Jumaat, 20 September 2024

APA BALASAN HIZBULLAH ?



Israel lancar pengeboman ngeri terhadap Lubnan

BEIRUT: Pesawat pejuang Israel pada Khamis melancarkan serangan paling hebat ke atas selatan Lubnan dalam perang yang kini sudah menghampiri tempoh setahun.

Ia sekaligus meningkatkan konflik antara Israel dan pejuang Hizbullah di tengah gesaan, terutama daripada Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) supaya ketegangan itu dihentikan.

Rumah Putih berkata, penyelesaian diplomatik boleh dicapai dan perlu disegerakan, dengan Britain menggesa gencatan senjata segera antara Israel dan Hizbullah.

"Kami takut dan bimbang mengenai potensi ketegangan akan terus meningkat," menurut jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.
Pengeboman sengit itu menyusuli serangan awal minggu yang dikaitkan oleh Lubnan dan Hizbullah kepada Israel, yang meletupkan radio serta alat kelui Hizbullah, membunuh 37 orang dan mencederakan kira-kira 3,000 lagi di Lubnan.

Dalam operasi pada Khamis itu, tentera Israel berkata, jetnya yang beroperasi selama dua jam menyasarkan ratusan laras pelancar pelbagai roket di selatan Lubnan.

Pengeboman itu termasuk lebih 52 serangan di seluruh selatan Lubnan selepas jam 9 malam (1800 GMT), menurut agensi berita negara Lubnan, NNA.

Tiga sumber keselamatan Lubnan berkata ini adalah serangan udara paling berat sejak konflik bermula pada Oktober. Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini.

Tentera Israel berikrar untuk terus menyerang Hizbullah dan menyatakan serangannya sepanjang Khamis mengenai kira-kira 100 pelancar roket serta sasaran lain di selatan Lubnan.

Dalam ucapan di TV pada Khamis, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata letupan peranti pada Selasa dan Rabu sudah melepasi semua garis merah.

"Musuh melampaui semua kawalan, undang-undang dan moral," katanya, sambil menambah serangan itu boleh dianggap jenayah perang atau pengisytiharan perang.

Ketika ucapan Nasrallah disiarkan secara langsung di televisyen, bunyi letupan daripada serangan pesawat Israel yang menggegarkan Beirut jelas kedengaran.

Israel bagaimanapun tidak langsung mengulas mengenai insiden letupan itu, yang menurut sumber keselamatan mungkin dilakukan agensi perisiknya, Mossad, yang mempunyia sejarah melakukan serangan umpamanya di negara asing.

Misi Lubnan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Khamis berkata, Israel bertanggungjawab meletupkan peranti itu melalui mesej elektronik.

Difahamkan, bahan letupan dimasukkan ke dalamnya sebelum produk berkenaan tiba di Lubnan, seiring dengan beberapa teori yang diperkatakan sejak kes letupan itu.

UNSC dijangka bermesyuarat pada Jumaat susulan kes letupan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menggesa UNSC mengambil pendirian tegas untuk menghentikan pencerobohan dan perang teknologi Israel. - REUTERS

GARIS MERAH

DAH DILINTASI

AMIN

DUNIA TUNGGU

APA BALASAN

YANG AKAN

DI AMBIL OLEH

HIZBULLAH

AMIN

PERANG BESAR BERMULA DI LIBANON ?


PERANG BESAR

BERMULA 

DI LIBANON ?

AMIN

BUKAK MULUT MOHONG


JANGAN BUKA

MULUT

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MADANI TAK 
PERLU KELENTONG"

Kita manusia, kalau orang tak suka, kena blah sebelum dihalau keluar, manusia ada akal, bukan mohong sepanjang masa, dulu cakap macam-macam mohong sekarang semua sudah tahu kah kah kah, berapa lama mohong akan bertahan? Paling terbaik mohong turun harga minyak kah kah lain boleh terima lagi apabila harga minyak dunia turun kita masih kekal kah kah kah

JANGAN MASUK LUBANG ULAR


JANGAN MASUK

LUBANG ULAR

AMIN

Unknown commented on
 "RUSIA BERSAMA HEZBULLAH"

Kalau tahu lubang ada ular besar jangan kacau, ular sebenarnya tak suka manusia, dia jauhkan diri, tapi kalau provokasi nanti kena patuk terus jadi mayat ingat selalu kah kah kah jangan selalu nak buli orang susah orang lemah orang lembut kerana jumlah sedikit nanti dia bangun terduduk kah kah kah saja bagi ingatan sesama manusia sebab kita semua ada penyakit mudah lupa kah kah kah


Unknown commented on 
"RUSIA BERSAMA HEZBULLAH"

Tak kisahlah siapa sama siapa, yang kena rakyat susah, yang kaya masa perang sudah blah awal-awal, yang masuk kidnap dia orang apa jadi? Ingat mula cerita dengan ceroboh masuk kidnap orang dia? Atau awal cerita sudah lupa? Kah kah kah


HUJAN


HUJAN

KHAMIS 20 SEPTEMBER 2024
KEMARIN
KITA DI KUALA LUMPUR
CUACA MOLEK
SIANG LANGIT BIRU
MATA HARI BERSINAR
MALAM BULAN MENGAMBANG
LANGIT CERAH
BINTANG TAK KELIHATAN

KEDAH KEMARIN DAN KINI
BANJIR
BULAN SEPTEMBER
BELUM HABIS
MUSIM HUJAN DAH SAMPAI
RATUSAN RUMAH TENGGELAM
SAWAH PADI DI PUKUL AIR
RAMAI WARGA JADI
PELARIAN BANJIR

SEMUA INI TANDA DAN BUKTI
IKLIM DUNIA DAH BERUBAH
INI TANDA MALAPETAKAN IKLIM
SEDANG BERJALAN

BANJIR DAN KEMARAU
AKAN KERAP BERLAKU
SABAN TAHUN SERANGAN
MAKIN KERAP MAKIN BESAR
INI HASIL DARI PEMANASAN GLOBAL

PEMANASAN DUNIA INI
ADALAH HASIL KERJA TANGAN
KITA SEMUA UMAT MANUSIA 
AMIN

LEBANON
KAPAL TERBANG ISRAEL
MULA MENGEBOM 
TEMPAT PELANCAR ROKET
SEBELUM HIZBULLAH
SEMPAT BANGUN
MEMBALAS

UK
MUHAMAD AL FAYED
PEMILIK GEDUNG HARRODS
BERHADAPAM DENGAN
TUDUHAN MEROGOL
5 WANITA DALAM
PROGRAM TV BBC

AMERIKA
BANCIAN MENDAPATI
ORANG ISLAM AMERIKA
SEMUA MENOLAK
CALON KAMALA HARRIS

MOROKO
CACAR MONYET
DAH SAMPAI KE MOROKO
DI AFRIKA MAKIN  MEREBAK

BRAZIL
X MASIH LAGI 
DI TUTUP DI BRAZIL
UNTUK 20 JUTA PENGGUNA

LEBANON
PEMIMPIN HAMAS 
HASSAN NASARALLAH
BERKATA  LETUPAN
PAGER DAN WALKIE TALKIE
ADALAH GARIS MERAH
YANG TELAH DILINTASI
OLEH ISRAEL
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATA HARI TAK KELIHATAN
LANGIT PUCAT
KL & KL SENTRAL BERKABUS

SUARA TERKUKUR
DI SANA SINI
SUARA MURAI KEDENGARAN JAUH
TUK TUK TUK
CHIP CHIP CHIP
HOKKIEN DIHIASI
OLEH UNGGAS PAGI

KERJA SENI ARCA
SAMBUTAN PESTA TANGLONG
MASIH  TERPASANG

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
LANGIT JADI INDAH
SEPERTI KEMARIN
MALAM BERANGIN SEJUK
NYAMAN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
TIDAK ADA YANG ABADI
DALAM DUNIA INI
TERMASUK MASAALAH
YANG LU HADAPI

BRO
LU JANGAN BERHENTI
SETENGAH JALAN
LU BERHENTI
BILA DAH SELESAI

BRO
SEBELUM LU JATUH CINTA
PADA ORANG LAIN
LU CINTAILAH DIRI
LU SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT