Sabtu, 7 Jun 2025

SATU LAGI BEBAN ASEAN




Tentera Thailand sedia lancar 'operasi tahap tinggi' jika kedaulatan negara diceroboh


BANGKOK: Tentera Thailand menegaskan, mereka bersedia melancarkan 'operasi tahap tinggi' bagi menentang sebarang pelanggaran terhadap kedaulatan negara.

Ia menjadi dalam kenyataan paling tegas setakat ini berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja yang kembali memuncak selepas pertempuran maut, minggu lalu.

Tentera dalam satu kenyataan semalam berkata, risikan menunjukkan Kemboja meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan di sempadan walaupun usaha rundingan diplomatik sedang dijalankan.

Mereka menyifatkan perkara itu sebagai satu 'kebimbangan'.

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan berkata, walaupun tentera bersedia mempertahankan kedaulatan Thailand, mereka memahami situasi dan bila perlu bertindak secara lebih tegas.

"Tentera mengesahkan kesiapsiagaan untuk sebarang senario. Namun sebarang pertempuran akan membawa kerosakan, jadi kami akan terus mengutamakan cara damai.

"Kerajaan dan tentera bekerjasama dan saling menyokong," kata Paetongtarn.

Kedua-dua kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan yang dirangka dengan berhati-hati selama beberapa hari dengan menyatakan komitmen kepada dialog selepas pertempuran singkat pada 28 Mei lalu di kawasan sempadan yang belum ditanda secara rasmi, dan turut mengakibatkan seorang askar Kemboja terbunuh.

Menjelang mesyuarat hari ini, tentera Thailand berkata, mereka kini 'bersedia untuk melancarkan operasi ketenteraan tahap tinggi sekiranya perlu untuk bertindak balas'.

"Operasi oleh unit-unit di sempadan dijalankan dengan cermat, tenang dan berasaskan pemahaman situasi bagi mengelakkan kerugian di semua pihak, tetapi dalam masa yang sama, bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara jika keadaan memerlukan," katanya.

Kerajaan Kemboja belum memberikan sebarang komen terhadap kenyataan tentera Thailand yang keluar hari ini. - REUTERS


SATU LAGI

BEBAN ASEAN

AMIN

MYAMAR BELUM

SELESAI

AMIN

CHINA MERAH

MENYSUP MASUK

AMIN

WILAYAH ASEAN

JADI PANAS

KHALAS

ANAK MENANTU BINI DAN KRONI


DASAR MADANI

KAYAKAN ANAK

MENANTU BINI

DAN KRONI

KHALAS

Unknown commented on 
"KEMPEN KETUA 
MCA BERJAYA !!!"

Kerajaan nak buat peraturan baharu pun pakai lah sedikit otak, bukan setakat bercakap tanpa berfikir dahulu, apa sebab mahu laksana? Mana berlaku kebocoran ketirisan apa rasional tindakan baru betul, ini orang politik semakin dayus pemikiran, dahulu kala pemimpin tidak begitu, tidak cepat melatah tidak cepat meroyan tidak cepat terburu-buru kah kah kah 

inilah tahap pencapaian akademik A sekarang, belajar tinggi-tinggi tetapi otak jarang guna sangat, tak pakai logik akal tak pakai naluri sentimen perkauman sensitif dan isu rakyat kah kah kah semakin maju semakin mundur otak perasuah negara semuanya kah kah kah

PARTI ANAK BINI


PARTI ANAK BINI

KAYAKANN MENATU

DAN KRONI]

KHALAS


Unknown commented on
 "APA DAH JADI DENGAN 
HARTA NEGARA ?"

Ada tinggal apa lagi untuk jualan? Sejak Merdeka satu persatu dijual oleh bapa bapa kita atas nama pemimpin negara kah kah kah, duit sama dahulu antara Singapura dan Malaysia sekarang beza banyak, yang paling mudah difahami sebuah pulau kerdil mampu berdaya saing kita pula macam mana? Hidup hidup hidup daulat daulat daulat

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

SABTU 7 JUN 2025

HARI INI HARI RAYA HAJI


HARI RAYA HAJI
Gua rayakan hari ini kerana ini sebahagian dari Islam budaya. Sama ada semua ini berasal usul dari budaya Pagan Arab Lama bukan soalan. Yang gua nak timbulkan ialah ketika kita berhari raya marilah kita ingati warga Gaza.

Mari kita ingati juga warga   Sudan. Warga Afghanistan. Warga Rohingya, warga Ukraine , warga Rusia dan ramai lagi yang terjebak dalam kancah perang. 

Ketika kita makan sedap – ingatilah mereka yang kurang bernasib baik. Negara kacau bilau. Negara dalam kancah perang. AMIN

JUAL AGAMA
Jual Agama ini adalah perniagaan ke dua yang paling tua dalam dunia. Perniagaan jual badan  yang tertua. Tahun demi tahun kita terus terbaca – UMRAH TIPU – VISA KE MEKAH TIPU – SYARIKAT UMRAH TUTUP -  POLIS TANGKAP DATUK JUAL VISA dan dan dan. 
Inilah hakikat  jual agama.

Cara jual agama ini mudah di iklankan : Pertama warga di takut-takutkan dengan api neraka. Bila dah takut cara nak lepas dari api neraka ialah beli  tiket buat haji ke MEKAH minta ampun pada Batu Itam.

POLITIKUS PERASUAH MEKAH
Tahun ini kita lihat makin banyak politikus lari ke Mekah. Nurul dan Laki  Mualaf Setahun – Sebotol Untuk Lu – pergi ke Mekah potong que. Zafrul juga ikut sama. 

Penjahat dan perasuah dan politikus guna Mekah untuk tutup jenayah mereka. Justeru jelas Agama  dijadikan  alat kebal. Kah kah kah. AMIN

AMERIKA
Trump dan Elon terus bergaduh. Elon cadang agar Trump di pecat. Elon juga cadang bahawa Amerika perlu satu lagi parti ketiga.

ISRAEL
Setanyahu secara terbuka mengakui memberi senjata pada PEMBELOT PALESTIN untuk buat huru hara di Gaza.

SIAM – KAMBOJA
Dua negara ini sedang  gaduh di sempadan. Berlaku tembak menembak. Perbalahan sempadan.

ISRAEL
Setanyahu kerah ribuan askar untuk bersedia masuk ke Gaza.

SINGAPURA
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura tamat tahanan di rumah. Kes rasuah terima 10 tiket untuk lihat pesta lumba kereta. Dia kena 12 bulan penjara.

KAMBOJA
Negara ini bercadang nak bawa kes sempadan dengan Siam ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. KL & KL Sentral berjerebu. Langit ada awan biru dan ramai awan putih.

Suara Tekukur kuat di dengar.   Tuk Tuk Tuk dan Chi Chip Chip  juga di dengar. Depan Pokok Ara gua dengar  macam suara Tempua. Dah masuk bulan Jun masih tidak kelihatan satu pun rumah banglo Tempua. Ke mana mereka pindah tahun ini ?

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak balik kampung. Nak bawa Ezi dan Tak Tak sama. Ezi dah tua nak tengok Jelebu. Dah lama tak balik kampung. Raya dulu dah naik kereta tapi tak jadi. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
SENYUM DI PAGI RAYA

BRO
Lu buat baik lu akan jadi orang baik.

BRO
Kelmarin dah berlalu. Raya kan hari ini.

BRO
Jangan beratkan hidup lu dengan dendam. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERHARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA HAJI


TIM TUKAR TIUB

UCAP PADA

SEMUA PEMBACA

SELAMAT HARI

RAYA HAJI

AMIN