Ahad, 20 Oktober 2024

ISLAM BUDAYA & KESEDARAN MELAYU


ISLAM BUDAYA

DAN

KESEDARAN MELAYU

AMIN

PEKERJA DI YUNANI BOIKOT KAPAL ZIONIS ISRAEL


PEKERJA DI YUNANI

BOIKOT KAPAL

ZIONIS  ISREAL

AMIN

SETANYAHU JUGA AKAN DIHAPUSKAN


SETANYAHU JUGA

AKAN DIHAPUSKAN

AMIN

MINYAK RON NAIK HARGA ?


MINYAK RON

NAIK HARGA ?

AMIN

BUKAK MULUT MOHONG TERUS JADI PEMBOHONG BERSIRI


BUKAK 

MULUT MOHONG

TERUS JADI

PEMBOHING BERSITI

KAH KAH KAH

AMIN

PANDANGAN RASIONAL DARI SOSOK BUKAN ISLAM



RUU Mufti: Ka Siong gesa kerajaan perpaduan ambil pandangan pelbagai pihak


KUALA LUMPUR – MCA akan menyokong apa juga Rang Undang-undang (RUU) yang baik untuk dibawa ke Parlimen bagi diluluskan.

Bagaimanapun, Presidennya, Wee Ka Siong berpendapat, RUU Mufti yang akan dibentangkan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat kali ini haruslah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk MCA, sebagai parti komponen kerajaan.

“MCA tiada wakil dalam Kabinet tetapi bagi Barisan Nasional, kita kena menyampaikan pandangan daripada semua kaum. Termasuklah parti-parti politik, mesti ada suara kedengaran daripada perspektif bukan Islam atau masyarakat Cina.

“MCA telah menyatakan pandangan secara rasmi baru-baru ini, dan diharapkan ia diambil kira sebelum RUU ini dibentang dan diluluskan.

“Terserah kepada Jemaah Menteri dan kerajaan hari ini untuk berlandaskan kepada nilai-nilai yang kita dokong selama ini, memastikan apa jua RUU yang akan menjadi Akta atau undang-undang pada masa akan datang, tidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 71 di Dewan San Choon, hari ini.

Tambah Ka Siong lagi, kerajaan seharusnya memperhalusi apa-apa peruntukan dalam RUU berkenaan dengan teliti sebelum dibawa untuk digubal di Dewan Rakyat.

Pendekatan itu kata Ka Siong adalah penting sebagai kelulusan pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan berhubung kait isu taraf kewarganegaraan yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.

“Bagi saya, apa jua RUU perlulah melalui proses yang sama, iaitu mendengar suara rakyat daripada pelbagai latarbelakang.

“Saya yakin, apabila kerajaan mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk, meraikan kepelbagaian dan memelihara hak serta kebebasan rakyat dengan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, maka sudah tentu kehidupan rakyat Malaysia menjadi lebih sejahtera,” katanya lagi.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Media sebelum ini melaporkan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula Isnin lalu mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan. 

TAHNIAH !!!

KITA WAJIB 

DENGAR

PANDANGAN DARI

SESIAPA SAJA

AMIN

INI PANDANGAN

RASIONAL

DARI SOSOK

BUKAN ISLAM

AMIN

INI MEMBUKTIKAN

BAHAWA NEGARA

KITA BERBILANG

AGAMA

AMIN

JANGAN DISEMPIT

DAN DI SUSAHKAN

HIDUP INI DENGAN

PELBAGAI HUKUM

DAN SYARAT

AMIN

KHALAS

WAJIB BACA - JANGAN KAPIR MENGKAPIR


WAJIB BACA

AGAR TIDAK

TIMBUL TUDUHAN

KAPIR MENGKAPIR

ATAU AJARAN SESAT

AMIN


RUU Mufti: Ulasan terhadap titah DYMM Raja Perlis dan kritikan Mufti Perlis
PADA 2 Julai 2024, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama) telah membentangkan Rang Undang-Undang Mufti Wilayah Persekutuan 2024 (RUU Mufti) bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula 14 Oktober 2024.

Pada 10 Julai 2024, Berita Harian menyiarkan berita “Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda tidak berkenan apabila nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

Perkembangan itu dimaklumkan melalui Mufti Perlis  Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook hari ini.”

Pada 11 Julai 2024, i Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) memaklumkan “perincian mengenai… (RUU Mufti)… itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu hadapan.

Perdana Menteri berkata, ketika ini RUU berkenaan dalam proses perbincangan di peringkat pakar.

“RUU Mufti sedang dibincang dan mendengar pandangan, (bagaimanapun) tidak ada pertikaian dalam soal Ahli Sunnah Wal Jamaah dan merujuk (mazhab) Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali serta pandangan lain.””

Pada 16 Oktober 2024, Astro Awani melaporkan “Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis) mengkritik keras Menteri Agama kerana mensyaratkan akidah Ashairah dan Maturidiyyah sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Mufti Perlis itu berkata, “kebanyakan besar umat Islam tidak memahami berkaitan ajaran Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Malah beliau …. mendakwa Mohd Na’im sendiri belum tentu faham berkaitan perkara itu.

“Saya berani katakan, insya-Allah Menteri Agama yang beriya-iya mahu mensyaratkan akidah rakyat dengan syarat-syarat itu pun kurang faham. Saya boleh buktikan, insya-Allah jika saya diberikan ruang secara terbuka disaksikan rakyat untuk bersoal-jawab dengan beliau berkaitan beberapa soalan tentang Ashairah, Maturidiyyah, al-Junaid dan al-Ghazali.

“Jika beliau benar, beliau dahululah buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat. Jika beliau sendiri tidak mampu, apakah beliau mahu menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya menyesatkan diri?” soalnya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Katanya, RUU yang Menteri Agama mahu laksanakan akan menjadikan keislaman seseorang di Wilayah Persekutuan tidak dianggap mencukupi sehinggalah individu itu menganut Ashairah, Maturidiyyah, bertasawuf dengan cara Junaid al-Baghdadi dan al-Ghazali.

“Jika tidak, muslim itu dianggap terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menganut ajaran sesat. Di sana ada akta ajaran sesat yang boleh dikenakan,” ujarnya.

Mohd Asri menambah, untuk mengikuti mazhab akidah seperti Ashairah dan Maturidiyyah, ia tidak memadai sekadar mengetahui nama pengasas dan beberapa isu teologi sahaja.

Sebaliknya ia perlu memahami perbahasan akidah berkaitan qidam, azali, jisim, jauhar, masa, tempat dan beberapa teori serta andaian hukum fizik yang pelbagai.

Asri berkata dia percaya sekurang-kurangnya 97 peratus orang Islam di negara ini tidak mampu memahami perbahasan akidah Ashairah dan Maturidiyyah.

“Apakah dengan RUU ini, maka era kafir mengkafir sesama umat akan bermula? Sesat menyesatkan akan menjadi agenda kerajaan? Rakyat akan diuji keabsahan akidah mereka?

“Atau mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke kad pengenalan, Agama: Islam Ashairah Maturidiyyah Junaid dan Ghazali. Apa yang saya lihat, ini isu sektarian yang disumbat kepada Kerajaan MADANI. Agenda orang lain yang ingin mengkultuskan yang cuba menggunakan undang-undang negara,” katanya lagi.

Mohd Asri sebelum ini mengajak Mohd Na’im tampil berdialog dengannya berhubung RUU itu selain meminta media rasmi kerajaan memberi ruang berkenaan secara terbuka agar rakyat menyaksikan cara menteri berkenaan mempertahankan ideanya.”

Oleh sebab ulasan saya terhadap titah DYMM Raja Perlis lebih ringkas, biarlah saya menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya bersetuju bahawa perkara ini tidaklah patut dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk mendapat persetujuan atau sokongan kerana ia terletak di luar bidang kuasa Majlis itu. Ia mungkin akan menyebabkan perbezaan pendapat dan menampakkan perpecahan dalam Majlis itu, apatah lagi mengenai satu perkara yang terletak di luar bidang kuasa Majlis itu. – Lihat, antara lain, rencana-rencana saya bertajuk: Perpaduan Umah: Patutkah Raja-Raja Dilibatkan? (24 05 2016), Majlis Raja-Raja: Fungsinya Menurut Perlembagaan Persekutuan (19 09 2017) dan Tidak Sesuai Meletakkan Jakim Di Bawah Majlis Raja-Raja (18 03 2022).

Undang-undang yang hendak dibuat itu pula adalah sama seperti undang-undang negeri. Ia hanya terpakai di Wilayah Persekutuan. Ia perlu dibuat oleh Parlimen kerana Wilayah Persekutuan tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri.

Tidak ada keperluan bagi negeri-negeri yang hendak membuat undang-undang yang sama merujukkannya kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Demikianlah sebaliknya. Jika ada Raja-Raja yang tidak bersetuju, adakah ia akan ditarik balik? Adakah ia akan menghalang mana-mana negeri membuatnya, walaupun ia bukanlah halangan undang-undang?

Lagi pula, ini adalah isu ilmiah yang, dengan hormat, saya percaya, Raja-Raja tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan mengenainya.

Tetapi, jika ada Raja-Raja yang ingin mengetahui, Majlis Raja-Raja bolehlah menjemput mana-mana ilmuan untuk memberi taklimat mengenainya tanpa menghendaki Raja-Raia memberi pendapat, mengambil pendirian atau memberi persetujuan di akhirnya.

Sebelum membincang kritikan Mufti Perlis itu, eloklah saya perturunkan peruntukan berkenaan:

“Mufti dan Timbalan Mufti

3. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri selepas berunding dengan Majlis, melantik seorang Mufti dan apa-apa bilangan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(2) Seseorang itu layak menjadi Mufti atau Timbalan Mufti sekiranya—

(a) dia seorang warganegara Malaysia;

(b) dia seorang Ahli Sunah Waljamaah; dan

(c) dia mempunyai kepakaran dalam Hukum Syarak.

(3) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Bagi maksud seksyen ini, “Ahli Sunah Waljamaah” ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah—

(a) berkenaan dengan akidah, yang mengikut pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;

(b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa; dan

(c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.”

Membaca kritikan Mufti Perlis itu dan peruntukan berkenaan yang saya telah perturunkan, adalan jelas Mufti itu telah tersasar keluar daripada konteksnya. Tafsiran “Ahli Sunah Waljamaah” dalam subseksyen (4) adalah untuk tujuan seksyen itu, iaitu seksyen 3 berkenaan pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti. Tajuk seksyen itu adalah “Mufti dan Timbalan Mufti”. Seksyen itu bermula dengan kata-kata “Bagi maksud seksyen ini…”

Selepas itu diikuti pula dengan tafsiran kata-kata “Ahli Sunah Waljamaah” itu. Ertinya  syarat yang disebut dalam tafsiran itu hanya terpakai bagi pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

Ia bukanlah syarat keislaman seseorang yang tinggal di Wilayah Persekutuan.  Maka, soal 97% penduduk Wilayah Persekutuan tidak mampu memahaminya tidak timbul langsung. Takkanlah mereka semua hendak menjadi Mufti atau Timbalan Mufti? Peruntukan itu bukan mengatakan seseorang yang tinggal di Wilayah Persekutuan hendaklah memenuhi  syarat-syarat itu baru dia diterima sebagai seorang Islam. Bagaimana kelayakan menjadi Mufti dan Timbalan Mufti akan menyebabkan timbulnya masalah kafir mengkafir seperti di antara penyokong PAS terhadap penyokong UMNO dahulu? Mengapa syarat kelayakan Mufti dan Timbalan Mufti perlu dimasukkan ke dalam kad pengenalan penduduk Wilayah Persekutuan?

Sama ada syarat-syarat itu patut dijadikan syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti dari persektif Syariah adalah soal lain. Saya tiada ilmu mengenainya dan tidak layak memberi pendapat mengenainya. Mufti Perlis yang mengaku mengetahuinya dengan mendalam patut mengemukakan hujah-hujahnya dari perspektif ini. Malangnya, beliau tidak berbuat demikian. Sebaliknya, beliau memilih untuk memperlekehkan pengetahuan Menteri Agama itu, hingga, antara lain, beliau sanggup berkata:

“Jika beliau benar, beliau dahululah buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat. Jika beliau sendiri tidak mampu, apakah beliau mahu menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya menyesatkan diri?” soalnya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Itu bukan cara berhujah ilmiah. Hujah ilmiah hendaklah tertumpu kepada alasan-alasan yang menguatkan atau melemahkan sesuatu pendapat mengenai isu yang dibincangkan, bukan dengan menyerang peribadi orang berkenaan dan membuat tuduhan liar terhadapnya.

Adakah setiap kali seorang Menteri hendak membentang satu rang undang-undang, beliau perlu membuktikan kepada pakar-pakar dalam bidang berkenaan bahawa beliau lebih faham mengenainya daripada orang lain?

Katakanlah apa yang disebut dalam tafsiran itu patut dijadikan syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti, dari segi gubalan, patutkah ia disebut dalam undang-undang? Dalam menggubal undang-undang, kita perlu waspada supaya tidak berkata terlalu banyak, nanti kita akan terjerat dengan perkataan kita sendiri.

Saya lebih memihak kepada tidak menyebutnya. Walaupun tidak disebut, ia boleh dilaksanakan. Biasanya kita tahu aliran pemikiran seseorang yang sudah cukup kanan untuk menjadi calon Mufti dan Timbalan Mufti. Dari awal mereka yang tidak dikehendaki boleh diketepikan. Bagaimana Dr. Maza dipilih menjadi Mufti Perlis? Tidak ada undang-undang yang menyatakan syaratnya. Tetapi, kita semua tahu pelantikannya selaras dengan apa yang dikehendaki daripada Mufti Perlis. Demikian jugalah sebaliknya di negeri-negeri lain.

Kedua, kita tidak dapat lari dari reality bahawa undang-undang apa pun, termasuk Syariah, terutama sekali dalam bidang muamalat, akan berkembang dan membuat adjustment mengikut keadaan masa dan tempat. Setelah tinggal di Mesir selama beberapa tahun, Imam Shafie pun revise fatwa-fatwanya.

Kita hidup lebih daripada 1,000 tahun selepas kematian ulama-ulama itu. Bayangkan betapa terkejutnya Imam Shafie melihat jual-beli dilakukan di zaman in dibandingkan dengan di zaman Rasul Allah (S.A.W), malah di zaman beliau sendiri. Adakah beliau akan terus menghendaki penjual, pembeli dan barangan ada di tempat dan masa yang sama lagi?

Apatah lagi dalam perbankan dan kewangan Islam. Mufti-Mufti dengan kelulusan Syariah pun sudah tidak faham lagi, bukan tidak faham hukum mengenai riba dan lain-lain, tetapi tidak faham fakta untuk mengetahui hukum yang sesuai dikenakan kepadanya.

Sorang Mufti, berkelulusan Universiti Al-Azhar, dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah di sebuah institusi kewangan. Selepas  hadir mesyuarat sekali, beliau terus meletak jawatan atas alasan beliau tidak faham kerana tahap  perbincagan terlalu tinggi. Usaha memujuk beliau menarik balik peletakan jawatannya gagal. Saya respect pendirian beliau tetapi saya lebih suka jika beliau menunggu beberapa bulan untuk membuat keputusan itu.

Mufti Perlis itu tidak sepatutnya mencabar Menteri Agama berdailog dengannya. Walaupun laporan itu menggunakan perkataan “mengajak”, dibaca keseluruhan apa yang dikatakan oleh beliau, terutama sekali tuntutannya supaya “diberikan ruang secara terbuka disaksikan rakyat untuk bersoal-jawab dengan (Menteri Agama)”, ia jelas menunjukkan beliau hendak memperbodohkan Menteri Agama di khalayak ramai, bukan untuk mengemukakan pendapat dan hujah-hujah beliau untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan.

Menteri Agama adalah lantikan politik. Beliau tidak semestinya alim dalam semua bidang agama. Jika Mufti Perlis itu hendak berdialog, eloklah berdialog dengan Mufti-Mufti negeri lain yang menyokong cadangan itu.

Bagi saya, berdialog seperti yang dikehendaki oleh Mufti Perlis itu bukanlah cara yang sesuai untuk berbincang perkara ini. Dialog ini tiada bezanya dengan perbahasan yang bertujuan mencari siapa menang, bukan untuk berbincang dengan fikiran terbuka, mendengar pandangan dan hujah-hujah sebelah lagi, menimbang dengan saksama dan membuat keputusan yang adil tanpa mengira menang-kalah. Yang penting adalah mencari keputusan yang adil dan terbaik. Dialong sebagaimana yang dicadangkan oleh Mufti Perlis itu semestinya tidak akan menghasilkan keputusan yang terbaik dalam perkara ini. Ia tidak akan mengubah apa-apa. Kedua pihak akan mempertahankan pendirian masing-masing kerana takut kalah.

Kesimpulan

RUU Mufti itu bukanlah sesuatu yang baru dan radikal. Kebanyakan peruntukannya telah menjadi amalan sekian lama tanpa menimbulkan apa-apa bantahan. Ia dikumpul dan diletakkan dalam satu Akta bersama-sama dengan amalan sekian lama untuk diperundangkan supaya lebih jelas dan mudah dirujuk.

Cuma ada satu perkara yang dibantah. Melihat dari segi gubalan, ia tidak perlu disebut kerana, selama ini, tanpa disebut pun itulah yang dilakulkan. Tetapi, manalah tahu, mungkin suatu hari, kita memerlukan seorang Mufti yang lebih terbuka fikirannya sesuai dengan perkembangan Syariah yang diperlukan, terutama sekali dalam muamalat, khususnya perbankan dan kewangan Islam dan takaful. Saya fikir, memadailah sekadar disebut “Ahli Sunah Waljamaah” tanpa memberi tafsirannya.

Dengan sedikit pindaan itu, proses memperundangkannya bolehlah diteruskan tanpa merujukkannya kepada Majlis Raja-Raja.

20 Oktober 2024

PERJUANGAN DITERUSKAN



Bezanya pemimpin berusia 100 tahun ini dan pembangkang lain

SEMALAM 19 Oktober, dari katil hospital, pemimpin berusia 99+ tahun ini masih menulis.

Cuma lima paragraf. Bertajuk A BRAVE NEW WORLD. Tun Mahathir Mohamad tetap menulis. Suaranya bergema. Beliau memang suka menulis dari usia muda. Surat beliau mengkritik Tunku Abdul Rahman, juga ditulis tangan. Dia luahkan apa yang ada dalam hatinya.

Semasa saya bertemu beliau di pejabatnya baru-baru ini, beliau sedang menulis sesuatu dengan tulisan tangan yang kemas, bagi siaran X.

Sesama wartawan kanan kami bercakap. Suara Dr Mahathir terus menyengat. Tapi mana dia suara pembangkang? Mana dia suara Ketua Pembangkang — mengapa senyap?

Walaupun Dr Mahathir (juga) diasak kiri-kanan oleh kerajaan semasa, termasuk melawan kes “Kutty” di mahkamah, anaknya dikacau; Tun M tetap bersuara, walaupun dari atas katil IJN.

Sayang sekali, puak pembangkang yang kita tahu akaun-akaun mereka– termasuk anak bini kena beku — terus senyap?

Itu bezanya orang tua berusia 100 tahun itu dengan yang “lain-lain”.

Sekian.

( INI TULISAN ITU )

A brave new world

By Dr Mahathir Mohamad

SMALL nations should take note of what is happening in the Middle East or West Asia.

2. It is clear that if your country is invaded and your people are massacred expect no help from anyone.


3. There will be meetings of the Security Council and the General Assembly of the United Nations. Pious resolutions would be made.

4. But the aggressor nation would ignore the UN and go on killing.

5. This is the brave New World that hundreds of millions of young people died for.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
19 October 2024

KENAPA ANWAR TAK SAMAN BLOOMBERG ?



KENAPA ANWAR

TAK SAMAN 

BLOOMBERG

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on 
"ANWAR AKAN SAMAN 
PADA HARI SELASA"

tunggu saman hari selasa x saman! tunggu punya tunggu sampai hari sabtu, saman belum tentu eleek poodah! apa pun dengar dengar jgn cepat picaya atau buat buat dengar saja kahkahkah sudah gaharu cendana pulak,. ..

WALANUN - KAH KAH KAH


WALANUN

KAH KAH KAH

AMIN

MENTERI CURI DUIT NEGARA MELALUI PROJEK - RAKYAT CUIT DUIT TABUNG MASJID


MENTERI CURI

DUIT NEGARA

MELALUI PROJEK

AMIN

RAKYAT CURI DUIT

PECAH TABUNNG

 MASJID

AMIN

DUA DUA 

PENYAMUN

KHALAS

JANGAN SALAHKAN TUHAN



JANGAN 

SALAHKAN TUHAN

AMIN

JANGAN

SALAHKAN USTAD

AMIN

SALAHKAN DIRI

SENDIRI PERCAYA

PADA CERITA

KARUT

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"AIR PASANG BESAR SAMPAI"

Yg di landa banjir dan air pasang banyak terjurus di kawasan Melayu. Mungkin tuhan sudah bosan dengan gelagat orang Melayu .. suka jual igama, usTaT jual obat, ustazah jual obat bagi panjang mcm belalai gajah. Jual air doa RM50 sebotol .. Tahfiz dah jadi pusat rogol dan amang planta.

MANUSIA PEMUSNAH ALAM


MANUSIA

PEMUSNAH

ALAM

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Dua nya benar. 4000 butir bom nukliar telah diletupkan diseluruh dunia sejak 90 tahun dahulu. Tangan manusia yang membakar rumahnya sendiri. Alam benar benar mahu menghalau manusia.

SOLDADU ZIONIS SERANG HOSPITAL INDONESIA DI GAZA


SOLDADU ZIONIS

SERANG HOSPITAL

INDONESIA DI GAZA

AMIN

BODOH DAN TAMAK




Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang  Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan pada Julai dan Ogos lepas.

“Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Okt, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat. – BERNAMA


WOIT

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

INI KES BODOH

DAN TAMAK

NAK CEPAT KAYA

AMIN

PADAN MUKA

PADA YG BODOH

PADA YG TAMAK

KITA TAK PERLU

BERSIMPATI

AMIN

KHALAS

HIZBULLAH SERANG RUMAH SETANYAHU


Dron serang kediaman Netanyahu

BAITULMAQDIS: Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan sebuah dron dilancarkan ke arah kediaman Benjamin Netanyahu di Caesarea hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan sebuah dron dari Lubnan menghentam sebuah struktur di bandar tengah Israel.

"Sebuah UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) telah dilancarkan ke arah kediaman Perdana Menteri di Caesarea.

"Perdana Menteri dan isterinya tidak berada di lokasi terbabit. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu," kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Ia tidak jelas sama ada struktur yang dilaporkan tentera terkena bedilan dron berkenaan oleh adalah kediaman peribadinya.

Tentera melaporkan tiga dron dilancarkan dari Lubnan hari ini.

Dua daripadanya berjaya dipintas.

Satu serangan peluru dilancarkan dari Lubnan ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel selang waktu tertentu.

Satu serangan peluru peluru telah dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel pada selang waktu tertentu.

Sementara itu, pihak berkuasa Lubnan melaporkan dua orang terbunuh dalam serangan Israel di Jounieh dekat utara Beirut, hari ini.

Ia dikatakan serangan pertama di kawasan itu sejak Hizbullah dan Israel mula bertukar serangan tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, serangan Israel mengenai sebuah kereta di Jounieh, dengan media kerajaan Lubnan melaporkan bahawa serangan itu berlaku di sebuah lebuh raya utama menghubungkan ibu kota dengan bahagian utara negara itu. - AFP


HIZBULLAH

YANG HEBAT

AMIN

BOLEH HANTAR

DRONE CARI

RUMAH SETANYAHU

AMIN

ERTINYA HIZBULLAH

TAHU DI MANA

SETANYAHU 

TIDUR

KAH KAH KAH

AMIN