Jumaat, 8 November 2024

SAPA BUNUH TEO BENG HOCK ?



Pegawai terpalit insiden kematian Beng Hock antara yang bakal bersara dari SPRM
Beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangkan akan bersara dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, dalam perkembangan yang bakal menyaksikan muka-muka baharu mengisi jawatan-jawatan penting dalam agensi antirasuah.

Sumber di SPRM memberitahu MalaysiaNow, sekurang-kurangnya 10 pegawai telah pun bersara baru-baru ini atau bakal bersara tidak lama lagi.

Mereka termasuk Pengarah Kanan Siasatan Hishamuddin Hashim, individu yang dinamakan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock pada 2009, beberapa jam selepas bekas pegawai DAP itu dibawa untuk soal siasat di pejabat SPRM di Shah Alam.

Antara yang telah bersara dalam beberapa bulan kebelakangan ini ialah Pengarah Kanan Operasi Khas Tan Kang Sai, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Norazlan Mohd Razali, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional Abd Aziz Aban, Timbalan Pesuruhjaya Kanan Siasatan Izani Wan Ishak, Pengarah SPRM Kedah Rosley Mohamad Satar dan rakan sejawatannya di Perak, Mohd Fauzi Mohamad.

Mereka yang bakal bersara dalam beberapa minggu akan datang ialah Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin dan rakan sejawatannya di Selangor, Alias ​​Salim.

Sementara itu, difahamkan pengarah SPRM Johor Azmi Alias ​​telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

Pada Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian misteri Beng Hock mendapati Hishamuddin dan pegawai bawahannya Mohamad Anuar Ismail dan Ashraf Mohd Yunus telah memainkan peranan dalam kematian Teoh.

Hishamuddin baru-baru ini ditugaskan mengetuai siasatan SPRM melibatkan syarikat milik kerajaan negeri Selangor Menteri Besar Inc (MBI).

Pada 1 Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga Teoh, dua minggu selepas kekecohan di luar Parlimen apabila mereka cuba menyerahkan memorandum menggesa dibuka semula siasatan berhubung kematiannya.

Anwar ketika itu mengumumkan siasatan baharu mengenai kematian Teoh akan dijalankan secara telus dan adil.

Awal bulan lalu, keluarga Teoh meluahkan rasa kecewa atas ketiadaan sebarang tindakan pihak berkuasa di sebalik jaminan yang diberikan perdana menteri sendiri.

"Bagaimanapun kami tidak melihat sebarang tindakan daripada polis setakat ini," kata satu kenyataan dikeluarkan sebuah yayasan atas namanya, Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi.

"Membuka semula kes Teoh Beng Hock hanyalah, memetik pepatah terkenal Cina, seperti mendengar bunyi tapak kaki namun tiada siapa yang turun," katanya.

Pada 2009, Teoh, yang ketika itu pegawai kepada Adun DAP Ean Yong Hian Wah, ditemui terbaring di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, hanya beberapa jam selepas dia ditahan untuk disoal siasat di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Pada 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memberikan keputusan terbuka dengan menyifatkan kematiannya bukan disebabkan bunuh diri, pembunuhan atau penglibatan pihak ketiga.

Pada tahun sama, siasatan diraja mendapati Teoh "terdorong untuk membunuh diri" kerana kaedah soal siasat agresif yang digunakan oleh pegawai SPRM.

Tiga tahun kemudian, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan inkues, dan mengesyorkan polis untuk membuka semula siasatan.

    WOIT

PELIK KENAPA

PARTI DAP TAK

KEMPEN UNTUK

BELA KEMATIAN

TEO BENG HOCK

AMIN

HAKIM ARAH 

POLIS SIASAT

AMIN

APA HASIL

SIASATAN ITU

JENG JENG JENG

AMIN

JIKA TRUMP BERBAIK DENGAN PUTIN - DIA AKAN DIJIMATKAN




Putin anggap Trump lelaki `berani', sedia adakan perbincangan

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata beliau sedia mengadakan perbincangan dengan Donald Trump yang dianggapnya sebagai seorang 'berani', sambil mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada beliau," kata Putin dalam ucapannya pada Forum Valdai di bandar Sochi, selatan Russia.

Apabila ditanya sama ada beliau terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Trump, Putin menjawab, 'sedia'.

Sebelum Pilihan Raya AS, Putin pernah mengungkapkan beliau lebih suka melihat Joe Biden, dan kemudian Kamala Harris, berada di Rumah Putih apabila ditanya calon mana lebih baik untuk Russia.

Tetapi, Moscow sejak sekian lama dilihat menyambut baik latar belakang anti pemerintah Trump dan huru-hara yang disuntiknya ke dalam politik Amerika dan global.

Moscow secara meluas didakwa campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden 2016 untuk meningkatkan kempen Trump menentang Hilary Clinton.

Bagaimanapun, Kremlin berulang kali menolak tuduhan berkenaan.

Pemimpin Kremlin pada semalamjuga berkata beliau kagum dengan cara Trump mengendalikan dirinya ketika cubaan untuk membunuh dalam satu perhimpunan awal tahun ini.

"Dia ternyata seorang yang berani," kata Putin.

"Orang ramai menunjukkan siapa mereka dalam keadaan luar biasa. Di sinilah seseorang itu mendedahkan dirinya. Dan dia menunjukkan dirinya, pada pendapat saya, dengan cara yang sangat betul, dengan berani. Seperti seorang lelaki," kata Putin.- AFP


DAULAH

 TERPENDAM

AKAN BERGERAK

AMIN

TRUMP TIDAK

AKAN DI BENAR

BERBAIK DGN PUTIN

AMIN

AMERIKA PERLU

JADIKAN RUSIA

MUSUH

AMIN

RUSIA INI

 UNTUK PROJEK

KILANG SENJATA

AMIN

KHALAS

PEROMPAK LAKI BINI


43.9 JUTA RINGGIT

PERCURI LAKI BINI

ROMPAK

AMIN

MADANON BUAT TEMBOK


TRUMP BUAT

TEMBOK DI MEXICO

AMIN

MADANON BUAT

TEMBOK DI MADANI

KHALAS

Unknown commented on
 "KEPUTUSAN MUKTAMAD"

Trump nak bina tembok Mexico siap dibayar oleh Mexico kah kah kah, selepas ini projek bina tembok akan dibagi kepada Madani, kerana Madanon berjaya membina tembok kaum agama wira perkasa negara kah kah kah

MAKE LOVE NOT WAR


TRUMP

MAKE LOVE

NOT WAR

AMIN

Unknown commented on 
"BODOH JADI PAK TURUT"

Teram ramai teman tapi mesra seluruh dunia. Dia empunya miss world. Mustahil dia mau perang. Dia mau cinta. Make love no war.

PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 8 NOVEMBER 2024
KES FASHION VALET
MASIH JADI BERITA HANGAT
KENAPA TIDAK
 BERJUTA JUTA DUIT RAKYAT 
DI REMBAT UNTUK KRONI
JENG JENG JENG

SOALAN SOALAN
MINAH DAN LAKINYA INI
KORONI SAPA?
KORONI KE KRONI
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG

KES 5G JUGA
HEBOH
NAMPAKNYA MADANON INI
MAKIN BERAT
KAH KAH KAH

BUKA MULUT MOHONG
BUKAK MULUT MOHONG
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMP DAH MULA
NAK  LANTIK PEGAWAI
DALAM KERAJAAN
MUKA MUKA
SEPERTI ELON MUSK
SEPERTI JFK
APAKAH PERANAN MEREKA?
JENG JENG JENG

RUSIA
PUTIN UCAP TAHNIAH
PADA DONALD TRUMP
DENGAN HARAPAN
DAPAT JUMPA DAN BINCANG

UKRAINE
ZELENSKIY GELABAH
KERANA TRUMP TAK BERAPA
MINAT NAK TERUS SOKONG
PERANG  DENGAN RUSIA

ISRAEL
YOAV GALLANT
BEKAS MENTERI PERTAHANAN
YANG KENA TENDANG
BERKATA 
TAK ADA APA LAGI
NAK DIBUAT DI GAZA

AMERIKA
TRUMP BARU SAJA LANTIK
SUSE WILES
PEREMPUAN GARANG
SEBAGAI  PENGURUS BESAR
PEJABAT  TRUMP

HOKKIEN
PAGI INI HUJAN RENYAI
GUA TAK MASUK HOKKIEN
GUA JALAN DALAM
TEMPAT LETAK KERETA
UNTUK TAK TAK DAN EZI
KENCING BERAK

MASA GUA MENGETIK INI
HUJAN DAH BERHENTI
SUASANA CERAH
MUNGKIN JAP LAGI
MATA HARI MUNCUL

GUA HARAP AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM UJUNG MINGGU
ENAK UNTUK MELEPAK

BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
SAMBUT PAGI JUMAAT

BRO
BERUBAH INI MEMANG
SUSAH
AWAL  MULA
AKAN KACAU
TAPI AKHIRNYA
INDAH

BRO
LU TAK FAHAM RASA BAHAGIA
JIKA LU TAK RASA
KESEDIHAN

BRO
HIDUP INI PENDEK
JANGAN BENARKAN
USTAD  YOUTUBE
KONTROL LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT