Jumaat, 26 Julai 2024

MANGSA MALAPETAKA IKLIM


Panas melampau ragut 500,000 nyawa setiap tahun - PBB


WASHINGTON: Gelombang haba meragut hampir setengah juta nyawa penduduk dunia setiap tahun, 30 kali lebih banyak berbanding siklon tropika, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Berikutan itu beliau menggesa negara-negara menangani keperluan mendesak terhadap panas melampau, didorong perubahan iklim, beberapa hari selepas dunia mencatatkan hari terpanas dalam rekod.

"Dunia mesti menghadapi cabaran peningkatan suhu... kita tahu apa yang mendorongnya, bahan api fosil, perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia dan kita tahu ia akan menjadi lebih teruk.


"Haba melampau adalah perkara baharu yang tidak normal, namun berita baiknya ialah kita boleh menyelamatkan nyawa dan mengehadkan kesannya," katanya kepada pemberita.

Menegaskan bahawa haba melampau semakin menjejaskan ekonomi, meluaskan ketidaksamaan, melemahkan Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan membunuh mangsa, Guterres berkata beliau melancarkan permintaan global dengan empat bidang tumpuan -- menjaga mereka yang paling terdedah, meningkatkan perlindungan untuk pekerja, meningkatkan daya tahan ekonomi dan masyarakat menggunakan data dan sains.

"Hari ini, tumpuan kita adalah pada kesan haba melampau. Tetapi jangan lupa bahawa terdapat banyak lagi gejala yang mendorong krisis iklim, iaitu taufan yang semakin ganas, banjir, kemarau , kebakaran hutan, peningkatan paras laut dan senarai itu berterusan," kata Guterres.

Untuk menangani simptom itu, beliau berkata dunia perlu memerangi 'penyakit' itu.

Beliau berkata anggota Kumpulan 20 mesti mengalihkan subsidi bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui dan menyokong negara dan komuniti yang terdedah.

"Mesejnya jelas: Bahang panas. Panas melampau memberi kesan melampau kepada manusia dan planet ini. Dunia mesti menghadapi cabaran peningkatan suhu," katanya.

Tahun ini, panas terik membunuh 1,300 jemaah haji, menutup sekolah untuk kira-kira 80 juta kanak-kanak di Afrika dan Asia, dan membawa kepada peningkatan kemasukan ke hospital dan kematian di Sahel.

Setiap bulan sejak Jun 2023 disenaraikan sebagai yang paling panas di planet ini sejak rekod bermula pada 1940, berbanding bulan yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.

Lebih 70 peratus tenaga kerja global iaitu 2.4 bilion orang kini berisiko tinggi terjejas akibat kepanasan melampau, menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang diterbitkan semalam.

Di Afrika, hampir 93 peratus tenaga kerja terdedah kepada haba yang berlebihan, manakala 84 peratus bagi tenaga kerja di negara Arab, lapor ILO.

Panas melampau menyebabkan hampir 23 juta kecederaan di tempat kerja di seluruh dunia, dan kira-kira 19,000 kematian setiap tahun.

Menjelang 2050, beberapa penyelidik menganggarkan peningkatan 700 peratus global dalam bilangan penduduk miskin bandar yang hidup dalam keadaan panas yang melampau.

Ini adalah kali pertama PBB mengeluarkan seruan global untuk bertindak terhadap kepanasan melampau.



WOW

HAMPIR SEJUTA

MATI KERANA

PANAS

AMIN

SAWAH KERING

PERIGI KERING

ORANG MATI

BINATANG MATI

ULAT MATI

UNGGAS MATI

AMIN

SEMUA HASIL 

DARI BUATAN

MANUSIA SENDIRI

KHALAS

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dunio boley tampong 10 biliyun ekor jo, sokaghang dah 9 biliyun, tu pon dah sosak. Nogaro Kapir Laknat bil. ponduduk nyo terkawal.. momantek wajib di dibalot kopalo butoh dgn kondom.

Nogaro Islam di larang guno kondom bilo momuki .. dan bilo penduduk naik monchanak TaT kato dio berjaya sibarkang islang. Bilo nogaro islam dah sosok dgn budak .. TaT royak kiamat dah dokek .. kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Ya benar hasil perbuatan manusia sendiri yg melampaui batas perlu berubah sikap yg menghargai kehidupan & penjagaan alam sekitar

Tanpa Nama berkata...

Projek simpan karbon dalam batu malaysia, satu usaha baik cuba pulih alam. Tapi, itu juga bukti pencemaran alam sebab gas karbon dioksida bermula dari hari pertama minyak dillombong