Sabtu, 19 Oktober 2024

KESEDARAN MELAYU BUMI NUSANTARA


KESEDARAN MELAYU

BUMI NUSANTARA

AMIN

KAPAL TERBANG YAMAN SERANG KAPAL ZIONIS


KAPAL TERBANG

YAMAN SERANG

KAPAL ZIONIS

AMIN

LATIHAN TENTERA LAUT - IRAN OMAN RUSIA


LATIHAN TENTERA 

LAUT

IRAN RUSIA & OMAN

AMIN

BUKAK MULUT MOHONG


BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

MUSTAHIL LU TAK TAHU !!!


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MUSTAHIL LU

TAK TAHU!!!

AMIN

GUA UDAH BILANG - GUA ULANG - GUA UDAH BILANG



'Jahanamlah dengan Palestin kau...' – wartawan terkemuka diserang penyokong kerajaan kerana tegur Anwar

Penyokong kerajaan dan tentera siber (cybertrooper) Pakatan Harapan (PH) dilihat berpusu-pusu mempertahankan Anwar Ibrahim sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas seorang wartawan terkemuka berpangkalan di United Kingdom menegur perdana menteri kerana mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken.

Sami Hamdi mengkritik Anwar kerana gagal menggunakan peluang itu untuk menunjukkan kekecewaannya dengan sikap Blinken yang merupakan antara penyokong Zionis paling tegar dalam pentadbiran Joe Biden, ketika Sidang Kemuncak Asean di Laos baru-baru ini.

Menurutnya, Anwar boleh sahaja memutuskan untuk mengelak daripada bertemu Blinken untuk menghantar isyarat tersebut.

"Wahai Anwar... Anda sepatutnya tidak bertemu Blinken ketika dia menyembelih umat Islam Palestin dan Lubnan," kata Hamdi, penganalisis risiko global yang juga berperanan sebagai penasihat kepada beberapa kerajaan mengenai geopolitik Timur Tengah.

"Sebaliknya, anda boleh menghantar pegawai pangkat rendah untuk membincangkan perkara seperti semi-konduktor," katanya merujuk kepada kenyataan Anwar dalam pertemuan itu yang mengalu-alukan pelaburan syarikat teknologi AS di Malaysia.

Anwar dalam pertemuan itu turut merakamkan "penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735" iaitu usul gencatan senjata di Gaza.

Kenyataan Hamdi itu mencetuskan kemarahan penyokong kerajaan yang tidak henti-henti mengutuk beliau menerusi pelbagai akaun X yang digunakan tentera siber PH.

"'Go f*** with your Palestine or Lebanon' (Pergi jahanam dengan Palestin atau Lubnan kamu)," tulis Raja Mohd Shahrim yang mengendalikan akaun X dipanggil "BuletinRMS".

"Kami rakyat Malaysia berdiri bersama pemimpin kami," tulisnya.

Pengguna X "229th Tactical Fighter Squadron" pula menulis: "Middle east goatf***er trying to dictate what our country can do and cannot do" (Perogol kambing timur tengah cuba ajar apa yang negara kami boleh buat dan tak boleh buat). 

"Jalang, jaga negara sial kau dulu," katanya.

"Pergi berak atas pemimpin Arab anda sendiri," menurut satu lagi akaun pro-kerajaan, StratCommMADANI.

Manakala pengguna Artemis P menulis: "Go f*** yourself... siapa kau nak beritahu PMX kami apa yang perlu dilakukan? Adakah anda rakyat Malaysia!"

Ramai pengguna pro-kerajaan cuba menjustifikasi kemesraan yang ditunjukkan Anwar terhadap Blinken, antara pemimpin kerajaan AS yang berterusan menyokong kempen pengeboman Israel ke atas Gaza, yang setakat ini mengorbankan lebih 40,000 orang awam Palestin.

"Jangan paksa agenda kamu ke atas perdana menteri kami. Bersyukurlah dan hentikan kebencian. Dia bertanggungjawab kepada negara dan dia tak berhutang apa-apa kepada kamu dan agenda kamu," kata Joshua Chuah.

Manakala Kent menulis dalam nada yang seakan-akan sinis: "Dia (Anwar) menggunakan strategi perang Sun Tzu."

Reaksi mereka membawa balik kepada serangan yang dihadapi seorang aktivis Palestin berpangkalan di Malaysia beberapa hari selepas peristiwa 7 Oktober di Gaza tahun lalu.

Muslim Imran menjadi sasaran kerana menyifatkan respon Anwar terhadap pengeboman Israel tidak sehebat tiga perdana menteri sebelum beliau.

"Sehingga kini, seminggu selepas serangan Israel, respon Malaysia tidak menunjukkan apa yang sebetulnya Malaysia boleh lakukan," kata Imran, yang merupakan sebahagian biro antarabangsa Hamas dan menetap di Malaysia selama lebih dua dekad, ketika menjadi tetamu dalam podcast Keluar Sekejap.

Imran kemudian menjelaskan pandangannya itu disalah ertikan.

"Saya tidak pernah bermaksud atau berniat memperkecilkan usaha besar Perdana Menteri Anwar Ibrahim atau kerajaannya," katanya susulan pelbagai mesej kebencian terhadap dirinya.

'Sesumpah'

Sementara itu, ratusan komen bersetuju dengan Hamdi, di mana kebanyakannya menuduh Anwar bersikap talam dua muka dalam isu Palestin.

"Anwar hanya boneka. Dia boleh berubah warna seperti sesumpah," kata Satoshi Nakamoto dalam X.

“Percayalah, dia pemimpin hipokrit,” tulis Kamarul Afiq.

"Kami rakyat Malaysia menentang pembunuhan beramai-ramai. Kami secara aktif memboikot. Dan tidak, saya tidak mengundi dia sebagai PM. Sungguh memalukan. Nampaknya dia kelihatan sangat gembira bersama Blinken," kata pengguna Instagram, fanna.mzf.

Seorang pengguna X, connerylazenby, menyifatkan sokongan Anwar terhadap Palestin sebagai "lakonan" sambil memuat naik laporan mengenai penangkapan aktivis pro-Palestin di Malaysia kerana terlibat dalam demonstrasi anti-Israel.

Pengguna Instagram hmsag1924 pula memetik kata-kata Dr Mahathir Mohamad: "Seperti kata Tun Dr Mahathir dalam bukunya A Doctor in the House di muka surat 409: 'Beliau (Anwar Ibrahim) boleh menjelma sebagai apa-apa sahaja kepada semua orang'."

Kritikan terbaru terhadap Anwar itu di sebalik keengganan kerajaannya untuk membatalkan langkah kontroversi menjual saham syarikat milik kerajaan yang menguruskan lapangan terbang seluruh negara, kepada sebuah firma dimiliki pengurus dana AS, BlackRock.

Pelan itu menyaksikan Global Infrastructure Partners milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus Malaysia Airports, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Anwar telah mengenepikan kritikan utama mengenai pelan itu, iaitu peranan BlackRock dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin menerusi hubungan rapat ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan tidak boleh memutuskan hubungan dengan mana-mana syarikat yang mempunyai urusan dengan Israel.

Pendirian sama diambil beliau pada awal Mei apabila kumpulan pro-Palestin membantah kehadiran beberapa syarikat pertahanan yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel di sebuah pameran pertahanan di Kuala Lumpur.

Anwar ketika itu berkata tidak menjadi masalah untuk mereka beroperasi di Malaysia selagi syarikat itu tidak didaftarkan di Israel.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

GUA UDAH

BILANG SEKARANG

LU BARU CAYA

KAH KAH KAH

GUA ULANG

GUA UDAH 

BILANG SEKARANG

LU BARU CAYA

AMIN

KHALAS

BAYAR CUKAI AGTAU GTIDAK ?




Pemaju kena culik dibebaskan selepas bayar RM20 juta

JOHOR BAHRU – Seorang pemaju warga tempatan diculik oleh beberapa lelaki  dalam kejadian di sini sebelum dipercayai dibebaskan selepas wang tebusan RM20 juta dibayar.

Memetik laporan akhbar China Press, peniaga berkenaan, 59, ketika itu dijadualkan untuk ke luar negara bagi urusan perniagaannya sebelum dilarikan pukul 5 pagi pada Ahad lalu.

Difahamkan mangsa dilarikan semasa menunggu Grab ke lapangan terbang.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan pukul 7.20 petang pada hari yang sama berkenaan seorang lelaki tempatan dilarikan beberapa suspek dengan menggunakan sebuah kereta.

“Insiden ini dilaporkan sejurus mangsa dilepaskan pada hari yang sama.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihannya,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.-

WOIT

KAH KAH KAH

TOWKAY KAYA

NI PATUT KONGSI

DUIT

KAH KAH KAH

LHDN SILA

SIASAT TOWKAY

INI BAYAR CUKAI

ATAU TIDAK

AMIN

KAHLAS

BANJIR MASIH MENGAMPOH



BANJIR 

MASIH MENGAMPOH

AMIN 

SAMSUL WAJIB JADI MENTERI


SAMSUL WAJIB 

JADI MENTERI

AMIN

Unknown commented on 
"TANGKAP DAN 
ROTAN SHAMSUL"

Samsul dah muak jadi setiausaha peliwat...sekarang dia nak jadi menteri penuh walaupun kalah...sebab ? Saifudin kalah jadi menteri...zamri kalah jadi menteri...zafrul kalah jadi menteri. Dia kalah pasal apa tak boleh jadi menteri ????anak zahid jangan menyibuk !!!!!!!

PERJUANGAN DITERUSKAN


PERJUANGAN

DITERUSKAN

AMIN

AL-FATIHAH UNTUK KOPI


AL- FATIHAH

UNTUK KOPI

AMIN

Unknown commented on 
"AL-FATIHAH UNTUK KOPI"

"The greatness of the nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated"
Mahatma Gandhi

JAWAPAN ORANG RAMAI TENTANG BUJET


JAWAPAN

ORANG RAMAI

TENTANG BUJET

KAH KAH KAH

AMIN



YA AMPOOON YA MAULANA


YA AMPOOON

YA MAULANA

AMIN

AIR PASANG BESAR SAMPAI


'Fenomena air pasang besar agak luar biasa'


SUNGAI BESAR: Penduduk di Parit 18, Kampung Tanjung Medan, Sungai Panjang, di sini menyifatkan fenomena air pasang besar sehingga menyebabkan banjir melanda kampung mereka adalah kejadian luar biasa.

Peniaga kedai runcit, Sarimin Sarikin, 47, yang menjalankan perniagaan di kampung itu sejak 10 tahun lalu, berkata air naik dengan pantas sehingga memasuki premis dan rumah penduduk situ.

"Kelmarin saya perasan longkang di tepi kedai penuh dengan air. Semalam pekerja hubungi saya beritahu air sudah masuk dalam kedai dan berada pada paras 0.3 meter.

"Tanpa membuang masa, saya segera ke kedai untuk membantu mereka sambil menyelamatkan barangan untuk diletak di tempat tinggi," katanya ketika ditemui.

Sarimin berkata, kejadian banjir itu boleh ditangani jika pihak berkuasa meninggikan ban berhampiran kampung berkenaan

"Kalau nak tunggu air surut, mungkin lewat petang atau malam ini tetapi kena bersedia juga dengan air pasang besar esok," katanya yang berasal dari Perak.

Seorang penduduk, Megawati Nasri, 46, juga tidak menyangka fenomena air pasang besar menyebabkan banjir sehingga memasuki rumahnya.

"Mujur dokumen peribadi diletakkan di tempat selamat manakala kenderaan di parkir di kawasan tinggi.

"Ketika ini saya sekeluarga menunggu air surut sebelum kerja pembersihan dilakukan," katanya.

Dalam perkembangan sama, tinjauan di Jalan Sungai Panjang mendapati keadaan air tinggi selain tiada kenderaan ringan yang melaluinya.

Malah, apan tanda amaran 'Awas, banjir di hadapan' turut diletakkan pada jarak kira-kira tiga kilometer sebelum sampai ke lokasi banji

DUA BALA

DATANG SERENTAK

AMIN

HUJAN LEBAT 

SAMPAI

AIR PASANG

BESAR SAMPAI

AMIN

INI TANDA JELAS

IKLIM ALAM

BERUBAH

AMIN

KITA WAJIB

BERSEDIA !!!

AMIN


AL-FATIHAH - SAH YAHYA SINWAR GUGUR



Hamas sahkan Yahya Sinwar terbunuh dalam pertempuran


DUBAI: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, ketua arkitek serangan Palestin pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, disahkan terbunuh dalam pertempuran.

Timbalan Ketua Hamas dan Ketua Kumpulan Perunding, Khalil Al-Hayya, berkata kematian Sinwar, memberi tamparan hebat kepada kumpulan pejuang itu yang menghadapi serangan udara tanpa henti sejak ia menyerang Israel, Oktober 2023.

Sinwar akan dikenang sebagai pejuang yang kejam oleh musuh Hamas dan tentera Israel- yang pernah memenjarakannya selama bertahun-tahun.

Sinwar dinamakan Ketua Utama kumpulan itu pada 6 Ogos lalu sebagai pengganti kepada bekas ketua politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran pada 31 Julai lalu. Sinwar sejak sekian lama menjadi sasaran Israel yang memburu dan mahu membunuhnya sejak permulaan perang.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza Khan Younis, Sinwar, 62, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Pemimpin kontroversi itu menghabiskan separuh umur dewasanya di penjara Israel, adalah pemimpin Hamas paling berkuasa ketika hayatnya selepas pembunuhan Haniyeh.


AL-FATIHAH

MENTERI PUTAR ALAM - BERAPA PENDATANG HARAM ?


MENTERI WAJIB

JAWAB 

AMIN

BERAPA 

PENDATANG HARAM

AMIN

OKU KENA BELASAH MASIH MENUNGGU


OKU KENA

BELASAH MASIH

MENUNGGU

AMIN

Unknown commented on
 "MALAYSIA ADA
 DUA UNDANG UNDANG ?"

rakyat biasa oku cepat pantas siasat tangkap baju oren bila ada kes2 melibatkan kayangan nampak sangat slow dlm siasatan & tindakan nampak sangat dua darjat undang2!! persoalannya sampai bila mcmni?

HUKUMAN RINGAN TAK JADI CONTOH



HUKUMAN RINGAN

TAK JADI

CONTOH

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "DENGAR APA
 KATA KETUA POLIS"

Kalau Pegawai Polis buat kerja jenayah macam mana lagi mau hokom mereka. Tiap-tiap malam di TV ade je berita Pegawai Polis bikin jenayah. Hokoman Polis yg buat jenayah amat berat, sabit kesalahan hokoman nya amat berat, mereka akan di tukar balai atau di tukar jabatan. Jadi apa lagi kita nak buat agar Polis buat kerja jaga keamanan dan chekoop penjahat.

PAGI INI


PAGI INI

SABTU 19 OKTOBER 2024
KES OKU KENA BELASAH
KES MAMAT KENA TEMBAK
OLEH KERABAT
MASIH BELUM ADA UJUNG PANGKAL

KES SK
BUKAN SUARA KEADILAN
TAPI SAM KETOT
BOCOR CERITA
ZAHID DALAM PRU15
TIDAK ADA  MINTA
ULANG KIRA
UNDI ROSAK LEBIH BANYAK
DARI UNDI MENANG
JENG JENG JENG

KES PEMAIN BOLA
KENA SIMBAH ASID
MASIH BELUM ADA KEPUTUSAN
JENG JENG JENG

BUKAK MULUT MOHONG
SAYA ULANG 
BUKAK MULUT MOHONG
KAH KAH KAH

PALESTIN
HAMAS SAHKAN
YAHYA SINWAR
TELAH GUGUR DI RAFAH GAZA
BERJANJI
AKAN MENERUSKAN 
PERJUANGAN

ISREAL
ASKAR SEDANG BERKUMPUL
DI SEMPADAN GAZA
TUNGGU ARAHAN
UNTUK MENGGANAS

KOREA SELATAN
BERITA DARI SEOUL
MELAPORKAN
SOLDADU KOREA UTARA
TELAH DIHANTAR KE UKRAINE
BETUL KE ?
JIKA BETUL INI BERITA BAIK
PERANG AKAN MEREBAK
DAN PERANG DUNIA
AKAN PECAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH INDAH SEGAR
MATA HARI DAH BERSINAR
KL & KL SENTRAL CERAH

LANGIT BIRU INDAH
AWAN PUTIH DISANA SINI

TIONG MELINTAS
DI SANA SINI
TERKUKUR BERSUARA
DARI DALAM SAWAH RUMPUT

PAGI INI SENYAP
TAK ADA SUARA SALAKAN
WARGA HOKKIEN

JAP LAGI GUA
AKAN KE CHOW KIT
SAPA TAK PERNAH KE PASAR
TIDAK TAHU HARGA BAHAN MAKANAN
MAKIN NAIK

TELOR  SATU PAPAN 18RM
AVOKADO DAH NAIK KE 15RM SEKILO
PISANG DAH NAIK JADI 6RM SEKILO
INI HARGA DI PASAR CHOW KIT
PASAR TERMURAH DI MALAYSIA
DI TEMPAT WILAYAH LAIN
GUA RASA
PASTI LAGI MAHAL

BUAH BUAH MASIH MURAH
MINGGU LALU
3KG DUKUNG MASIH 10RM
MANGGIS MASIH 6-8RM SEKILO
HA HA
ANGGUR MASIH ADA 5RM
SEBUNGKUS
NASIB BAIK ADA CHOW KIT
KALAU TIDAK HIDUP
PERIT DI KUALA LUMPUR
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU

BRO
BILA LU BERANI
INI LANGKAH PERTAMA
UNTUK LU BERJAYA

BRO
LU BUAT SALAH
LU BUAT SILAP
LU JANGAN MENYESAL
LU BELAJAR DARI NYA

BRO
LU NAMPAK MINAH CUN
LU SYIOK
TAPI LU TAK BERANI
MINTA NUMBO PONE
INI TANDA LU GAGAL
AMIN

LALUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI