Ahad, 26 Januari 2025
ASKAR PBB WAJIB AMSUK KE MYANMAR
2,000 rakyat Malaysia masih terperangkap di Myanmar - ADUN Teruntum
KUALA LUMPUR: EXCO Pahang, Sim Chon Siang menggesa kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar mengambil tindakan segera dan tegas bagi menyelamatkan 2,000 rakyat Malaysia yang dipercayai masih terperangkap akibat kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum berkata, sehingga kini dipercayai masih ramai rakyat negara ini yang terperangkap di kawasan seperti Myawaddy di negara itu.
Chon Siang berkata, rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan bahaya dan tidak mendapatkan sebarang bantuan.
"Usaha diplomatik antara Malaysia, Myanmar dan Thailand perlu dilaksanakan dengan segera.
"Ini isu serius dan penting untuk kerajaan bertindak pantas demi membantu mereka yang masih terperangkap," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata seramai 557 warga Malaysia direkod menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan sehingga 20 September lalu dengan 128 masih terkandas di luar negara.
Saifuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 427 laporan berkaitan jenayah penipuan tawaran pekerjaan membabitkan 557 rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Chon Siang mencadangkan kerajaan mempertimbangkan strategi dilaksanakan Hong Kong dan Taiwan, dengan memperketat kawalan ke atas rakyat mereka yang ingin melancong atau bekerja di Thailand.
Mengulas inisiatif dilakukan untuk menyelamatkan mangsa, Chon Siang berkata, beliau pernah cuba memasuki sempadan bagi melakukan usaha menyelamat.
"Malangnya, saya dikejar tentera junta yang bersenjatakan M-16. Bilangan mereka juga sangat banyak.
"Jadi sekarang ini, yang boleh menyelamatkan rakyat kita hanyalah kerajaan, sama ada melalui kerjasama atau dengan menghantar tentera," katanya.
GUNAKAN
TENTERA ASEAN
AMIN
MASUK
KE MYANMAR
DI BAWAH BENDERA
BANGSA BANGSA
BERSATU
AMIN
SELAMATKAN
WARGA YANG
SEDANG DI SEKSA
AMIN
KHALAS
KOBID - PROJEK SYARIKAT VAKSIN BUAT DUIT !!!
Virus COVID-19 'berkemungkinan besar' bocor dari makmal - CIA
WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) semalam menularkan kenyataan rasmi mengenai asal usul COVID-19, dengan menyatakan virus itu 'lebih berkemungkinan' bocor dari makmal di China berbanding disebar oleh haiwan.
Penilaian terbaharu ini didedahkan selepas John Ratcliffe disah sebagai Pengarah CIA ketika pentadbiran penggal kedua Presiden AS, Donald Trump, di Rumah Putih.
Ratcliffe, yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perisikan Nasional dari 2020 hingga 2021 semasa penggal pertama Trump, dalam satu wawacara berkata keutamaan 'hari pertamanya' adalah membuat penilaian mengenai asal usul COVID-19.
Ratcliffe, yang turut percaya bahawa COVID-19 bocor dari Institut Virologi Wuhan, China, berkata agensi itu tidak akan lagi berdiam diri.
"CIA menilai, dengan tahap keyakinan rendah, bahawa penyelidikan berkaitan asal usul pandemik COVID-19 adalah berkaitan dengan penyelidikan di makmal, berbanding asal usul semula jadi daripada haiwan, berdasarkan laporan yang ada," kata jurucakap CIA dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, CIA itu tidak membuat sebarang keputusan sama ada COVID-19 tercetus akibat kebocoran makmal atau disebarkan melalui haiwan.
"CIA terus menilai bahawa kedua-dua senario asal usul pandemik COVID-19 dikaitkan berkaitan dengan penyelidikan dan asal usul semula jadi, kedua-duanya berkemungkinan menjadi punca," kata jurucakap itu.
Seorang pegawai AS memberitahu AFP, perubahan pendirian CIA itu adalah berdasarkan analisis baharu terhadap risikan sedia ada yang diarahkan oleh Pengarah CIA sebelumnya, William Burns, dan ia disiapkan sebelum ketibaan Ratcliffe minggu ini.
Beberapa agensi AS, seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Tenaga, menyokong teori kebocoran makmal, pada tahap keyakinan yang berbeza, manakala kebanyakan komuniti perisikan pula cenderung mengatakan ia berpunca daripada asal usul semula jadi.
Penyokong hipotesis kebocoran makmal sebelum ini menekankan kes terawal COVID-19 diketahui muncul di Wuhan, China – pusat penyelidikan utama koronavirus – terletak kira-kira 1,000 batu dari habitat kelompok kelawar terdekat yang membawa virus seperti SARS. - AFP
WOIT
APA PERANAAN
DR FAUCI
PUKI MAK
YANG DI AMPON
OLEH BIDEN
AMIN
INI KONSPIRASI
SYARIKAT UBAT
NAK BUAT DUIT
AMIN
MAKIN JELAS
SEMUA VAKSIN
BAWA MAUT
KHALAS
ASEAN WAJIB BERTINDAK
Jadi 'hamba' di Myanmar selepas gelap mata ditawar gaji RM18,000
PETALING JAYA: Dijanjikan bayaran mata wang kripto 4,000 USDT (kira-kira RM18,000) untuk bekerja selama empat hari di Hong Kong oleh sindiket penipuan pekerjaan sebelum dikurung dan dipaksa bekerja dengan sindiket terbabit.
Itu situasi dialami seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan 'KK Garden' dan masih terperangkap di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar, sejak bulan lalu.
Ia terbongkar apabila adik lelaki mangsa, Choo Wei Mun, 27, melihat perbualan abangnya di aplikasi WhatsApp melalui tablet lelaki itu yang ditinggalkan di rumah keluarga di Segambut, Kuala Lumpur.
Menceritakan kejadian, Choo berkata, abangnya keluar rumah pada 13 Disember lalu dengan memberitahu keluarga mahu ke Johor Bahru selama tujuh hari.
"Selepas seminggu, abang tidak pulang ke rumah dan keluarga cuba menghubunginya namun gagal. Saya berhubung dengan teman wanita abang sebelum diberitahu abang sebenarnya ke Bangkok, Thailand, untuk bekerja.
"Sejak itu, abang sudah tidak boleh dihubungi lagi. Saya kemudian memeriksa barangan peribadi abang sebelum menemui tabletnya yang mempunyai WhatsApp Web dan dapat membaca perbualan abang bersama rakannya.
"Abang mahu meminjam wang 31,000 USDT (RM140,000) daripada rakannya itu untuk membayar tebusan kepada sindiket bagi membolehkan dia pulang ke Malaysia," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.
Bercerita lanjut, Choo berkata, dia turut menghubungi abangnya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diceritakan abang dibawa ke Myawaddy dari Bangkok oleh sindiket penipuan pekerjaan.
Berikutan bimbang keselamatan abangnya itu, Choo tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan daripada MHO untuk menyelamatkan abangnya.
"Saya merayu bantuan pihak berkuasa dan MHO untuk membawa abang saya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat," katanya.
Sementara itu, Daniel berkata, pihaknya akan berusaha menyelamatkan mangsa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan, pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata, MHO akan berbincang dengan mangsa mengenai jalan penyelesaian bagi membawanya pulang dan perlu melihat kepada situasi yang sesuai bila mangsa boleh diselamatkan.
ASEAN WAJIB
BAWA KES INI
KE PBB
DI NEW YORK
AMIN
MYANMAR WAJIB
DISENARAI
SEBAGAI NEGARA
PENGGANAS
AMIN
KHALAS
PETANG INI
PETANG INI
JAM 7.00 PETANG
GAMBAR DI AMBIL
DARI BELAKANG DAPUR
HUTAN TEBAL
PEMISAH LE CHATEAU
DENGAN HOKKIEN
WILAYAH HUTAN DAH GELAP
KUALA LUMPUR MASIH CERAH
AMIN
BOLEHKAH GENCATAN SENJATA BERTAHAN ?
Gencatan senjata 'rapuh' di Gaza masuk minggu kedua
GAZA: Gencatan senjata 'rapuh' bagi menamatkan perang di Gaza sudah memasuki minggu kedua hari ini, selepas empat tebusan Israel dan sekitar 200 tahanan Palestin dibebaskan dalam suasana penuh kegembiraan.
Bagaimanapun, beberapa kemelut dan isu kecil berkaitan pembebasan itu dikhuatiri bertambah serius sehingga menjejaskan gencatan senjata yang dipersetujui.
Fasa kedua perjanjian itu akan membabitkan rundingan untuk menamatkan perang secara kekal, namun penganalisis tetap khuatir ia berisiko gagal kerana sifatnya yang berfasa dan tiada kepercayaan mendalam antara Israel dan Hamas.
Semasa fasa pertama selama enam minggu, 33 tebusan dijangka dibebaskan secara berperingkat dengan pertukaran sekitar 1,900 tahanan Palestin di penjara Israel.
Setakat ini, sejumlah tujuh tebusan dan 289 tahanan Palestin sudah dibebaskan di bawah perjanjian itu, bersama seorang tahanan warganegara Jordan turut dibebaskan oleh Israel.
Gencatan senjata juga membawa peningkatan bekalan makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan bantuan lain ke Gaza tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 'krisis kemanusiaan masih lagi kritikal'.
Empat tebusan yang dibebaskan semalam, kesemuannya tentera wanita Israel, sudah pulang ke pangkuan keluarga mereka, malah turut dibawa ke hospital, di mana seorang doktor menyatakan mereka berada dalam keadaan stabil.
Daripada 251 tebusan yang ditahan semasa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, seramai 87 lagi masih berada di Gaza, termasuk 34 daripadanya sudah meninggal dunia, menurut tentera.
Sebahagian rakyat Israel bimbang mengenai nasib tebusan yang masih ditahan, kerana anggota sayap kanan dalam gabungan pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menentang gencatan senjata berkenaan.
Beberapa jam selepas pembebasan tebusan semalam selesai, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Tel Aviv, untuk mendesak pihak berkuasa membebaskan segera semua tebusan.
Seorang wartawan AFP melaporkan, penunjuk perasaan itu melaungkan sokongan untuk semua tebusan yang masih ditahan pulang, termasuk mereka yang tidak dijadualkan dibebaskan semasa fasa pertama gencatan senjata ini. - AFP
SOLDADU ZIONIS
PINDAH DARI GAZA
DARI LLEBANON
KE TEBING BARAT
AMIN
GUNAKAN MASA
INI UNTUK
SUSUN KEMBALI
AMIN
SELUDUP SENJATA
BUAT PERSEDIAAN
JANGKA PANJANG
BUKAN SETAHUN
TAPI PULUHAN
TAHUN
AMIN
KHALAS
DAKWA ZAHID
DAKWA ZAHID
AMIN
Unknown commented on
"TRUMP AKAN SELAMAT ?"
rakyat akan buka kes bebas DNAA kahkahkah prima facie tarik diri
DEMO RAKYAT LAWAN RASUAH
DEMO RAKYAT
DI SUSUN OLEH
MAHASISWA
KHALAS
Unknown commented on
"RASUAH WAJIB DI LAWAN"
ini demo rakyat atau demo tajaan DAP
KITA PERLU TENAGA PENDATANG
MEREKA
PERLU KERJA
AMIN
KITA PERLU
TENAGA MEREKA
AMIN
ADA KEPENTINGAN
BERSAMA
AMIN
URUS DENGAN
BAIK
KHALAS
Unknown commented on
"CARI JALAN PENYELESAIKAN
PENDATANG HARAM"
Nak selamat nak maju nak ke depan, tembak saja kes kes rasuah macam China Merah kah kah kah siapa berani? Ada berani? Sekadar sembang pagi petang tanpa apa-apa hampeh kah kah kah
SELAMAT BEBAS
Israel bebas kumpulan kedua banduan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
RAMALLAH: Pihak berkuasa pendudukan Israel pada Sabtu membebaskan kumpulan kedua tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan pejuang Palestin di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut Suruhanjaya Palestin bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin, kumpulan kedua termasuk 200 banduan, terdiri daripada individu dengan hukuman penjara seumur hidup dan tempoh penjara yang panjang.
Antaranya, 121 banduan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 79 sedang menjalani hukuman jangka panjang.
Pembebasan itu menyaksikan 114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Antara yang dibebaskan ialah banduan Palestin tertua di penjara Israel, Mohammad Al-Tous, 67, dari kampung Al-Jabaa, selatan Bethlehem. Al-Tous telah menghabiskan 39 tahun di penjara Israel.
Satu lagi pembebasan penting ialah Raed Al-Saadi, 57, dari bandar Silat Al-Harithiya, barat Jenin. Al-Saadi, yang dipenjarakan sejak 1989, merupakan tahanan paling lama berkhidmat di Gabenor Jenin.
Pembebasan itu juga melibatkan tiga beradik Abu Hmeid-Nasser, Mohammad dan Sharif-dari kem pelarian Al-Amari di Ramallah. Ketiga-tiga mereka yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, telah diusir keluar dari Palestin.
Abang mereka, Nasser Abu Hmeid, seorang pemimpin terkemuka, meninggal dunia dalam tahanan Israel pada akhir 2022, dan mayatnya kekal ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
Semasa proses pembebasan, pasukan pendudukan Israel mengisytiharkan kawasan berhampiran Penjara Ofer sebagai zon tentera tertutup, menyuraikan keluarga tahanan dan penyokong dengan peluru hidup dan gas pemedih mata.
Sementara itu, ratusan rakyat Palestin berkumpul di Kompleks Hiburan Ramallah untuk menyambut 114 banduan yang dibebaskan dari Penjara Ofer. Acara itu turut dihadiri oleh Layla Ghannam, Gabenor Ramallah dan Al-Bireh, bersama beberapa tokoh kepimpinan Palestin.
Pembebasan itu menandakan perkembangan penting dalam pelaksanaan perjanjian gencatan senjata, dengan suasana penuh emosi dalam kalangan keluarga dan penyokong yang meraikan kepulangan orang tersayang.
SELAMAT JUMPA
SANAK SAUDARA
AMIN
SELAMAT CIUM
UDARA PALESTIN
KHALAS
MADANI DAN ZIONIS
MADANI
DAN
ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
Unknown commented on
"NEGARA AKAN HANCUR
DI BAWAH ANWAR BLACKROCK"
demo demi kebaikan ALAM semuanya sekarang wajib berubah tunggu apa lagi dah terang lagi jelas saham Mahb blackrock pakatan terhormat 3R sakau47 bebas madani terhormat tak hormat titah adendum tuanku! daulat tuanku!!demo turun turun blackrock & benci rasuah!!
MANUSIA MELAWAN ALAM
MANUSIA
MELAWAN ALAM
AMIN
Unknown commented on
"BERJUTA KANAK KANAK JADI MANGSA MALAPETAKA IKLIM"
manusia sendiri lalai melampaui batas sampai bila? makin terlewat x mau berubah tunggu saat binasa dengan lebih malapetaka terus malapetaka iklim & ALAM semuanya sekarang wajib berubah!!
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 26 JANUARI 2025
KEMARIN DEMO
LAWAN RASUAH BERJAYA
ADA 2000+++ WARGA
DAN ANAK MUDA MAHASISWA
YANG DATANG IKUT BERDEMO
BERJALAN DARI SOGO
KE DATARAN
ADA TIGA LALUAN
JALAN TAR
KIRI JALAN TAR
KANAN JALAN TAR
DAN PAK CIK MAK CIK
KAKAK ADIK
YANG BERDIRI DI KIRI KANAN JALAN
SEMUANYA BERDEMO
ADA BERGERAK SAMA
HINNGA KE JALAN TUN PERAK
ADA MELIHAT SAHAJA
TAK MASUK DATARAN
BILA MASUK KE DATARANA
BERHIMPUN DI BAWAH
JAM BESARA
ADA 500+++
ANAK MUDA MAHSISWA
WARGA PENCEN
MELAYU INDIA CHINA
TAK PUAS HATI DENGAN MADANI
SISWA BERDEMO
HINGGA JAM 5 PETANG
INII HANYA PEMBUKA SELERA
BILA DAH RASA SERONOK
BERDEMO
KITA BERDEMO LAGI
AMIN
HA HA
RAYA CHINA NAK SAMPAI
ORANG CHINA MARAH
TAK ADA TOL PERCUMA
CUBA PERHATIKAN
SAPA BUAT PENGUMUMAN
TAK ADA TOL PERCUMA
JENG JENG JENG
SELALUNYA
FAHMI FADIL AKAN UMUM
APA SAJA
KALI INI DIA TAK BERANI
SAPA UMUM?
JENG JENG JENG
GAZA
EMAT SOLDADU
ZIONIS BLACKROCK
DI BEBAS
200 PALESTIN DI BEBAS SAMA
INI JANJI
GENCATAN SENJATA
GERMAN
ELON MUSK
BERKEMPEN BANTU
PARTI AFD GERMAN
MUSK BERUCAP DI HADAPAN
RIBUAN PENDENGAR MELALUI
ZOOM
ISREAL
SOLDADU ZIONIS BLACKROCK
ENGGAN BERUNDUR
DARI UTARA GAZA
KERANA TAK PUAS HATI
SEORANG MINAH SOLDADU
MASIH DALAM TAHANAN
KOREA
MAHKAMAH TAK BENARKAN
SAMBUNG TAHANAN
PRESIDEN
HOKKEIN
PAGI INI SEJUK SEGAR
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT PUCAT
BERAWAN MENDUNG
KL & KL SENTRAL BERKABUS
BANGUNAN118 PUNCAKNYA LESAP
HARI MACAM NAK HUJAN
DI PINTU MASUK
CENGEKRIK BERSIMPONI
DALAN HOKKIEN
AGAK SENYAP
DARI JUAH SUARA SEDIH
GAGAK
YANG LAIN TAK DENGAR
GUA RASA HARI AKAN PANAS
GUA NAK KE PASAR
JAP LAGI
MINGGU LALU
AVOKADO
APPLE LIMAU
AGAK MURAH
AVOKADO DARI 12RM SEKILO
DAH JADI 8 RM
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
KALAU LU TAK LAWAN RASUAH
SAPA AKAN LAWAN
NAK HARAP SAPA?
BRO
KALAU LU NAMPAK
DIA CUN
TAPI LU TAK BERANI
APA GUNANYA
BRO
JIKA LU BUAT SALAH
LU NGAKU
LU AKAN DI LIHAT
ORANG BAIK
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)