Khamis, 29 Julai 2021

KERAJAAN PAK PANDIR



 

DAH JADI

KERAJAAN

PAK PANDIR

AMIN

NAK DARURAT

MINTA AGONG

 UMUM

AMIN

NAK TAMAT

DARURAT

MENTERI PELACUR

UMUM

AMIN

INI  BUKAN MANAI

INI BUKAN SASAU

INI DAH GILA

KHALAS 



Kerajaan perlu perkenan Agong untuk batal ordinan, kata pakar


YANG di-Pertuan Agong perlu memberi perkenan kepada keputusan kerajaan untuk membatalkan darurat dan ordinannya, kata pakar perlembagaan Profesor Shad Saleem Faruqi.

Beliau berkata Perkara 150 (1) jelas menyatakan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri namun, perkenan dan tandatangannya masih diperlukan.

“Ordinan yang dikeluarkan juga memerlukan perkenan dan tandatangan Agong dan sebarang pembatalan juga memerlukan perkara yang sama,” kata Shah Saleem.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan bahawa Putrajaya memutuskan untuk tidak menasihatkan Agong bagi melanjutkan tempoh darurat selepas 1 Ogos dan membatalkan enam ordinan darurat.

Takiyuddin memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa semua enam ordinan darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 (3) menyatakan Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan.

Pengumuman Takiyuddin menimbulkan persoalan kepada ahli Parlimen yang mana ramai mempersoalkan sama ada keputusan itu telah mendapat perkenan Agong, Takiyuddin berkata beliau akan menjawab soalan berhubung perkara itu pada Isnin depan.

Sementara itu ahli Parlimen pembangkang meminta Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana mengelirukan Parlimen mengenai pembatalan undang-undang darurat.

Pemeriksaan di laman web Jabatan Peguam Negara menunjukkan tiada sebarang warta baharu disiarkan, manakala kerajaan tidak memberikan masa untuk membahaskan darurat dan ordinannya.

Shad bercakap pada satu program anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang turut menyentuh mengenai literasi perlembagaan.

“Kita harus tingkatkan literasi perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana pengetahuan tentang perlembagaan adalah prasyarat untuk kewarganegaraan yang baik dan ekstremisme yang sederhana,” katanya.

Tambahnya perlembagaan perlu diajar di sekolah menenngah dan universiti dan kursus jangka pendek perlu disediakan kepada penjawat awam dan kakitangan Parlimen untuk mereka memahami dengan lebih mendalam berhubung perlembagaan.

“Kekurangan literasi perlembagaan dan patriotisme dalam kalangan penduduk dan elit pentadbiran di pelbagai bidang - politik dan dasar pentadbiran - telah mencemarkan perlembagaan.”

Shad, yang telah menulis artikel mengenai masalah perlembagaan sejak 30 tahun lalu berkata, kebanyakan rakan akademiknya memandang rendah apabila karya mereka disiarkan dalam berita tempatan.

“Mereka bertanya mengapa saya tidak menerbitkan tulisan saya di Harvard Law Review. Tujuan saya adalah untuk meningkatkan literasi (perlembagaan), membawanya ke tanah air sebanyak mungkin. Rakyat tidak membaca Harvard Law Review.” – 29 Julai, 2021.

 

RAKYAT MAKIN

BENCI

MAKIN JELAK

DENGAN 

KERAJAAN GAGAL

KHALAS



Tiada ulasan: