Rabu, 26 Januari 2011

RANCANGAN LICIK REMBAT TANAH ORANG KAMPONG





INI BARU TANAH KENA LELONG



nota:
ini tanah orang kampong
bukan senang nak dapat tanah
bila kena lelong - cukong dengan cepat akan rembat !


CALON BN CUAI SEBAGAI ADO – harakah daily

Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.


ISU TANAH : SAYA HANYA TINDAK IKUT PROSEDUR, KATA CALON BN – minsider

Calon Umno-Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah gagal “menyelamatkan” tanah milik seorang penduduk di Segamat sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong seperti mana yang didakwa PAS pagi tadi.

Sebaliknya bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berkata beliau hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk diikuti seorang penjawat awam.

Pengarah Pilihan Raya PAS kerusi Tenang Salahuddin Ayub berkata, Mohd Azahar gagal berbuat demikian sehingga tanah seorang penduduk tempatan di Segamat dilelong disebabkan kecuaian dan kelalaian beliau menguruskan hal tanah di daerah itu.

Salahuddin berkata, perkara tersebut berlaku pada 2003 dan ketika itu Mohd Azahar adalah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Beliau berkata akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar seorang penduduk telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah miliknya dilelong kepada pihak ketiga.

“Perkara itu adalah prosedur sebagai seorang penjawat awam, lagipun tiada tindakan yang dikenakan kepada saya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…BACAR BERITA INI BETUL BETUL…. kah kah kah..

kah kah kah… TANAH SENGAJA DI BIARKAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. KEMUDIAN DI LELONG…. kah kah ka…

woit… ADA MACAM PERANCANGAN DI SINI…. kah kah kah..

kah kah kah… RANCANGAN YANG LICIK… INI MEMANG CARA PEGAWAI TANAH REMBAT TANAH ORANG KAMPONG….. kah kah kah…

kah kah kah… AKHIRNYA TANAH KENA LELONG…. kah kah kah..

kah kah kah…. LELONG TEBUKA?... ATAU HANYA GENG DAN MEMBER YANG TAHU ADA TANAH DILELONG…. kah kah kah…

kah kah kah… SECARA LICIK TANAH ORANG KAMPONG JATUH KE TANGAN CUKONG…kah kah akh..

kah kah kah… PATUTLAH PELAKON PORNO BUKAN MAIN LAGI SOKONG MALAON TUKANG LELONG INI … kah kah kah..

kah kah kah… CUBA SELIDIK TANAH YANG DILELONG…. SIAPA DAPAT?.... kah kah kah..

nota:
masa jadi A.D.O
bukan main lagi
rompak sana rompak sini
kalau jadi yb – habis negara dijualnya


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Celaka betul...
macamana berita busuk ni boleh lepas kat tangan salahuddin...

Tanpa Nama berkata...

ado rembat tanah
adun rembat balak

afya berkata...

salam... tak lama lagi produa plak kena lelong pada protno... ha ha ha... tim tt sila siasat...

mosabit berkata...

ini namanya kerja transfomational..

transformational itu maksudnya.. telan secara berfomat..

sebab tu malaon ni kata tiada tindakan dikenakan ke atas nya oleh bapak malaonnya....

alaaaa...telan dengan secara mafia lagi banyak bro......

yg peliknya semua tanah yg dirembat tu melayu punya...tak pernah aku dengar tanah kepunyaan cukong kena rembat....

kah kah kah kah kah kah ....

Tanpa Nama berkata...

inilah kerja pegawai2 dan orang yang bersekongkol di pejabat tanah di seluruh negara..

pergilah ke pejabat tanah mana sekalipun, masalah yang sama juga berlaku. para penjawat awam khususnya adalah manusia yang tidak ikhlas dan hampir semuanya tidak boleh dipercayai.

jangan cuba hampiri sesiapa yang cuba tolong taip surat kat luar pejabat tu.. mereka2 ini adalah bekas2 pegawai pejabat tanah yang bodoh dungu yang akan memeras upah dari orang yang meminta bantuan mereka jika berbuat demikian. tolong isi borang untuk pindahmilik tanah, akan dicaj beratus2 untuk setiap keping borang yang diisi...

jika diambil borang didalam pejabat dan diisi sendiri, maka malaon dalam pejabat akan komplen, terlalu banyak salah dan akan rekemen malaon2 kat luar yang sudah lama derang kowtim buat kerja2 ni.. malaon2 kat dalam pun 2x5 saja pekena orang kampung yang sudah sedia kita tahu bodoh bangang hal2 pejabat ni..

untuk pengetahuan kita semua, pendapatan malaon2 ini semua, boleh dikatakan hampir mencecah RM3000 sehari! hari2 biasa boleh mencecah RM1000! patut la melayu dugong berpusu2 nak kerja gomen walau gaji kecik.. ada lobang boleh merembat rupanya... ini baru kes menolong orang untuk merembat...

ada kes2 menolong orang lagi untuk memohon tanah terbiar tanpa tuan... rata2 tanah orang tua dulu2 disepakati diwakafkan "tanpa nama" untuk kegunaan orang ramai. biasanya orang tua dulu2, mereka2 ini beringat untuk masa depan anak cucu... disepakati untuk dibuat padang bola, madrasah, rizab kubur! dan apa lanchow lagi la untuk masyarakat kampung. buka sedikit luasnya yer, kadang2 mencecah 20-30 relung ditengah2 kampung ataupun dipinggir2 kampung... ini rupanya adalah BOLA TANGGUNG untuk orang2 pejabat tanah... tetiba tanah ini dipagari dan ada orang datang buat pondok ala2 rumah! pemiliknya adalah orang pejabat tanah ataupun yang kenal rapat dengan penjawat awam ini.. ada pula yang dijual mengikut lot2.. beberapa kes terjadi, tanah kubur pun menjadi milik orang! janji kerajaan dapat pungut cukai katanya..

ini pegawai2 melayu beragama islam, memakai kopiah putih semasa menjalankan tugas dan selalunya berserban ke masjid .. apa imej islam lanchow yang dibawanya, aku pun tak tau..

tiada wujud penjawat awam yang benar2 ikhlas untuk menjalankan tugas.. lainlah kita yang bekerja sendiri... jika wujud seekor penjawat awam sebegini, bagitau kat sini, aku nak gi jumpa dan terus serta merta aku akan membunuh diri sendiri dihadapan penjawat awam tersebut!!!

Shaizul Sapar berkata...

taruk tukang lelong tanah pulak dah. sudah kehabisan calun ke? dulu kat bagan pinang taruk calun rasuah, kat galas taruk pembeli ijazah UUM, kat batu sapi taruk janda bergetah, yg peliknya semua menang pulak tuh. hahaha..opss, lupa ~ klu plihnraya boleh mengubh sesuatu, sdh lama ia diharamkan.

Tanpa Nama berkata...

lni ADO ....lni bukan anak sakai bukan anak jakun tapi anak emas cukung yang main kongkalikong!!!!apa macam tuan DO Norizan Kulob dan DO Borhan Amin? Jangan sedih jika sampai pencen tak dapat Dato'yang penting jangan rembat tanah-tanah orang kampung....

Tanpa Nama berkata...

rembat-rembat lepas tu pergi Mekah cuci dosa