Ahad, 1 Oktober 2023

SUKARELAWAN POLIS KUTUK ANWAR


Kumpulan peguam desak sukarelawan polis ditahan kerana kenyataan aib dibebaskan

KUMPULAN Lawyers for Liberty (LFL) mengecam tindakan polis yang menahan seorang sukarelawan polis wanita yang didakwa membuat kenyataan mengaibkan tentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Facebook.

Pengarah LFL Zaid Malik berkata kenyataan biadab atau menghina tidak membawa kepada tindakan siasatan jenayah.

“Walaupun berlaku perubahan kerajaan yang menjanjikan pengarahan kepada era pembaharuan, polis masih memantau media sosial dan membuat laporan polis terhadap warganegara berkaitan hantaran atau komen rambang yang digambarkan sebagai mengecam atau menghina kerajaan atau mereka yang berkuasa.

“Dalam demokrasi, kenyataan biadab atau menghina tidak menjanjikan siasatan jenayah.

“Tanda aras tindakan polis adalah jika ucapan menghina itu boleh menyebabkan kebinasaan secara langsung atau fizikal kepada mana-mana individu atau kumpulan orang atau ia benar-benar mengancam ketenteraman awam,” kata Zaid dalam satu kenyataan.

Khamis lepas, polis Johor menahan suspek berusia 39 tahun di Endau, Mersing pada 10.58 malam selepas laporan polis dibuat.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Penahanan dibuat susulan laporan dibuat seorang pegawai kanan polis yang melihat komen dibuat individu tersebut di Facebook.

Mengulas lanjut, Zaid berkata perdana menteri, menteri atau kerajaan tidak mempunyai kedudukan istimewa di sisi undang-undang, malah sebarang kritikan atau kejian kepada reputasi mereka tidak termasuk di bawah peruntukan menjejaskan “ketenteraman awam atau moral.” – 1 Oktober, 2023.

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

UNDI AWAL

TAK BERI UNDI

PADA PAKATAN

BERI UNDI PD PN

KAH KAH KAH

SEKARANG TIBAI

ANWAR PULAK

KAH KAH KAH

INI BERAT

WOIT

TIBAI MACAM

MANA HINGGA

JADI JENAYAH ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: