Khamis, 2 Januari 2025

KITA MELAYU BUKAN ARAB


KITA MELAYU

BUKAN ARAB

AMIN

HIZBULLAH BERI AMARAN


HIZBULLAH

BERI AMARAN

AMIN

RASUAH BAWA BAHAYA PADA NEGARA


INI CONTOH

RASUAH BAWA

BAHAYA 

PADA NEGARA

AMIN

INI BUKTI MAKIN RAMAI PEGAWAI KERAJAAN BELOT


INI BUKTI

MAKIN RAMAI

PEGAWAI 

KERAJAAN

BELOT

AMIN

KESEDARAN MELAYU ISLAM


TAHNIAH NGA

MEMBUKA

KESEDARAN

 MELAYU ISLAM

AMIN

MANJA JANJI PEMBELAJARAN PEWRCUMA?



Kejutan tahun baharu untuk ribuan peminjam selepas PTPTN ugut tindakan mahkamah jika tidak segera bayar balik


Tahun 2025 tiba bersama kejutan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di seluruh negara apabila mereka diancam dengan tindakan mahkamah sekiranya gagal melangsaikan segera hutang lama sehingga puluhan ribu setiap seorang, dalam apa yang dilihat sebagai satu lagi tindakan yang membelakangi janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan hutang lama pengajian terutama untuk golongan tidak berkemampuan.

MalaysiaNow menerima puluhan panggilan telefon dan email dengan bersertakan surat dihantar oleh PTPTN, termasuk kepada mereka sudah pun menamatkan pengajian lebih dua dekad yang lalu tetapi tidak bekerja, mempunyai pendapatan tetap ataupun mempunyai gaji minimum yang mewajibkan pembayaran balik.

Ramai yang berkongsi kegusaran mereka di media sosial dan memuat naik notis tunggakan yang diterima menerusi pos dan email sejak bulan lalu, sambil menyifatkannya "ugutan".

Mereka turut melihat amaran tindakan mahkamah dibuat secara rambang untuk "menakut-nakutkan" peminjam.

Komen di media sosial pula mengingatkan kerajaan dipimpin PH mengenai janji gabungan itu pada piihan raya umum yang lalu, yang antara lain menawarkan program pemansuhan hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40. 

Ia juga berjanji menetapkan jadual pembayaran semula dilaksana berasaskan gaji bagi graduan baharu bermula RM4,000 dengan peratusan meningkat mengikut gaji.

Ada juga yang berkata mereka mengalami kesukaran mengakses aplikasi PTPTN selain tiada maklum balas terhadap permintaan untuk menetapkan semula kata laluan aplikasi. 

“Bila cuba untuk log masuk aplikasi tak boleh dibuka dan kata laluan pula tak boleh dikemaskini walaupun dah ikut arahan yang diberi,” menurut Dayah dalam komennya di TikTok.

Majoriti peminjam berkata tuntutan segera oleh PTPTN untuk membayar hutang itu datang ketika mereka tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat meskipun sudah bekerja dan makan gaji setiap bulan. 

Antaranya ialah seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Mustaffa, yang menerima emel daripada PTPTN pada 19 Disember dengan amaran untuk melunaskan baki hutang RM4,600 dalam tempoh tiga minggu. 

Menurutnya, dia sudah pun membayar balik RM10,000 melalui ansuran sehingga 2019.

"Saya terpaksa hentikan pembayaran kerana masalah ekonomi dan diberhentikan kerja dua bulan lepas," katanya yang mengambil pinjaman PTPTN pada 2010 untuk pengajian diploma.

Seorang lagi pemimjam, Nurul Syahirah, berkata dia menerima notis serupa pada 25 Disember meskipun hanya mempunyai tunggakan tunggakan untuk tempoh dua bulan bayaran sebanyak RM147.

Syahirah, yang mengambil pinjaman sebanyak RM14,000 untuk pengajian ijazah sarjana muda dari 2018 hingga 2021, telah setakat ini membayar RM3,500 secara ansuran.

Bagaimanapun, dia berhenti kerja dua bulan lalu untuk melanjutkan pelajaran menyebabkan tiada transaksi bayaran balik.

"Bila ada tunggakan, laju sahaja mereka minta tetapi bila kita sudah membuat pembayaran, agak lewat pengesahan dimaklumkan. Kadang-kala ambil masa seminggu baru saya dapat emel pengesahan bayaran," katanya kepada MalaysiaNow, sambil menambah dia sekarang perlu mencari jalan membayar yuran pengajian ijazah sarjana dengan kadar segera.

Surat amaran PTPTN itu turut dikepilkan dengan butiran pegawai yang perlu dihubungi untuk rayuan.

