjata jangka panjang dengan Israel, yang akan membawa keamanan dan kemakmuran ke rantau ini," katanya.

Dalam satu wawancara yang jarang diadakan dengan wartawan Itali pada 2018, Yahya menyatakan bahawa kumpulan itu bersedia mencari penyelesaian politik, dengan berkata: "Perang baharu tidak memberi manfaat kepada sesiapa".

Beliau juga merujuk kepada hakikat yang dihadapinya dan penduduk Gaza di bawah sekatan Israel, berdasarkan pengalamannya di penjara Israel.

"Saya tidak pernah keluar – saya hanya bertukar penjara," katanya mengenai kehidupan di Gaza.

Pada 2018, di bawah kepimpinan Yahya, Hamas melancarkan kempen 'Perarakan Kembali', yang menyaksikan penduduk Gaza mengadakan protes mingguan berhampiran sempadan Israel.

Mereka menuntut Israel menamatkan sekatan dan memberi hak kepada warga Palestin untuk kembali ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Demonstrasi itu mendapat perhatian antarabangsa dan sokongan daripada kumpulan hak asasi manusia, malah pada salah satu protes, Yahya memuji mereka yang berhadapan 'musuh yang mengepung kita'.

Sebagai ketua politik kumpulan itu, Yahya memberi tumpuan kepada hubungan luar Hamas, menjalin hubungan penting dengan kuasa-kuasa Arab serantau.

Beliau bertanggungjawab memulihkan hubungan Hamas dengan pemimpin Mesir yang curiga dengan sokongan kumpulan itu terhadap Islam politik, dan terus mendapatkan pembiayaan ketenteraan dari Iran, menurut kajian Majlis Hubungan Luar Eropah (ECFR).

Israel secara terbuka menuduh Sinwar sebagai 'dalang' di sebalik serangan pengganas Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober – walaupun pakar berkata beliau mungkin salah seorang daripada beberapa perancang – menjadikannya salah satu sasaran utama perang Israel di Gaza.

Ia menjadi serangan paling berdarah dalam sejarah Israel, di mana Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain membunuh lebih daripada 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan juga menawan sekitar 250 orang sebagai tebusan ke Gaza.

yahya dianggap sebagai pembuat keputusan penting dan kemungkinan besar menjadi titik perhubungan utama dalam Gaza semasa rundingan tegang mengenai pemulangan tebusan yang dibawa ke dalam Gaza oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober.

Rundingan itu melibatkan tokoh kanan dari Israel, Hamas, Amerika Syarikat (AS), Qatar, dan Mesir.

Sepanjang peperangan, Sinwar menyatukan kepimpinan Hamas dan menjadi tokoh paling penting dalam kumpulan itu.

Pengaruhnya semakin meningkat selepas pembunuhan pemimpin kanan Hamas lain, termasuk Mohammed al-Masri, yang dikenali sebagai Mohammed Deif, komander Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, dan timbalan Deif, Marwan Issa.

Pada 2015, Yahya disenaraikan sebagai pengganas global oleh Jabatan Negara AS serta Kesatuan Eropah (EU) dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau turut disekat oleh United Kingdom (UK) dan Perancis. - AGENSI

AL-FATIHAH

UNTUK

YAHYA SINWAR

AMIN

PATAH TUMBUH

HILANG BERGANTI

KHALAS

ASKAR CHINA TU SEMUA BALIK KE ?


ASKAR CHINA TU 

SEMUA BALIK KE ?

AMIN 

SAJE TANYA 

MANA TAHU 

ADA YANG TERUS 

LESAP MACAM 

1.2 JUTA DULU 

KHALAS

MASUK KUBUR SENDIRI SENDIRI


MASUK KUBUR

SENDIRI SENDIRI

BUKAN BERJEMAAH

KHALAS

abu qassim commented on 
"AJARAN BETUL - AJARAN SESAT"

Sajo yo tanyo..
Kj semayang subuh pg td kek mno?
Kek rmh ko kek mosojid?
Sajo jo tanyo .
Jgn lak sontap kang..
KAH KAH KAH

BUKAK MULUT MOHONG

 


BUKAK MULUT

MOHONG

KAH KAH KAH

AMIN

Panglimo potaseh commented on

 "HUTANG NEGARA"

Non tika lawat Jerman itu hari kata Jerman nak labor UsD42 biliyun. Nak tanye duit labor Jerman tu dah turun ke .. aku ulang dah turun ke duit tu.

BETUL KE LAPORAN INI ?



Tentera Israel dakwa bunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar


BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Khamis mendakwa pihaknya mungkin membunuh tiga pejuang termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi di Semenanjung Gaza.

"Pada peringkat ini, identiti individu itu tidak dapat disahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, setakat ini tiada tanda-tanda tebusan Israel berada di bangunan di mana tiga pejuang itu didakwa terbunuh.

Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Hamas.

Al-Majd, laman web berkaitan Hamas yang biasanya menerbitkan mengenai isu keselamatan, menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel, yang dikatakan bertujuan untuk mematahkan semangat mereka.

Jika disahkan, kematian Sinwar akan menjadi rangsangan besar kepada tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas rentetan pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin terkemuka musuhnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza di mana tentera Israel membunuh tiga pejuang dan mengambil mayat mereka.

Ia berkata, bukti visual menunjukkan kemungkinan salah seorang lelaki itu adalah Sinwar dan ujian DNA sedang dijalankan. Israel mempunyai sampel DNA Sinwar dari tempohnya di penjara Israel.

Sinwar, ketua arkitek serangan 7 Oktober ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, berada di bahagian atas senarai dikehendaki tentera rejim Zionis sejak itu. Tetapi, dia setakat ini mengelak daripada dikesan, berkemungkinan bersembunyi di dalam terowong yang dibina Hamas di bawah Gaza sejak dua dekad lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyiarkan mesej di platform media sosial X dengan petikan - "Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan rebah di hadapanmu oleh pedang".

"Musuh kita tidak dapat bersembunyi, kita akan mengejar dan melenyapkan mereka."

Sebelum ini, Sinwar dinamakan sebagai ketua keseluruhannya berikutan pembunuhan bekas ketua politik Ismail Haniyeh di Tehran pada Julai.

Sekumpulan lelaki bersenjata pimpinan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan membawa lebih 250 tebusan ke Gaza.

Kempen Israel sebagai tindak balas membunuh lebih 42,000 orang, menjadikan sebahagian besar Gaza menjadi runtuhan dan menyebabkan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat tinggal.

BETUL KE

LAPORAN INI ?

AMIN

YAHYA SINWAR

PENGGANTI

ISMAIL HANIYEH

YANG BARU SAHID

AMIN

KITA TUNGGU

DAN NANTI

KENYATAAN

DARI HAMAS

KHALAS

PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 18 OKTOBER 2024
BANJIR SEDANG MELANDA
MANGSA BANJIR TERUS MENINGKAT
KITA WAJIB  BERSEDIA
SABAN  TAHUN
BANJIR AKAN SAMPAI
MAKIN LUAS
MAKIN KERAP
MAKIN MEMBAWA BALA
TEMPAT TEMPAT YANG DULU
TIDAK PERNAH DI LANDA BAJIR
AKAN MENGALAMI BANJIR

GAZA
DIBERITAKAN PEMIMPIN HAMAS
 YAHYA SIWAR
TELAH TERKORBAN
SOSOK INI PEMIMPIN ULUNG
ARWAH ISMAIL HANIYEH
MENJAGA POLITIK DI QATAR
MANAKALA YAHYA SINWAR
MENYUSUN GERILA
DI BAWAH TANAH
BERSEDIA BERPERANG 
DENGAN ZIONIS ISRAEL
KITA TUNGGU BERITA SETERUSNYA

PERANG AKAN BERTERUSAN
KERANA PROJEK SETANYAHU
IALAH MEMUSNAHKAN IRAN
MESIR DAH MANDUL
IRAQ DAH HANCUR
SYRIA DAH MUSNAH
JORDAN TERUS BELOT

YANG TINGGAL BERJUANG
MENENTANG ZIONIS HANYA IRAN
BERSAMA SEKUTU 3H 
HAMAS
HIZBULLAH
HOUTHI

AMERIKA PERLU DIGUNAKAN
OLEH ZIONIS UNTUK SERANG
IRAN
AMIN

GERMAN
BIDEN MELAWAT GERMAN
MACRON  AKAN DATANG JUGA
INI LAWATAN AKHIR
SEBAGAI PRESIDEN KE EROPAH
NAK BINCANG HAL
UKRAINE DAN TIMUR TENGAH

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
MENDESAK EROPAH
AGAR UKRAINE 
DI TERIMA JADI AHLI NATO
DENGAN SEGERA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT

TERKUKUR BERLAGU
SAEKOR MURAI
TERABNG RENDAH HINGGAP
ATAS BATU NISAN
TAPI TAK BESIUL
ALAAA MAK
 
YANG PASTI MARAH DAN BERSUARA
HANYA WARGA ASAL HOKKIEN
TIGA EKOR PUPPY
WOW 
CHUKUP GARANG
MARAH PADA TAK TAK & EZI
LALU DI KAWASAN MEREKA

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
BERJEMUR DI BALKONI
CAHAYA MATAHARI BELUM SAMPAI

JIKA PETANG HUJAN
MALAM JADI SEJUK SANTAI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
HIDUP INI BUKAN
HANYA BERTEDUH 
DARI HUJAN RIBUT
TAPI PERLU BIJAK
BERJOGET DALAM HUJAN

BRO
DALAM HIDUP INI
LU ADA BANYAK PILIHAN
PILIH DENGAN BIJAKSANA
DAN BERTANGGUNG JAWAB

BRO
HIDUP INI SEPERTI BUKU
SETIAP HARI ADA MUKA SURAT BARU
TULISLAH CERITA YANG INDAH
DAN BERMAKNA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT