Jumaat, 30 Mei 2025

NAK JADI KEBAL MINUM AIR DUIT YUSOFF RAWTHER?


'Hujah karut', peguam negara digesa halang usaha 'aneh' Anwar dapatkan kekebalan


Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini turut berkongsi rasa terkejut pelbagai pihak berhubung tindakan kontroversi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kekebalan undang-undang bagi dirinya menjelang saman sivil serangan seksual terhadapnya, dengan menyifatkan tindakan itu "tidak masuk akal" dan tanpa sebarang asas undang-undang.

LFL turut mempersoalkan hujah peguam Anwar dalam menggunakan Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada beberapa persoalan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan dalam permohonan mendapatkan imuniti untuk perdana menteri.

"Peruntukan-peruntukan itu hanya berkait dengan kuasa eksekutif persekutuan, pembentukan Kabinet dan bahawa Agong bertindak atas nasihat. Ia tidak memberikan mana-mana perdana menteri semasa dengan kekebalan, dan sebarang percubaan ke arah itu adalah bertentangan dengan prinsip yang sudah pun diterima mengenai tafsiran peruntukan perlembagaan," kata pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan.

"Ringkasnya, untuk mencadangkan bahawa di negara kita, perdana menteri kebal daripada tindakan mahkamah oleh orang awam, adalah sesuatu yang karut dari segi undang-undang," katanya.

Di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan sultan sesebuah negeri diberikan kekebalan daripada saman sivil atau jenayah atas kapasiti peribadi mereka, melainkan saman tersebut mendapat kebenaran peguam negara.

Zaid berkata Yang di-Pertuan Agong masih boleh berdepan kes sivil dan jenayah di bawah peruntukan sama.

"Adalah tidak boleh dipertahankan dan tidak boleh diterima apabila PM diberikan kekebalan yang tidak dimiliki oleh Agong.

"Dalam keadaan ini, menjadi kewajipan bagi peguam negara untuk campur tangan dalam saman sivil tersebut dan menentang sebarang percubaan memberi imuniti kepada perdana menteri. Peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan perkara ini dengan tidak berbuat apa-apa."

Anwar disaman oleh Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidiknya, yang mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, iaitu beberapa hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada 16 Jun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusoff kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh selepas didakwa dengan tuduhan dadah dan senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu telah berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, dan menyatakan beliau menjadi mangsa mereka yang berkuasa dengan menamakan Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador sebagai antara pihak yang menyimpan dendam terhadapnya.

Permohonan Anwar mendapatkan kekebalan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli politik dan pengamal undang-undang, di mana kebanyakan mereka menyifatkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di samping mengejutkan.

Dalam afidavit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, peguam Anwar yang baru dilantik, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, turut memohon penangguhan prosiding perbicaraan sivil sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan.

Antara lain, Anwar mahu mahkamah tertinggi memutuskan sama ada "seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan sivil berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya", sambil menambah saman sivil tersebut akan "menjejaskan keupayaan beliau untuk melaksanakan fungsi eksekutif dengan berkesan".

Beliau juga memohon mahkamah memutuskan persoalan sama ada dalam membenarkan sesebuah tindakan saman sivil melibatkan dakwaan terhadapnya sebelum menduduki jawatan akan "menjejaskan kestabilan sebuah institusi teras kerajaan".

Selanjutnya, Anwar mengingatkan tanggungjawab mahkamah "melindungi kebebasan dan maruah seorang penyandang jawatan awam daripada tindakan litigasi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas awam, dalam keadaan tiada jenayah dibuktikan".

LFL berkata adalah tidak relevan serangan seksual sebagaimana yang didakwa itu berlaku sebelum Anwar memegang jawatan tertinggi.

"Jika ini menjadi pertimbangan, ia akan melucutkan hak undang-undang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan sah terhadap mana-mana perdana menteri semasa mahupun yang akan datang, dan jelas melanggar prinsip kesaksamaan yang dianuti dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa 'semua orang adalah sama di sisi undang-undang'."

Ia mengingatkan Anwar mengenai tanggungjawab moral sebagai perdana menteri untuk menegakkan perlembagaan dan tidak cuba "membatalkan atau mengubah prinsip asas yang termaktub di dalamnya".

"Tindakan Anwar memfailkan permohonan aneh ini sepatutnya membunyikan loceng amaran untuk semua rakyat Malaysia kerana ia merupakan percubaan pintu belakang untuk memperkenalkan konsep kekebalan undang-undang kepada perdana menteri, iaitu ketua cabang eksekutif, semata-mata kerana kedudukannya.

"Ini bukan konsep yang wujud di mana-mana negara demokrasi; ia adalah pelanggaran kedaulatan undang-undang dan terang-terangan bersifat autoritarian," tambah Zaid.

WOIT

BOLEH KE

JADI KEBAL

KALAU MINUM

AIR DUIT

YUSUFF RAWTHER

KAH KAH KAH

KHALAS

PERCUBAAN MEROGOL?


NAK KEBAL

PERCUBAAN

MEROGOL

AMIN

MENGINGATI SEJARAH KONSPIRASI BONTOT


MENGINGATI KEMBALI

SEJARAH KONSPIRASI

BONTOT

KHALAS 

RAFIZI ADA FORMULA BARU



'Insya-Allah, banyak cara nak ubah masyarakat'

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi bayangan dia sudah menyiapkan rancangan lanjut untuk langkah susulan selepas mengemukakan surat meletakkan jawatan dari kabinet baru-baru ini.

Menjelaskan di platform X lewat pagi tadi Rafizi berkata, dia memulakan cutinya sejak kelmarin dan mempunyai ‘misi khas’ sepanjang tempoh tersebut.

Kata Rafizi dia mahu menjawab beribu-ribu mesej yang diterimanya – kemungkinan sejak membuat keputusan mahu melepaskan jawatan menteri – selain menyertai kemeriahan “sembang” di X.

“Saya memang dah plan (rancang) apa nak tumpu selepas ni, tapi biarlah semua orang tenang, (sambut) raya haji dan lain-lain.

“Apa-apa (perkembangan lanjut) saya kongsi kemudian,” katanya.

Rafizi sudah memaklumkan lebih awal mengenai rancangannya mahu berundur dari kabinet jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Dalam persaingan sengit dan tegang itu, Rafizi gagal mendapat undian mencukupi dan terpaksa akur kepada perwakilian yang majoritinya mahu Nurul Izzah Anwar menjadi orang nombor dua dalam parti.

Lima hari selepas berakhirnya pemilihan itu, Rafizi menghantar surat peletakan jawatan kepada Anwar dan bercuti sebelum ia berkuat kuasa pada 17 Jun ini.

"Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.

“Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat daripada parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan," katanya.

Turut mengambil langkah sama ialah Ahli Parlimen Setiawangsa yang menjadi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dia merupakan penyandang jawatan Naib Presiden PKR.

Bagaimanapun Anwar setakat ini menegaskan Rafizi dan Nik Nazmi sedang bercuti dan tidak timbul isu untuk dia melakukan rombakan kabinet bagi menggantikan kedua-dua ahli parlimen berkenaan.

Menurut Rafizi, potensi sebenar bagi negara ini ialah rakyat biasa dan usaha memanfaatkannya perlu dilaksanakan semula.

Sementara itu menjawab komen pengikutnya di X, Rafiri berkata, dia menghargai setiap doa yang ditujukan kepadanya.

“Insya-Allah, (ada) banyak cara nak ubah masyarakat. Kita ada masa yang panjang,” ciapnya.

SOSOK BIJAK

LAGI PANDAI

INI ADA FORMULA

BARU

AMIN

RAKYAT TUNGGU

RAFIZI LAWAN

ANWAR

BLACKROCK 

AMIN 

KHALAS

DUIT DAPAT BURIT PUN DAPAT


Skandal 1MDB: Leissner mohon maaf kepada rakyat Malaysia


NEW YORK: Bekas pegawai tinggi Goldman Sachs, Tim Leissner, menyatakan kekesalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranannya dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York semalam, selaku antara yang berperanan penting dalam skandal berbilion dolar membabitkan dana 1MDB.

"Pertama sekali, saya memohon maaf secara tulus kepada rakyat Malaysia, saya amat menyesali perbuatan saya," katanya.

Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan AS$4.5 bilion (RM19.1 bilion) dicuri daripada 1MDB dalam skim terancang.

Ia membabitkan pegawai peringkat tertinggi dalam dana itu, iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia,  Najib Razak, eksekutif Goldman dan lain-lain.

Ketua Hakim, Margo Brodie, menyifatkan tindakan Leissner sebagai 'biadab dan berani'.

Tegas beliau, menyatakan walaupun Leissner memohon maaf serta bekerjasama dengan pihak berkuasa, kesalahannya tidak boleh diterima kerana membabitkan rasuah pada peringkat tertinggi di beberapa negara.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 atas konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan menyertai konspirasi pengubahan wang haram.

Goldman membantu menjual bon AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) untuk 1MDB, yang ditubuhkan oleh Najib dengan bantuan Jho Low yang kini dalam buruan, atas alasan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.

Sebaliknya, sebahagian daripada dana itu dialihkan ke akaun bank luar pesisir dan syarikat-syarikat palsu.

Leissner menjadi saksi kerajaan AS dalam kes itu selepas penahanannya pada 2018 dan dibenarkan kekal bebas selepas dia bersetuju membantu kerajaan dalam siasatan dan memberi keterangan terhadap bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng.

Ng mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat untuk penggubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah.

Beliau juga disabitkan bersalah di Brooklyn dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, namun dibawa ke Malaysia pada 2023 untuk membantu siasatan.

Menurut pendakwa raya, Leissner bertemu dengan kerajaan berpuluh kali, meneliti banyak dokumen dan komunikasi yang diterimanya berkaitan skim 1MDB serta perkara lain.

Peguamnya, Henry Mazurek berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah dan menyatakan anak guamnya bersedia menjalani hukuman yang dikenakan ke atasnya.

"Kami menghormati keputusan mahkamah hari ini dan Leissner bersedia menjalani hukumannya dan meneruskan kehidupan masa depannya dengan kerja yang baik dan menjaga keluarganya," katanya.

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kerjasama Leissner dalam siasatan.

Bagaimanapun, Menteri Perladangan dan Komoditi,  Johari Abdul Ghani, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, berkata hukuman penjara dua tahun terhadap Leissner adalah 'terlalu singkat'.

"Memandangkan dia adalah antara dalang utama yang membantu melicinkan skandal 1MDB, dia sepatutnya dijatuhkan hukuman penjara maksimum," katanya kepada Reuters menerusi mesej teks pada Jumaat. - REUTERS


WOIT

MAMAT NI

DAPAT DUIT

TIPU JANTAN

MELAYU

AMIN

DAN DAPAT

BURIT TIPU 

BETINA MELAYU

KAH KAH KAH

BERAPA BANYAK

BURIT MELAYU

DIA DAH TEKAN

KAH KAH KAH

KALAU DUA TAHUN

PENDEK NGAPA

MINTAK KURANG

MASA NAJIB

DALAM JIL

AMIN

KHALAS

GERILA HAMAS BERJAYA LAGI !!!



GERILA HAMAS

BERJAYA LAGI !!!

AMIN 

PETANG AHAD DI PESTA BUKU


PADA  AHAD 

1 JUN 2015

JAM 4.00 PETANG 
GUA AKAN BERADA 
DI RERUAI 6-50 KAWAH BUKU
PESTA BUKU WTC
MEMBINCANGKAN BUKU
PERSOALAN NASIONAL

JUGA BOLEH BELI BUKU
 DAN GUA BOLEH 
TANDA TANGAN. AMIN



Boleh dibeli di booth Kawah Buku

Reruai 6-50, Dewan Tun Abdul Razak 3
World Trade Centre KL

23 Mei - 1 Jun

JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAAP WAJI BUAT


JANGAN HANYA

PANDAI BERCAKAP

WAJIB BUAT

AMIN 

Unknown commented on 
"KENAPA USTAD INI 
KENA TANGKAP ?"

jelas x x ada immuniti x x ada X C Kutif lagi rakyat biasa & lu ostad aje @ lu sape cepat parti adil rakyat tolong ostad !! jgn tunggang keadilan kah hehe?


Unknown commented on 
"PAGI INI"


Kadangkala kita pandai bercakap pandai berhujah tentang keadilan tentang kesaksamaan tentang bersifat mulia, semuanya sekadar percakapan kosong kerana kita sendiri tidak berbuat demikian, kita pun masih melihat perkara asas seperti bangsa kaum agama warna kulit sebagai raksa pertimbangan hati budi perasaan sentimen kah kah kah itulah cakap senang tetapi nak buat bukan senang ubah diri dahulu sebelum berucap macam alim ulama kah kah kah

YUSOFF RAWTHER DISERANG KERANA AIR DUIT


YUSOFF RAWTHER

DISERANG KERANA

AIR DUIT

KHALAS

SENIN 16 JUN ADA APA ?

 



PADA HARI
SENIN
16 JUN ADA APA?


MENTERI TAK BACA BUKU YANG DI HARAM



MENTERI TAK 

BACA BUKU

YANG DIHARAM

KAH KAH KAHA

KHALAS

Unknown commented on
 "PESTA BUKU DI PWTC"

Lanchau la...siapfooldin sohai ban buku nie ban buku tu macam dia seorang saja pandai..pas tu nak buat pesta buku? Ini komedi TT ..kementerian dalam negeri nie erti baca buku ka? Semua lulus srp gred 3 aja...sohai mohai

TAN SRI PUKEE MAK MANA ?


SPRM sita aset, harta bernilai RM32 juta dari kediaman Tan Sri


TAN SRI 

MANA PULAK?

 SAPA TAHU

AMIN

PUKEE MAK

BERITA TAK

LENGKAP

AMIN


SPRM sita aset, harta bernilai RM32 juta dari kediaman Tan Sri

KUALA LUMPUR – Pelbagai aset melibatkan tas tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan berjumlah kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

Ia susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, sitaan itu susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di dua kediaman milik individu berkenaan yang terletak di ibu negara hari ini.

“Menerusi penggeledahan ini, SPRM telah menyita 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM5 juta, 27 unit tas tangan berjumlah lebih RM1 juta dan barang kemas berjumlah lebih RM4 juta.

“Menerusi penggeledahan itu juga, SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta,” katanya.

Sumber berkata, susulan penggeledahan itu, SPRM turut menemui sebuah setor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

“Dalam tindakan yang dijalankan itu juga, SPRM turut membuat sitaan ke atas sebuah unit kediaman mewah terletak di ibu negara dianggarkan bernilai sekitar RM12 juta yang dipercayai milik individu berkenaan,” katanya.

Sumber turut menjelaskan kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. –

 

NAK KEBAL - JILAT AIR DUIT ?



NAK KEBAL

JILAT AIR DUIT

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"NAK KEBAL 
JANGAN MINUM AIR DUIT"

mau kebal kena mau masuk bicara & dapat bebas, dnaa, walau banyak kes semua tak didapati bersalah kah kah kah kebal & hebat terhormat


Unknown commented on
 "KES NAK MINUM AIR DUIT YUSOF"

keh..keh...melayu diutamakan....aku kenai mak cik wallapa..dia dok tang kampung ceruk kelubi..nak berniaga..atau nak makan gaji.....


Unknown commented on
 "KEBAL MINUM AIR DUIT ?"

Politik melayu..kita enjoy demenjoy..ada aku kisah..semua pencuri, penyakau.pengarabkan
..lilit kapla..jubah gabra..janji dahi itam janggut kambiang...well done mates. Nak ke mana nie?

TOK MAT KATA : JANGAN MAIN BELAKANG !!!

 


JANGAN MAIN

BELAKANG

AMIN

APA JADI DENGAN KES RASUAH PEGAWAI SAIFUDDIN?



APA JADI DENGAN

KES RASUAH

PEGAWAI

SAIFUDDIN?

AMIN 



Unknown commented on
 "TEKANAN
 KE ATAS SAIFUDDIN"

Kena muka tebal, kena kulit tebal, ada orang dibagi jawatan penting seperti Munke KDN tanpa dapat mandat rakyat kah kah kah jenama macam ini rare Bro kah kah kah

Unknown commented on 
"TEKANAN
 KE ATAS SAIFUDDIN"

Siapfooldin isap kuat..pandey jilat ikut pintu blakang..yang dia pandey ban buku, rampas jam tangan berwarna warni...mangkok nie ada lulus spm belum tentu, bleh jadi munteri..apa punya kepundekkan ketimbang nie? Dia tau ka apa tu gentleman? Dia ingat gentelman ka? Kakakakaka

TRUMP PRESIDEN DAMAI


TRUMP 

PRESIDEN  DAMAI


Tahun lalu ketika berkempen Trump menyatakan bahawa dia akan menamatkan Perang Ukraine dalam masa 24 jam. Kini dah berbulan-bulan Trump di Rumah Putih tapi perang masih berjalan. 

Trump menuduh bahawa Perang Ukraine ialah perang Biden. Mengikut mulut Trump jika dia Presiden perang ini tidak akan berlaku.

Fakta ini tidak betul. Ketika Trump menjadi Presiden pada 2016 rancangan untuk menjadikan Ukraine batu loncatan menyerang Rusia telah bermula. Malah dari zaman Obama lagi  CIA telah merancang untuk membawa masuk Ukraine ke dalam NATO.

Mustahil Presiden Trump tidak tahu  perkara ini. Apabila  Trump memasuki Rumah Putih menggantikan Obama pasti maklumat bertulis sulit ini terpampang di meja Presiden.

Pada  18 Jun 2022  Portal Yahoo telah melaporkan  Pentagon "akhirnya menjadi bersih" dan "mengakui...bahawa terdapat 46 biolab yang dibiayai oleh tentera Amerika di Ukraine".  Semua ini adalah perancangan untuk  menyerang Rusia.

Dari awal lagi – bertahun-tahun sebelum pecah perang – Rusia telah memberi tahu : Ukraine jangan menjadi anggota NATO. Ukraine wajib berkecuali. 

Pada tahun 2008 Duta Amerika ke Rusia  William J Burns telah memberitahu Setiausaha Negara Condoleezza Rice : Keahlian NATO untuk Ukraine adalah 'di luar meja'. Ertinya tidak perlu ditimbulkan.

Inilah dasar Rusia yang telah di ajukan kepada Obama, kepada Biden dan kepada Trump.  Ukraine menjadi anggota NATO adalah garis merah yang jangan di lintasi. Jika dilintas maka Rusia akan bertindak.

Dasar Rusia ini diketahui oleh semua pentadbiran Amerika.  Jika semua pentadbiran tahu dasar ini kenapa Ukraine masih di jemput untuk menjadi anggota NATO.

Jawabnya amat mudah :  Military Industry Complex -  industri senjata mahu Amerika ada musuh. Musuh perlu untuk industri bergerak   terus membuat senjata. Jika perang meletus ini adalah bonus untuk industri senjata.


Pada ketika ini Rusia dan China Merah adalah musuh Amerika.

Istilah "kompleks industri ketenteraan" merujuk kepada hubungan rapat antara tentera , industri pertahanan yang membekalkannya, dan agensi kerajaan yang mengawasi mereka. Kumpulan ini dilihat berkuasa untuk mempengaruhi dasar awam.

Selain dari kumpulan  Kaum Zionis – kompleks industri senjata  - ini adalah pelobi terulung di Washington DC.

Pada ketika ini  Presiden Trump sedang berhadapan dengan dua perang – Perang Gaza dan Perang Ukraine. Kita juga telah mendengar beberapa kali Trump klim – I am Peace President -  Saya adalah Presiden damai.  

Kita juga di beritahu bahawa Trump telah membuat panggilan talipon dengan Putin untuk membincangkan jalan damai di Ukraine. Trump juga telah mengkritik Presiden Zelensky yang enggan mencari jalan damai.

Apakah betul Trump ini Presiden Damai.

Apa yang ada dalam fikrah Trump tidak mungkin kita ketahui sepenuhnya.  Kita hanya dapat melihat tindak tanduk dan langkah-langah yang dilakukan oleh Trump. Malah ketika ini cakap-cakap dan kenyataan dari Trump juga amat susah untuk di pegang. 


Presiden Trump mungkin bercakap ini dan membuat itu. Menganjurkan itu dan mendasarkan yang lain. Kata-kata dari Presiden Trump ini boleh di dengar. Yang penting kita lihat apa yang akan di lakukan.

Kita mendengar Trump berkata dengan sedih : ...Banyak nyawa melayang... banyak nyawa anak muda melayang... hentikan perang ini...Dan dan dan.

Pada 20 Mei 2025 akhbar The Times of Israel melaporkan : Presiden Donald Trump "kecewa" dengan perang yang berterusan di Gaza, merasakan ia adalah isu terakhir yang menghalang kemakmuran di Timur Tengah dan mahu kerajaan Israel "mengakhirinya," menurut laporan  memetik pegawai Rumah Putih.

Laporan itu memetik seorang pegawai Rumah Putih sebagai berkata Trump "kecewa" dengan imej kanak-kanak dan bayi Palestin yang menderita di Semenanjung Gaza akibat sekatan dan serangan Israel, dan bahawa dia "menekan Israel untuk membuka semula pintu dan membenar bantuan masuk."

Pada 26 Mei 2025 BBC melaporkan : Presiden AS Donald Trump berkata beliau "tidak gembira" dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin, berikutan serangan udara terbesar Moscow ke atas Ukraine.

Dalam teguran yang jarang berlaku, Trump berkata: "Apa yang berlaku kepadanya? Dia membunuh ramai orang." Dia kemudian memanggil Putin "benar-benar gila"

Dua perang – Ukraine dan Gaza – sebenarnya boleh di hentikan dengan serta merta. Perang ini bukan Perang Biden atau Perang Obama. Ini Perang Amerika.  Di belakang ke dua-dua perang ini ialah Amerika  tanpa  mengira dari pentadbiran Demokrat atau Republikan.

Perang Gaza dan Perang Ukraine ialah perang yang di dalangi oleh kuasa imperial Amerika untuk mendominasi dunia.


Bolehkah Trump menjadi Presiden Damai. Pasti boleh.  Kuasa ada terletak dalam tangan Presiden Amerika. Trump boleh menalipon Zelensky dan memberi arahan hentikan perang. Jika Zelensky berdegil bawa pulang ratusan ‘ soldadu gelap ‘ Amerika yang sedang beroperasi sebagai penasihat di Ukraine.

Juga buat panggilan talipon ke Tel Aviv. Beritahu Netanyahu untuk hentikan genosid dengan serta merta. Hentikan  penghantaran senjata dari BlackRock dengan serta merta ke Israel.  Penghantaran dana dolar dari Amerika  di hentikan juga.

Jika tidak semua  kata-kata yang telah di lafazkan oleh Trump hanya sandiwara. Lawatan Trump ke Saudi, ke Qatar dan UAE hanyalah mainan teater.  Berjabat salam dengan  al-Julani  bekas pengganas  al-Qaeda itu hanya lawak berdiri.

Hakikatnya Trump telah dilihat mandul atau telah di mandulkan oleh  pemilik kilang senjata dan juga pelobi Zionis yang mendanai kempen Trump dulu.

Kebelakangan ini dunia diberitahu bahawa Trump dan Netanyahu telah tidak sebantal lagi.  Dunia juga telah melihat bagaimana Trump ‘ melibas ’  Zelensky di Pejabat Oval.  Media arus perdana di Amerika dan di Eropah telah menganalisa bahawa telah ada perubahan dasar luar Amerika terhadap Timur Tengah.

Wajib disedari dan wajib di ketahui bahawa  di belakang semua pentadbiran Presiden Amerika ada  lapisan struktur  yang berkepentingan. Wujud  lembaga-lembaga yang  telah lama menjadi tembok dan benteng kepada kuasa  hegemoni Amerika.

Dari segi ekonomi  - senjata dan perang adalah eksport utama untuk Amerika. Lihat saja kali ini pentadbiran Trump telah mengumumkan rancangan untuk meminta $1.01 trilion untuk perbelanjaan Pentagon untuk tahun fiskal 2026.  Ini satu rekod.

Jika Kongres menandatangani permintaan Trump, ini akan menandakan permulaan era baharu belanjawan Pentagon bernilai trilion dolar.  


Dalam masa yang sama Trump akan memotong besar-besaran kepada program kritikal yang bukan ketenteraan seperti bantuan perumahan, inisiatif pendidikan, program alam sekitar dan bantuan asing.

Apakah ini contoh Presiden Damai?

Mungkin dalam hati kecil Trump memang dia berniat untuk menjadi Presiden Damai. Trump pasti ingat bagaimana Obama menerima Hadiah Nobel pada tahun 2009 kerana peranan Obama membawa damai  dalam hubungan antarabangsa dan menolak perlumbaan senjata nuklear.

Dalam sejarah hanya 4 sosok Presiden Amerika yang menerima penghormatan Hadiah Keamanan Nobel  -  Theodore Roosevelt, Woodrow Wilson, dan Barack Obama ketika menjadi Presiden. Manakala  Jimmy Carter satu-satunya yang memenanginya selepas meninggalkan jawatan.

Apakah  teater dan sandiwara yang sedang dipentaskan oleh Trump ini adalah sebahagian dari skrip agar dia  di panggil ke Oslo oleh Norwegian Nobel Comittee.


Atau apakah teater dan sandiwara Trump ini hanyalah taktik untuk mengalih pandangan dunia bahawa  kini telah tersedia perancangan yang di lakar oleh Netanyahu untuk memerangi  Iran.

Dunia tidak akan memperlekeh Trump jika dia di anugerah Hadiah Keamanan Nobel.  Malah hari ini dunia sedang  menunggu dan menanti bila  Trump akan membuat panggilan talipon kepada Netanyahu, kepada Zelensky  dan kepada Putin. Hanya dengan satu ayat sahaja : Hentikan perang sekarang. Khalas.

Jika ini berlaku saya yakin pasti akan ada panggilan talipon  ke Rumah Putih dari Oslo Norway.  (TT )



TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/744756