Khamis, 3 Julai 2025
CARA TERBAIK LAWAN MUSUH POLITIK
Skandal Sabah: Timbalan presiden Star nafi terima suapan RM530,000
Seorang menteri Sabah tampil menafikan dakwaan menerima rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral, yang telah mengaitkan sejumlah Adun di bawah pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor.
Menjawab laporan Malaysiakini pada 28 Jun lalu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Ellron Angin menafikan dakwaan menerima suapan berjumlah RM530,000 berkaitan skandal itu.
“Saya dengan tegas menafikan dakwaan menerima rasuah atau terlibat dalam sebarang urus niaga bernilai RM530,000.
“Dakwaan ini merupakan fitnah tidak berasas yang didorong oleh motif politik tidak matang, dan ia mencemarkan nama baik serta integriti saya sebagai wakil rakyat,” kata Ellron yang juga Adun Sook.
Penafian Ellron, yang juga naib presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), menyusul selepas penafian presidennya, Jeffrey Kitingan, yang turut dikaitkan dalam laporan tersebut.
Dalam laporan itu, Satu sumber memberikan Malaysiakini tangkap layar yang dikatakan diambil daripada rakaman video membabitkan enam individu terbabit, serta jumlah wang yang didakwa mencecah RM3.96 juta.
Mengulas lanjut, Ellron berkata dia sentiasa berpegang kepada prinsip integriti, kebertanggungjawaban dan tadbir urus bersih, sejajar dengan komitimen kerajaan Sabah dalam membanteras rasuah.
Dia juga berkata telah mengarahkan pasukan guamannya untuk memulakan tindakan ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan “dakwaan palsu” ke atasnya.
WOIT
INI CARA TERBAIK
UNTUK BUNUH
MUSUH POLITIK
KAH KAH KAH
TUDUH RASUAH
PASTI TAK LEH
BERTANDING
KAH KAH KAH
SEMUA BERES
BICARA BERTAHUN
LAMANYA
KHALAS
HAMAS TIDAK DAPAT DIKALAHKAN !
Tiada 'Hamastan', kami akan hapuskan Hamas – Netanyahu
BAITULMAQDIS: Biarpun Amerika Syarikat (AS) mengemukakan cadangan gencatan senjata baharu selama 60 hari di Gaza, Israel kekal berikrar mahu menghapuskan kumpulan pejuang Hamas.
Ketetapan itu dimaklumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi ucapan sulungnya ketika pertemuan anjuran Trans-Israel.
Netanyahu menegaskan, peluang menghapuskan Hamas itu merangkumi usaha menewaskan 'musuh dan menjamin masa depan daripada segi ekonomi, kenegaraan, antarabangsa dan tenaga'.
"Tiada lagi Hamas atau Hamastan. Kita tidak akan kembali kepada keadaan lama itu. Ia sudah berakhir. Kita akan membebaskan semua tebusan kita.
"Betulkah? Bagaimana saya mampu kata begitu? Ini adalah dua matlamat bercanggah!' Tidak masuk akal. Namun, ia boleh dilaksanakan secara serentak.
"Kita akan lakukannya bersama, berbeza dengan yang dinyatakan pihak lain. Kita akan hapuskan mereka hingga ke akar umbi. Peluang ini sangat besar dan tidak akan dibazirkan. Kita tak akan gagal, tunduk atau sia-siakan," katanya.
Istilah Hamastan umumnya merujuk pada pemerintahan Hamas di Semenanjung Gaza, yang mana penggunaannya muncul sekitar masa penarikan diri Israel dari wilayah itu pada 2005.
Kenyataan itu sekali gus melonjak tekanan awam terhadap Netanyahu bagi mencapai perjanjian gencatan senjata kekal dan menamatkan perang yang sudah berlarutan hampir dua tahun.
Malah, Hamas yang disokong Tehran juga meraih tekanan susulan serangan udara AS dan Tel Aviv ke atas tapak nuklear di Iran serta gencatan senjata dipersetujui dalam perang Israel-Iran selama 12 hari, pada Jun lalu.
Pemimpin Israel percaya menerusi kelemahan Iran, negara lain di rantau berkenaan berpeluang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Kelmarin, Trump berkata, Israel bersetuju dengan syarat yang diperlukan bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari bersama Hamas, selepas pertemuan antara wakil AS dan pegawai Israel.
Sementara itu, Hamas dalam kenyataan semalam, berkata pihaknya sedang meneliti syor gencatan senjata 'muktamad' diketengahkan Trump, selain menegaskan Israel perlu berundur dari Gaza.
Hamas berkata, pihaknya sedang meneliti tawaran gencatan senjata baharu yang diterima daripada perantara Mesir dan Qatar.
Namun, matlamatnya untuk mencapai perjanjian yang dapat menamatkan perang adalah dengan memastikan pengunduran Israel sama sekali dari Gaza.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, pula berkata Tel Aviv 'komited' dalam usaha mencapai perjanjian pembebasan tebusan dan gencatan senjata.
Kira-kira 20 daripada 50 tebusan ditahan Hamas dipercayai masih hidup.
Ketika Hamas meneliti saranan gencatan senjata terbaharu, serangan semalaman tentera Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 111 rakyat Palestin di serata Gaza.
Bedilan Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di Gaza mengorbankan Pengarah Hospital Indonesia, Marwan al-Sultan, bersama ahli keluarganya. Beliau sebelum ini berulang kali merayu kepada komuniti antarabangsa supaya memastikan keselamatan petugas perubatan. - AGENSI
KAH KAH KAH
WOIT
HAMAS PUN
TAK DAPAT
DI KALAHKAN
KAH KAH KAH
MIMPIM PULAK
NAK LAWAN IRAN
KAH KAH KAH
KHALAS
BELAJAR DARI SIAM
Malaysia Perlu Pengimbang Kuasa, Elak Salah Guna Kedudukan, Kata Rais
KUALA LUMPUR, 3 Jul 25 – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Rais Yatim berkata Malaysia harus mencontohi mahkamah Thailand yang berani melaksanakan kuasanya tanpa sebarang tekanan.
Mengambil contoh keputusan mahkamah negara itu menggantung perdana menterinya, Malaysia harus mempunyai mekanisme pengimbang supaya tiada pihak yang menyalahgunakan kedudukannya.
“Berita perdana menteri Siam dihukum gantung kerja semata-mata kerana buat panggilan telefon yang kandungannya kontroversial mencerminkan sesuatu yang kita di Malaysia harus pelajari.
“Mesti ada kuasa dan jentera pengimbang agar tiada mana-mana pihak yang naik tocang lupa daratan dengan jawatannya,” kata Rais, di Facebooknya.
Beliau turut mengepilkan pautan berita BBC berkenaan keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.
Ia susulan petisyen yang dikemukakan oleh 36 Senator bagi menuntut pemecatannya, berikutan didakwa tidak jujur dan melanggar etika seperti termaktub dalam Perlembagaan negara susulan bocornya satu rakaman perbualan telefon bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang tersebar. @politiko.my
KITA JUGA
PERLU BELAJAR
DARI SIAM
AMIN
AMBIK YANG
BAIK
AMIN
JANGAN JADI
KERAJAAN
MADAFAKA
KHALAS
MADA FAKA LULUSAN HAVARD ... OPPS ... RABAT
MADA FAKA
LULUSAN HAVARD
OPPS... RABAAT
AMIN
Unknown commented on
"LAGI LAGI KES
MADA FA KA"
Hoi babi, sapa kata pengajian melayu tak boleh jadi menteri kewangan? Madey Kutty Kerala belajar medic, Daim belajar loyar, Najib tak belajar kewangan. Begitu juga Tun Razak, pak lah. Kau nak benci pmx kau punya pasal tapi jangan hina pengajian melayu faham tak babi? Jangan menyondol tak tentu pasal.
EROPAH DIS ERANG HABA PANAS
Cuaca panas: Guru goreng telur di halaman sekolah di selatan Perancis
PARIS: Seorang guru di selatan Perancis menggoreng telur menggunakan kuali yang diletakkan atas lantai halaman sekolah, memanfaatkan cuaca panas melampau yang melanda negara itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Menurut stesen radio tempatan France Bleu pada Rabu, guru berkenaan meletakkan kuali atas tanah, menunggu selama setengah jam, kemudian memecahkan sebiji telur ke dalamnya — dan hasilnya, telur itu masak dalam masa singkat.
Dalam satu rakaman video, guru itu dilihat merekodkan suhu pada pemegang kuali selepas eksperimen dijalankan, yang mencecah sekitar 80 darjah Celsius.
Beliau menjalankan demonstrasi berkenaan bagi menarik perhatian terhadap keadaan fizikal sekolah menengah di Quissac yang kurang bersedia menghadapi gelombang haba.
Berdasarkan kiraannya, hanya terdapat 60 hingga 80 sentimeter persegi kawasan teduh bagi setiap pelajar di halaman sekolah.
Tiada sesi pembelajaran diadakan pada Selasa kerana cuaca terlalu panas, namun sebahagian murid tetap berada di sekolah kerana ibu bapa tidak dapat menjaga mereka di rumah.
Di seluruh Perancis, sekitar 2,200 sekolah ditutup pada hari yang sama susulan suhu mencecah lebih 41 darjah Celsius di beberapa kawasan.
Kira-kira 100 sekolah lagi kekal ditutup pada Rabu.
Sebahagian besar bangunan sekolah di negara itu tidak direka untuk menampung suhu tinggi, memandangkan lebih separuh daripadanya dibina sebelum 1979, menurut saluran penyiaran Public Sénat.
Kerajaan Perancis merancang untuk mengubah suai 40,000 sekolah dan menjadikannya lebih cekap tenaga menjelang 2034. – BERNAMA-dpa
WOIT
INI HANYA
PERMUAAN
AMIN
MALAPETAKA
IKLIM LEBIH
BERAT KINI
MENUNGGU
DI LUAR PINTU
AMIN
KHALAS
ZAKAR SHI BERKATA
Kenyataan Puad Zarkashi Bukti Kerajaan ‘Kudakan’ Agensi Penguatkuasa
KUALA LUMPUR, 2 Jul 25 – Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahmad Puad Zarkashi “kes boleh dicari” terhadap bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi bukti wujudnya tindakan kerajaan menggunakan agensi penguatkuasa untuk tujuan tertentu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, kenyataan Puad itu mengesahkan persepsi kerajaan juga boleh mengarahkan kes seseorang itu dipadam.
“Kalau kes boleh dicari, maksudnya boleh ada yang akan diarahkan untuk mencari. Siapa yang boleh bagi arahan? Siapa yang boleh laksana arahan?
“Jika kes boleh dicari, maka tidak mustahil kes juga boleh dipadam. Itulah tawaran yang diberi kepada saya semasa saya dipujuk untuk lompat parti tahun lepas,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam kenyataan di Facebook.
Ia sekaligus mengesahkan kenyataannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen sebelum ini, kata Wan Saiful.
“Saya anggap kenyataan Puad ini memperkukuh persepsi bahawa kerajaan hari ini bermaharajalela memperkudakan agensi penguatkuasa untuk tujuan politik.
“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati saya tidak menipu parlimen semasa saya membuat pendedahan itu,” katanya.
Tambahnya, kenyataan Puad itu mendedahkan kerosakan yang dilakukan pentadbiran kerajaan hari ini terhadap institusi.
“Satu demi satu kerosakan kepada institusi yang dilakukan oleh kerajaan PH-BN dibongkar.”
Baru-baru ini, Mohd Puad Zarkashi menasihatkan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli supaya tidak `bakar’ (mengkritik) partinya dan kerajaan secara berlebih-lebihan.
Ini kerana, kata beliau, dibimbangi nasib Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berakhir di penjara. @politiko.my
WOIT
WAN SAIPOL
BARU INI
SEDAR ?
KAH KAH KAH
MUSTAHIL TAK
SEDAR
INI KERAJAAN
MADA FA KA
KAH KAH KAH
KHALAS
KUASA POLITIK BAWA KAYA
KUASA POLITIK
BAWA KAYA
AMIN
Unknown commented on
"TERIMA KASIH MAHFUZ"
Bagi tahu elok elok, bukan depa peduli pun, sebab sudah duduk kerusi empuk, sudah kereta Alphard, sudah ada bunyi siren depan belakang, orang tak menang pilihanraya pun jadi terpenting terpengaruh sekarang asalkan kabel jalan kah kah kah
HIMPUNAN KEMARAHAN RAKYAT
HIMPUNAN
KEMARAHAN
RAKYAT
AMIN
Unknown commented on
"TURUN TURUN TURUN"
jangan lupa hal turun minyak letrik etc dan no anwar, amano, dap kah kah kah buat selamba dan bodo.?
Unknown commented on
"TURUN TURUN TURUN"
Tukang Cium Tangan (TCT) sudah mengatur langkah mengawal mengatasi keperluan kepimpinan atasan, sebab itulah dicalonkan jadi pemimpin yang menjadi tali barut agensi kerajaan ramai begitulah kah kah kah kelayakan bukan satu keperluan asas janji mengikuti arahan atasan kah kah kah amar maakruf nahi mungkar amin
PENDATANG HARAM
64 pusat cuci kereta diserbu: 147 PATI ditahan
JOHOR BAHRU: Seramai 147 lelaki warga asing serta pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga lelaki warga tempatan ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah ke atas pusat cuci kenderaan di sekitar bandaraya ini, Iskandar Puteri dan Kulai, di sini, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata sebanyak 64 pusat cuci kenderaan di kawasan berkenaan telah diperiksa dalam operasi bersepadu besar-besaran itu yang dilaksanakan secara serentak di seluruh kawasan terbabit.
Katanya, seramai 150 suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 57 tahun, atas pelbagai kesalahan.
"Operasi Bersepadu Cegah Jenayah ke atas pusat cuci kenderaan dilancarkan oleh Polis Johor semalam bersama agensi penguat kuasa membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Kulai (MPK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ).
"Antara kesalahan yang dikesan termasuk langgar syarat permit, tiada dokumen perjalanan, judi dalam talian, dadah selain perniagaan tanpa lesen, menyambung air secara haram dan gagal pamer tanda harga.
"Sitaan peralatan cuci kereta turut dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Berjaya capai objektif
"Operasi ini telah berjaya mencapai objektif dalam memastikan pematuhan undang-undang oleh pemilik pusat cuci kenderaan serta membanteras pembabitan PATI dan elemen jenayah yang lain," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana langgar syarat pas/permit; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana permit tamat tempoh.
"Siasatan turut dilakukan atas kesalahan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 Kesalahan kerana judi atas talian dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan," katanya.
Selain penahanan, pelbagai tindakan kompaun dan sitaan turut diambil oleh agensi penguat kuasa terbabit ke atas 64 pusat cuci kenderaan berkenaan.
"Ia termasuk kompaun Seksyen 89(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atas kesalahan menyambung air secara haram serta kompaun SSM atas kesalahan gagal pamer papan tanda, lesen tamat tempoh dan gagal catat nama perakuan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1956.
"Premis cuci kenderaan terbabit turut dikompaun KPDN atas kesalahan gagal pamerkan tanda harga di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 serta kompaun PBT, atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2016 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.
"Polis Johor komited untuk meneruskan kerjasama strategik bersama semua agensi penguat kuasa dalam usaha menjaga kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat Johor selain memastikan semua premis perniagaan tidak dijadikan sarang jenayah dan PATI," katanya.
ISRAEL AKAN PUTUS NAFAS - SENJATA DARI CHINA
Iran pertimbang beli jet pejuang buatan China
TEHRAN: Susulan gencatan senjata dengan Israel, Iran kini sedang mempertimbangkan untuk membeli jet pejuang moden buatan China, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Akhbar harian Iran Entekhab pada Selasa melaporkan bahawa Tehran berminat terhadap versi eksport jet pejuang Chengdu J-10.
Laporan itu turut mengaitkan lawatan Menteri Pertahanan Iran ke Qingdao, sebuah bandar pesisir di China beberapa hari lalu bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan pembelian itu.
Kelemahan utama ketenteraan Iran ketika ini ialah kekuatan angkatan udaranya yang uzur, akibat sekatan antarabangsa yang ketat.
Banyak pesawat tenteranya, termasuk model F-14 masih digunakan sejak era pra-Revolusi Iran 1979 ketika Tehran mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS).
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dengan Russia, Iran berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan jet pejuang moden Su-35, namun belum berjaya.
Sehubungan itu, doktrin pertahanan Iran lebih menumpukan kepada kumpulan bersenjata serantau serta pembangunan program peluru berpandu dan dron.
Sekatan antarabangsa juga menyebabkan Iran hampir terputus daripada sistem kewangan global.
Menurut laporan Entekhab, urus niaga pertahanan dengan China secara teorinya tetap boleh berlaku, namun tidak jelas sama ada Beijing bersedia untuk menjualnya kepada Iran.
Terdahulu, pada 13 Jun lalu, Israel melancarkan serangan ke atas Iran dan membedil beberapa sasaran di seluruh negara itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendakwa tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ancaman daripada program nuklear Iran yang kontroversi.
Iran kemudiannya membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron, sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.
SENJATA
MADE IN IRAN
JADIKAN TEL AVIV
LEDAK HANCUR
AMIN
BAYANGKAN
ADA PESAWAT
ADA PELURU
ADA DRONE
MADE IN CHINA
MADE IN RUSIA
KAH KAH KAH
PASTI ISRAEL
PUTUS NAFAS
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)









