Jumaat, 10 Januari 2025
KES BUNUH BERKAIT DENGAN 1MDB
Mungkin Jho Low beri nombor akaun saya kepada keluarga Arab Saudi- Najib
PUTRAJAYA – Najib mengesyaki kerajaan Arab Saudi memperoleh kedua-dua nombor akaun peribadinya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk kemasukan wang yang diyakininya sebagai derma politik.
Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak pasti siapa yang berkongsi kedua-dua nombor akaunnya dan kemungkinan ia perbuatan Jho Low.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, Najib berkata dia tidak pernah mempersoal bagaimana keluarga diraja Arab Saudi mendapat nombor-nombor akaunnya.
“Saya tidak pasti siapa yang beri kepada pihak Arab Saudi, kemungkinan orang lain beritahu, mungkin Jho Low,” ujar Najib pada sesi soal balas di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini.
Keterangan beliau berkisar tentang sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi selepas Raja Abdullah (kini Almarhum) pada 2010 berjanji untuk memberikan sumbangan politik sebagai bantuan negara Islam.
Kamal Baharin: Bagaimana pemberi sumbangan itu tahu nombor akaun kamu?
Najib: Saya tidak tahu.
Kamal Baharin: Ini akaun peribadi kamu, bagaimana orang lain boleh tahu?
Najib: Saya tidak tahu, mungkin orang lain yang kongsikannya.
Najib, 71, menyatakan demikian ketika membela diri terhadap empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhadd (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Istana Kehakiman sejak awal minggu, bersambung Isnin ini. –
WOIT
NAJIB INI
PENCURI
TERLIBAT
KES BUNUH
AMIN
ALTANTUYA
KEVIN MORAIS
NEJAD IRAN
AMIN
SEMUA MATI
BERKAIT DENGAN
NAJIB 1MDB
AMIN
KHALAS
SATU LAGI KES SOROK
TNB berdepan persoalan mengenai pelanggaran peraturan selepas pengumuman tarif didakwa 'tidak diluluskan'
Penyedia tenaga tunggal Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdepan isu-isu pengawalseliaan di pasaran modal selepas pengumuman kepada Bursa Malaysia mengenai pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia baru-baru itu.
Kenaikan kadar tarif itu dilaporkan belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, dan menimbulkan persoalan tentang kemungkinan pelanggaran peraturan.
Menurut dasar penzahiran (disclosure policy) Bursa Malaysia, syarikat yang membuat pengumuman dikehendaki mendedahkan semua maklumat material bagi membolehkan keputusan pelaburan dibuat berdasarkan maklumat sahih.
Bab 9 Kehendak-Kehendak Penyenaraian menetapkan enam dasar pemakluman korporat yang perlu dipatuhi oleh syarikat iaitu penzahiran serta-merta maklumat material; penyebaran umum yang teliti; penjelasan, pengesahan atau penafian khabar angin atau laporan; maklum balas kepada aktiviti pasaran luar biasa; aktiviti penzahiran promosi yang tidak wajar; dan perdagangan dalaman.
Pakar industri dan pemerhati pasaran memberi amaran, apa yang berlaku bulan lalu itu boleh menjejaskan keyakinan pelabur di Malaysia.
Pada 26 Disember, TNB dalam pemfailan kepada Bursa mengumumkan kenaikan 14% dalam tarif asas untuk tempoh 2025-2027, menyebabkan harga saham syarikat tenaga milik kerajaan itu mencapai paras tertinggi RM14.94.
TNB mendakwa bahawa pelarasan tarif tersebut diluluskan oleh kerajaan dan Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui surat bertarikh 24 Disember 2024.
Bagaimanapun, ia dinafikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air.
Penafian tersebut menyebabkan harga saham jatuh kepada RM14.60 pada 3 Januari 2025.
Pendedahan Fadillah bahawa TNB belum mendapat kelulusan daripada kementeriannya atau ST telah menimbulkan kebimbangan, termasuk mengenai kesahihan surat kelulusan yang dirujuk oleh TNB.
"Adakah surat daripada ST itu benar-benar wujud? Jika wujud, adakah ia sahih? Adakah surat tersebut dikeluarkan oleh ST setelah melalui proses kelulusan yang sepatutnya, atau sebaliknya?" soal Eric See-T0, pengkritik kerajaan yang juga penyokong setia bekas perdana menteri Najib Razak.
Di tengah-tengah kontroversi itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim - yang juga pengerusi Khazanah Nasional yang memiliki TNB - memberi jaminan bahawa kenaikan harga elektrik tidak akan menjejaskan kebanyakan pengguna.
Setakat ini, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), badan yang bertanggungjawab menyelia pasaran modal Malaysia, belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan terhadap ahli lembaga pengarah TNB berkaitan isu ini.
"Kurangnya ketelusan telah menyebabkan pelabur dan penganalisis mempersoalkan implikasi pengawalseliaan terhadap tindakan TNB," kata seorang penganalisis pasaran tempatan yang enggan dikenali.
MalaysiaNow telah menghubungi TNB dan Bursa Malaysia untuk mendapatkan maklum balas.
Sementara itu, seorang ahli Parlimen pembangkang meragui dakwaan kerajaan bahawa kenaikan itu tidak diluluskan.
"Jika benar tiada kelulusan, perlu ada siasatan menyeluruh tentang bagaimana dan mengapa TNB membuat pengumuman ini," kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan.
"Tetapi saya ingin nyatakan keraguan saya. Saya persoalkan sama ada benar-benar tiada kelulusan diberikan kepada TNB," katanya kepada MalaysiaNow.
Wan Saiful mempersoalkan sama ada kenaikan itu sebenarnya telah dibincangkan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir oleh kerajaan selepas bantahan orang ramai.
"Adakah ini sekadar Anwar dan menterinya membuat kesilapan dan kini cuba mengalihkan kesalahan kepada pihak profesional di TNB?" soalnya.
Kenaikan tarif bakal menyaksikan rakyat Malaysia membayar harga elektrik lebih mahal untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun sejak Jun 2023.
Sebelum ini, orang ramai mengadu tentang kenaikan bil elektrik domestik selain pemain industri kecil dan sederhana yang turut terkesan teruk akibat kenaikan tarif tersebut.
Anwar, yang juga menteri kewangan, sebelum ini menyatakan bahawa isi rumah dengan penggunaan elektrik yang tinggi tidak lagi akan menerima subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, masih terdapat persoalan tentang mekanisme penentuan status pendapatan isi rumah, kerana pengkritik mengatakan bahawa keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta keluarga besar juga boleh menggunakan jumlah elektrik yang banyak.
LETERIK NAIK
KE TAK NAIK ?
JENG JENG JENG
SATU LAGI
KES SOROK
AMIN
KALI INI LAGI
BAHAYA
SOROK SURAT
SURUHANRAYA
TENAGA
JENG JENG JAIN
KHALAS
RAKYAT HENDAK TAHU
RAKYAT NAK TAHU
KETIKA TITAH
TAMBAHAN INI
DIBUAT APAKAH
SULTAN PAHANG
MASIH JADI AGONG
ATAU DAH KEMBALI
MENJADI
SULTAN PAHANG
KHALAS
BUKAK MULUT MOHONG
BUKAK MULUT
MOHONG
AMIN
Unknown commented on
"BERI TEKANAN LAGI"
kalau ada orang yang patut dimaki.. kita kena maki Yang Amat Berbohong nuar berahim.. sebab dia yang bawak usul pengampunan ini kepada agong
"Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda (mesyuarat), saya masukkan sebab ia harus diberi pertimbangan,"
tapi bila agong pertimbang untuk tahanan rumah.. kerajaan titah sorok titah..
kah kah kah
p.ramlee dah pesan.. "Kamu kan tau dia tu penipu. Muka dia pun muka penipu.. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kene tipu dengan dia tu pasal apa? "
bodoh... kecik2 tak nak mampus.. mapus kau dalam penjara tu... kah kah kah
kah kah kah
NAJIB IALAH PENCURI
NAJIB
IALAH SEORANG
PENCURI
KHALAS
Unknown commented on
"TITAH TAMBAHAN
TELAH DIMUSNAHKAN ?"
Ya kisah seorang pemimpin yang merompak duit rakyat menjadi banduan adalah topik utama negara sekarang, pasti sekali seluruh dunia memerhatikan segala tindak tanduk sistem kehakiman keadilan yang wujud di negara ini kah kah kah dulu seluruh dunia terpegun dengan ayat sodomi terima kasih Atok,
kemudian diperkenalkan lagi kecurian terbesar peringkat dunia dengan 1MDB kah kah kah sekarang topik utama setiap hari pasti berkesan dengan kisah seorang banduan yang mencuri terpaling hebat dalam sejarah kah kah kah memang cukup bangga memang cukup terharu terkilan sangat amin
KEMPEN SARKOT
SATU NIKMAT
BERANCOK
BAIK UNTUK
KESEHATAN
BERANCOK
SEBELUM
KAWIN
TAK SALAH
TAPI
JANGAN LUPA
GUNAKAN
SARKOT
SARONG KOTE
AMIN
BUDAYA DAN POLITIK JALAN RAYA
BUDAYA DAN
POLITIK
JALAN RAYA
Saya mengajukan jalan raya sebagai wadah politik. Saya juga mendakwah agar menggunakan politik jalan raya sebagai taktik untuk menukar kerajaan. Pengalaman, pemerhatian dan pembacaan saya cukup meyakinkan bahawa dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia politik jalan raya wajib di jadikan budaya.
Politik jalan raya ialah keluar beramai-ramai untuk berdemo di atas jalan raya. Berdemo ialah menunjukkan perasaan di jalan raya. Menunjuk perasaan ini untuk menyokong atau untuk menolak sesuatu agenda. Kunci utama di sini ialah keluar beramai-ramai.
Wajib saya beritahu tentang asal usul perkataan demo. Perkataan ini berasal dari demo-krasi. Ini perkataan bahasa Greek. Demos bermakna orang ramai. Kratos atau krasi bermakna kuasa. Dua perkataan ini di cantum menjadi demokrasi. Demokrasi bermakna kuasa orang ramai atau kuasa rakyat. Justeru kerajaan demokrasi bermakna kerajaan yang perintah oleh rakyat.
Saya pengamal demokrasi. Saya yakin dan percaya dengan demokrasi. Salah satu dari rukun demokrasi yang saya anuti ialah: Tidak turun ke jalan raya tidak akan menang pilihan raya.
Apakah politik jalan raya ini membawa huru hara? Bukan kah tunjuk perasaan itu akan menimbulkan kacau bilau? Ini selalu ditimbulkan oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan kuasa.
Jawapan untuk pertanyaan ini amat mudah – poodah!
Untuk memahami budaya dan politik jalan raya ini kita juga wajib mengenal beberapa ciri dan teori politik ini. Ini wajib untuk kita ketahui. Jangan amalkan politik semberono tanpa mengetahui teori dan praktik.
Kerja semberono tanpa penyusunan teliti tidak akan membawa hasil. Tanpa ketelitian kita akan bertemu dengan gagal.
Jangan silap faham dan silap baca. Jika kita keluar berdemo – kita menunjuk perasan - maka kerajaan akan jatuh. Ini tidak benar. Ini pandangan salah. Ada hukum dan syarat-syarat lain yang wajib di sedari.
Jangan sesekali menyimpan harapan pada hari Sabtu berdemo maka pada petang Selasa kerajaan tumbang. Ini tidak bertapak di bumi nyata. Disini saya ingin menjual pemerhatian dan pengalaman untuk memberi pencerahan tentang budaya politik jalan raya.
Saya masih ingat lagi pada bulan Ogos 1978 saya dalam perjalanan dari Baghdad ke Karachi. Pasport saya telah di rampas oleh Pak Duta Malaysia di Baghdad. Saya terbang ke Karachi memakai pasport perjalanan yang di keluarkan oleh kerajaan Iraq.
Di pintu masuk kapal terbang PIA ( Pakistan Air Line ) – saya mencapai akhbar untuk di baca. Dawn - akhbar Pakistan berbahasa Inggeris - terpampang induk berita : Rex Cinema on fire Abadan.
Untuk pengkaji sejarah Panggung wayang Rex di bandar Abadan Iran telah terbakar pada 19 Ogos 1978. Lebih dari 400 nyawa telah tercabut. Tarikh panggung ini terbakar ialah detik permulaan Revolusi Iran.
Saya tidak faham apa yang berlaku. Atau kenapa panggung wayang Rex di bakar. Dalam kepala saya ini pastilah kerja Savak – polis rahsia Shah Reza Pahlavi.
Pembakaran Rex ini telah memulakan beberapa bantahan kecil di Tehran. Kaum keluarga yang mati terbakar menuntut keadilan. Anak muda dan mahasiswa mula bersuara. Demo kecilan mula di atur. Akhirnya membesar.
Satelah beberapa minggu di Karachi saya mula melihat gambar Ayatollah Khomeini dari akhbar Pakistan. Bila saya ternampak gambar ini maka ingatan saya kembali ke Jalan Al-Hamra Beirut Lebanon.
Al-Hamra ini sama seperti wilayah Bukit Bintang kita. Ada panggung wayang, cafe dan kedai-kedai menjual pakaian berjenama. Di sebelah Jalan Al-Hamra ada bangunan Iranian Cultural Center.
Pada satu petang saya ternampak poster seorang jantan tua berjanggut duduk bersila diatas sejadah dengan tulisan Jawi. Poster ini di tampal di dinding dan di tepi tangga bangunan Iranian Cultural Center. Dalam fikrah saya ‘ cilaka Shah Iran... orang tua pun di penjara...’ Ketika itu tidak saya sedari bahawa orang tua ini ialah ikon Revolusi Iran.
Akhbar Pakistan terus melapor pergolakan politik di Tehran. Saya mengikuti dengan teliti di Karachi. Malah saya juga telah turun berdemonstrasi dalam kampus Karachi Universiti menyokong gerakan anti-Shah.
Hari demi hari demo semakin membesar. Dari ratusan ke ribuan. Dari ribuan ke puluh ribuan. Dari puluh ribuan di Tehran kini merebak di Mashhad, ke Abadan dan ke pelabuhan Bandar Abbas. Penunjuk perasaan hanya satu tuntutan : Muhammad Reza Shah Pahlavi berundur. Slogan : Marga Shah – Mampos Shah.
Dari gambar tunjuk perasaan yang saya lihat di Karachi saya ternampak ada poster muka tiga sosok : Mohammad Mosaddegh, Ali Shahriati dan Ayatollah Khomenei.
Tiga sosok ini membawa tiga jalur politik. Mosaddegh bekas Perdana Menteri membawa jalur nasionalis. Mosaddegh telah memilik negara kan semua telaga minyak Iran pada tahun 1951.
Jalur ke dua dari garis pemikiran Ahli Shahriati seorang intelektual kiri Islam yang juga dibunuh oh Shah. Jalur ketiga ialah Imam Khomenei – jalur Islamik. Ada lagi satu jalur yang tidak di poster. Ini parti komunis Tudeh yang bergerak di bawah tanah.
Jelas Revolusi Iran ini mendirikan United Front – Barisan Bersatu – dengan satu tuntutan.
Kerjasama empat jalur ini bergerak bersama-sama. Mereka menyusun dan menggerakkan penyokong dan ahli-ahli mereka untuk ke jalan raya.
Kepaduan dan kesepakatan empat jalur ini telah berjaya membawa beratus-ratus ribu rakyat turun ke jalan raya. Ombak jalan raya ini memberi tekanan kepada rejim Shah.
Bila berlaku kematian di jalan raya maka tuduh menuduh timbul. Polis menuduh ini kerja soldadu Shah. Soldadu Shah menafikan dan menuduh yang menembak penunjuk perasaan ialah Savak – polis rahsia Shah.
Tuduh menuduh ini adalah krisis dalaman. Shah memerlukan Savak. Shah memerlukan soldadu dan askar. Polis juga di perlukan untuk mengawal keadaan.
Bila jentera Shah mula bertengkar sesama sendiri ini adalah petanda yang baik. Tunjuk perasaan ini memberi tekanan kepada elit politik hingga mereka tuduh menuduh.
Dalam masa yang sama para peniaga kecil di bazar – di panggil Bazari - menjadi resah kerana perniagaan terganggu. Mereka juga mahu keadaan seperti sedia kala. Justeru cara terbaik untuk kaum Bazari ialah bersama ke jalan raya untuk menghalau Shah.
Tertiba segala bazar di Iran di tutup. Kaum Bazari menunjukkan setia kawan dengan para penunjuk perasaan.
Bila Bazari mogok maka elit ekonomi juga terganggu perniagaan mereka. Mungkin ahli peniaga besar menyokong Shah. Tapai ada juga peniaga besar yang dalam senyap-senyap menyokong politik jalan raya.
Akhirnya aparacik dan jentera Shah bergaduh sesama sendiri. Elit politik dan elit ekonomi merasa masa depan Shah semakin terhad.
Ketika ini Shah adalah Budak Amerika. CIA , Mossad dan Savak bekerja rapat bantu membantu untuk memastikan Shah selamat. Ejen CIA dan Mossad berselerak di Iran. Ini kerana Iran adalah negara amat strategik untuk kuasa imperialis Amerika.
Dalam masa yang sama CIA juga membaca dan mengkaji kedudukan Shah. CIA memberi laporan harian kepada Jimmy Carter.
Dari buku The Return of The Ayatollah garapan wartawan Mesir Muhamed Haikal saya mendapat tahu bagaimana Shah Reza merancang untuk mengarahkan soldadu menembak mati seramai mungkin penunjuk perasaan.
Shah menalipon Presiden Jimmy Carter untuk mendapat sokongan. Shah Reza di beritahu Jimmy Carter tidak mahu di ganggu. Presiden sedang berehat hujung minggu di Camp David.
Sebagai Budak Amerika Shah sedar dia tidak lagi mendapat sokongan dari Amerika. Talipon dia tidak di layan. Justeru ini tanda yang jelas sudah sampai masanya untuk ambil plastik beg, cari stoking dan kasut untuk lari meninggalkan Istana.
Apa yang mahu saya sampaikan disini ialah kejayaan Revolusi Iran itu wajib kita jadikan rujukan. Rakyat Iran turun ke jalan raya dan mereka berjaya menghalau Raja Segala Raja- Raja Shah Reza Pahlavi.
Turun ke jalan raya sahaja tidak memadai. Perlu mendirikan United Front dengan satu tujuan sahaja. Semua jalur politik bersatu untuk menumbangkan musuh yang satu. Bukan berdemo untuk jadi Perdana Menteri.
Ketika di jalan raya tidak timbul siapa pengganti Shah. Yang penting Shah berambus. Satu slogan yang mudah dihayati menyatu padukan semua penunjuk perasaan.
Ombak jalan raya tidak .. saya ulang.. ombak jalan raya tidak akan menjatuhkan mana-mana kerajaan dalam dunia ini. Demo di jalan raya tidak akan menjatuhkan kerajaan.
Kerajaan itu jatuh apabila berlaku perbalahan yang di asak dan di pangkin oleh penunjuk perasaan.
Perbalahan dalam jentera kerajaan berlaku. Akan berlaku tuduh menuduh – sapa bunuh sapa – antara polis, SB dan askar. Elit politik dan elit ekonomi mula menjauhkan diri dan menjadi pemerhati. Adalah bonus jika mereka sama menyokong.
Jadi berdemo saja kerajaan tidak tumbang ? Betul.
Kenapa kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU14 ? Bagaimana Najib berjaya di tumbangkan? Bukankah Najib tumbang kerana undi bukan kerana demo? Rakyat mengundi Pakatan Harapan maka Barisan Nasional kalah.
Saya berani menyatakan disini bahawa kerajaan Najib tumbang dalam PRU14 kerana demo. Saya akan surahkan minggu depan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
BEBAS NEWS
https://bebasnews.my/2025/01/10/budaya-dan-politik-jalan-raya-bahagian-2/
MALAPETAKA IKLIM
Perubahan iklim tingkat bencana alam, kerugian meningkat pada 2024 - Munich Re
MUNICH: Bencana alam termasuk taufan, ribut dan banjir menyebabkan kerugian dianggarkan sehingga AS$140 bilion pada 2024, ia mencatatkan peningkatan berbanding 2023 dan menjadikannya antara tahun yang merekodkan angka kerugian tertinggi, kata syarikat insurans terbesar dunia, Munich Re hari ini.
Jumlah kerugian akibat bencana alam yang dilindungi insurans bagi tahun ini berbanding dengan AS$106 bilion yang dicatatkan pada 2023 jauh melebihi purata jangka panjang.
Ia juga lebih tinggi daripada ramalan sama oleh Swiss Re yang diterbitkan pada Disember.
Munich Re berkata, perkembangan itu menunjukkan 'perubahan iklim meningkat secara mendadak'.
Ini berikutan, suhu global terus meningkat sekali gus menyumbang kepada bencana alam akibat perubahan cuaca berlaku secara lebih kerap dan melampau.
Katanya, kerugian yang diinsuranskan pada 2024 adalah ketiga tertinggi sejak 1980.
Jumlah kerugian akibat malapetaka semula jadi, termasuk yang tidak dilindungi oleh insurans, adalah AS$320 bilion pada 2024.
Ia merekodkan peningkatan daripada AS$268 bilion pada 2023 dan melebihi purata jangka panjang.
Bencana yang menelan kerugian tertinggi di Amerika Syarikat ialah taufan Helene dan Milton.
Laporan itu dikeluarkan ketika puluhan ribu penduduk mengosongkan rumah mereka susulan kebakaran hutan melanda kawasan kediaman mewah di Los Angeles.
"Tiada siapa yang benar-benar selamat akibat perubahan iklim," kata Ketua Saintis Iklim Munich Re, Tobias Grimm. - REUTERS
MALAPETKA
IKLIM DAH
SAMPAI
AMIN
SYARIKAT INSURAN
TAK SANGGUP
NAK BAYAR
AMIN
SEMUA KENA
TANGGUNG SENDIRI
KHALAS
PROJEK MEMBEBASKAN PENJENAYAH
PROJEK
MEMBEBASKAN
PENJENAYAH
AMIN
Unknown commented on
"BERI TEKANAN LAGI"
Skrip belum siap lagi, semua jalan cerita dialog screen play tengah diatur, ini cara menjalankan agenda politik, tak ada yang semulajadi, semuanya bisa diatur, ramai juga pelakon sampingan yang tumpang kaki, tak tahu cerita di sebalik cerita utama kah kah kah samada dapat bayaran atau tidak belum tentu lagi,
pasti daulah terpendam bekerja siang malam menyelimuti segala kemungkinan, semuanya untuk membebaskan seorang penjenayah termahal negara kah kah kah apapun agenda sendiri diutamakan samada untuk bangsa agama atau negara kah kah kah
TITAH MAKAN BADAN
TITAH DAH
MAKAN DIRI
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"BERI TEKANAN LAGI"
kalau ada orang yang patut dimaki.. kita kena maki Yang Amat Berbohong nuar berahim.. sebab dia yang bawak usul pengampunan ini kepada agong
"Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda (mesyuarat), saya masukkan sebab ia harus diberi pertimbangan,"
tapi bila agong pertimbang untuk tahanan rumah.. kerajaan titah sorok titah..
kah kah kah
p.ramlee dah pesan.. "Kamu kan tau dia tu penipu. Muka dia pun muka penipu.. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kene tipu dengan dia tu pasal apa? "
bodoh... kecik2 tak nak mampus.. mapus kau dalam penjara tu... kah kah kah
kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)