Sabtu, 18 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK TIPU PENCARUM KWSP




KWSP terus diasak ketika penswastaan MAHB semakin hampir jadi kenyataan

Wakil badan bukan kerajaan, parti politik dan aktivis hari ini berkumpul di luar ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mendesak penjelasan mengenai saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di sebalik amaran pelbagai pihak mengenai kerugian yang ditanggung dana simpanan persaraan itu. 

Mereka mahu KWSP menjelaskan penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 pada harga sekitar RM6.74 seunit, sebelum dana itu membeli pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB.

"Kepada siapa saham MAHB dan daripada siapa saham itu dibeli semula pada harga tinggi?" soal Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika menghantar memorandum kepada KWSP di Kwasa Damansara hari ini.

"Jual pada harga murah beli pada harga mahal ini sangat menghairankan kami padahal KWSP ini terdiri daripada orang bijak pandai. Saya percaya ada tangan-tangan ghaib," katanya.

Sebelum ini, Presiden MCA Wee Ka Siong memberi amaran penjualan saham MAHB oleh KWSP pada 2023 merugikan 16.1 juta pencarum.

"KWSP sudah mempunyai pelan strategik untuk menswastakan MAHB dan hanya perlu membeli 14.3% saham sebagai tambahan kepada 15.7% saham sedia ada bagi mencapai pegangan 30%.

"Sebaliknya, dengan penjualan hampir 10% kepentingan tersebut, KWSP terpaksa membeli balik kira-kira 25% lagi saham MAHB beberapa bulan kemudian," kata Wee baru-baru ini.

Syed Hassan mencabar KWSP menyaman Wee sekiranya dakwaan mengenai kerugian KWSP itu tidak benar. 

Memorandum hari ini membantah penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), yang mencetuskan kontroversi disebabkan ia dimiliki penuh BlackRock, syarikat pelaburan yang terpalit dengan jenayah perang Israel di Gaza.

KWSP bersama Khazanah Nasional membentuk sebuah konsortium membabitkan GIP dengan pemilikan 30%, sebagai langkah menswastakan MAHB yang menguruskan lebih 30 lapangan terbang dalam dan luar negara. 

Penawaran saham MAHB pada kadar RM11 seunit ditentang oleh pengarah bebas yang menyifatkan tawaran itu "tidak adil". 

Buat masa ini, konsortium itu masih belum mencukupkan syarat 90% pemilikan saham MAHB bagi membolehkan syarikat berkenaan diswastakan. 

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa, berkata bantahan terhadap urusniaga itu dibuat bagi membela jutaan pencarum KWSP. 

"Kita mohon KWSP memberikan satu jawapan kepada pencarum tentang keputusan yang telah dibuat berkaitan penjualan saham MAHB.

"Kita tidak mahu aset dalam negara kita dijual kepada negara luar lebih-lebih lagi kepada BlackRock yang pro-Israel," katanya. 

Bekas ahli Parlimen PKR, Tian Chua berkata, KWSP selaku entiti yang memegang amanah sejumlah 16 juta pencarum, harus menguruskan pelaburan MAHB dengan teliti.

"KWSP ada hala tujunya. Semua pelaburannya harus beretika. 

"BlackRock pula ada darah di tangannya," katanya merujuk kepada penglibatan firma pelaburan itu dalam industri ketenteraan Israel.

Pengkritik berkata penjualan saham MAHB oleh KWSP mengakibatkan dana itu mengalami kerugian sebanyak RM500 juta kerana akan membeli saham-saham itu semula pada harga RM11 seunit. 

KWSP dalam satu kenyataan berkata aktiviti dagangan saham MAHB dibuat bagi menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu.

"KWSP telah menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, apabila syarikat itu disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.

"Selama 24 tahun, KWSP telah menguruskan pelaburannya dalam MAHB berpandukan rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti bagi memastikan pulangan yang optimum untuk ahli KWSP," katanya.

Mengulas mengenai tindakan menjual saham pada harga murah dan kemudian membeli pada harga lebih tinggi, ia mendakwa mempunyai polisi memisahkan jabatan-jabatan yang berbeza dalam pengurusan ekuiti awam.

ANWAR 

BLACKROCK

TIPU 16 JUTA

PENCARUM KWSP

AMIN

ANWAR 

BLACKROCK

JUAL 39 AIRPORT

MILIK KHAZANAH

KEPADA SYARIKAT

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KHALAS

GAZA PERLU 45 BILION RINGGIT





Peruntukan RM45 bilion diperlukan untuk bangun semula sistem kesihatan Gaza

GENEVA: Sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM45 billion) diperlukan untuk membangunkan semula sistem kesihatan Gaza yang musnah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, menurut penilaian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

"Keperluannya sangat besar," kata Wakil WHO di wilayah Palestin, Rik Peeperkorn, kepada wartawan.

Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, usaha kemanusiaan kini memerlukan peningkatan besar-besaran dalam bantuan ke Gaza yang dilanda perang.

Dalam masa yang sama, penilaian sedang dibuat untuk menentukan tahap keperluan yang amat mendesak.

Peeperkorn menyatakan anggaran awal pasukannya menunjukkan kos untuk membangunkan semula sektor kesihatan saja adalah "melebihi AS$3 bilion (RM13.5 bilion) bagi satu tahun setengah pertama dan sebenarnya mencapai AS$10 bilion (RM45 bilion) untuk tempoh lima hingga tujuh tahun.

"Di Gaza, kita semua tahu tahap kemusnahannya sangat besar. Saya tidak pernah melihatnya berlaku di mana-mana saja dalam hidup saya, seumpama ini" katanya.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pula berkata "kurang daripada separuh hospital di Gaza masih berfungsi."

Beliau menyambut baik pengumuman oleh pihak pengantara bahawa Israel dan Palestin akhirnya mencapai gencatan senjata yang dianggap sebagai "satu berita terbaik."

Beliau menyuarakan harapan bahawa "perjanjian ini menandakan berakhirnya episod paling gelap dalam sejarah hubungan antara Israel dan Palestin."

"Kami menyambut berita ini dengan rasa yang sangat lega, tetapi turut bersedih kerana ia datang terlalu lambat, mengorbankan banyak nyawa dalam konflik ini," katanya.

Beliau turut menyuarakan "langkah berhati-hati memandangkan pernah mengalami harapan palsu sebelum ini, dan perjanjian itu masih belum disahkan."

Walaupun pengantara menyatakan perjanjian itu dijangka berkuat kuasa pada Ahad ini, Tedros menggesa kedua-dua pihak untuk tidak mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Jika kedua-dua pihak komited terhadap gencatan senjata, ia seharusnya bermula segera. 'Ubat terbaik' adalah keamanan," katanya.

Peeperkorn menegaskan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersedia untuk "memperluaskan sokongan dengan cepat" di wilayah itu.

"Apa yang sangat penting sekarang adalah menghapuskan halangan keselamatan dan politik yang menghalang penghantaran bantuan ke seluruh Gaza," katanya.

Beliau turut menekankan keperluan akses yang "cepat, tanpa halangan dan selamat" bagi mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.



 BAGAIMANA

DENGAN RUMAH

SEKOLAH DAN

SERINU SATU

MACAM LAGI

DIPERLUKAN

UNTUK HIDUP

AMIN

GAZA PERLU

DUNIA BANTU

KHALAS

SELAIN DARI JUAL DADAH JUAL AGAMA JUGA BANYAK UNTUNG

 

SELAIN DARI

JUAL DADAH

JUAL AGAMA

JUGA BANYAK

 UNTUNG

AMIN

PATANI MERDEKA !!!

 


PATANI

MERDEKA!!!

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Siam panggil balik warga mereka kembali membina negara ini bukan pelik atau jelik, Siam semakin maju ke depan, ramai pelancong banyak industri banyak sektor membangun dengan keluasan pertanian yang kacau bahagian selatan tidak pernah aman, dimana mereka berada disitu kekacauan berlaku, tak kira negara mana sekalipun kah kah kah 

inilah dugaan dunia sekarang, kah kah kah jangan sampai pintu masuk ke Siam ditutup sudah sebabnya ramai akan menjadi gila tidak dapat rasa pulut santan mangga Siam nanti kah kah kah terbaik

DEMO UNTUK HASUT TARIK SOKONGAN


LAWAN RASUAH

JADIKAN SENJATA

MENGHASUT

TARIK SOKONGAN

KHALAS

Unknown commented on 
"ANWAR BLACKROCK 
LEBIH ZALIM DARI MADEY"

rasuah ni biasanya sebab UMNO. kalau PKR, DAP & Amanah tarik sokongan dari kerajaan.. maka kerajaan ini boleh ditumbangkan tidak lagi perlu demo.

kan ?

dari buat demo lawan rasuah .. baik buat demo tarik sokongan.. lebih mudah sebab semua parti PH lawan rasuah..

kalau ini pun tak boleh buat.. buat apa kita mengundi PH dulu.. ye tak ?

kah kah kah

PAGI INI


PAGI IN

SABTU 18 JANUARI 2025
DEMO DEMO DEMO
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
PAK  TANI TURUN MELAWAN

SEMUA INI PETANDA BAIK
KERAJAAN MADANON
SEDANG DI GASAK
LAGI BANYAK DEMO
LAGI BAGUS

TURUN TURUN
TURUN

GUA PENDAKWAH DEMO
TAK TURUN JALAN RAYA
TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA

TURUN JALAN RAYA
PASTI MENANG PILIHAN RAYA
HANYA JALAN RAYA
BOLEH MENGUBAH
PETI UNDI

KES DAGING BABI
MASIH HANGAT
KES TITAH TITAH TAMBANHAN
MASIH HANGAT
KAH KAH KAH

ANWAR BLACK ROCK DIMANA?
DI GERMAN KE ?
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH

AMERIKA
MAHKAMAH AGONG AMERIKA
BERSETUJU UNTUK  LARANG
TIK TOK DI AMERIKA
SEHINGGA TIK TOK
DI MILIKI OLEH SYARIKAT
AMERIKA BUKAN
SYARIKAT CHINA KOMUNIS

ISREAL
KABINET ISREAL 
BINCANG SAMPAI TENGAH MALAM
KEMUDIAN LULUS
PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
AKAN BERLAKU  AHAD ESOK

AMERIKA
UPACARA ANGKAT SUMPAH
DONALD TRUMP SENIN INI
DI ALIH DARI LUAR
MASUK DALAM BANGUNAN
DI KATAKAN CUACA TERLALUS SEJUK
ATAU
JENG JENG JENG
MASIH ADA RANCANGAN
NAK BUNUH TRUMP
DUA TELAH DI TANGKAP
MASA ARWAH  JIMMY CARTER
DI KEBUMIKAN
MEDIA TAK LAPOR

PAKISTAN
BEKAS PRESIDEN IMRAN KHAN
DI PENJARA 14 TAHUN
ATAS TUDUHAN RASUAH

HOKKIEN
PAGI INI KELAM BASAH
LANGIT MENDUNG MACAM
NAK UJAN
MATA HARI BELUM KELUAR

DI PINTU MASUK
GUA DENGAR MURAI BERKICAU
MENYAMBUT PAGI
ADUH !
INDAH PAGI INI

TAPI  MASUK DALAM HOKKIEN
BUNYI MESIN MERACUN RUMPUT
BUNYI MESIN POTONG RUMPUT
PADAM SEMUA SUARA

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA 
MATAHARI

JAP LAGI
GUA KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK
APA BUAH SPESIAL 
MINGGU INI

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU

BRO
PERANG
TIDAK ADA MATA

BRO
DUA POLITIKUS BERGADUH
KITA API API
KAN LAGI

BRO
DUA PARTI DALAM KERAJAAN
BERGADUH
KITA SOKONG YANG LEMAH
AMIN


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI