Sabtu, 15 Februari 2025
HOLLYWOOD SARANG ZIONIS BLACKROCK
Watak superhero Zionis dalam filem Captain America cetuskan kempen boikot
Kehadiran sebuah watak adiwira Zionis dalam filem terbaru "Captain America" terbitan Marvel, yang dimainkan seorang pelakon yang secara sukarela pernah berkhidmat untuk tentera Israel yang kini berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, telah mencetuskan gesaan dari penyokong Palestin untuk memboikot filem tersebut.
"Captain America: Brave New World", yang mula ditayangkan minggu ini di pawagam Malaysia, menampilkan pelakon Israel Shira Haas sebagai Ruth Bat-Seraph, watak yang digambarkan dalam komik asal sebagai agen Mossad yang memakai panggilan Sabra.
Susulan bantahan penyokong Palestin terhadap watak komik itu pada 2022, identiti Sabra dalam versi filem diubah kepada seorang agen Amerika, di mana penerbit menyifatkannya sebagai "imej baru yang dicipta untuk disesuaikan dengan tayangan di skrin dan penonton hari ini".
Gelaran Sabra, iaitu nama sejenis pokok kaktus padang pasir, diberikan kepada orang Yahudi yang lagir dalam wilayah yang kini dikenali sebagai Israel.
Watak kontroversi itu muncul dalam komik superhero Marvel seawal tahun 1981, ketika ketegangan memuncak di Timur Tengah, dan setahun sebelum pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatilla yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin dan Lubnan dibunuh kumpulan pengganas yang disokong regim Israel.
Bagaimanapun, tindakan mengubah watak Sabra menjadi agen AS dalam filem terbaru Captain America gagal meredakan bantahan.
Pada 11 Februari, penyokong pro-Palestin berkumpul di luar acara tayangan perdana filem tersebut di Los Angeles untuk menggesa filem itu diboikot kerana menyertakan Sabra serta Shira Haas.
Mereka membawa sepanduk "keluarkan watak Sabra" sambil melaungkan slogan menuduh pengedar filem Disney menyokong genosid di Palestin.
Bantahan terhadap filem itu ditambah lagi dengan pendirian Haas yang pro-Zionis: beliau pernah menyertai pasukan tentera Israel walaupun tidak diwajibkan berbuat demikian atas masalah kesihatan, iaitu kanser buah pinggang yang menyebabkan tumbesaran terbantut.
Pengkritik turut menyelar sikap hipokrit industri Hollywood dalam isu konflik Palestin, di mana pelakon kelahiran Palestin-Mesir May Calamawy pernah dihukum kerana sokongan lantangnya membela rakyat Palestin.
Hantaran media sosial Calamawy menyebabkan peranan utama beliau dalam filem Gladiator 2 dicantas secara drastik, dan akhirnya pelakon itu hanya membuat penampilan tanpa dialog dan ringkas.
Awal tahun lalu, pelakon Melissa Barrera dipecat daripada membintangi filem Scream 7 selepas menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.
MalaysiaNow sedang cuba menghubungi Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan respon sama ada kontroversi menyelubungi filem Captain America akan memberi kesan kepada tayangannya di pawagam tempatan.
Sementara itu, cawangan tempatan gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) yang menjalankan kempen global memulau mana-mana syarikat, jenama dan institusi akademik yang dikaitkan dengan rejim Israel, turut menyokong gesaan memboikot filem tersebut.
"Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan Malaysia sepatutnya tidak membenarkan filem ini ditayangkan di panggung wayang di negara kita selaras dengan dasar kerajaan yang menentang rejim Zionis Israel kerana jenayah genosid dan apartheidnya terhadap warga Palestin," Presiden BDS Malaysia, Nazari Ismail, memberitahu MalaysiaNow.
Pada 1994, perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mempertahankan langkah kerajaan mengharamkan "Schindler's List" oleh Steven Spielberg, menyifatkan filem itu propaganda Yahudi.
Timbalan perdana menteri ketika itu Anwar Ibrahim, bagaimanappun dilaporkan berkata larangan itu akan dikaji semula, dan seterusnya mengumumkan filem itu akan dibenarkan tayangannya selepas menjalani proses semakan biasa untuk filem luar negara.
WOIT
SATU DUNIA
TAHU HOLLYWOOD
INI SARANG
ZIONIS BLACKROCK
AMIN
DUNIA SAMPAI
SEKARANG
TAK SEDAR
27 JUTA ORANG
SOLDADU &
WARGA RUSIA
MATI DALAM
PERANG DUNIA KE 2
AMIN
PULUH RIBU OKU
PULUH RIBU GIPSI
DIBUNUH HITLER
TAKDA SAPA TAHU
AMIN
YANG HEBOH 6
JUTA YAHUDI
DI BUNUH NAZI
AMIN
TAPI
SAMPAI SEKARANG
ANGKA 6 JUTA INI
DI PERTIKAIKAN
AMIN
KHALAS
DI MALAYSIA - TUAN HAKIM KENA PELEKEH
Rehatkan Terrirudin sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan – Peguam
KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat perlu merehatkan bekas Peguam Negara (AG) Terrirudin Ahmad daripada jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan sehingga kes mahkamah berkaitan isu titah adendum melibatkan Najib Razak selesai.
Peguam kanan, Hasnal Rezua Merican Habib Merican berkata, ini kerana terdapat persoalan serius berhubung kredibiliti, ketelusan dan integiriti melibatkan Terrirudin bersabit kes titah adendum terbabit.
Menjelaskan lebih lanjut, ujar beliau, Terrirudin disifatkan tidak mengambil keputusan yang sepatutnya sebagai AG ketika menerima titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Antaranya, kata beliau, Terrirudin seolah-olah membiarkan satu dokumen yang mempunyai implikasi undang-undang tidak dizahirkan sehinggalah Najib memfailkan permohonan bagi mencabar titah adendum tersebut di mahkamah.
Selain itu, ujarnya, Terrirudin juga dinilai tidak memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri untuk menjawab berkenaan isu titah adendum tersebut di Parlimen sehingga menteri berkenaan disifatkan telah memberi jawapan mengelirukan apabila menyebut titah adendum tersebut hanya khabar angin (hearsay).
Selain itu, tambahnya, ketika prosiding kes itu memasuki ke peringkat Mahkamah Rayuan juga, Terrirudin tidak menyatakan menerusi affidavit kepada mahkamah bahawa titah adendum tersebut wujud atau sebaliknya.
“Pertamanya kamu (Terrirudin) tak beritahu kepada kerajaan (kewujudan titah adendum)…keduanya kamu benarkan menteri untuk misslead (mengelirukan) Parlimen dan kamu juga misslead mahkamah.
“Ini adalah kesalahan serius oleh bekas Peguam Negara dan kesalahan ini bukan dari nature (situasi) yang boleh kita alpakan…sebab ini kesilapan melibatkan kesalahan individu itu (Terrirudin).
“Kalau sekarang dia bukan lagi Peguam Negara, tetapi dia sekarang seorang hakim…tetap terikat kepada dia sebagai hakim yang dia kurang kredibiliti sebagai seorang hakim.
“Dan dia pula Hakim Mahkamah Persekutuan, bukannya Hakim Mahkamah Sesyen atau Hakim Mahkamah Majistert…dia berkedudukan untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam negara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan…sebab apabila Federal Court decide, its become a law (keputusan Mahkamah Persekutuan akan jadi undang-undang),” katanya.
Beliau berucap pada sesi TownHall Rakyat Mencari Kebenaran: To Gag Or Not To Gag, Whats The Order yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini.
Tambah Hasnal Rezua Merican, tindakan merehatkan Terrirudin sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan daripada mendengar kes-kes lain sehingga perbicaraan titah adendum selesai dilihat langkah sesuai berbanding membentuk tribunal bagi melucutkan jawatannya sebagai hakim ketika ini.
Ia mengambil kira persoalan berkenaan integriti dan ketelusan Terrirudin ketika ini adalah atas kapasiti beliau sebagai Peguam Negara terdahulu, bukannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan ketika ini.
“Sebab itu saya berpandangan tindakan ke atas beliau boleh dibuat secara administrative (pentadbiran) oleh Ketua Hakim Negara iaitu mesti merehatkan Hakim Mahkamah Persekutuan daripada mendengar kes-kes sekarang sementara isu titah adendum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes yang dibawa Najib.
“Rehatkan dia (Terrirudin) dulu…sebab ada persoalan serius berkenaan kredibiliti, transparency (ketelusan) dan isu integriti.
