Khamis, 19 September 2024

LEBANON MELEDAK LAGI


LEBANON

MELEDAK LAGI

AMIN

PENCERAHAN JANJI MADANI DENGAN PERIKATAN


PENCERAHAN

JANJI  MADANI

DENGAN PARIKATAN

AMIN

DASAR BARU ARAB SAUDI DENGAN PALESTIN


DASAR BARU

ARAB SAUDI

DENGAN PALESTIN

AMIN

KL CERAH PANAS - KEDAH BANJIR


KL CERAH PANAS

KEDAH BANJIR

AMIN

GELOMBANG PERIKATAN BOCOR ?



PRK Mahkota cetus kebangkitan rakyat tolak Kerajaan Perpaduan – Idris

KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menjadi titik kebangkitan rakyat menolak Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, gelombang kebangkitan tersebut akan bermula di DUN Mahkota sebelum disemarakkan dengan semangat itu berterusan hingga menjelang PRU-16.

Jelasnya, walaupun keputusan tersebut hanya melibatkan pengudi DUN Mahkota, signifikannya besar kerana mewakili seluruh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.

“Ia mewakili 32 juta rakyat Malaysia untuk melihat gelombang rakyat dan terus semarak dan membakar semangat untuk pastikan kepimpinan negara bertukar kepada Perikatan Nasional (PN).

“Harap pengundi PRK DUN Mahkota buat Keputusan yang baik dan tepat. Harapan besar undilah Coach Haizan (calon PN), tak rugi pilih, beliau orang yang berperwatakan dan berpengaruh. Penting untuk anak muda beri (undi) dan buat keputusan terbaik Sabtu depan (hari mengundi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Penerangan PN,  Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor,  Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Mengulas lanjut, Idris percaya anak muda dapat melakukan perubahan termasuk dalam PRK DUN Mahkota dan perkara tersebut sudah dilakukan mereka sebelum ini.

Katanya, mereka paling mudah menerima perubahan kerana kebanyakannya tidak mempunyai pegangan atau menyertai parti politik sekali gus senang berlaku kebangkitan orang muda.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya  Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.- 

UCAPAN INI

AKAN JADI

ANGAN ANGAN

KOSONG

KAH KAH KAH

GELOMBANG

AKAN BOCOR

AMIN

KALAU TAK

BANGUN MELAWAN

KALAU TAK

KE JALAN RAYA

JANGAN HARAP

AKAN BERJAYA

AMIN

KHALAS

MADANI TAK PERLU KELENTONG



Lantik pihak berkecuali draf MoU, elak pertikaian berterusan - Penganalisis politik

KUALA LUMPUR : Pihak berkecuali boleh dibentuk untuk menyediakan draf Memorundum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang sekaligus mengelak pertikaian isu MoU berterusan yang akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

Penganalisis politik berpendapat, pihak berkecuali yang diterima kedua-dua pihak ini mesti bertindak mengumpul seberapa banyak cadangan, permintaan serta syor dari kerajaan dan pembangkang, sebelum satu draf akhir MoU dikemukan untuk dipersetujui.

Penganalisis politik yang juga Prof Khas Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM),  Dr Ismail Sualman berkata, draf MoU itu mesti meletakkan keadilan kepada semua pihak atau berada di situasi menang-menang serta tidak bersifat berat sebelah.

"Sekarang ini kerajaan sudah pun dibentuk. Keutamaan kini adalah kepada rakyat dan negara. Jadi, wajar kedua-dua pihak hentikan 'politiking' yang tidak berkesudahan dan menumpukan kepada usaha untuk mencari kesepakatan bersama dalam memeterai MoU.

"Setiap wakil rakyat yang dipilih, mereka mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan pengundi dikawasannya. Sebahagian mereka amat memerlukan peruntukan dan dana segera untuk disalurkan kepada kawasan dan pengundinya.

"Jadi, kalau isu MoU ini berpanjangan, ia tidak mendatangkan faedah. Malah, ini boleh menjadi sebab sebilangan Ahli Parlimen khususnya pembangkang terpaksa beralih sokongan kepada kerajaan, biarpun tanpa melompat parti, yang akhirnya juga akan memberi sentimen tidak baik kepada kedudukan kerajaan," katanya.

Ditanya sama ada wajar drafnya perlu menyerupai klausa dalam MoU ketika era pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri, beliau berkata kandungan MoU itu sebaiknya mengikut kehendak dan situasi politik semasa.

Justeru itu, katanya hal berkaitan 3R (agama, raja dan bangsa) masih wajar dimuatkan dalam MoU, memandangkan ganggu gugat politik yang mengundang keresahan dan kebimbangan ramai termasuk pihak berkuasa waktu ini, amat berkait dengan sentimen 3R.

"Cumanya, isu 3R ini tak seharusnya hanya mengikat Ahli-ahli Parlimen pembangkang, sebaliknya turut diperluas kepada semua wakil rakyat kerajaan juga. Jadi, kedua-dua pihak atau orang politik lain, mereka mesti bertanggungjawab dan berhati-hati dalam percakapan serta tidak sewenang-wenangnya memanipulasi isu 3R untuk kepentingan politik mereka.

"Biarpun dalam MoU sebelum ini (ketika pertadbiran Ismail Sabri) tidak disentuh 3R, namun realiti politik ketika ini, ia wajar dimuatkan sebab yang mencetuskan kehangatan isu 3R ini pun orang politik sendiri, tak kira mereka dari mana-mana pihak," katanya.

MoU Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada 13 September 2021, mengandungi klausa perjanjian yang hanya berkait urusan di Parlimen seperti komitmen menyokong atau berkecuali terhadap usul dan Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentang kerajaan di Dewan Rakyat serta usaha transformasi dalam pentadbiran.

Berbeza dengan MoU terbaru ini, ia memuatkan komitmen wakil rakyat khususnya pembangkang supaya mengelak membangkitkan isu 3R, kenyataan mengandungi elemen hasutan serta keganasan, sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Sementara itu, penganalisis politik yang juga Ahli Sains Politik, Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat berkata, pembangkang wajar diberi ruang untuk memberi cadangan dalam MoU, memandangkan pokok rundingannya adalah berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat.

Beliau berkata, sudah ada beberapa negeri menyediakan sistem bagi menyelenggara dana peruntukan, yang mana ia sebenarnya boleh dijadikan rujukan.

"Kita ada contoh yang boleh dijadikan tauladan iaitu di Perak dan Kelantan. Sejak Disember 2020, kemudian selepas PRU lalu, di Kelantan mereka memberikan dana kepada wakil rakyat pembangkang.

"Apa yang kita perlukan supaya dikanunkan (dijadikan undang-undang) saja agar ia tidak berubah pada masa depan.

"Kerajaan Perak dan Kelantan seharusnya membuat enakmen untuk mengkanunkan MoU, dimana ia akan menjadi tauladan dan menunjukkan sama ada kerajaaan Madani juga berminat untuk membawa reformasi," katanya.

Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menolak draf MoU yang dikemuka kerajaan, mendakwa ia mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli Parlimennya.

KERAJAAN

MADANI GOYAH?

KAH KAH KAH

SABAH KE

SARAWAK KE

NAK LARI

KAH KAH KAH

HENTIKAN

KELENTONG

PASTI STABIL

AMIN

KHALAS

PETANG BUMI KUALA LUMPUR YANG INDAH


PETANG

BUMI KUALA LUMPUR

YANG  INDAH

JAM 6.12 MATAHARI 
BELUM TERBENAM
KUALA LUMPUR BUMI
INDAH PERMAI


JAM 6.15 PETANG
HOKKIEN DAN KUALA LUMPUR
BUMI YANG INDAH

JAM 6.57 PETANG
MATA HARI SETENGAH TERBENAM
KUALA LUMPUR
BUMI YANG INDAH

 

WALKIE TALKIE MELETUP !!!



9 lagi maut di Lubnan, kali ini `walkie-talkie' pula meletup

BEIRUT, Lubnan: Sembilan terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera semalam selepas `walkie-talkie' meletup di seluruh negara ini, kata Kementerian Kesihatan.

Kejadian berlaku sehari selepas kelui yang digunakan oleh pejuang Hizbullah meletup serentak di seluruh Lubnan, mengakibatkan 12 kematian dan lebih 2,800 cedera.

"Gelombang baharu `walkie-talkie' meletup...membunuh sembilan orang dan mencederakan lebih 300 lagi," menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Lubnan, sebentar tadi. - AFP

PAGER MELETUP

RAMAI

MATI DAN CEDERA

AMIN

 WALKIE TALKIE

MELETUP RAAMI

MATI & CEDERA

AMIN

DUNIA MENUNGGU

APA JAWAPAN

HIZBULLAH

KHALAS




TALIPON DAN WALKIE TALKIE MELETUP


TALIPON 

DAN WALKIE TALKIE

MELETUP

AMIN

SEAMATKAN BONTOT



SELAMATKAN

BONTOT

AMIN

Unknown commented on
 "APO DAH JADI NEGARO KITO - 
JANGGG OOOI !"

Kempen Selamatkan Bontot perlu dibuat dengan segera, semuanya anak-anak muda kita harus diselamatkan amin, selama ini kita suka melihat bontot orang lain dengan haram halal tetapi bontot kita disondol tanpa disedari semua ini balasan kah kah kah

RUSIA BERSAMA HEZBULLAH


RUSIA BERSAMA

HEIZBULLAH

AMIN

TUKAR KERAJAAN BUKA KES KEMBALI


TUKAR KERAJAAN

BUKA KES

AMIN

Unknown commented on
 "TAHNIAH SPRM
 TANGKAP MUSUH NEGARA"

pengarah tu bukan musuh ke ? kah kah kah

KUASA UNTUK JADI KAYA


UNDI UNTUK

KUASA

AMIN

KUASA UNTUK

JADI KAYA

AMIN

Unknown commented on 
"APO DAH JADI NEGARO KITO - 
JANGGG OOOI !"

Nak rakam cerita mudah saja, siapa nak berkuasa terus? Siapa yang diperlukan untuk terus berkuasa? Pastinya orang Melayu majoriti, undi mereka penting, sekarang ini berpecah belah kepada banyak latar belakang, ada ultra Melayu ada ekstrem Melayu ada pulak ultra agama ekstrem agama jadi semuanya nak satu saja, 

UNDI kah kah kah jadi untuk dapatkan undi, kena pakai mafla Palestin, kena boikot KFC, kena cari stokin, kena cari semua supaya menjadi pejuang tanpa diminta tanpa diajak tanpa dijemput, kah kah kah cara mudah sendiri cari stokin sendiri cari isu sendiri atur pentas sendiri berlakon sendiri wayang kemudian asyik salahkan orang lain, ini strategi lapuk zaman Mahathir Mohamad dahulu masih dikekalkan kerana beralasan penjajah British tak mahu rakyat bersatu padu, 

susah nak uruskan berpecah-belah bagus senang buat projek sendiri kah kah kah kena pameran ulama suci murni, kena pamer diri terbaik, menarik berbillion pelaburan tak nampak, semuanya magic show business kah kah kah sekejap ada sekejap hilang tetapi siapa dapat projek tandas, 

siapa dapat projek baik pulih siapa dapat projek kotak madani, siapa dapat lain imbuhan? Kah kah kah bagi orang baru cari makan, kalau kata semuanya suci murni memang tidak boleh dipercayai kah kah kah darah daging ada genetik United Gerombolan Sdn Bhd

PEMBELOT JANGAN DI AMPON



PEMBELOT

JANGAN DIAMPON

AMIN

DRAFT MEMERANDUM YANG DI TOLAK


Draf memorandum antara Kerajaan Persekutuan dan Perikatan Nasional

Berikut bahagian utama draf memorandum disediakan kerajaan campuran pimpinan Anwar Ibrahim, yang menetapkan beberapa syarat terhadap Perikatan Nasional (PN) sebelum kawasan pembangkang diberikan dana sama rata.

Syarat-syarat tersebut ditolak PN yang menganggap ia bertujuan mengunci mulut ahli Parlimen dalam menjalankan tugas sebagai pembangkang yang berkesan.

Draf

Bahawasanya akibat tiada satu parti yang berjaya memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan secara sendiri pada Pilihanraya Umum Ke-15 yang lepas, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) bersama-sama dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dua (2) ahli Parlimen Bebas yang secara kolektifnya mempunyai Seratus Empat Puluh Lapan (148) kerusi Parlimen, mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, dan telah melebihi dua per tiga (2/3) majoriti keahlian Dewan Rakyat.

Dan bahawasanya Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dengan kebijaksanaannya telah menitahkan Hasrat Tuanku supaya satu Kerajaan Perpaduan dibentuk demi menjamin kestabilan politik bagi membolehkan urusan Kerajaan Persekutuan dapat dijalankan secara lancar dan cekap (Titah Yang DiPertuan Agong). Parti PH, BN, GPS, GRS, dan Warisan telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bertarikh 16hb Disember 2022 untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan bersama dengan Parti PBM, KDM dan dua (2) orang Ahli Parlimen Bebas yang lain (selepas ini dirujuk sebagai MOU 2022 tersebut).

Dan bahawasanya Parti-Parti yang menjadi pihak dalam MOU 2022 tersebut telah bersetuju untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan untuk tempoh selama lima (5) tahun penggal bagi Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat demi kemaslahatan bersama Malaysia secara amnya, untuk membina semula negara selepas krisis ekonomi dan kesihatan awam akibat pandemik Covid-19, dengan memulihkan kestbilan politik serta melaksanakan agenda reformasi, seterusnya membina negara Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan sejahtera.

Dan bahawasanya Dewan Rakyat melalui Usul Undi Percaya bertarikh 19hb Disember 2022 telah mengabsahkan kedudukan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk mengemudi Kerajaan Perpaduan memandangkan beliau telah memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Dan bahawasanya Ahli Parlimen tersebut merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang mana Bersatu bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah membentuk satu gabungan politik yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional (PN) dan membentuk sebuah gabungan pembangkang di Dewan Rakyat.

Dan bahawasanya Kerajaan Persekutuan dan Ahli Parlimen tersebut berhasrat untuk menambahbaik kestabilan politik negara bagi mengharungi sebarang cabaran dan krisis yang dihadapi negara, dan dengan ini menggariskan komitmen-komitmen seperti berikut:

1. untuk menangani masalah peningkatan polarisasi bangsa dan agama serta perpecahan sosial; 
2. untuk menambahbaik fungsi dan peranan Ahli Parlimen tersebut dan pengiktirafan status beliau sebagai Ahli Parlimen Pembangkang yang berwibawa dengan memperincikan deklarasi, komitmen, dan akujanji yang termaktub dalam Memorandum Persefahaman ini.

Maka oleh yang demikian, adalah dipersetujui oleh pihak-pihak seperti berikut:-

Tempoh kuatkuasa Memorandum
Memorandum ini hendaklah berkuatkuasa dari tarikh Memorandum ini, dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15, atau pada 19 Disember 2027 (mana yang terdahulu).

Obligasi Ahli Parlimen
Ahli Parlimen tersebut mengakui peranan dan fungsinya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang merupakan satu komponen yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Ahli Parlimen tersebut akujanji dan mengakui bahawa beliau akan berkelakuan seperti berikut:

Menambahbaik kedudukan dan peranan ahli Parlimen pembangkang yang berwibawa
a. Sebagai sebahagian daripada pihak Pembangkang, Ahli Parlimen tersebut perlu memastikan Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap Parlimen mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, dan Peraturan Mesyuarat Parlimen serta konvensyen Parlimen.

b. Perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina kepada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan ketelusan sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan awam, serta kelancaran dalam pentadbiran awam, sekaligus mengelakkan sebarang salahguna kuasa dan ketidaktelusan.

c. Perlu menyediakan satu alternatif politik atau cadangan balas yang kredibel serta menyediakan pilihan dasar alternatif berbanding dengan cadangan dasar yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Ahli Parlimen tersebut sebagai ahli Parlimen Pembangkang tidak boleh membuat sebarang bangkangan atau halangan yang sia-sia atau mengganggu tindakan Kerajaan Persekutuan atau Dewan Rakyat, sebaliknya bersama-sama berusaha untuk menambahbaik sebarang cadangan dasar demi kepentingan umum negara.

d. Ahli Parlimen tersebut perlu menahan diri daripada menyemai kebencian, diskriminasi, atau keganasan sebagai suatu bentuk ekspresi politik atau perbezaan pendapat, tetapi harus bertindak dalam semangat toleransi serta tindakan bersama demi kepentingan Negara.

e. Ahli Parlimen tersebut akujanji untuk mengemukakan Pengisytiharan Harta mengikut format yang dilampirkan dalam Jadual A dalam tempoh 14 hari dari tarikh Memorandum ini.
f. Ahli Parlimen tersebut mengakui bahawa seorang Ahli Parlimen adalah satu jawatan awam yang menjalankan amanah rakyat dan disebabkan itu, Ahli Parlimen tersebut perlu berkelakuan mengikut tujuh (7) Prinsip Kehidupan Awam yang dilampirkan dalam Jadual B Memorandum ini.

