Rabu, 15 Januari 2025

YAMAN TERUS MENYERANG


YAMAN TERUS

MENYERANG

AMIN

PEGUAM NEGAR KENA SAILANG !!!


SAILANG PEGUAM

NEGARA

KAH KAH KAH

JANGAN LARANG

TITAH TAMBAHAN

AMIN

PELIK AMAT PELIK ADA IMAM KENA TANGKAP


INI BERITA PELIK

TERTIBA ADA BERITA IMAM
KENA TANGAKP 
KES  TIPU KAWIN DI SIAM
JENG JENG JENG
KITA SEDANG  HEBOH
KES ROGOL KAWIN DI SIAM
JENG JENG JENG
INI MACAM NAK BERI TAHU KITA
BAHAWA KAWIN DI SIAM
INI BANYAK TIPU
'KAH KAH KAH

JUAL 39 AIRPORT DI BAWAH HARGA PASARAN ?

 

KENAPA

ANWAR 

BLACKROCK

JUAL 39 AIRPORT

MALAYSIA DENGAN

HARGA DI BAWAH

HARGA PASARAN

PADA ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

KETUA POLIS NEGARA LULUSAN APA?




Selongkar kandungan telefon bimbit: Peguam sekolahkan KPN, gesa kerajaan nyatakan pendirian

Kerajaan digesa menyatkan pendiriannya selepas Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pegawai polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit orang ramai, kenyataan yang disifatkan sebuah kumpulan peguam sebagai sesuatu yang tak kena dari segi undang-undang di samping mengancam kebebasan awam.

Lawyers for Liberty (LFL) mengingatkan Razarudin bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut kuasa undang-undang, sambil menambah orang ramai juga berhak untuk tidak melayani mana-mana tuntutan polis yang menyalahi undang-undang, termasuk pemeriksaan rawak peranti elektronik mereka.

"Jika tidak, mereka melanggar undang-undang dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang atau tuntutan ganti rugi di mahkamah. Kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti memastikan polis bertindak mengikut undang-undang," kata jurucakap LFL, Yu Ying Ying.

Kenyataan Razarudin dibuat sebagai respon kepada video tular yang mempersoalkan tindakan polis memeriksa telefon bimbit orang awam di sekatan jalan raya.

Beliau turut memetik beberapa akta dan peruntukan undang-undang yang membenarkan tindakan sedemikian, seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Polis.

Menurut Razarudin, mana-mana pegawai berpangkat sekurang-kurangnya inspektor mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon seseorang jika mengesyaki kesalahan dilakukan, termasuk menyimpan kandungan berunsur "lucah, jelik, mengugut dan mengancam".

Bagaimanapun, LFL berkata tiada satu pun peruntukan akta yang dipetik Razarudin memberikan kuasa kepada polis untuk memeriksa telefon bimbit "sesiapa sahaja, baik di sekatan jalan raya mahupun di tempat lain".

Ia berkata pemeriksaan sewenang-wenang telefon bimbit menyalahi undang-undang, sambil menambah polis tidak boleh menyemak telefon orang awam "kecuali semasa menjalankan siasatan".

"Semakan mesti disasarkan kepada individu tertentu yang berkaitan, dan dilakukan dalam lingkungan siasatan jenayah di mana wujud syak wasangka yang munasabah terhadap penglibatan mereka," kata Yu.

Katanya, di bawah Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah, pegawai berpangkat sekurang-kurangnya inspektor boleh mengakses kandungan digital sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sah, sambil menambah ia juga tertakluk kepada "alasan munasabah untuk mengesyaki aktiviti jenayah".

"Kuasa tersebut khusus dan sangat terhad," tambahnya.

Yu berkata Seksyen 247 dan 248 Akta Komunikasi dan Multimedia pula membenarkan polis memeriksa telefon bimbit seseorang "hanya ketika siasatan dan hanya apabila ada sebab munasabah untuk mempercayai" bahawa kesalahan telah dilakukan.

"Oleh itu, pemeriksaan telefon bimbit oleh polis yang tidak ada kaitan dengan sesuatu penyiasatan yang berterusan adalah tidak dibolehkan."

Menurutnya lagi, peruntukan dalam Akta Polis, seperti di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3)(g), hanya menyenaraikan tugas dan tanggungjawab am.

"Kuasa yang diberikan kepada polis di bawah seksyen ini tidak seharusnya disalahgunakan atau digunakan sewenang-wenangnya terhadap orang awam," katanya.

Beliau berkata Kanun Keseksaan mentakrifkan kesalahan dan menetapkan hukuman memiliki bahan lucah, manakala Kanun Prosedur Jenayah menggariskan keadaan di mana polis boleh menangkap seseorang tanpa waran.

"Bagaimanapun, Seksyen 292 Kanun Keseksaan mahupun Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah tidak menyebut mengenai kuasa polis untuk menggeledah telefon bimbit individu, seperti mana dicadangkan oleh KPN."


SEBELUM KITA

SEKOLAHKAN

KETUA POLIS 

RAKYAT NAK TAHU

DIA DULU

BELAJAR DIMANA?

AMIN

APAKAH DIA

ADA IJAZAH

ILMU HUKUM

AMIN

APAKAH DIA FAHAM

DIA SEDAR

DIA IKUT  UNDANG2

BILA MENJALANKAN

TUGAS

AMIN

KHALAS

RAFIZI AMBIL ALIH SEKARANG !!!



Masa depan Anwar jadi perhatian selepas isu adendum

Persoalan kini timbul tentang kerjaya politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan apa seterusnya untuk kerajaan pimpinan presiden PKR itu selepas dilihat bergelut dalam menguruskan isu titah adendum yang mengarahkan Najib Razak menjalani hukuman penjara di rumah. 

Minggu lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Anwar sebelum ini berkali-kali enggan memberi pengakuan atau penafian berhubung kewujudan titah berkenaan.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, beliau mengakui kewujudan titah tersebut, mencetuskan gesaan supaya beliau meletak jawatan.

Penganalisis politik Oh Ei Sun berkata, Anwar bakal berdepan cabaran yang lebih besar antara kumpulan PKR dan rakan sekutunya dalam kerajaan, Umno. 

"Konfrontasi dalaman antara kumpulan reformis dan kumpulan bangsa semakin terlihat di permukaan. 

"Secara luaran, gelombang hijau kelihatan bersedia untuk mengambil alih," katanya kepada MalaysiaNow, merujuk kepada sokongan padu orang Melayu kepada Perikatan Nasional dan PAS.

Oh, yang juga felo kanan di Singapore Institute of International Affairs, berkata Dr Zaliha Mustafa, menteri yang menganggotai Lembaga Pengampunan, mungkin menjadi korban sekiranya ada rombakan Kabinet. 

Menurut Oh, bekas menteri kesihatan itu sememangnya dilihat bergelut untuk memahami dan menguruskan portfolio yang diberikan kepadanya. 

Pemerhatian itu di sebalik gembar gembur perebutan kuasa yang semakin kelihatan terbuka dalam PKR antara kem Anwar dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurut sumber, isu titah adendum memberikan peluang kepada Rafizi untuk memposisikan dirinya sebagai pemimpin yang masih komited kepada agenda reformasi, dan yang menolak sebarang kompromi kepada dasar yang melanggar prinsip PKR

Penganalisis Anis Anwar Suhaimi turut bersetuju. 

"Isu ini membuka ruang bagi Rafizi untuk memposisikan dirinya sebagai figura reformasi baru," katanya.

Isu adendum, menurutnya, akan menjejaskan sokongan PKR dalam kalangan orang Melayu di kawasan bandar, terutama di negeri Pantai Narat, yang merupakan sebahagian daripada sedikit sokongan Melayu yang masih dikekalkan parti itu sejak pilihan raya umum lalu.

Anis berkata orang Melayu yang menyokong PH dan menolak Umno mengundi berdasarkan ideologi berbanding kesetiaan kepada tokoh individu.

"Dalam tempoh pentadbiran kerajaan Madani ini, mereka dijangka akan terus kritikal kepada kerajaan untuk memastikan agenda politik kerajaan berselari dengan nilai mereka," tambahnya.

Ezam Nor, salah seorang pengasas utama PKR yang pernah menjadi setiausaha politik Anwar, meramalkan karier politik bekas bosnya sebagai perdana menteri akan lebih terumbang-ambing selepas dilihat tidak melaksanakan titah Agong ke-16 itu. 

Katanya, episod titah adendum tahanan rumah itu menunjukkan Anwar melanggar prinsip keadilan dan kesetiaan kepada raja.

"Beliau sepatutnya berusaha dan melakukan segala ikhtiar untuk melaksanakan titah adendum.

"Malah dalam penjelasannya, beliau biadap dengan merujuk titah diraja sebagai surat Agong kepada peguam negara. Itu bukan surat biasa. Itu titah diraja," katanya.

Ezam yang juga menjadi tunggak utama gerakan reformasi Anwar pada lewat 1990-an berkata, tindakan Anwar bukan sahaja membabitkan hubungan dengan Sultan Pahang semata-mata, tetapi terhadap institusi diraja secara keseluruhan.

Bagi Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa, polemik tentang adendum itu dijangka tidak mempunyai kesan besar di peringkat akar umbi.

"Isu ini telah sepenuhnya dipolitikkan dalam erti kata bahawa mereka yang mempersoalkan kerajaan sebenarnya adalah pihak pembangkang.

"Dengan kata lain, ini bukanlah satu skandal yang menyebabkan ketidakpercayaan meluas dalam kalangan rakyat secara umum," katanya 

Syaza yakin hubungan Umno dan PH kekal seperti biasa, kecuali pihak yang menyokong Najib.

Oh pula berkata, kedudukan Anwar buat masa ini ialah dengan sokongan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, tambahnya: "Negara berbelah bahagi sama ada Najib patut dibebaskan atau tidak."

 ANWAR

BLACKROCK

DILIHAT KAKI

MOHONG

AMIN

MELAYU LIHAT

ANWAR

BLACKROCK

DERHAKA

AMIN

RAFIZI WAJIB

SELAMATKAN PKR

AMIN

RAFIZI WAJIB

SELAMTKAN

KERAJAAN MADANI

AMIN

MASA DEPAN

NEGARA DITANGAN

RAFIZI

AMIN

KHALAS

KES ROGOL ATAU KES ENTOT ENTOT LARI


KES ROGOL

ATAU KES ENTOT

ENTOT LARI

AMIN

Unknown commented on 
"LEMBAGA LOBI 
DAN POLITIK AMERIKA"

Apasal anak papa panas koyak montot lagi... Kisah anak menteri meroogol terkait pulak dengan apak nya sebagai Menteri yang tak ada kawasan perliment yang kena tunjal... Kikikiki..

Ari tu anak papa koyak jubo pasai masjid untuk homo ee silap promo tahun lawat Malaysia 2026. Masa tu anak anak papa panas koyak jubo memasing.

https://vt.tiktok.com/ZS6xJGDDW

Kali ni ada anak papa yang koyak pasai anak menteri yang merogol apak menteri yang tak ada kawasan parlimen kena tunjal... Alasan anak anak papa dikaitkan dengan kisah nabi nabi.

Dolu nabi pertahankan dakwah dan agama tauhid skg ni anak anak papa pertahankan perogol dengan peliwat... Mane mau nyer..Jauh bebeno bezanya tu yeopp ooh..!! Kikiki..!!

Nabi Nuh pertahan agama dan anak nabi nuh berpalinh dari agama tu pasal tenggelam zaman banjir besau zaman dolu... Bukan pertahan kan perogol sama peliwat.. mana mau nyer yeopp..!!Kikiki

https://vt.tiktok.com/ZS6xecoyU

Jauh bebenau lah nak samakan kisah anak nabi dengan anak menteri tu ..jauh sesangat beb...kikiki

https://vt.tiktok.com/ZS6C1Cmac/

Kan lebih baik kaitkan kisah nabi Lut dan isteri nya di Kote Sodom dolu dolu.. harga barang naik, Ari ini ke putarjaya esok minyok turun, memacam cukai dikenakan, formula bodo bangang anak papa kan dah mendapat... Suma hancing kencing kira kes macam kena liwat jugak lah tu kannn..!!

Kan helok kisah janji dicapati ini dikaitkan dengan isteri nabi hut tuhhhh... Kah kah kah..!! Itu kira sama kisah PMx dan karma kisah nabi Lut
haaah aku rasakan bukan anak papa yang panas jubo silap ari bulan PMx yang panas koyak jubo

Bab ketimbang hancing kena kencing dengan kes homo liwat zaman Nabi Lut tu kan tak jauhhh... Kah kah kah

https://vt.tiktok.com/ZS6xfRKcj

Acaner anak anak papa setuju tak kalau kisah nabi Lut disamakan dengan keadaan ekonomi Malaysia yang ketimbang ini dengan PMx...

Kah kah kah...
Kah kah kah..

BERANCUK MEMANG NIKMAT


MENGENTOT

BERJUBO

BERANCUK

MEMANG NIKMAT

AMIN

JANGAN SUSAHKAN

MAK AYAH

AMIN

TAK KAWIN PUN

TAK APA TAPI

PAKAI KONDOM

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

AWAL KES ROGOL
KEMUDIAN
KES ENTOT ENTOT LARI
SEKARANG KES KAWIN
BUNTING
KAH KAH KAH

Boleh jadi yang berkuasa baru merasa pegang jawatan dan yang gila jawatan menyangka bahawa 32juta rakyat bodoh2 belaka.

percaya setiap butir yang keluar daripada mulut pembohong.

Nanti cukup tempoh untuk PRU, terus membohong lagi untuk bergayut pada jawatan. membohong sampai malaikat maut datang menjenguk.

Tapi takpe. mati sebagai Datuk Seri Tan Sri konon golongan elit. tak la rasa lekeh cekai sangat kan?

MANA LEBIH BAHAYA ?



MANA LEBIH


BAHAYA


MAKAN BABI


ATAU 


MAKAN 


RASUAH


KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZIONIS


HARI HARI AKHIR

SAEKOR ZIONIS

AMIN

PETANDA JELAS


RAFIZI DAPAT

GELARAN BARU

AMIN

PETANDA JELAS

RAJA RAJA 

MAHU RAFIZI

GANTI ANWAR

AMIN 



SATU JEMPUTAN


JEMPUTAN ENTOT...

OPPS...SILAP...

 KAWIN BUNTING

KAH KAH KAH

KES ENTOT ENTOT LARI


KES ENTOT ENTOT

LARI

AMIN

LEMBAGA LOBI DAN POLITIK AMERIKA

 

LEMBAGA LOBI 

DAN 

POLITIK AMERIKA 

Pada Senin 20 Januari Donald Trump akan mengangkat sumpah untuk menjadi Presiden Amerika ke 47. Pada ketika tulisan ini di garap para  Presiden, Perdana Menteri,  Raja, Emir, Jeneral , pemimpin parti politik  garis kiri dan kanan dari seluruh dunia sedang  menunggu apa yang akan dilakukan oleh Trump sebaik saja dia selesai mengangkat sumpah.

Dunia akan teringat pada tahun 2016. Selesai saja angkat sumpah Presiden Trump telah mengeluarkan Excutive Order – Arahan Eksekutif. 

Pertama tembok dan pagar didirikan di sempadan Mexico. Kedua : Amerika membatalkan Perjanjian Perniagaan Trans-Pasifik. Ketiga: Trump membatalkan Obama-Care sistem perubatan umum anjuran Obama.

Arahan Eksekutif ini wajib dijalankan . Ini cara pentadbiran Amerika. Semua arahan Presiden menjadi dilihat sebagai undang-undang yang wajib di patuhi dan di tuntaskan.

Ketika tulisan  di garap media dan pemerhati politik di Amerika sedang membincangkan apakah Arahan Eksekutif 2025. Desas desus telah mula di dengar bahawa Trump sedang menyediakan lebih dari 100 Arahan Eksekutif. Kah kah kah.

Antaranya  : Pendatang haram akan di tangkap dan di hantar pulang ke negara asal. Ini untuk membuktikan Trump mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah pendatang haram. 

Trump yang memperlekeh agenda alam sekitar akan melupuskan arahan Presiden Biden dalam hal cari gali minyak dan bahan galian.

‘ Put the miners back to work...’ Ini janji Trump untuk kembali  membenarkan syarikat cari gali melombong apa sahaja yang boleh di gali. Pencemaran alam sekitar bukan agenda Trump.

Mata dan telinga dunia akan dibuka luas untuk mendengar apa dasar cukai baru yang akan di perkenalkan oleh Trump.  Mexico dan Canada tetangga di sebelah  Amerika  akan menjadi  sasaran pertama sebelum Trump mengenakan cukai ke negara Eropah.

Apa pula dasar Amerika ke atas  Taiwan dan China. Dari awal lagi ketika berkempen  Trump telah mentakrif China sebagai musuh.  Dalam masa yang sama negara yang di anggap musuh ini juga akan rakan niaga Amerika.

Perdagangan barangan dan perkhidmatan Amerika dengan China berjumlah dianggarkan $758.4 bilion  dolar pada 2022. Eksport ialah $195.5 bilion; import ialah $562.9 bilion. Defisit perdagangan barangan dan perkhidmatan Amerika dengan China ialah $367.4 bilion pada 2022.

Hakikatnya barang dari China lebih banyak masuk ke Amerika dari barang Amerika di jual di China. Justeru apa yang akan di lakukan oleh Trump? Dunia sedang menunggu apakah retorik anti China itu hanya umpan ketika berkempen atau Trump akan bertindak. Amin.

Mari kita menyelam ke dalam  badan politik Amerika untuk memahami bagaimana Trump malah semua Presiden Amerika mengeluarkan dasar negara. Memahami ini amat penting kerana pada ketika ini seluruh negara yang guna pakai sistem ekonomi  kapitalis dan juga  yang klim bukan kapitalis semuanya  berhadapan dengan hegemoni  Amerika.

Ertinya warga dunia wajib tahu  terutama dasar luar Amerika. Dasar  luar Amerika inilah yang menjadikan  Eropah sebagai Eropah, Asia sebagai Asia. Afrika sebagai Afrika dan Latin Amerika sebagai Latin Amerika. Kita sebagai kita  di takrif oleh dasar dan politik Amerika.

Apakah Amerika ini begitu berkuasa? Bagaimana dengan China, Rusia  dan India.

Negara- negara besar ini  wujud tetapi hakikatnya pada ketika ini United States of America adalah tuan pemilik dunia kita ini. Ini real politik. Amin.

Dari pemerhatian saya ada satu perkara yang wujud  di Amerika  yang mungkin tidak ada di negara lain. Perkara ini ialah lembaga lobi.  Tugas lembaga lobi ini ialah  memujuk, mempengaruhi atau meyakinkan pihak yang memiliki kuasa dan punca untuk membuat keputusan atau tindakan.

Di Washington DC  - ibu kota  dan pusat politik Amerika – ada puluhan badan dan lembaga lobi. Tugas dan kerja badan-badan ini ialah melobi    Presiden atau ahli Dewan Kongres atau Dewan Senate. Para pelobi akan memujuk punca kuasa di Amerika.

Memujuk untuk apa?

Memujuk untuk membuat dasar yang akan menguntung dan memberi laba kepada  Sang Pelobi.

Contohnya amat mudah : Ketika Covid 19 sedang melanda  Amerika syarikat ubat seperti Pfizer akan memujuk punca kuasa untuk memastikan semua warga Amerika di suntik.  Sang pelobi akan  bercerita bersurah  dengan sokongan  para ilmuwan tentang  bahaya yang akan menimpa dunia jika umat manusia tidak disuntik.

Dengan serta merta punca kuasa akan mengeluarkan Arahan Eksekutif. Hasilnya rakyat Amerika dan warga dunia di wajibkan di suntik.

Apakah dasar dibuat dengan begitu mudah ? Hanya dengan kertas kerja  para saintis dari syarikat ubat akan  terus dapat meyakinkan Presiden dan ahli dewan Kongres.

Sabar dulu. Di belakang lembaga pelobi adalah syarikat dan industri yang berkepentingan. Bukan sahaja syarikat ubat malah syarikat senjata, syarikat kereta dan seratus macam jenis perniagaan akan mendirikan lembaga lobi di Washington DC.

Selain dari syarikat perniagaan ada lagi pelobi yang mewakili kepentingan negara.  AIPAC – American Isreal Public Affairs  Comittee – adalah badan pelobi yang terulung di Amerika.  Nama badan ini jelas – mengajukan kepentingan Israel dalam pentadbiran Amerika.

Para pelobi ini adalah sosok-sosok  yang terlatih, tersusun dalam hal perhubungan awam. Mereka ini di upah oleh pemilik syarikat.  Salah satu tugas halus mereka ialah menjanjikan sokongan kepada  Presiden, ahli Kongres atau Senator.

Sokongan apa? Sokongan dana untuk menjalankan kerja politik. Sokongan dana ketika berkempen. Malah jangan terperanjat jika kita terbaca  ada beberapa ahli Kongres atau Senator digaji dan dibayar untuk  mewakili kepentingan industri.

Sebagai contoh : dari portal Opensecret.org kita diberitahu nama ahli Kongres Scharder dan Kurt  dari parti Demokrat melabur 16,000 dan 65,000 dolar dalam  syarikat Blackrock. Manakala dari parti Republikan Hern dan Kevin melabur 15,000 dan 50,000 dolar dalam syarikat yang sama,

Para ahli Kongres ini memiliki kepentingan ekonomi.  Justeru mereka akan mengundi dan mengajukan dasar yang menjana kepentingan  Blackrock.

Akhbar Financial Times 6 November 2024 telah melaporkan Demokrat Kamala Harris dan Republikan Donald Trump telah bersama-sama membelanjakan 3.5 bilion dolar  dalam perlumbaan mereka untuk ke Rumah Putih. Kempen 2024  sebagai pilihan raya umum Amerika yang  paling mahal dalam sejarah.

Kamala mengumpul 2.3 bilion dolar dan membelanjakan 1.9 bilion. Manakala Trump mengumpul 1.8 bilion dolar dan membelanjakan 1.6 bilion dolar.

Berkempen untuk menjawat jawatan politik di Amerika malah di mana sahaja bukan murah dan tidak mudah. Berbilion dolar di perlukan. Berjuta ringgit di perlukan untuk berkempen.

Dari mana duit kempen politik ini hendak dicekau ? Jeng jeng jeng.

Dari sinilah peranan para pelobi. Dari sini  kita memahami bagaimana badan dan lembaga lobi bergerak di Amerika. 

Di Amerika dana – Dolar, Ringgit,  Peso atau Dinar  dari syarikat boleh diterima masuk ke kantung parti dengan terbuka. Malah umum boleh mengetahui syarikat apa yang memberi dana berapa kepada siapa. Ini bukan rahsia. 

Kempen Presiden Amerika 2024 memunculkan nama Elon Musk. Sosok terkaya dalam dunia.  Elon Musk  telah datang menyokong dan membantu  kempen Donald Trump. Kempen Elon  bukan hanya di laman X.

Dari portal berita CBS pada 6 Disember 2024 dunia di beritahu Elon Musk telah membuat satu rekod. Bilionair ini telah membelanjakan 277 juta dolar atau lebih suku bilion dolar untuk menyokong  Donald Trump dan calon Republikan lain.

Terima kasih macam mana dari Donald Trump kepada Elon Musk?

Ini jawapannya : Portal berita BBC pada 14 November 2024 telah melaporkan Elon Musk telah ditugaskan untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan. Tugas jabatan ini  ialah "membubarkan birokrasi kerajaan, mengurangkan lebihan peraturan, mengurangkan perbelanjaan membazir dan menyusun semula agensi persekutuan".

Untuk pemilik syarikat teknologi mungkin  tugas baru ini membosankan. Tapi apa yang penting telinga Trump tidak jauh dari mulut Elon Musk.  Sebagai ahli perniagaan rapat kepada punca kuasa adalah lebih bernilai dari memiliki lombong emas.

Elon Musk CEO  Syarikat SpaceX ini tidak perlu mewujudkan lembaga atau badan pelobi seperti AIPAC. Dia sendiri boleh menalipon Trump jika dia memerlukan sesuatu untuk mengembangkan perniagaan.

Trump belum lagi mengangkat sumpah tapi Elon Musk telah mencadangkan visa H1-B diperbaiki. Visa ini membolehkan kemasukan para profesional dari luar negara untuk bekerja di Amerika. Syarikat SpaceX memerlukan kepakaran dari seluruh dunia.

Apakah  yang dilakukan oleh Elon Musk ini boleh di anggap rasuah?

Sabar dulu. Elon Musk ini mungkin dihebohkan tapi ada satu badan pelobi yang lebih memeranjatkan. Lembaga pelobi  yang ini  telah berjaya mengarah dasar  Presiden Amerika dan dasar pentadbiran Amerika.  

Selama beberapa dekad ini lembaga lobi inilah yang paling berkuasa yang merancang dan mengajukan dasar Amerika. Kumpulan ini adalah kumpulan pelobi Zionis. 

Untuk mengenali  mereka sila tunggu minggu hadapan. Amin . (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/731674