Jumaat, 31 Januari 2025

JAGO JAGO NAK PILIH BETINO


JAGO JAGO

NIK PILIH BETINO

MELAYU KENA TIPU


MELAYU KENA

TIPU

AMIN

ARAB ISLAM PILIHARA PENJENAYAH ZIONIS YAHUDI


ARAB ISLAM

PILIHARA 

PENJENAYAH

ZIONIS  YAHUDI

AMIN

WAJIB DENGAR PENCERAHAN INI !!!


WAJIB DENGAR

PENCERAHAN INI !!!

KHALAS

BUKTI RASUAH MADANI


BUKTI

RASUAH MADANI

GADUH DALAM PKR


BERGADUH DALAM

PKR DAH MULA

SARANAN ZAHID BETUL & TEPAT




Zahid arah selesai segera kes tembak PATI di Tanjung Rhu, elak jejas hubungan


KUALA LUMPUR:  Ahmad Zahid Hamidi mahu penyelesaian segera dilaksanakan dalam kes tembak pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting yang membabitkan anggota Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mahu kejadian awal pagi 24 Januari lalu yang mengorbankan nyawa seorang PATI warga Indonesia dan mencederakan empat yang lain menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

"Tindakan perlu dilakukan sama ada ke atas ketidaksengajaan atau atas kesengajaan yang berlaku.

"Kita mengharapkan ia tidak menjejaskan hubungan diplomatik membabitkan kerajaan dengan kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) dan rakyat dengan rakyat (P2P)," katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar menjadi tetamu jemputan untuk program 'Podcast Utama Buletin TV3' yang dihoskan oleh Halim Mohamed dan Azaria Tagaya.

Program itu akan disiarkan Ahad ini jam 10 pagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya menganggap kejadian berkenaan sesuatu yang amat mendukacitakan, apatah lagi ia berlaku selepas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, baharu sahaja mengadakan kunjungan ke negara ini.

Atas dasar itu, katanya beliau mahu semua pihak bersikap adil dalam menilai kejadian terbabit termasuk terhadap individu berkaitan.

Dalam kejadian 24 Januari lalu, Maritim Malaysia dilapor melepaskan tembakan ke arah bot dinaiki PATI warga Indonesia selepas mereka dikatakan menyerang pegawai agensi penguatkuasaan itu yang sedang melakukan rondaan di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting.

Kejadian itu menyebabkan seorang PATI maut, manakala empat yang lain cedera.

Kementerian Luar Negeri Indonesia dalam satu kenyataan pada 25 Januari lalu, berkata kes tembakan itu berlaku ketika lima warga negara Indonesia itu cuba meninggalkan Malaysia secara haram.

Susulan kes berkenaan, sekumpulan individu mewakili hak asasi manusia dan kesatuan sekerja berkumpul dan bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.

SARANAN ZAHID

INI BETUL TEPAT

AMIN

INDONESIA JIRAN

SAUDARA KITA

JANGAN 

BERMUSUH

AMIN

TANPA PEKERJA

DARI INDONESIA

KITA TIDAK MAJU

AMIN

KITA PERLU

TENAGA MEREKA

AMIN

MEREKA BUKAN 

PENDATANG HARAM

DARI

CHINA MERAH

AMIN

MINTA MAAF

DAN BERI

PAMPASAN

AMIN

IBU INDIA

YANG DI TELAN

BUMI KITA 

BERI PAMPASAN

INIKAN PULA

SEDARA KITA

DARI INDONESIA

AMIN

KHALAS

KES ROGOL ANAK MENTERI




Kes rogol babitkan anak menteri: Polis rakam keterangan Chegu Bard

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard hari ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kes rogol yang dikaitkan dengan seorang anak menteri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Chegu Bard hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 10 pagi.

"Ya betul, polis sudah mengambil keterangannya. Ia bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Chegu Bard memaklumkan dipanggil polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan dakwaan mengenai kes rogol membabitkan seorang anak menteri.

"Ini berkenaan kenyataan saya berhubung anak Menteri Dalam Negeri yang didakwa menyerang seorang wanita.

"Ia hal peribadi, namun ini berkenaan 'rule of law' yang mana apabila terdapat laporan polis dibuat, maka siasatan dijalankan," katanya.

Terdahulu, Chegu Bard dilihat hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali kira-kira 10 pagi dan proses rakaman keterangan berakhir pada 11.30 pagi.

Terdahulu tular dalam laman sosial kes membabitkan anak seorang menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita terbabit dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Butterworth pada 24 Disember tahun lalu.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Siasatan kes dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


WOIT

INI BUKAN

KES ROGOL

AMIN

MEREKA 

BERANCUK

SUKA SAMA SUKA

AMIN

TIMBUL MASALAH

BILA BUNTING

KERANA TAK 

PAKAI KONDOM

AMIN

JANTAN MAHU

GUGUR ANAK

AMIN

BETINA MAHU

SIMPAN ANAK

AMIN

KALAU PAKAI

KONDOM 

BERANCUKLAH

SAMPAI SUBUH

TAK JADI MASALAH

KHALAS

IKUT NASEHAT INI UNTUK SEHAT


TERIMA KASIH KKM

BERI INGATAN INI

AL- FATIHAH





Hamas sahkan kematian ketua tenteranya Mohammed Deif

GAZA: Hamas semalam mengesahkan kematian ketua tenteranya Mohammed Deif, yang dituduh oleh Israel sebagai dalang di sebalik serangan 7 Oktober dan kematiannya diumumkannya tahun lalu.

"Briged Al-Qassam mengumumkan kepada rakyat kami yang hebat bahawa sekumpulan pejuang dan komander telah syahid," menurut jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Obeida dalam satu kenyataan video.

Beliau menamakan ketua kakitangan Briged Al-Qassam, komander Mohammed Deif dan timbalan ketua staf, komander Marwan Issa, antara yang terbunuh.

Sebelum ini, Israel menuduh Deif sebagai antara arkitek utama pada 7 Oktober, bersama dengan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang terbunuh pada 16 Oktober 2024.

Pada 1 Ogos tahun lalu, tentera Israel mengumumkan membunuh Deif dalam serangan udara di Gaza pada bulan sebelumnya.

Tentera berkata, jet pejuang menyerang Khan Younis pada 13 Julai dan 'mengikut penilaian risikan', ia boleh disahkan bahawa Mohammed Deif terbunuh dalam serangan itu bersama seorang komander tertingginya, Rafa Salama.

Deif menjadi ketua sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada tahun 2002.

Dia adalah antara lelaki paling dikehendaki Israel selama hampir tiga dekad dan dalam senarai 'pengganas antarabangsa' Amerika Syarikat (AS) sejak 2015.

Deif, yang nama sebenarnya Mohammed Diab al-Masri, dilahirkan di kem pelarian Khan Younis pada 1965.

Pada Januari 2024, Israel mengeluarkan gambar Deif menunjukkan dia dengan sebelah mata hilang, tanpa menyatakan bila foto itu diambil.

Musuhnya menggelar Deif sebagai 'kucing dengan sembilan nyawa' selepas beberapa kali hampir maut.

Pada 2014, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, membunuh isteri Deif dan seorang anak lelaki berusia tujuh bulan.

Deif dikatakan memainkan peranan penting dalam rangkaian besar terowong yang dibina di bawah Gaza.

Pada bulan Mei, ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) meminta waran penahanannya, bersama Sinwar, atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Hamas sebelum ini tidak pernah mengesahkan kematiannya, sehingga semalam .- AFP

AL-FATIHAH




ANAK MUDA INDONESIA HEBAT !



ANAK MUDA

INDONESIA HEBAT !

KITA MELAYU BUKAN ARAB


KITA MELAYU

BUKAN ARAB

KHALAS

Unknown commented on 
"KITO MELAYU
 TOK SEH JADI ARAB"

Orang-orang yang selalu bertukar cara gaya budaya sebenarnya tiada identiti sendiri, cuma mengikut trend semasa tanpa kedalaman budaya keturunan ketuanan sebagai, ini banyak berlaku sekarang, sekejap jadi Bollywood, sekejap jadi Arab, sekejap nak jadi Korea, sekejap sini sekejap sana akhir sekali lupa dimana kedudukan diri kaum kerabat sekelian, ini kemajuan manusia, makanan ikut cara budaya orang lain, 

pakaian sama juga, semuanya menjadi Pak Turut kah kah kah tetapi hanya seorang saja yang masih kekal tinggi dengan pakaian songkok di kepala tetapi selalu planta kan semua kah kah kah ini hari naik, esok harga minyak turun, tol dilupuskan, PTPTN dihancurkan semuanya percuma kalau mengundi saya seorang sekarang sibuk menguruskan pembinaan infrastruktur di negara lain kah kah kah sesiapa dapat teka siap sosok ini? Kah kah kah

BAHAYA BERANCUK TAK PAKAI KONDOM


BAHAYA 

BERANCUK

TAK PAKAI 

KONDOM



MANA PENDATANG HARAM DARI CHINA MERAH ?


MANA ILANG

1.2 JUTA ORANG

PEDATANG

HARAM DARI

CHINA MERAH

3R MENUJU KE AKTA ISA


3R MENUJU

KE AKTA ISA


Telinga kita jadi bingar bila  mendengar perkataan 3R. Mata kita terbeliak bila membaca perkataan 3R. Kita merasa mual dan hendak muntah bila ada saja politikus  dan apparatchik Madani bersuara tentang 3R ini.

Sebutan 3R ini  dalam bahasa Inggeris – Royalty, Religion  dan Race – raja-agama-bangsa. Sepatutnya menjadi RAB dalam bahasa Melayu. Tetapi Bahasa Melayu di ketepikan. 

Ini taktik  sama seperti United Malays National Organisation menggunakan perkataan UMNO.  Parti boneka Inggeris ini menggunakan nama dalam Bahasa Inggeris tidak nama dalam Bahasa Melayu. Kunun ini hebat boleh klim lulusan Oxfart atau Cumbris.

Sebenarnya ada projek yang lebih besar di belakang heboh-heboh 3R ini. Ada rancangan licik dalam penggunaan perkataan yang bukan berasal usul dari bahasa Melayu ini.

Kita dilarang bercakap hal 3R. Selalu kita dengar Pak Menteri dan macai Madani bersuara melarang kita menimbulkan 3R. Polis juga berkali-kali  bersuara melarang 3R. 

Kita juga membaca para penyokong Anwar Blackrock telah membuat laporan polis atas tuduhan ke atas  Si Polan dan Si Polan yang terlibat dalam 3R. Penyokong Anwar Blackrock mendesak sesiapa saja yang terlibat dalam 3R wajib di tangkap, di dakwa dan di bawa ke mahkamah. 

Apa sebenarnya ini?

Jawabnya mudah saja. Perkataan 3R digunakan dan bukan perkataan Raja  Agama atau Bangsa untuk tujuan jahat.  Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak faham sangat bahasa Inggeris. Lebai Sudin dan Kak Kiah  pun tidak juga faham  tentang larangan 3R.

Kepala bana apa 3R ini? 

Bayangkan jika perkataan Raja Agama dan Bangsa  dilarang penggunaan  pasti  Bani Melayu akan terperanjat besar. Mak Cik Felda akan bertanya : Apa dah jadi dengan Melayu ? 

Ustad YouTube dan para pendakwah akan terperanjat. Jika agama dilarang disuarakan maka apa tugas alim ulama dan pendakwah. Apa yang hendak para Ustad sampaikan kepada ummah dalam YouTube atau di surau. 

Penyokong  raja juga akan marah. Apakah Melayu sudah tidak beraja lagi. Jeng jeng jeng.

Tapi dalam tulisan ini ada satu lagi perkara yang  terpendam lagi tersorok dan amat penting yang hendak saya sampaikan.  Perkara ini berkait rapat dengan 3R.

Ada projek  racun sembilu yang sedang disediakan. 3R ini hanya pembuka selera.

Pada hemat  saya perkara jahat ini dengan licik sedang di rancang. Saya mengeluarkan pandangan ini hasil dari  pengamatan  dan pembacaan  saya. Saya  merasa yakin ada sesuatu sedang di rancang.

Saya membuat  rumusan  sedemikian kerana  fakta ilmiah  berasaskan hukum hakam. Hakikatnya 3R ini tidak wujud. Larang 3R ini larangan dongeng. Tidak ada akta dan tidak ada undang-undang yang melarang warga untuk bercakap tentang agama, raja atau bangsa.

Konsep 3R ini wujud apabila Anwar Blackrock cuba mendirikan kerajaan. Awalnya dia  gagal kerana tidak cukup sokongan YB. Akhirnya Anwar Blackrock berjaya menubuhkan kerajaan ini  melalui  titah Yang DiPertuan Agong. Justeru sesudah PRU15 – dari fakta sejarah – kerajaan ini ialah  Kerajaan  Titah  bukan Kerajaan Rakyat dipilih melalui undi.

Kemudian Kerajaan Titah ini mengklim sebagai Kerajaan Perpaduan. Di heboh dan di canang  seantero dunia bahawa kerajaan Anwar Blackrock ini sebagai Kerajaan Perpaduan.

Hakikatnya kerajaan Anwar Blackrock ini  goyah. Justeru bila timbul saja kritikan dari pihak pembangkang atau sesiapa sahaja  maka   nama  Raja , nama Sultan dan nama Agong telah digunakan untuk menupang kerajaan yang goyah ini.

Maka dari sinilah muncul 3R.  Inilah latar kemunculan 3R. Dari fakta inilah akan muncul satu lagi projek baru yang lebih jahat dan ganas  dari 3R. Apa projek ini ?

Untuk memahami apa yang sedang di rancang oleh Anwar Blackrock saya membawa pembaca kembali ke era  zaman kolonial. Di zaman sebelum Inggeris meninggalkan kuasa kepada United Malays National Organisation. Ini sebagai latar belakang sejarah untuk kita sesama memahami apa yang berlaku sekarang.

Adalah bohong lagi temberang bila Tunku Abdul Rahman berkata : Kemerdekaan kita capai tanpa tumpah darah. Ini ucapan pelesit dari anak didik Inggeris.

Jangan lupa siapa Pak Sako, siapa Rashid Maidin, siapa Shamsiah Fakeh, siapa Abdullah Sidi, siapa Chin Peng dan  siapa Mokhtaruddin Lasso. 

Apa peranan Burhanuddin Hilmi dan apa peranan Sheikh Abu Bakar al-Bakir. Jangan lupa PKMM -  Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Jangan lupa AWAS – Angkatan Wanita Sedar. Jangan lupa API – Angkatan Pemuda Insaf. Jangan lupa  PKM - Parti Komunis Malaya. 

Jangan lupa peranan Parti Komunis Malaya  memimpin gerakan gerila  mengangkat senjata melawan penjajahan Jepun. Jangan lupakan peranan perjuangan bersenjata  membebaskan Tanah Melayu dari Inggeris yang di pimpin  oleh PKM bersama para nasionalis kiri Melayu.

Tanpa  perjuangan bersenjata para nasionalis melawan Inggeris - Tunku dan kuncu-kuncu dari United Malays National Organisation tidak akan di pilih oleh Inggeris untuk dijadikan boneka.

Semua ini fakta sejarah bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais.

Saya menimbulkan perkara- perkara di atas  untuk memberi latar belakang tentang projek jahat yang sedang di rancang sekarang. Kita wajib memahami yang lalu untuk sedar yang sekarang dan bersedia dengan yang akan datang.

Satelah Inggeris berundur pada tahun 1957    muncul Parti Buruh dan Parti Rakyat. Dua parti  nasionalis  yang mengambil garis kiri ini telah bergabung  untuk menubuhkan   Sosialis Front atau Barisan Sosialis.

Ketika itu – di zaman ini – garis nasionalis progresif  dan garis kiri kuat dan mengampuh. Setiap kali diadakan pemilihan Majlis Tempatan  sosok-sosok dari Parti Buruh dan Parti Rakyat akan menang. Pekan-pekan besar seperti Melaka , Johor Baru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur pasti akan dimenangi oleh parti-parti ini.

Kekuatan ombak progresif kiri ini menjadikan  pentadbiran United Malays National Organisation dan Perikatan goyah.   Benggolan boneka Inggeris tidak selesa menjalan tugas untuk Tuan Mat Salleh mereka di  No 10 Downing Street.

Justeru 3 tahun sesudah Inggeris mengundur kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku  masih lagi  goyah. Hakikatnya kerajaan boneka Inggeris ini wajib di bantu.  Ini kerana Tanah Melayu adalah sumber ekonomi terpenting untuk Britain. Sesudah Perang Dunia Ke Dua  60% pendapatan ekonomi British di bantu oleh getah dan bijih timah dari Tanah Melayu.

Pada tahun 1960  Tuan Mat Salleh  dari  White Hall  dan dari Downing Street telah menghantar ajen mereka  Reginald Hugh Hickling  untuk membuat undang-undang yang kita kenali sebagai ISA – Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sejarah Akta ISA ini kita semua ketahui. Justeru kenapa saya timbulkan tentang akta yang telah di hapuskan oleh  Najib Razak pada tahun 2011.

Jawabnya mudah. Saya timbulkan perkara Akta ISA ini kerana sejarah sedang berulang. Suasana politik tahun 50’an dan 60’an sedang berada di hadapan kita sekali lagi.

Pada tahun 1960 kerajaan Perikatan Tunku goyah di hambat oleh ombak progresif kiri Parti Rakyat dan Parti Buruh  yang dibantu juga oleh  ombak  nasionalis Islam  dari PMIP – Pan Muslim Islamic Parti. 

Pada tahun 2023 hingga  ke hari ini  kerajaan Madani  terus goyah. Bani Melayu dan umat Islam menolak Anwar Blackrock. Dalam tahun 60’an bandar seperti  Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Seremban  dan Johor Baru dimenangi oleh  Sosialis Front. Pada tahun 2022 kesedaran Melayu dan kesedaran Islam di bawah   Parti Pas telah mengambil negeri Perlis,  Kedah,  Terengganu dan Kelantan.

Apabila kerajaan Perikatan goyah   Akta ISA  telah digunakan untuk melawan musuh politik Tunku.  Lihat bagaimana pada tahun 1964 Akta ISA membantu pengharaman   pemilihan Majlis Tempatan.

Menghapuskan pemilihan Kerajaan Tempatan ini adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan  Tunku dan kuncu-kuncunya.

Persamaan suasana politik dulu dan sekarang amat jelas. Kerajaan Tunku goyah. Rakyat di takut-takutkan dengan pengaruh  komunis dan pengaruh sosialis.

Kerajaan Madani goyah terumbang ambing. Anwar Blackrock sedar bahawa  ketika ini kesedaran Melayu dan kesedaran Islam sedang mengampuh. Justeru rakyat  ditakut-takutkan dengan 3R. 

Walhal 3R bukan akta, bukan undang-undang. Hanya cara untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama mereka yang tidak menyokong Anwar Blackrock dan kerajaan Madani.

Jika suasana politik hari ini  berterusan maka kerajaan Madani tidak boleh bertahan. Kerajaan Awar BlackRock ini akan runtuh. Serangan dari luar makin  ampuh. Dalam masa yang sama serangan dan kecamukan  sesama sendiri dalam parti gabungan  kerajaan Madani makin membesar. 

Serang menyerang tuduh menuduh antara DAP dengan UMNO dan antara PKR dengan UMNO dan juga dengan AMANAH sedang dilihat oleh orang ramai.

Kerajaan yang klim sebagai kerajaan Perpaduan dilihat orang ramai sebagai kerajaan tidak bersatu padu.

Dalam masa yang sama di dalam PKR sendiri sedang berlaku pergeseran sengit antara Anwar Blackrock dengan Rafizi Formula. Orang ramai juga membaca dan bertanya kenapa Saifuddin Nasution  di malukan dalam kes jam tangan, kes anak  kahwin di Golok dan  kes Demo Lawan Rasuah.

Suasana goyah dan kacau ini sama seperti  kacau dan goyah dalam kerajaan Perikatan  Tunku. Untuk  selamat ISA di datangkan. Dalam nada yang sama pada hemat saya untuk terus menjadi Perdana Menteri dan terus berkuasa Anwar Blackrock akan mendatangkan sekali lagi ISA. Kali ini ISA 2.0.

Pada hemat saya Anwar BlackRock tidak ada jalan lain untuk membocorkan ,  menangkis  dan memusnahkan ombak ampuh kesedaran Melayu dan kesedaran Islam. Sama seperti Tunku yang tidak ada jalan lain untuk memadam gerakan sosialis dan nasionalis Islam kiri. Hanya ISA 2.0 akan dapat menyelamatkan Anwar Blackrock.

Justeru Reginald  Hugh Hickling  baru  yang tidak berkulit putih akan diupah untuk  membuat Akta Keselamatan Baru. 

Mustahil? Semua ini adalah fitnah Hishamuddin Rais. Mustahil Akta ISA ini akan dimunculkan kembali.

Sabar dulu Bro !

Ketika tulisan ini digarap proses mengolah persetujuan sedang  berlaku. Tidak percaya sila tunggu sambungan minggu hadapan. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS
https://bebasnews.my/2025/02/01/antara-3r-dan-kemunculan-semula-akta-isa-suatu-pendedahan/



JENAYAH ZIONIS ISRAEL BLACKROCK



9 negara termasuk Malaysia berhimpun di The Hague bincang jenayah dilakukan Israel


THE HAGUE: Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.

Lapan negara lain yang menyertai persidangan itu ialah Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan.

Susulan mesyuarat itu, kumpulan berkenaan dijangka membentuk Kumpulan The Hague dan akan mengumumkan langkah-langkah undang-undang, ekonomi serta diplomatik yang terselaras bagi memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk tindakan berterusannya di Gaza.

Pengumuman itu akan dibuat dalam sidang media pada sebelah petang yang dianjurkan oleh Progressive International, sebuah pertubuhan politik antarabangsa.

"Kumpulan The Hague lahir daripada keperluan," kata Penyelaras Bersama Progressive International, Varsha Gandikota-Nellutla, dalam satu kenyataan bersama semalam.

"Dalam dunia di mana negara berkuasa bertindak sewenang-wenangnya, kita mesti bersatu mempertahankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pelanggaran undang-undang oleh Israel bukan sekadar pembunuhan beramai-ramai dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

"Mereka turut menyerang asas undang-undang antarabangsa yang menjadi tanggungjawab masyarakat dunia untuk mempertahankannya," kata Anwar, yang lantang dan konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Mesyuarat anjuran Progressive International ini akan menghimpunkan wakil-wakil dari sembilan negara bagi meneroka tindakan bersama pada peringkat nasional dan antarabangsa dalam menyokong undang-undang antarabangsa serta hak rakyat Palestin ketika krisis berterusan ini.

Perbincangan ini akan berlandaskan tindakan yang telah diambil oleh negara-negara berkenaan, termasuk keputusan Belize dan Bolivia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Chile pula telah merujuk krisis di Palestin kepada ICC pada Januari 2024 serta menarik balik duta negara itu dari Israel.

Colombia menggantung pembelian senjata dan eksport arang batu ke Israel serta memutuskan hubungan diplomatik.

Honduras pula secara konsisten mengutuk tindakan genosid terhadap rakyat Palestin, manakala Malaysia mengenakan larangan maritim terhadap kapal berkaitan Israel daripada berlabuh di pelabuhan negara ini dan tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Namibia pula telah menyekat sebuah kapal yang membawa penghantaran peralatan ketenteraan ke Israel serta mengutuk keputusan Jerman untuk menyokong Israel dalam kes genosid yang dibawa oleh Afrika Selatan , sambil mengimbau kembali sejarah Jerman dalam genosid di Namibia antara 1904 dan 1908.

Senegal, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ousmane Sonko, komited untuk mengambil 'tindakan lebih konkrit' dalam menyokong hak rakyat Palestin.

Afrika Selatan telah mengambil langkah bersejarah dengan mengemukakan kes terhadap Israel di ICJ atas pelanggaran Konvensyen Genosid, sekali gus mencipta satu duluan penting dalam undang-undang antarabangsa.

"Tindakan kami bukan bersifat hukuman, tetapi pencegahan – bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa dan melindungi golongan yang rentan," kata Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Ronald Lamola, dalam kenyataan bersama itu.

"Pembentukan Kumpulan The Hague menandakan titik perubahan dalam tindak balas global terhadap sikap pengecualian serta kemerosotan meluas undang-undang antarabangsa. Ia menyampaikan mesej jelas: tiada negara boleh bertindak di luar batas undang-undang, dan tiada jenayah akan dibiarkan tanpa tindakan," katanya lagi.

The Hague, yang dikenali sebagai Kota Keamanan dan Keadilan menjadi lokasi simbolik bagi mesyuarat bersejarah ini kerana menempatkan Istana Keamanan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan ICC, melambangkan aspirasi masyarakat dunia untuk sebuah sistem yang diperintah oleh undang-undang dan bukannya kekerasan.

"Dunia tidak boleh hanya bersiap sedia dan melihat, apabila lebih 75 tahun lalu kita telah berikrar bahawa tidak akan ada lagi penderitaan akibat kekejaman di dunia," kata Menteri Kehakiman Namibia, Yvonne Dausab.

"Kita tidak boleh dan tidak harus memilih bulu dalam melindungi nyawa, tidak kira siapa mangsanya. Semua nyawa penting, nyawa rakyat Palestin juga penting," katanya.

Progressive International menyatakan bahawa mesyuarat hari ini dan jangkaan pengumuman langkah perundangan, ekonomi dan diplomatik terselaras itu hadir pada saat genting, ketika undang-undang antarabangsa menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi sebelum ini.

Pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel di Gaza – yang telah didokumentasikan oleh mahkamah antarabangsa dan dikutuk oleh masyarakat madani global – terus dibiarkan tanpa tindakan, didorong oleh sokongan diplomatik dan ketenteraan daripada sekutu-sekutunya yang berkuasa.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang mengenakan sekatan terhadap ICC, sekali gus melemahkan institusi yang ditubuhkan untuk menegakkan keadilan dan bertanggungjawab.

Melalui penyelarasan langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik, Kumpulan The Hague berhasrat untuk mengganggu sistem yang membolehkan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta memastikan pihak yang bersalah dipertanggungjawabkan, menurut kenyataan Progressive International.


NEGARA KAPIR

MINUM ARAK

MAKAN BABI

YANG SOKONG

PALESTIN

AMIN

NEGARA ARAB

TAK IKUT SAMA

AMIN

TAHNIAH MALAYSIA

TEGUH BERDIRI

LAWAN ZIONIS

ISREAL 

BLACKROCK

KHALAS