Percubaan MalaysiaNow menghubungi pegawai tersebut gagal, sementara masih cuba mendapatkan respons PTPTN dan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir.

Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini berkata sejumlah RM32.29 bilion melibatkan kira-kira 2.7 juta peminjam berada dalam kategori "sepatutnya dibayar balik".

Menurut PTPTN, seramai 430,000 peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM6 bilion.

Di bawah pentadbiran Barisan Nasional dulu, pembayaran balik hutang PTPTN dikecualikan kepada peminjam yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama, manakala mereka yang gagal bayar dimasukkan ke dalam senarai hitam untuk menyekat perjalanan ke luar negara.

Peminjam juga boleh menstruktur semula hutang mereka mengikut kemampuan, dengan tempoh pembayaran balik dilanjutkan sehingga umur 60 tahun, di samping ansuran bulanan minimum yang dikira berdasarkan 5% hingga 8% daripada pendapatan kasar.

Langkah itu tidak meredakan kempen PH untuk mendapatkan sokongan orang muda, di mana isu PTPTN menjadi topik utama ceramah kempen PRU sejak tahun 2013.

Beberapa pemimpin PH yang kini dalam Kabinet pernah menjanjikan pendidikan percuma untuk pengajian tinggi, di samping memansuhkan hutang PTPTN.

Antaranya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka dalam demonstrasi menuntut penghapusan hutang PTPTN yang mendapat sokongan penuh pemimpin PKR.

Watak lain yang kerap menjadikan isu PTPTN sebagai fokus ucapan ialah Rafizi Ramli, kini menteri ekonomi, yang pernah berkata negara mampu menghapuskan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan tinggi percuma.

Bagaimanapun, dua tahun lalu, Rafizi berkata hutang PTPTN yang kini berganda menyebabkan idea itu tidak boleh dilaksanakan lagi.

"Sebaik saja melepasi angka tertentu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan," katanya pada Februari 2023.

Selepas kejatuhan BN pada 2018, PH di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad menghapuskan sekatan perjalanan kepada 400,000 peminjam yang gagal bayar, selain menetapkan pembayaran kepada peminjam bergaji RM4,000 ke atas.

Bekas menteri pendidikan tinggi Mohamed Khaled Nordin sebelum ini mengumumkan tiada lagi pengecualian automatik bayaran balik pinjaman kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.

Khaled juga berkata kerajaan tiada sebarang rancangan untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN secara bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40, dengan alasan semua parti politik dalam kerajaan campuran tidak menawarkan janji sedemikian.


WOIT

MANA JANJI

ANWAR

BLACKROCK

NAK BERI BELAJAR

PERCUMA HINGGA

KE UNIVERSITI

AMIN

SEKARANG

SEMUA SEDAR

ANWAR 

BLACKROCK

 BUKAK

MULUT MOHOMG

KAH KAH KAH

KHALAS


SAJAK UNTUK FAHMI REZA


SAJAK UNTUK FAHMI REZA


Anak muda yang berkarya
Malam ambang tahun baru ini
Kamu dikurung di lokap jenayah

Letih abang-abangmu dulu
Setiap unjuk rasa
Beribu turun ke jalanraya

Untuk bina negara bebas bersuara
Kini kamu menyaksikan sendiri
Yang dulu mengepalai demo
Sedang bertakhta di Perdana Putera

Lalu dekri diumum Corong Bernama
Hasutan bernama satu Akta
Dilepaskan seperti anjing liar

Awas anak-anak muda yang berkarya
Karyamu adalah suversif
Kepada sang koruptor

Gerombolan penguasa kini ketakutan
Anak muda merdeka fikiran
Jadi suatu ancaman

Tetapi selamanya
Geng otoriter, diktator dan oligarki lupa 
Anak-anak muda adalah pelopor revolusi di mana jua.

Hassan Abdul Karim 
Pasir Gudang
31 Disember 2024

ZAHID TIBAI GUAN ENG


ZAHID TIBAI

GUAN ENG

KAH KAH KAH

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

KHALAS

GANTIKAN DENGAN SAPA SAJA


GANTIKAN

DENGAN SAPA SAJA

ASALAKAN BUKAN

ANWAR

 BLACKROCK

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO DEMO 
TURUN BERDEMO"

Nak demo boleh no hal..lu nak ganti dengan siapa? Musang amang udah jadi gedebek..oops gabnor..semua penyakau penyondol penjubor kaki tunggang tenggek 5 kali mau tunjuk alim saja tapi perangai kalahkan vellfire bagai..lu cakap mau ganti dengan siapa gua turun demo. Kita udah ada experience.

KESEDARAN MELAYU ISLAM


KESEDARAN

MELAYU ISLAM

AMIN

SAKAI ASLI JAKUN BIDUANDA


TERIMA KASIH

GUA TAK PERLU

GUA SAKAI ASLI

JAKUN BIDUANDA

KHALAS


Unknown commented on 
"JUAL DATU SERI"

TT lu jangan dok pongpang pongpang gedebe sangat.
Gwa akan lobi kepala negeri untuk beri lu title DPE. Datuk Paduka Emeritus.

Orang Kaya Kaya Negeri.
Sila ke tailor untuk ukur saiz badan nak mengadap ambil pingat.

DETIK MERAKAM SEJARAH


DETIK DETIK

MERAKAM 

SEJARAH

DETIK-DETIK INI 
TIDAK AKAN DATANG LAGU
IA MELINTAS DAN LALU
INILAH PERJALANAN HIDUP

DEMI MASA
MASA TERUS BERJALAN
TANPA HENTI
YANG TINGGAL HANYA INGATAN
TEKNPLOJI KINI MEMBANTU
MERAKAM DETIK ITU

GUA RAKAM SEMUA INI
JIKA 100 TAHUN DARI
HARI INI
ADA SOSOK PERGI
KE TEMPAT YANG SAMA
PADA DETIK YANG SAMA
LIHAT APA YANG TELAH BERLAKU
AMIN
MALAM 31 DISEMBER 2024
JAM 11.46
MALAM AKHIR 2024 

GAMBAR DIAMBIL 
DARI JALAN PEMISAH HOKKIEN
DAN KWANTUNG

INI DETIK DETIK AKHIR 
SEBELUM 2025 SAMPAI
SEBELUM BUNGA API
MELEDAK

GAMBAR DI AMBIL
PADA 1 JANUARI 2025
JAM 9.14 PAGI
ATAS JALAN HOKKIEN
MATAHARI BERSINAR
BAYANG BAYANG 
TAK TAK - EZI - DAN GUA
JELAS
GAMBAR AKHIR 
RUMPUT PADI
MAKANAN BURUNG PIPIT
SEBELUM DI POTONG
DI RAKAM PADA
2 JANUARI 2025
JAM 8.33 PAGI
DALAM HOKKIEN





TEATER EDORGAN


RAKYAT TURKI

SOKONG PALESTIN

JUJUR 

 PENUH TEKAD

AMIN

EDORGAN BUAT 

TEATER 

AMIN

MINYAK UNTUK 

ZIONIS ISRAEL

DATANG 

DARI TURKI

KHALAS

TUTUP SALURAN

MINYAK ISREAL

AKAN MAMPOS 

AMIN

MAKA EDORGAN

 KERAP BUAT

PIDATO MOHONG

KHALAS 

ADA SESAT ADA YANG MENYESATKAN



Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyelewng – Jawatankuasa Muzakarah MKI

KUALA LMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mendapati ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan menyelewng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak.

Selain itu, jawatankuasa tersebut mendapati ajaran berkenaan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusinya, Nooh Gadot berkata, pihaknya membincangkan mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem ketika bersidang pada 24 hingga 26 September lalu.

“Berdasarkan hujah-hujah an fakta fakta yang telah dikemukakan oleh penyelidik melalui kajian serta dapatan yang telah dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran, ucapan dan dialog yang disampaikan melalui media digital, Muzakarah telah yakin dan berpuas hati ajaran yang dibawa oleh Mhd Mohib Khouli adalah sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

ADA KLIM

YANG LAIN

SESAT

KAH KAH KAH

ADA YANG

SESAT LAGI

MENYESATKAN

KAH KAH KAH

KHALAS

DIMANA BUMI DIPIJAK



Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland

MOSCOW: Larangan menutup wajah di tempat awam yang diluluskan pada 2021 kini berkuat kuasa di Switzerland bermula Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).

Pada 6 November lalu, kerajaan Switzerland menetapkan tarikh pelaksanaan undang-undang itu pada 1 Januari 2025.

Keputusan ini diambil selepas satu referendum yang dimulakan oleh rakyat Switzerland pada 7 Mac 2021.

Larangan ini tidak terpakai di dalam pesawat, premis diplomatik atau konsul, tempat keagamaan atau dalam situasi di mana tidak menutup wajah boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan atau keselamatan, atau mengganggu adat tempatan.

Pesalah boleh didenda 100 franc jika membayar segera atau 1,000 franc jika enggan membayar di tempat kejadian.

DIMANA BUMI

DIPIJAK

DISITU LANGIT

DIJUNJUNG

AMIN

KHALAS

ENJOI DE MENJOI SAMPAI MATI


ENJOI DE MENJOI

SAMPAI MATI

AMIN

REFORMASI JADI REFORMATI


REFORMASI

DAH JADI

REFORMATI

KHALAS


Unknown commented on 
"AJARAN SESAT
 YANG BETUL"

nak hapus akta hasutan tak hapus pun tambah 3R pulak kahkahkah

Unknown commented on 
"AJARAN SESAT 
YANG BETUL"

klaim saja sunni tapi tak sunni pun di klaim syiah tapi bukan syiah musuh menyerang bukan hanya senjata bkackrock tapi propaganda jahat. Kezalilman kekal ada sebab ramai orang baik diam x buat apa2. 

Reformasi x reformasi pun madani ayat saja terhormat tetap banduan 3R belum akta pun sakau47 plus 40 cuma teater dll.

PILIH SABAB


PILIH SABAB

Awaiting moderation

Unknown commented on 

"AMBIL GARIS SABAB"

OK OK OK sabab pun sabab lah!!! pilihan tepat tetap ada.Usaha!!


Unknown commented on 

"AMBIL GARIS SABAB"

Betul sekali tak kira siapa perangai tahi busuk juga, sama kaut sama curi sama rompak tinggal hutang suruh rakyat tanggung, baik tak ada pemimpin tak ada sistem kah kah kah mungkin lebih elok, semuanya ikut cara mereka penyakau akhir zaman kah kah kah


tak kira bangsa agama keturunan perangai tetap sama kah kah kah suruh semua sekali blah ramai menyusahkan tanggung makan minum sama berak sekali akhirnya tembak mati terus penyakau perasuah mungkin lebih baik kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 2 JANUARI 2025
DAH MASUK HARI KE DUA
TAHUN 2025
KEMARIN KUALA LUMPUR
PANAS INDAH
DI KELANTAN DAN GANU
HUJAN DAN BANJIR
INI ADALAH PETANDA
PERUBAHAN IKLIM DUNIA

JABATAN KAJI CUACA
DAH BERI INGATAN
MUNGKIN KITA
AKAN DILANDA KEMARAU
MUSIM KERING AKAN SAMPAI
BILA?
KITA TUNGGU DAN LIHAT

DESAS DAN DESUS MEREBAK
PAS DAN GEROMBOLAN
NAK BERBAIK
JUSTERU BUAT DEMO
PADA SENIN 6 JANUARI
HARI NAJIB DI BAWA KE MAHKAMAH
 DI PUTRA JAYA

DESAS DESUS JUGA
BERKATA
MALAM KEMARIN
GEROMBOLAN BERMESYURAT
APA AGENDA?
APA DI BINCANG?
HANYA GURU NANAK
YANG TAHU
AMIN

AMERIKA
DI NEW ORLEANS
SEORANG MAMAT  
SHAMSUDDIN JABBAR
WARGA AMERIKA BAWA TRAK
LANGGAR ORANG RAMAI
DI KAWASAN PESTA
TAHUN BARU 
20 ++ MATI
30++ CEDERA
DALAM TRAK ADA BENDERA ISIS

RUSIA
GAS DARI RUSIA KE EROPAH
MELALUI UKRAINE DI TUTUP
KEMARIN 1 JANUARI 2025
PERJANJIAN TAMAT DAN TIDAK
DI PERBAHARUI
EROPAH DALAM MUSIM SEJUK
KINI MENGIGGIL

UKRAINE
RUSIA TERUS MENYERANG
BANYAK KAWASAN KINI
DALAM TANGAN RUSIA
UKRAINE TAK ADA PENGGANTI
SOLDADU YANG MATI

SWITZERLAND
KERAJAAN LARANG
TUTUP MUKA BUDAYA ARAB
PAKAI TOPENG
SAPA DEGIL AKAN DI SAMAN

HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU INDAH 
BERSAMA  AWAN PUTIH

DI PINTU MASUK
RUMPUT SEDANG DI POTONG
HA HA HA
GUA SEDUT
AROMA RUMPUT HIJAU
YANG BARU DI POTONG
SATU NIKMAT PAGI

DARI BUKIT JAUH 
HOW WOW BERSUARA
DALAM PADANG 
TERKUKUR BERLAGU
PIPIT JUGA TAK MAHU KALAH
BERSUARA TAPI
BADAN TAK NAMPAK

DI JALAN PULANG
MURAI BERKICAU
INDAH CUKUP INDAH
HARI KEDUA TAHUN 2025

HARI INI AKAN  PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
JIKA LU PANCING AWEK
LU PAKAI UMPAN APA?

BRO
AMALKAN KETUM
UNTUK TAHUN 2025
BADAN YANG SEHAT
KUDRAT YANG KUAT

BRO
JIKA LU SELALU LUPA
TULIS DAN NOTAKAN
SEGALA PERKARA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA