Sabtu, 21 Disember 2024

HINDU SELAMATKAN ISLAM



Tentera Laut Sri Lanka selamatkan 102 pelarian Rohingya

COLOMBO: Tentera Laut Sri Lanka hari ini mengesahkan seramai 102 pelarian Rohingya dari Myanmar yang terkandas di atas sebuah bot nelayan di perairan negara pulau itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke pelabuhan.

Kumpulan itu, termasuk 25 kanak-kanak dibawa ke pelabuhan timur Sri Lanka di Trincomalee, kata jurucakap tentera laut, sambil menambah makanan dan air disediakan untuk pelarian berkenaan.

"Pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum mereka dibenarkan turun dari bot," kata jurucakap itu.

Rohingya, kumpulan etnik Muslim yang sering menjadi sasaran penganiayaan di Myanmar berisiko kehilangan nyawa setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang, dengan majoriti mereka menuju ke arah tenggara ke Malaysia atau Indonesia.

Namun, nelayan melaporkan melihat bot nelayan yang terapung di pantai utara Sri Lanka di Mullivaikkal pada pagi semalam.

Walaupun kejadian ini jarang berlaku, ini bukan kali pertama sebuah bot menuju ke Sri Lanka pada jarak kira-kira 1,750 kilometer merentasi laut terbuka ke barat daya Myanmar.

Pada Disember 2022, tentera laut Sri Lanka turut menyelamatkan lebih 100 pelarian Rohingya yang terkandas di atas bot di perairan mereka.

Jurucakap tentera laut hari ini berkata, kesukaran dari aspek bahasa menyukarkan mereka untuk memahami destinasi yang ingin dituju oleh pelarian itu.

Ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh pada 2017 ketika tindakan keras oleh tentera yang kini menjadi elemen kes mahkamah genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera Myanmar merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 2021 dan perang berterusan sejak itu memaksa berjuta-juta orang melarikan diri.

Bulan lalu, PBB memberi amaran negeri Rakhine di Myanmar-tanah air bagi ramai etnik Rohingya sedang menuju ke arah kebuluran, apabila pertempuran sengit menekan perdagangan dan pengeluaran pertanian.

INI CONTOH

TERBAIK

HINDU

 SELAMATKAN

ISLAM

KHALAS 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lu silap terjulap majority sri lanka adalah bhuddist hindu dah dikapankan akibat perang.