Selasa, 25 Januari 2011

HORMAT DAN HORMATI




BETAPA INDAH !



nota:
apa yang ada disana
kerana ianya perlu disana
apa yang ada disini
kerana ianya perlu disini

gunung tegak berdiri
untuk memaku bumi
lembah luas terbentang
untuk kuda berlari pantas

bengkang bengkok sungai mengalir
karana itulah bentuk air
jangan kau luruskan

lembah dalam menjunam
gaung yang tinggi mdenjurai
kerana itu lah sifatnya

kau bukan pemahat alam
kau hanya transit disini



MENARA SETINGI 135 METER BAKAL JADI MERCU TANDA BARU DI LANGKAWI - meloya

MOHD Fairuz Abdullah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun oleh Mahkamah
Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.

nota:
lihatlah keindahan alam dirosakan
lihatlah nilai melayu baru

kalau tinggi ertinya berjaya
kalau mesin ertinya berjaya
kalau besar ertinya berjaya
kalau godang ertinya berjaya
kalau baru ertinya berjaya
kalau plastik lagi berjaya

bukan kah alam itu indah
bukan kah alam semula jadi itu permai
kenapa dirosakkan
kenapa di tokok tambah

lihatlah gunung gunung kita
tercacak menara talipon

pergi ke gunung jerai
akan ditemui menara besi

pergi ke gunung ledang
akan di temui menara besi

dimana mana tercacak berdiri
sebagai tanda modeniti

bila agaknya kita akan dewasa
bila agaknya kita mula mengenal diri
bila agaknya kita akan mula hormat pada alam

tunggang tunggek sembahyang
berbuih buih bertasbih hanya lah ritual

menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta

itulah tanda kita sedar
kita hanya sebentar di alam ini
itulah tanda kita sedar
bahawa kita hanya transit dimuka bumi ini


20 ulasan:

iNCeK aKiM berkata...

"hanya transit di bumi ini". aku suke ayat tu. hmm~

monyet hidup berkata...

Di sini, hanya 10% manusia yang berfikiran sebegini. lagi 90% nak pembangunan...nak lari dari luar bandar dan merempat miskin di kota...semata2 untuk gaya dan nama.

malaysia amat kaya raya dengan sumber alam. hanya kita yang tak sedar malah merosakkan lagi alam sekitar.

Tanpa Nama berkata...

Bro...kalau tiada menara besi di puncak bukit tu...tak dapatlah bro nak buat posting nie...
Tapi saya terima sebagai bahasa puisi...

Tanpa Nama berkata...

sudah tertanam dalam pemikiran manusia akhir zaman ini, yang batu yang besar dan yang tinggi itu adalah modenisasi..tanpa mereka sedar yang itu semua hanyalah kepalsuan..dan ya mereka para gedebe itu menjanjikan kepalsuan, dan hidup lah manusia dalam hutan batu dalam khayalan..

Cetusan berkata...

Sokong jaga alam, kurang pembangunan tanah rumpai semulajadi..agaknya siapa yg jadi penyewa?

Tanpa Nama berkata...

tuan TT
ayat2 tuan amat berkesan dan menusuk.tahniah dan saya akan cuba faham satu demi satu

tahniah
zmy

Tanpa Nama berkata...

lagi tinggi bangunan lagi manyak masyuuuuuk.....

Tanpa Nama berkata...

God's Blessings
[16:3] He created the heavens and the earth for a specific purpose. He is much too High, far above any idols they set up.
[16:4] He created the human from a tiny drop, then he turns into an ardent opponent.
[16:5] And He created the livestock for you, to provide you with warmth, and many other benefits, as well as food.
[16:6] They also provide you with luxury during your leisure, and when you travel.
[16:7] And they carry your loads to lands that you could not reach without a great hardship. SURELY, YOUR LORD IS COMPASSIONATE, MOST MERCIFUL.
[16:8] And (He created) the horses, the mules, and the donkeys for you to ride, and for luxury. Additionally, He creates what you do not know.
[16:9] GOD points out the paths, including the wrong ones. If He willed, He could have guided all of you.
[16:10] He sends down from the sky water for your drink, and to grow trees for your benefit.
[16:11] With it, He grows for you crops, olives, date palms, grapes, and all kinds of fruits. THIS IS (SUFFICIENT) PROOF FOR PEOPLE WHO THINK.
[16:12] And He commits, in your service, the night and the day, as well as the sun and the moon. Also, the stars are committed by His command. THESE ARE (SUFFICIENT) PROOFS FOR PEOPLE WHO UNDERSTAND.
[16:13] And (He created) for you on earth things of various colors. THIS IS A (SUFFICIENT) PROOF FOR PEOPLE WHO TAKE HEED.
[16:14] And He committed the sea to serve you; you eat from it tender meat, and extract jewelry which you wear. And you see the ships roaming it for your commercial benefits, as you seek His bounties, THAT YOU MAY BE APPRECIATIVE.
[16:15] And He placed stabilizers (mountains) on earth, lest it tumbles with you, as well as rivers and roads, THAT YOU MAY BE GUIDED.
[16:16] And landmarks, as well as the stars; to be used for navigation.
[16:17] Is One who creates like one who does not create? WOULD YOU NOW TAKE HEED?
[16:18] IF YOU COUNT GOD'S BLESSINGS, YOU CANNOT POSSIBLY ENCOMPASS THEM. GOD IS FORGIVER, MOST MERCIFUL.
[16:19] And GOD knows whatever you conceal and whatever you declare.
http://www.submission.org/suras/sura16.html#8

merbok berkata...

bro TT, menara tu belum ada nama.. jom buat pertandingan menamakan menara ... APA NAMAAAAAAA...!!?

Jimbo berkata...

Yang ini gua suka!

Tanpa Nama berkata...

PLANET BARU DITEMUI OLEH AHLI ASTRONOMI:

http://revolusi.my/planet-yang-hilang/

Manusia boleh cari berapa byk planet baru yg mereka suka, tapi satu planet Bumi ni pun mereka tak boleh jaga.

Baik kita pindah ke PANDORA.

Unknown berkata...

"menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta" this i like

Unknown berkata...

"menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta" this i like

Tanpa Nama berkata...

menjadi semakin kepala batu juga tanda berjaya
dapat main golf juga simbol berjaya
tunjuk2 kereta besar lambang kejayaan
sembang besar dan perut buncit, tetap statusnya orang berjaya

boleh sebut allah dan nama muhammad saw, sikit punyer berjaya dunia akhirat, cuci abih sumer dosa2
dapat rembat duit kompeni atau negara, juga berjaya
kuat tipu orang juga statusnya berjaya
3-4 orang jer bolot duit, berjaya juga
jadi lembu kenyang, juga berjaya
jadi bos, berjaya dan berjaya dan terus berjaya
tindas orang juga berjaya
membodohkan orang amatlah berjaya

kepala konek dia semua ni berjaya!

Tanpa Nama berkata...

Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga
2011/01/03

Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.

Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.

“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004. Link

Ada ke TT dah buat cerita tentang Rakyat dah kena kencing ni?

Tanpa Nama berkata...

salam hishammudin rais yang dihormati


saya mengajak saudara hisham supaya berforum di tranungkite.net.


di sini adalah laman forum pakatan rakyat yang amat popular sekali.

sila dedahkan apa yang saudara tahu, dan sudah tentu seluruh Malaysia dan pelajar2 Malaysia di luar negara akan tahu.

URL
http://www.tranungkite.net/v11/index.php

sila daftar jadi ahli dan join the forum dengan tulis sesuatu yang boleh membuka minda seluruh manusia di Malaysia

wasalam...


longlive PR !!!

Tanpa Nama berkata...

Brother TT,
Vincent Tan awal awal lagi sudah lama berjaya kah... Kah... Kah..

Tanpa Nama berkata...

yang betul3 berjaya adalah lebai vincent tan kerana duit melayu mengukuhkan BERJAYA 12x sebulan tak termasuk spesial draw!!!!!!!

rozali53 berkata...

Esae pun suka ayat tuh power....macam cakap orang yang beriman

alfaberlian berkata...

Merbok berkata...
bro TT, menara tu belum ada nama.. jom buat pertandingan menamakan menara ... APA NAMAAAAAAA...!!?

2011 Januari 25 21:05

Ada ke jalan, jambatan, bangunan yang diberi nama Tun Dr Mahathir?

Ada Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak, Jalan Tun Husin Onn. Tapi jalan Tun Mahathir tak ada padahal beliaulah yang paling lama jadi PM 22 tahun wooo. Ada Galeri kat Langkawi pi bubuh nama Geleria Perdana tak pulak Galeri Tun M.
Kesian la kat dia 22 tahun jadi PM tapi tak ada mercu tanda atas nama Tun M