“Semuanya tercalar dan terkait dalam perjawatan dahulu (Peguam Negara) dan dibawa ke perjawatan sekarang (Hakim Mahkamah Persekutuan),” katanya. –
WOIT
INILAH CONTOH
KERAJAAN MADANI
BLACKROCK
KAH KAH KAH
NAIB CANSELOR
ADA KES RASUAH
AMIN
PENGARAH BADAN
ANTI RASUAH
TERLIBAT KES
RASUAH
KAH KAH KAH
HAKIM MAHKAMAH
PERSEKUTUAN
KENA PELEKEH
KAH KAH KAH
DI BAWAH
ANWAR
BLACKROCK
SEMUA HANCUS
KHALAS
DI BELAKANG KUASA IALAH KAUM PEMODAL
NEGARA
MENGAMAL
SISTEM UNDI
AKAN DI BELI
OLEH PEMODAL
KHALAS
Unknown commented on
"INI BERITA BAIK"
Mungkin peluru sudah kurang, barang dah habis jual, pasar malam akan berhenti untuk sekian lama, akan disambung kelak apabila stok sudah penuh, ini cara perniagaan mereka kah kah kah, pasti harga minyak naik atas alasan perang, harga barang naik atas alasan sama, inilah kerjasama kapitalis dengan kuasa, seiring sejalan mencari keuntungan daripada kesusahan ramai
sini sudah berlaku strategi sama, sebelah tangan ambil ambil ambil naik naik naik naik segala emak bapa kos, sebelah tangan lagi dikatakan beri bantuan kah kah kah tetapi strategi masih menguntungkan diri kroni kaum kerabat sekelian amin syukur alhamdulillah juga kah kah kah
MADANI KE ZIONIS NI ?
Suhakam dilarang masuk penjara siasat kes banduan mati, halangan pertama dalam 25 tahun
Jabatan Penjara telah menafikan akses kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyoal siasat seorang banduan berkenaan kes kematian seorang banduan di Penjara Taiping bulan lepas dipercayai akibat diserang, dalam apa yang disifatkan sebagai halangan pertama terhadap badan hak asasi kerajaan itu sejak penubuhannya di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad lebih dua dekad lalu.
Pihak berkuasa memberikan alasan kewujudan siasatan polis dalam menghalang pegawai Suhakam, tindakan yang dibidas suruhanjaya itu sebagai "pelanggaran tanggungjawab berkanun yang tidak boleh diterima, bersifat prejudis dan langsung tidak wajar".
"Dalam 25 tahun pengalamannya, banyak penyiasatan dijalankan serentak dalam penjara oleh kedua-dua Suhakam dan polis termasuk kes kematian dalam tahanan. Tiada isu atau masalah kerana siasatan serentak itu," kata suruhanjaya itu.
Suhakam berkata pegawainya tiba di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah selepas mendapat kelulusan Jabatan Penjara untuk merakamkan keterangan seorang banduan.
Bagaimanapun, mereka dilarang masuk dengan alasan siasatan polis masih berjalan.
Sementara itu, lawatan berjadual Suhakam ke Penjara Taiping minggu ini turut dibatalkan pihak berkuasa.
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memberikan Suhakam kuasa menyiasat sesiapa sahaja yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.
"Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menghalang atau menangguhkan siasatan Suhakam," katanya.
Larangan terhadap pegawai Suhakam itu walaupun selepas jaminan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution untuk bekerjasama dengan suruhanjaya itu dalam menyiasat kematian banduan di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu.
Ia di sebalik penahanan dua aktivis hak asasi manusia yang hadir ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mengenai hak tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma.
Sevan Doraisamy dan Azura Nasron dari kumpulan Suaram ditahan dan disoal siasat kerana didakwa memasuki kompleks KDN secara haram.
Polis bagaimanapun berkata mereka tidak ditangkap, manakala KDN memberi amaran kepada orang ramai tidak membuat "spekulasi".
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) bagaimanapun berkata rakaman video membabitkan aktivis itu menunjukkan "penahanan yang jelas".
"Apa yang mengejutkan ialah polis bukan sahaja terang-terangan berbohong dalam kenyataan mereka, malah KDN mengeluarkan mengeluarkan ugutan terhadap orang ramai supaya tidak membincangkan penahanan aktivis terkemuka itu. Ini adalah perkara yang membimbangkan," kata pengarah LFL Zaid Malek.
WOIT
INI KERAJAAN
MADANI KE ?
ATAU
KERAJAAN
ZIONIS NI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
TRUMP DAN PUTIN KE SAUDI - BUKAN NAIK HAJI
AS, Ukraine, Russia akan bertemu di Arab Saudi minggu depan - Trump
WASHINGTON: Pegawai tertinggi dari Amerika Syarikat (AS), Ukraine dan Russia akan mengadakan pertemuan minggu depan di Arab Saudi bagi membincangkan usaha menamatkan perang Kremlin ke atas jirannya di Eropah timur, kata Presiden AS, Donald Trump pada Khamis.
Anadolu Agency (AA) melaporkan bahawa Trump berkata, pemimpin negara terbabit tidak akan menghadiri rundingan itu, sebaliknya menghantar wakil kanan untuk menjalankan rundingan.
Beliau berkata perbualan telefon "sangat baik" dengan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Rabu "memberikan kemajuan besar ke arah penyelesaian perang yang dahsyat ini, yang mengorbankan begitu ramai nyawa, terutamanya anggota tentera di medan perang."
"Kita akan melihat sama ada kita boleh menamatkan perang itu. Perang ini sangat dahsyat. Ia perang yang ganas dan berdarah. Kita mahu menamatkannya," kata Trump ketika menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Beberapa jam sebelum itu, Trump menyatakan bahawa beliau mempercayai Putin dan percaya pemimpin Russia itu mahukan keamanan dengan Ukraine.
"Saya percaya Presiden Putin. Ketika saya bercakap dengannya semalam, saya sangat mengenalinya. Ya, saya fikir dia mahukan keamanan. Saya fikir dia akan berterus terang dengan saya jika sebaliknya," katanya.
Kenyataannya dibuat sehari selepas beliau mengadakan perbualan telefon berasingan dengan Putin dan rakan sejawatnya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy, bagi membincangkan usaha menamatkan perang Russia-Ukraine.
KENAPA
TRUMP AJAK
PUTIN JUMPA
DI SAUDI ?
AMIN
BUKAN NAK
NAIK HAJI
KAH KAH KAH
TRUMP ADA
RANCANGAN NAK
BAWA NETANYAHU
KE MEKAH
JUMPA
MBS
AMIN
TAK CAYA SILA
TUNGGU
KAH KAH KAH
KHALAS
BUKAK MULUT MOHONG
BUKAK MULUT
MOHONG
AMIN
Unknown commented on
"BAPA PEMBEBASAN RASUAH"
Itu cakap memang tahu mohong belaka, mereka lah punca sebenar negara rosak rasuah curi merompak, kepala ikan busuk dia simpan sambung kontrak apa tidak busuk sampai ekor,
yang naik yang besar kepala masih orang sama, jenama sama perasuah pembodek pengampu belaka kah kah kah
batu hitam atau batu putih semua dijual sekaligus amin kah kah kah
MASIH TETAP MEMYOKONG TRUMP
TETAP MENYOKONG
TRUMP
AMIN
TRUMP AKAN KACAU
NEGARA ARAB DAN
NEGARA YANG KLIM
ISLAM
AMIN
Master Jaguh commented on
"ZIONIS KEMBALI
MENYERANG GAZA ?"
ari tu enko juga yg suka sgt bangga dgn trump nih ... skrg nape pulok buat u turn ??? ajer nyer bangang !!
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 15 FEBUARI 2025
HEBOH HEBOH
KES TEMBAK PISTOL
KES JUAL BELI PISTOL
APA SEDANG BERLAKU
JENG JENG JENG
APA KAH ADA PROJEK
NAK SELESAIKAN
KE GANASAN
YANG MAKIN MENJADI JADI
DALAM MASA YANG SAMA
MATI DI LANGGAR
DI SANA SINI
APA DAH JADI
DENGAN PEMANDU KITA
BUKAN MABUK
TAPI PERANGAI MABUK
BILA MEMANDU
JENG JENG JENG
UKRAINE
PERBINCANGAN SEDANG
BERJALAN ANTARA
VANCE NAIB PRESIDEN AMERIKA
DENGAN ZALENSKIY
GAZA
HAMAS BEBBASKAN
TIGA TAWANAN
UNTUK MENERUSKAN
GENCATAN SENJATA
AMERIKA
TRUMP PUTIN
AKAN BERTEMU DI SAUDI ARABIA
UNTUK BINCANG
TAMATKAN PERANG
DI UKRAINE
RUSIA
DRONE RUSIA
DI LAPOR BOM
BEKAS LOJI NUKLEAR
DI CHERNOBYL
AMERIKA
PENTADBIRAN TRUMP
DAH BERHENTIKAN
10 RIBU LEBIH
KAKI TANGAN KERAJAAN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
UJAN PETANG KEMARIN
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH LEMAH
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
DI PINTU MASUK
WOW
CENGKERIK BERSIMPONI
PAGI INI
TAK DENGAR TERKUKUR
HA HA
TUK TUK TUK
TUK TUK TUK
SUARA DARI ATAS BUKIT
DI JALAN PULANG
MURAI BERKICAU
KUAT SEKALI
KALAU MURAI BERKICAU
PAGI JADI INDAH MENAWAN
HARI INI AKAN PANAS
MUNGKIN REDUP WAKTU PETANG
JADI MALAM UJUNG MINGGU
SEJUK DAN SANTAI
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT
BRO
KALAU LU PINJAMKAN
DUIT PADA KAWAN
DUIT AKAN LESAP
KAWAN AKAN HILANG
BRO
KALAU LU IKUT
USTAD YOU TUBE
HIDUP INI JADI BOSAN
BRO
HIDUP INI ADALAH
APA YANG LU BUAT
SABAN HARI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)