Ahad, 27 April 2025

KES MUNTUT YUSOFF RAWTHER


KES MUNTUT 

YUSOFF RAWTHER

KAH KAH KAH

AMIN

RUSIA BUAT PANGKALAN TENTERA UDARA DI INDONESIA ?


RUSIA BUAT

PANGKALAN 

TENTERA UDARA

DI INDONESIA?

AMIN

BUKAN MUDAH NAK DAPAT BIDADARI


Polis tahan bekas suami pempengaruh bantu siasatan kes tipu

JOHOR BAHRU: Polis menahan bekas suami pempengaruh yang dikatakan terbabit kes penipuan jemaah umrah.

Ketua Polis Johor, M Kumar mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Polis mengesahkan menahan bekas suami 'influencer' untuk siasatan. PS (kenyataan media) menyusul," jawabnya ringkas.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial bekas suami pempengaruh ditahan pihak polis.

Turut tular perbualan WhatsApp pempengaruh dengan seorang individu dipercayai kakak kepada bekas suaminya itu yang mengesahkan lelaki itu ditahan polis di Johor Bahru.

Berita penahanan itu tular sejurus selepas berita pernikahan pempengaruh dengan seorang jejaka warga asing dilaporkan.


WOIT

LU INGAT SENANG

NAK DAPAT

BIDADARI

KAH KAH KAH

ADA YG SANGGUP

KENA TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

BEBASKAN NAJIB - TANGKAP ZAHID


BEBASKAN NAJIB

UNTUK TANGKAP

ZAHID PULAK

KHALAS

Unknown commented on 
"BEBASKAN 
NAJIB SEKARANG !!!"

Soalnya apa kebaikan kepada sesiapa? Rakyat dapat kebaikan ? Negara mendapat kebaikan? Selama ini puak puak ini merasuah mencuri merompak segala hasil negara untuk diri keluarga sanak-saudara puak seangkatan mereka dalam parti atas nama agama bangsa negara. 

Tetapi setelah didapati bersalah ada lagi manusia yang rakus tanpa memikirkan negara bangsa agama ingat membebaskan mereka ini sebagai satu matlamat hidup? Kenapa? Adakah lagi simpanan tertentu yang akan dijadikan habuan nanti? Selama ini kita lihat Bossku relax saja beres segala urusan?

Seakan-akan bebas bergerak sini sana, akal pakai sikit jap

MEMAHAMI ISU KASHMIR


MEMAHAMI 

ISU KAHSMIR

AMIN

JADI PERANG KE ?


JADI PERANG KE?

KAH KAH  KAH

AMIN

INDIA - PAKISTAN AKAN BERPERANG ?


INDIA - PAKISTAN

AKAN BERPERANG?

AMIN

NIK NAZMI KENA KENCING


Pemilihan PKR: Nik Nazmi sahkan sudah hantar surat bantahan

HULU SELANGOR, 26 April (Bernama) — Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan telah menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa.

“Saya dah hantar surat (kepada JPP) dan kita akan tunggu jawapan daripada mereka. Hari ini pun ada mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat), jadi kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan mereka umumkan,” katanya.


Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tapir Sedunia 2025 di Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun, Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Pada pemilihan 19 April lepas,  Ahli Parlimen Setiawangsa itu gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas tewas kepada pelakon dan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki, dengan meraih 563 undi manakala Afdlin memperoleh 631 undi.

Semalam, Pengerusi JPP  Dr Zaliha Mustafa berkata status bantahan melibatkan pemilihan beberapa cabang PKR pada Pemilihan PKR 2025 akan diumum minggu depan. — BERNAMA

NIK NAZMI

PEMIMPIN MASA

DEPAN NEGARA

DI SABOTAJ

AMIN

NEGARA HILANG

BAKAL PM 

AMIN

SAPA PEMILIK

SERVER AKAN

TENTUKAN

JUMLAH UNDI

KHALAS

WARGA GAZA SEDANG BULUR


WARGA GAZA 

SEDANG BULUR

AMIN

BEBASKAN NAJIB SEKARANG !!!


Adendum: Permohonan Peguam Negara untuk kebenaran merayu ditentukan esok

PUTRAJAYA – Peguam Negara,  Mohd. Dusuki Mokhtar akan mengetahui esok sama ada beliau dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan  Najib Razak mencabar titah adendum.

Beliau memohon kebenaran merayu dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman berkaitan titah adendum ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya,  Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama  Zabariah Mohd. Yusof dan  Hanipah Farikullah.

Keputusan itu penting kerana jika permohonan Peguam Negara dibenarkan, mahkamah bakal mendengar persoalan undang-undang yang akan dihujahkan pada satu tarikh yang lazimnya ditetapkan kemudian.

Mohd. Dusuki mengemukakan tujuh persoalan undang-undang yang pada pendiriannya menyentuh isu kepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.

Bagaimanapun, jika permohonan kebenaran merayu ditolak, semakan kehakiman berkaitan titah adendum akan diteruskan di Mahkamah Tinggi seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Koram berkenaan selesai mendengar penghujahan Mohd. Dusuki dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.

Mohd. Dusuki dalam hujahnya berkata, antara persoalan itu ialah sama ada bukti baharu atau tambahan yang akan mempunyai kesan undang-undang secara langsung atau tidak langsung, boleh dikemukakan dalam semakan kehakiman.

Persoalan lain, pada peringkat kebenaran semakan kehakiman, sama ada beban pembuktian mengenai kewujudan bukti baharu atau tambahan yang dipertikaikan, terletak atas kapasiti Peguam Negara.

Ia termasuk sama ada Peguam Negara pada peringkat kebenaran semakan kehakiman, memikul tanggungjawab undang-undang mengesahkan kewujudan dan menyediakan salinan dokumen yang dipertikaikan.

“Persoalan yang dikemukakan adalah kepentingan awam yang memerlukan penentuan mahkamah untuk memberikan panduan mengenai pendekatan yang betul dalam menangani permohonan bukti baharu atau tambahan di peringkat rayuan.

“Lebih-lebih lagi, perkara subjek dalam semakan kehakiman melibatkan pelaksanaan kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mencetuskan perdebatan serius dalam kalangan masyarakat,” hujah beliau.

Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah, permohonan kebenaran merayu wajar ditolak kerana persoalan undang-undang yang dikemukakan kini akademik kerana Mahkamah Rayuan sudah memutuskan titah adendum wujud.

Hujah beliau, bekas Perdana Menteri bukan mencabar keputusan Lembaga Pengampunan kerana tahanan rumah bukan diputuskan oleh lembaga berkenaan sebaliknya titah YDPA.

Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membenarkan bekas Perdana Menteri mencabar kewujudan titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Najib memfailkan semakan kehakiman dalam usaha memaksa kerajaan dan enam yang lain mengesahkan titah berkenaan yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah agar kesemua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh YDPA ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 

UNTUK NEGARA

AMAN DAMAI

MAKMUR & MAJU

TERUS SIMPAN

NAJIB DALAM

PENJARA

AMIN

TANPA NAJIB

MADANI BOLEH

TERUS BERKUASA

KHALAS

ISRAEL WAJIB DI SERANG !!!


Stok bekalan makanan sudah habis, Gaza di ambang kebuluran - WFP

GAZA: Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan semua bekalan makanannya di Gaza kini kehabisan selepas lebih tujuh minggu Israel menyekat kemasukan bantuan dan Gaza kini di ambang kebuluran.

Krisis kemanusiaan digambarkan paling buruk sejak lebih 18 bulan perang meletus dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam Israel kerana menggunakan kebuluran sebagai senjata perang.

Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menyifatkan penyekatan bantuan sebagai 'kebuluran bermotifkan politik'.

WFP, salah satu penyedia utama bantuan makanan di wilayah Palestin, berkata pihaknya semalam sudah menghantar baki bekalan makanan terakhirnya ke dapur makanan di Semenanjung Gaza.

Katanya, dapur itu dijangka kehabisan makanan sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Lazzarini, menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza itu 'ciptaan manusia', dengan kerajaan Israel terus menyekat kemasukan makanan dan keperluan asas lain

"Hampir dua bulan pengepungan, gesaan untuk membawa masuk bekalan tidak diendahkan," tulisnya di di platform X.

Pada masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa bekalan perubatan juga hampir kehabisan dengan 16 trak bantuan tersekat di sempadan.

Selepas rundingan gencatan senjata dengan Hamas gagal, Israel menyambung serangan udara pada 18 Mac lalu, diikuti dengan serangan darat.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang, menurut pihak berkuasa pertahanan awam Gaza.

Petang semalam, tentera Israel turut mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di Zeitun dan dua kawasan berdekatan, menyatakan mereka sedang menyelaras operasi terhadap 'kegiatan pengganas'.

Penduduk Gaza berkata mereka bukan sahaja diancam maut akibat serangan bom, tetapi juga kelaparan.

Selain WFP, agensi bantuan antarabangsa dan kerajaan Barat turut menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di wilayah terkepung itu.

"Sejak berminggu-minggu, dapur makanan panas menjadi satu-satunya sumber makanan yang konsisten.

"Walaupun hanya dapat membantu separuh daripada penduduk dan memenuhi sekitar 25 peratus keperluan harian, ia kekal sebagai talian hayat penting," kata WFP.

WFP turut mendedahkan lebih 116,000 tan metrik bantuan makanan yang cukup bagi memberi makan kepada sejuta orang selama empat bulan, sudah tersedia di koridor bantuan dan hanya menunggu sempadan dibuka semula.

Sementara itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata bekalan perubatan juga semakin kekurangan dengan 16 trak WHO tersekat di sempadan.

"Sekatan bantuan ini mesti dihentikan. Nyawa bergantung padanya," katanya dalam catatan di platform X. - AFP

NEGARA ARAB

DAN NEGARA YANG

KLIM ISLAM

PERLU HANTAR

TENTEARA SERANG

ISRAEL

KHALAS

PANDANGAN BETUL


INI PANDANGAN

BETUL

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Ketika presiden Xi di KL, knapa tak tanya pasal Jho Low ? Jgn marah, saja tanya. Heran a/l Pelik.

PAGI INI


PAGI INI

AHAD 27 APRIL 2025

RAYA MASIH ADA


TARIF TRUMP
Dari berita kita baca Menteri Zafrul dah pergi ke Amerika nak runding hal tarif. Apa  isi apa butir kita tak tahu. 

Projek Tarif Trump ini di baca kelam kabut – kejap ada kejap tangguh kejap turun. Susah nak baca. Bila ini berlaku kita juga jadi kacau malah semua negara jadi huru hara.

Huru hara ialah Trump.

PENDATANG HARAM
Kita baca jantan Nigeria gigit telinga pegawai polis. Warga Nigeria ini paling bahaya. Malah di Afrika  Selatan mereka diburu. Di Kenya mereka juga di buru. Maka jika Afrika sendiri rasa tak senang dengan  mereka mustahil mereka kan berperangai baik di Malaysia.

Ini bukan RASIS. Kau datang ke negara orang kenapa tuduh anak watang pulan rasis? Gila ke apa?

IRAN
Ledakan kontena membawa kebakaran besar di pelabuhan Iran.  14 mati dan 700 cedera. Pelabuhan  Shaheed Rajaee ini yang terbesar. Ketika berita ini di tulis api masih belum padam. Apakah sabotaj ?

ITALI
Vatican – Pope Francis selamat di kebumikan. Lebih dari 400,000 datang melihat keranda di bawa ke makam.

AMERIKA
Trump berkata dia merasa yang Putin masih enggan untuk hentikan perang. Serangan di teruskan oleh Rusia.

IRAN
Rundingan Iran-Amerika  agenda nuklear kini masuk ke peringkat tinggi. Rundingan di Oman ini dah sampai ke perengat teknikal. Dua daua belah pihak mengatakan rundingan berjalan dengan baik.

JORDAN
Negara Arab ini haramkan Ikhwan Muslimin dari bergerak.

INDIA-PAKITAN
Dua negara ini berbalas tembakan. Indai mengancam Pakistan. Pakistan  kata bersedia. Apah ini hanya AUTA KELING ?

GAZA
Stok makanan habis. Jumlah mati kini menjadi 51,500 orang. Kebuluran sampai. Negara Arab  tak berani bersuara.

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Mata hari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin petang gugur petir halilintar berdentam dentum. Hujan lebat.

Pagi ini gua ikut arah ke sungai. Jantan berkokok di wilayah Istana lama. Tekukur bersuara. Tuk Tuk Tuk didengar di sana sini.  Di langit gua dengar deraman peswat tapi tidak kelihatan.

Hari ini pasti panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Nak lihat apakah TARIF TRUMP ganggu kehidupan gua. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD

Untuk apa membuang taji
Supaya ayam mahu berlaga
Pasal apa politikus berjanji
Untuk tipu satu negara

Untuk apa membawa parang 
Supaya dapat buat  para
Untuk apa kita berjuang
Supaya Najib masuk penjara

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI