Khamis, 29 Julai 2021

SAPA TOKAN DADAH ?

 

PROJEK

DADAH NEGARA

AMIN

SAPA TOKAN 

DADAH

AMIN

KENAPA TAK

BINCANG DALAM

PARLIMEN

KHALAS 



Rakyat ingin tahu kos pembelian setiap dos vaksin – Khairuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa tidak memperincikan kos pembelian vaksin mengikut jenama daripada syarikat pembekal di seluruh dunia.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan,  Khairuddin Abu Hassan berkata, rakyat  ingin mengetahui kos sebenar pembelian setiap dos vaksin Covid-19 mengikut jenama-jenama kerana ia melibatkan dana kerajaan.

“Kita ingin mengetahui pecahan kos pembelian vaksin dan cara kerajaan membelanjakan peruntukan dana untuk tujuan pembelian vaksin mengikut pecahan jenama.

“Khairy mengesahkan bahawa peruntukan keseluruhan untuk program vaksinasi berjumlah RM5.8 bilion di mana RM4.8 bilion disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RM1 bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Walaupun Khairy menyatakan setiap perjanjian ‘procurements’ telah diserahkan kepada Jawatankuasa PAC, namun rakyat ingin mengetahui kos pembelian setiap dos mengikut jenama-jenama vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin mendakwa, kos pembelian vaksin yang dibayar kerajaan lebih tinggi berbanding negara jiran yang turut sama membeli vaksin sama.

“Kerajaan Malaysia membayar kos lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh kerajaan-kerajaan dari negara-negara jiran kita.

“Pada awalnya, rakyat difahamkan kerajaan sudah membelanjakan peruntukan ini namun penerimaan stok vaksin agak lambat. Adakah ia disebabkan kerajaan lambat bayar kepada syarikat pembekal ataupun terpaksa beratur menunggu bekalan,” katanya.

Khairuddin juga mendesak Khairy mendedahkan jumlah pembayaran yang telah dibuat setakat ini kepada syarikat-syarikat pembekal vaksin terbabit.

“Bilakah kerajaan mula membuat pembayaran ke atas kos-kos vaksin dan setakat hari ini berapakah jumlah keseluruhan yang sudah dibayar kepada syarikat-syarikat pembekal mengikut jenama-jenama vaksin,” katanya.

 

VIRUS WUHAN

PROJEK SAPA?

JENG JENG JENG

AMIN

NAK BAGI 

SAPA KAYA

AMIN

UNTUK  KUMPUL

DANA PRU15

KHALAS



1 ulasan:

Unknown berkata...

Tt leh cite sket tak apa semiotiknya gambaq khairy dengan nurul dengan persoalan pasal kos veksin. Lau letak gambaq khairudin dengan khairy masuk akal la jugak ishh.. tak habih habih nak carik pasal dengan nurul robek hati gwa nengok nurul diperlakukan camtu. Apa salah nurul dia hanya anak papa takde kaitan pun ngan veksin. Nurul dah cucuk veksin lom.. leh apply veksin dahtrysedapcca hurmmm..