Tuturan kebencian dan hasutan mengenai isu bangsa, agama dan raja-raja

g. Ahli Parlimen tersebut mengakui dan mengisytiharkan bahawa Perlembagaan Persekutan dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan prinsip maruah dan kesaksamaan semua manusia dan kesemua rakyat Malaysia mempunyai peranan untuk mempromosikan dan menggalakkan penghormataan dan pematuhan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi untuk semua tanpa mengira bangsa, agama, bahasa, budaya, dan agama.

h. Ahli Parlimen tersebut selanjutnya mengakui dan mengisytiharkan bahawa Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia adalah berdasarkan prinsip bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan saksama, bermaruah, dan mempunyai hak asasi dan kebebasan tanpa sebarang perbezaan dari segi bangsa, warna kulit, etnik, atau agama, dan mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan yang saksama daripada sebarang bentuk diskriminasi atau hasutan terhadap sebarang bentuk diskriminasi.

i. Ahli Parlimen tersebut juga mengakui dan bimbang dengan ucapan-ucapan berbentuk kebencian, diskriminasi kaum, agama, dan sebarang bentuk hasutan terhadap institusi diraja, termasuk Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, serta Raja-Raja Melayu. Ahli Parlimen tersebut juga mengutuk segala propaganda, maklumat palsu, atau sebarang idea yang bertujuan untuk menghasut dan menimbulkan ketegangan kaum, agama, dan/atau budaya serta melakukan sebarang diskriminasi dalam apa-apa bentuk, atau menimbulkan sebarang kebencian terhadap institusi diraja dan Raja-Raja Melayu, atau sebarang bentuk penderhakaan terhadap institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.j. Ahli Parlimen tersebut juga mengakui dan menyatakan komitmen bahawa beliau akan menahan diri daripada membuat sebarang kenyataan dan/atau ucapan dan/atau perbuatan sama ada secara lisan atau bukan lisan, yang bersifat kebencian, atau menggunakan sebarang bentuk bahasa yang merendahkan atau mendiskriminasikan mana-mana pihak atau kumpulan sama ada atas dasar agama, kaum, etnik, warna kulit, asal-usul, jantina, kewarganegaraan, atau apa-apa faktor identiti yang lain, atau sebarang bentuk komunikasi yang mempunyai kecenderungan untuk mencetuskan sebarang diskriminasi, kebencian, atau keganasan terhadap mana-mana pihak, atau melakukan sebarang bentuk penghinaan, penderhakaan, atau kecenderungan untuk menghina dan menderhaka terhadap institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

Obligasi Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Persekutuan mengakui bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai Pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada Negara, Perlembagaan Persekutuan, dan institusi diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab serta memastikan akauntabiliti dan ketelusan Kerajaan Persekutuan di dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. 

Tertakluk kepada penyerahan Pengisytiharan Harta serta selepas menandatangani Tujuh Prinsip Kehidupan Awam (Seven Principles of Public Life) seperti di Lampiran B, Ahli Parlimen tersebut, atas dasar prinsip kesaksamaan, akan diberi layanan yang sama seperti Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Persekutan berkenaan dengan perkara-perkara berikut:

a. Memelihara dan melindungi hak dan keistimewaan Ahli Parlimen tersebut untuk menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat seperti tempoh masa berucap, akses kepada jawatankuasa pilihan Parlimen, hak untuk meminda, hak untuk membentangkan rang undang-undang dan usul;

b. Diberikan akses kepada sumber rujukan, sumber penadbiran, dan sumber kewangan, seperti ruang pejabat, pembantu parlimen, dan elaun;

c. Diberikan peruntukan dana pembangunan kawasan Parlimen (constituency development fund) mengikut peraturan, tatacara dan tatakelola penggunaan dana tersebut. Jumlah peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.

Ketelusan dan tiada kerahsiaan
Pihak-pihak dengan ini bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya kandungan dan intipati Memorandum ini kepada umum dan menjadikan Memorandum ini tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.

Pemakaian undang-undang
Memorandum Persefahaman ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia

Pembatalan Memorandum
Sekiranya mana-mana pihak gagal untuk menjalankan obligasinya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perenggan 3 dan 4 Memorandum ini, Memorandum Persefahaman ini secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut Memorandum ini.

SILA BACA

DAN FAHAMI

KENAPA

PAKATAN TOLAK

MEMORANDUM

INI

AMIN

KHALAS




LEPAS PAGER WALKIE TALKIE MELEDAK




Gelombang kedua letupan peranti sasar 'walkie-talkie' Hizbullah, 20 terbunuh dan lebih 450 cedera


BEIRUT: Gelombang kedua letupan peranti telah membunuh sekurang-kurang 20 mangsa dan mencederakan lebih 450 lagi di kubu Hizbullah di Lubnan, semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan bakal tercetus perang habis-habisan dengan Israel.

Menurut sumber rapat dengan Hizbullah, 'walkie-talkie' digunakan anggota-anggota kumpulan itu meletup di Beirut, manakala media negara ini melaporkan kejadian serupa turut berlaku di selatan dan timur Lubnan.

Rakaman AFPTV menunjukkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila letupan berlaku ketika pengebumian pejuang Hizbullah di selatan Beirut pada sebelah tengah hari.

"Gelombang letupan dilakukan pihak musuh yang menyasarkan 'walkie-talkie' telah menyebabkan sekurang-kurang 20 terkorban dan lebih 450 cedera," kata Kementerian Kesihatan Lubnan dalam satu kenyataan.

Kejadian itu menyusul sehari selepas beratus-ratus alat kelui yang digunakan pejuang Hizbullah, meletup serentak sehingga membunuh sekurang-kurang 12 mangsa termasuk dua kanak-kanak, selain mencederakan 2,800 lagi di seluruh Lubnan dalam serangan kali pertama seumpamanya dengan Israel disyaki sebagai dalangnya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Israel berhubung kejadian letupan terbabit. Namun beberapa jam sebelum serangan kelmarin, rejim Zionis mengumumkan mereka kini memperluaskan sasaran perangnya dengan Hamas di Gaza dengan turut menentang Hizbullah yang juga sekutu kumpulan pejuang itu.

"Kita sedang berada pada permulaan fasa baharu peperangan," kata Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, ketika melawat sebuah pangkalan udara, semalam.

Hingga kini, pegawai Israel kekal membisu mengenai serangan letupan peranti berkenaan yang menjadi tajuk utama berita media cetak dan elektronik.

Amos Harel daripada akhbar Haaretz yang berhaluan kiri, berkata serangan letupan alat kelui dan 'walkie-talkie' itu telah meletakkan 'Israel dan Hizbullah di ambang perang habis-habisan.'

Sementara itu, Rumah Putih memberi amaran kepada semua pihak terbabit supaya 'tidak meningkatkan lagi ketegangan dalam apa juga bentuk.'

"Kami sama sekali tidak percaya bahawa jalan penyelesaian krisis yang sedang berlaku kini ialah dengan menambah operasi ketenteraan," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby, kepada pemberita.

Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bou Habib pula memberi amaran bahawa 'serangan terang-terangan terhadap kedaulatan dan keselamatan Lubnan' adalah perkembangan berbahaya yang boleh 'mengisyaratkan perang lebih meluas'.

Kumpulan Hizbullah menegaskan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan jenayah itu, sekali gus berikrar untuk melakukan tindak balas.

Dalam pada itu, hospital-hospital di Beirut dipenuhi mangsa serangan letupan berkenaan. Seorang doktor, Joelle Khadra, memaklumkan kebanyakan kecederaan membabitkan bahagian mata serta tangan, termasuk jari terputus dan serpihan memasuki mata, malah sebilangan mangsa menjadi buta.

Seorang lagi doktor berkata, beliau bertugas sepanjang malam dan menyaksikan kecederaan amat teruk 'yang tidak pernah dilihat sebelum ini.' - AFP


AWAL PAGER

MELETUP

AMIN

SEKARANG

WALKIE TALKIE

PULAK MELETUP

AMIN

DUNIA MENUNGGU

APA JAWAPAN 

HIZBULLAH

AMIN

RIBUT TAUFAN DI UTARA


RIBUT TAUFAN

DI UTARA

AMIN

YANG MELETUP PAGER BUKAN TALIPON


YANG MELETUP

BUKAN TALIPON

TAPI PAGER

KHALAS


Unknown commented on
 "ISRAEL SERANG LEBANON"

Pertama sekali jangan pakai teknologi orang lain, kan dah kena, guna balik unta guna balik ikut budaya lama kuno senang kah kah kah

Unknown commented on 
"ISRAEL SERANG LEBANON"

Tech ol skool sapa suruh pakai...lawak. next buat smoke signal cam red indian dulu...asap tak letup.

Unknown commented on 
"KITA SEMUA 
DALAM BAHAYA"

Tulur kau hilang ke? Sekarang kau baru bertemu buku dengan ruas. Telefon kau tu boleh saja diaktifkan dan diletupkan. Habis berkecai dengan tulur kau sekali! Kah kah kah!