Sabtu, 4 Mac 2023

PENIAGA KELAS BAWAHAN



Pelaksanaan wilayah bebas berniaga perlu dipertimbang semula – Persatuan peniaga


KUALA LUMPUR – Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) yang diperkenalkan pada November 2020 bagi membolehkan orang awam berniaga secara kecil-kecilan di kawasan yang sesuai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan perlu dipertimbangkan semula agar menepati matlamat sebenar.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, ini berikutan terdapat sebilangan peniaga dan penjaja didakwa mengambil kesempatan menjalankan perniagaan di lokasi yang tidak dibenarkan seperti di tepi jalan atau kaki lima sehingga menghalang lalu lintas.

“Ini sekali gus menyebabkan ketidakselesaan masyarakat setempat. Kami minta supaya sekiranya ada permohonan yang ingin berniaga di bawah WBB, hentikan dahulu dan tidak perlu dibuka lagi tawarannya.

“Kami terima banyak aduan … oleh kerana gerai diletakkan di kawasan kaki lima, orang awam terpaksa lalu di jalan raya sekali gus merisikokan keselamatan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Rosli berkata, WBB pada asalnya bertujuan untuk membantu mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19, dengan memberi mereka ruang berniaga secara percuma.

Bagaimanapun mengambil kira keadaan ekonomi yang semakin pulih, beliau berkata inisiatif itu perlu dikaji semula dengan menetapkan had tertentu apatah lagi selepas ada dakwaan peniaga dan penjaja mengambil kesempatan.

“…daripada meluluskan lagi permohonan peniaga di bawah WBB, adalah lebih baik untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjaga kebaikan peniaga sedia ada yang sememangnya menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan utama mereka,” kata Rosli.

Turut senada, Presiden Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLFTEA), Muhammad Azlan Abas yang mengakui terdapat kekeliruan dalam istilah bebas berniaga di bawah WBB.

“Istilah WBB yang dimaksudkan adalah berniaga di kawasan yang dibenarkan, bukan kawasan pejalan kaki atau kaki lima. Bagaimana jika ada orang awam yang tercedera?

“Justeru bagi mengatasi lambakan penjaja dan peniaga ini, proses pemantauan dan penguatkuasaan daripada DBKL perlu dilaksanakan segera. Mungkin DBKL boleh mengadakan perbincangan dengan peniaga atau penjaja untuk menentukan lokasi yang sesuai agar tidak jadi seperti dahulu (berniaga di mana-mana sahaja),” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Azlan berharap persatuan peniaga dapat diperkasakan bagi membantu DBKL memantau penjaja dan peniaga supaya perniagaan dijalankan di lokasi yang lebih teratur.

“Kami bukanlah penguat kuasa tetapi elemen yang boleh membantu penguatkuasaan dan apabila ada pengiktirafan ini, ia akan mengukuhkan kedudukan persatuan di mata peniaga.

Contoh, persatuan boleh mengesyorkan kepada DBKL untuk membatalkan lesen sekiranya peniaga atau penjaja tidak ikut peraturan,” katanya. – Bernama

PENIAGA UNTUK

KELAS BAWAHAN

MURAH JUALAN

AMIN

TAKDA SEWA

TAKDA LETERIK

 MEJA DAN PAYUNG

AMIN

PERLU DITERUSKAN

DALM KEADAAN

EKONOMI MALAP

AMIN

BANTU MENU

RAHMAH

CARA LAIN

AMIN

PERSATUAN NI

NAK JAGA

KEPENTINGAN

YG ADA LESEN

AMIN

PELANGGAN 

MEREKA TAK

SAMA DGM

NIAGA MEJA

TEPI JALAN 

AMIN 

TAK PERLU GADUH PASARAN 

LAIN LAIN

AMIN

Tiada ulasan: