Rabu, 1 Januari 2025
TAK TURUN JALAN RAYA TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA
TAK TURUN
JALAN RAYA
TAK AKAN MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
ZELENSKY AKAN DI KORBANKAN
Ukraine akan melakukan segala-galanya pada 2025 untuk menghentikan Russia - Zelensky
UKRAINE: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, semalam berikrar bahawa negaranya akan menggunakan tahun 2025 untuk berjuang dengan segala cara bagi mengakhiri pencerobohan Russia yang hampir mencecah tiga tahun.
Ucapan pemimpin Ukraine itu menandakan penutup tahun yang sukar bagi negara dilanda peperangan, yang sudah bertahan daripada serangan tentera Russia.
"Semoga 2025 menjadi tahun kita. Kita tahu bahawa keamanan tidak akan diberikan sebagai hadiah, tetapi kita akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan Russia dan menamatkan perang," kata Zelensky dalam ucapan kepada negara.
Ukraine kehilangan wilayah tujuh kali lebih banyak kepada Russia tahun ini berbanding 2023, menurut analisis AFP, dan kini menghadapi kemungkinan pengurangan sokongan ketenteraan dan politik dari AS apabila Donald Trump mengambil alih Rumah Putih.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengumumkan hampir AS$6 bilion (RM26.82 bilion) bantuan ketenteraan dan bajet untuk Ukraine dalam usaha menyokong Kyiv sebelum Trump memegang jawatan pada Januari.
Trump, seorang Republikan, berjanji untuk menamatkan konflik dalam masa "24 jam" setelah memegang kuasa, menimbulkan kebimbangan di Ukraine bahawa negara itu mungkin terpaksa menyerahkan semua wilayah yang kini dikuasai Kremlin sebagai pertukaran untuk keamanan.
Dalam ucapan Tahun Baharunya, Zelensky menegaskan bahawa Ukraine perlu terus berjuang untuk mendapatkan kelebihan - baik di medan perang mahupun dalam sebarang rundingan damai yang berpotensi.
"Setiap hari pada tahun yang akan datang, saya dan kita semua mesti berjuang untuk sebuah Ukraine yang cukup kuat.
"Hanya Ukraine yang sebegini dihormati dan didengar. Sama ada di medan perang mahupun di meja rundingan," kata pemimpin Ukraine itu.
Namun, Zelensky kelihatan tenang mengenai kepulangan Trump.
"Saya tidak ragu bahawa Presiden Amerika yang baharu bersedia dan mampu mencapai keamanan serta menghentikan pencerobohan (Presiden Russia Vladimir) Putin," kata Zelensky.
Dalam ucapan malam Tahun Baharunya, Putin tidak secara langsung menyebut perang di Ukraine tetapi memuji askar-askar Russia atas "keberanian dan ketabahan" mereka.
"Kamu adalah wira sejati yang telah menjalankan tugas ketenteraan besar untuk mempertahankan Russia," katanya.
Menteri Pertahanan Russia, Andrei Belousov, memberi penghormatan kepada "askar yang gugur" dalam ucapannya, dengan mengatakan mereka telah mati dalam perjuangan melawan "Nazisme" - alasan yang digunakan Putin untuk melancarkan pencerobohan itu.
Sejak pencerobohan bermula pada Februari 2022, Moscow hampir setiap hari melancarkan serangan udara pada waktu malam ke atas Ukraine. - AFP
DULU MAMAT
INI CAKAP BESAR
NAK KALAHKAN
PUTIN
KAH KAH KAH
SEKARANG BARU
SEDAR
KAH KAH KAH
TAHUN 2025
JIKA MAMAT INI
MASIH DEGIL
SILAP SILAP AKAN
DIKORBANKAN
KHALAS
JUAL DATU SERI
Pengarah urusan disyaki minta RM375,000 jual pingat Datuk Seri
MELAKA – Pengarah urusan sebuah syarikat swasta di Selangor direman di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah kononnya bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri kira-kira dua tahun lalu.
Perintah reman terhadap lelaki berumur 62 tahun itu sehingga 6 Januari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar S.R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Terdahulu, suspek yang berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan khas SPRM.
Menurut sumber, suspek ditahan SPRM kira-kira 5.35 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Sumber berkata, suspek disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.
Sebelum ini, media melaporkan dua orang pengurus syarikat swasta di Selangor juga ditahan berhubung isu sama.
Seksyen 16(a)(A) memperuntukkan hukuman denda didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman. –
WOIT
INDUSTRI JUAL
DATUK MAKIN
BERKEMBANG
AMIN
INDUSTRI INI
PERLU BUKA
CABANG DILUAR
NEGARA
AMIN
BUKA DI MESIR
BUKA DI NIGERIA
BUKA DUBAI
AMIN
LUASKAN PASARAN
KERANA BELUM
ADA SAINAGAN
AMIN
MUNGKIN AKAN
BERTARUNG
DENGAN INDUSTRI
JUAL PHD
KAH KAH KAH
KHALAS
ADDENDAM
Unknown commented on
"SELAMAT TINGGAL 2024"
Add add add janganlah ada kuasa tapi ada addendam & X hapus add 3R sakau47 add40 bebas DNAA kahkahkah prima facie tarik diri
ANAK MUDA TURUN KE JALAN
ANAK MUDA
TURUN KE JALAN
DEMO MAHASISWA
PELAJAR ANAK MUDA
DI KOTA KINABALU SABAH
DEMO PENUTUP TAHUN 2024
ANAK MUDA
MELAWAN RASUAH
ANAK MUDA MENENTANG RASUAH
ANAK MUDA
MENOLAK ANWAR BLACKROCK
MENOLAK ANWAR BLACKROCK
YANG MELANTIK
MUSA AMAIN KAKI RASUAH
SEBAGAI YANG DI PERTUA SABAH
PELAJAR MAHASISWA ANAK MUDA
TELAH MULA BANGUN
TERUSKAN
TERUSKAN
JADI 2025
TAHU DEMO
TAK TURUN JALAN RAYA
TAK MENANG PILIHAN RAYA
SELAMAT TINGGAL 2024
SELAMAT
TINGGAL 2024
Hari berganti hari. Minggu menjadi bulan. Bulan menjadi tahun. Hari ini kita bersama-sama mengucap selamat tinggal 2024. Hari ini kita mengucapkan selamat sampai 2025.
Satu tahun telah berlalu. Maka mari kita lihat kembali apa yang telah kita lakukan. Mari kita renung kembali apakah janji-janji diri telah kita lunaskan. Apa babak hidup yang telah kita lalui pada tahun 2024.
Saya ingat lagi tahun 2024 dahulu di mulai dengan banjir. Tahun ini juga kita akhiri dengan banjir. Banjir kini menjadi perkara biasa yang akan melanda kita saban tahun. Setiap tahun banjir ini akan lebih meluas dan lebih ampuh. Ini adalah tanda bukti bahawa iklim dunia telah berubah.
Tahun 2023 dulu saya dan beberapa kawan-kawan telah menerbitkan buku Malapetaka Iklim – Memahami Pemanasan Dunia. Kami - para penulis merasa bertanggung jawab untuk memberi pencerahan tentang iklim dunia yang makin berubah. Tahun 2024 apa yang kami tulis menjadi benar dan benar belaka.
Buktinya kita dapat baca dari laporan media.
Dunia tahun 2024 kita lalui dengan perubahan cuaca yang semakin berubah – cuaca semakin panas. Bertingkah-tingkah data muncul merakamkan bagaimana musim panas tahun 2024 yang terpanas di German, di Jepun atau di Australia.
Saya tidak perlu menjadi pakar kaji cuaca untuk menyedari bahawa dunia semakin panas. Saya di besarkan di Jelebu wilayah paling kering di Malaysia. Saya juga pernah dua tahun tinggal di Kamunting Taiping wilayah paling basah di Malaysia.
Justeru saya tahu apa itu wilayah kering dan apa itu wilayah basah.
Sekarang saya tinggal di Kuala Lumpur . Setiap minggu saya akan pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli sayur dan buah-buahan. Saya akan masuk ke Jalan Raja Alang. Di kiri kanan jalan pasti ada gerai menjual durian. Saya perhatikan setiap minggu dan setiap bulan ada sahaja durian untuk di jual di gerai durian.
Menyimpang masuk ke Lorong Raja Bot saya lalu disebelah warung Cendol Durian. Perniagaan rancak sepanjang tahun. Saya ulang. Cendol Durian menjalankan perniagaan rancak sepanjang tahun.
Durian tidak lagi bermusim. Durian sudah menjadi macam pisang, buah kelapa dan betik. Berbuah sepanjang tahun. Kalau tidak ada durian dari Pahang akan ada durian dari Jelebu. Jika Jelebu tanpa durian akan sampai durian dari Segamat. Hakikatnya durian tidak lagi bermusim. Durian ada di Pasar Chow Kit sepanjang tahun.
Tahun 2024 saya perhatikan juga kesampaian manggis, duku, langsat dan rambutan. Semua ini pada satu ketika dulu adalah jenis buah-buahan bumi tropika yang bermusim. Tahun 2024 ini saya perhatikan di Pasar Chow Kit manggis dan rambut hampir ada setiap minggu.
Harga mungkin berubah-ubah. Tapi untuk ibu yang mengidam nak merasa buah rambutan tidak akan kecewa jika datang ke Pasar Chow Kit.
Kalau begini nampaknya perubahan iklim adalah positif. Dalam satu segi memang betul tapi awas perubahan iklim membawa malapetaka. Malah saya pernah melawak satu masa nanti petai boleh tumbuh di London atau di Paris.
Tahun 2024 juga kita dalam tahun ke dua kerajaan baru – Kerajaan Madani. Mahathir dengan Kerajaan Sains dan Teknologi. Pak Lah dengan Kerajaan Hadhari. Najib dengan Kerajaan Satu Malaysia. Muhyiddin tidak sempat berkerajaan kerana di landa Kobid. Ismail Sabri dengan Kerajaan Keluarga Malaysia.
Kini Anwar Ibrahim dengan Kerajaan Madani. Sekali air bah. Sekali pantai berubah. Inilah yang berlaku sekarang.
Jangan sesekali kita lupa bahawa awalnya Kerajaan Madani ini adalah Kerajaan Titah. Ini kerana dalam PRU15 tidak ada parti yang menang mutlak. Agong menitah agar kerajaan perpaduan di dirikan justeru Anwar dengan Pakatan Harapan dengan licik telah bersekongkol dengan Zahid dari United Malays National Organisation untuk mendirikan kerajaan.
Tahun 2024 – sepanjang satu tahun kita lihat Kerajaan Madani masih terumbang ambing. Masih tidak stabil. Masih goyah dan goyang.
Langkah licik Anwar melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi ianya tidak memperkukuh kerajaan. Ini kerana Zahid berhadapan dengan 47 kes di mahkamah yang sedang dibicarakan.
Tidak ada siapa yang percaya bahawa 47 kes Zahid ini adalah kes olok-olok. Semua warga Malaysia tahu bahawa Zahid sedang di bicarakan. Anwar perlu mendapat sokongan Zahid untuk membentuk kerajaan justeru Zahid di bebaskan dari tuduhan walau pun kes sedang dibicarakan.
Awal wahid lagi orang ramai melihat Anwar ini putar alam. Cakap lain dan yang di buat lain. Tahun 2024 perangai Anwar bukak mulut mohong makin terserlah.
Komidi Zahid bebas ini menjadi tragedi apabila Anwar mula berkempen untuk melawan rasuah. Ke hulu ke hilir ke darat ke baruh Anwar berkempen melawan rasuah.
Macam dunia nak kiamat kempen Anwar melawan rasuah hingga dia terlupa memandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat muka Zahid yang terlibat dalam 47 kes rasuah dan salah guna kusa. Kah kah kah.
Tragedi Zahid ini kembali menjadi komidi apabila Azam Baki kepala SPRM yang satu ketika dahulu di tuduh oleh pemimpin PKR sebagai terlibat dalam rasuah kini menjadi aparacik setia kepada Anwar Ibrahim.
Anwar dengan licik mengambil pegawai kerajaan yang bermasalah untuk menjadi budak suruhan yang setia. Mat Salleh kata ‘’ Yes sir, yes sir, three bags full"
Satu tahun ini watak dan tingkah laku Anwar makin jelas difahami umum. Tidak perlu di sebut-sebut janji untuk membuat reformasi atau perubahan dalam pentadbiran negara. Semuanya terbarai. Malah kini slogan REFORMASI telah berubah menjadi REFORMATI.
Bukan reformasi yang di buat malah jelas dan sahih Kerajaan Madani Anwar Ibrahim ini dilihat dan dibaca lebih zalim dari Kerajaan Mahafiraun Mahathir Muhamad.
Contoh paling afdal ialah Akta Hasutan 1948. Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali ke dua akta ini telah digantung penggunaannya. Kini Anwar Ibrahim menghidupkan kembali akta ini. Kiri kanan depan belakang sesiapa sahaja yang cuba bersuara akan di kenakan Akta Hasutan 1948.
Undang-undang tahun 1948 ini diwujudkan oleh penjajah Inggeris untuk melawan nasionalis pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.
Tahun 2024 Anwar Ibrahim telah menggunakan akta ini sebagai jala untuk menangkap sesiapa sahaja yang berani bersuara atau mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan pandangan dan tingkah laku politik Anwar Ibrahim.
Tahun 2024 kita masuk ke zaman AI. Cerdas Buatan ini belum mengampuh seperti Internet. Teknologi Internet telah menjadi senjata ampuh untuk para pejuang demokrasi. Internet telah digunakan dengan bijak untuk menentang Mahathir. Buktinya Laman Mahafiraun.
Internet telah digunakan untuk mentertawakan Pak Lah yang suka tidur. Menantu Pak Lah dan Tingkat Empat menjadi bahan lawak pejuang demokrasi di Internet.
Najib dan suaminya Rosmah... opps... maaf silap.. isterinya telah juga menjadi sasaran Internet. Malah Internet memainkan peranan penting untuk menumbangkan Najib.
Internet kini berkembang. Telah wujud pelbagai jenis portal dan laman. Muncul Tik Tok yang kini menjadi senjata ampuh untuk menegakkan keadilan dan menyelamatkan negara dari Anwar Ibrahim.
Pada tahun 2024 rejim Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani sedar dan faham akan kekuatan Internet. Justeru satu undang-undang telah di gubal. Undang-undang untuk mengawal Internet. Akta ini di sifatkan oleh YB Syed Siddiq sebagai ‘ Akta Gam Mulut Rakyat Akta Sakit Hati’.
Anwar Ibrahim sakit hati terhadap musuh lama. Justeru tahun 2024 kita melihat satu demi satu musuh politik Anwar di tangkap dan di dakwa.
Jelas Anwar sakit hati pada Mahathir dan kepada Daim. Ini kes lama. Kes tahun 1998 bilamana Anwar Ibrahim dibuang dari kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Atau saya silap ini bukan kes sakit hati tetapi kes dendam kesumat Anwar Ibrahim terhadap Mahathir dan Daim.
Tahun 2024 rakyat Malaysia wajib berbangga kerana dapat berkenalan dengan perkataan Latin - addendum - yang memberi makna tambahan.
Awal tahun 2024 sebelum bersara Agong Sultan Pahang telah membuat titah tambahan untuk Najib yang kini di penjara di Kajang.
Titah tambahan ini telah menyelitkan perkataan Latin. Ini untuk memberi gempaq kepada Mak Cik dan pak Cik Felda bahawa ilmu hukum hakam ini bukan mudah. Bukan sahaja petah berbahas Inggeris tapi wajib juga tahu bahasa Latin. Kah kah kah.
Sepanjang tahun 2024 Satu Malaysia telah heboh dengan titah addendum ini. Titah addendum ini memberat dan menggoyahkan lagi kedudukan Kerajaan Madani.
Titah addendum ini membuat perkara yang belum pernah terjadi berlaku. Semenjak Big Bang meledak Jabatan Peguam Negara tidak pernah mengeluarkan kenyataan pada hari Sabtu. Hari Sabtu pejabat kerajaan tutup. Tapi pada Sabtu 28 Disember 2024 ini ada kenyataan resmi dari Pejabat Peguam Negara tentang titah Addendum.
Untuk saya tahun 2024 akan saya ingati sebagai tahun saya bertemu dengan perkataan Latin addendum.
Pada hemat saya jika Agong ada titah addendum saya yakin Anwar Ibrahim juga pasti tidak mahu kalah. Justeru tahun 2024 saya akan tambah ingatan sebagai tahun addendam. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIRKAN JUGA
DALAM POORTAL MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/730360
AJARAN SESAT YANG BETUL
Houthi berikrar terus serang Israel, sokong Gaza
NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, semalam memberi amaran yang dikatakan terakhir kepada kumpulan Houthi di Yaman supaya berhenti melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel.
Danon mendakwa kononnya kumpulan pejuang disokong Iran itu berisiko mengalami 'nasib malang' yang sama seperti Hamas, Hizbullah dan Bashar al-Assad yang digulingkan sebagai Presiden Syria, sekiranya Houthi terus berdegil.
Selain itu, Danon turut memberi amaran kepada Tehran dengan mendakwa bahawa Israel berupaya menyerang sebarang sasaran di Asia Barat, termasuk di Iran.
Katanya, Israel tidak akan bertolak ansur terhadap serangan daripada proksi Iran.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan pihaknya telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman sehingga menyebabkan bunyi siren amaran bergema di seluruh Israel.
Serangan Houthi itu menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv dan sebuah stesen jana kuasa di selatan Baitulmaqdis dengan menggunakan peluru berpandu hipersonik serta peluru berpandu balistik Zulfiqar, kata jurucakap tentera kumpulan pejuang berkenaan, Yahya Saree, hari ini.
Sejurus pengumuman Israel memintas peluru berpandu itu, ketua jawatankuasa revolusi tertinggi Houthi, Mohamed Ali al-Houthi menegaskan kumpulan pejuang terbabit tidak akan berhenti menyerang Israel dan akan terus memberi sokongan kepada Gaza.
SHIAH DITUDUH
AJARAN SESAT
AMIN
NASIB PALESTIN
BAIK KERANA ADA
AJARAN SESAT
YG TERUS LAWAN
ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
SUNNI KLIM
AJARAN BETUL
TAPI JADI BARUA
ZIONIS
BLACKROCK
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)