Isnin, 19 Mei 2025

TARIF TRUM MENYENGAT CHINA MERAH


TARIF TRUMP

MENYENGAT

CHINA MERAH

AMIN 

DUA KALI MENJANDA TAK MASUK FACE BOOK


DUA KALI

 MENJANDA

TAK MASUK

 FACE BOOK

KHALAS 

PROJEK MENCANDAT RAFIZI

 


Rafizi dakwa PKR lantik vendor senyap-senyap

IPOH - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Rafizi Ramli mendakwa pelantikan vendor yang mengendalikan sistem pemilihan parti itu tidak dibincangkan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pelantikan tersebut dilakukan secara senyap-senyap pada Disember tahun lalu tanpa dibincangkan dengan Biro Politik parti untuk dibuat pernilaian bersama.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, isu tersebut telah diadukan kepada Setiausaha Agung parti, Fuziah Salleh di mana ketika itu tidak timbul untuk mengadakan pemilihan parti.

“Saya hendak minta maaf kepada kawan-kawan kenapa tidak dibincangkan jadi macam ini (sistem). Kita sudah memberi pandangan yang berbeza pada setiap keputusan. Pemilihan kita kata fikirkan balik.

“Kemudian sistem dan saya tidak pernah sebut sebenarnya, tetapi kawan-kawan yang lain tahu bahawa lantik vendor yang hendak buat sistem itu telah dibuat sebelum dibentangkan kepada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Perak yang disiarkan secara langsung di media sosial miliknya pada Ahad.

Jelas Rafizi, sekiranya ada yang meragui dakwaannya beliau mempunyai surat lantikan vendor tersebut.

"Kalau sanggah, saya ada surat lantikan vendor sama ada November atau Disember 2024. Masa itu tidak ada dengar cerita pemilihan lagi, senyap-senyap lantikan berlaku.

“Kemudian saya dengar ada sistem dan saya orang pertama yang tanya macam ada lantikan (vendor) sedangkan belum dibawa ke Biro Politik atau MPP sedangkan untuk menguruskan sesuatu ini perlu diangkat dan dinilai ada beberapa vendor dan bagaimana supaya kita dapat tentukan secara bersama,” katanya.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau telah mengambil tindakan dengan menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR,  Zaliha Mustafa susulan isu sistem ketika pemilihan parti.

"Ini kerana, berlaku aduan dalam kalangan pemimpin yang bertanding apabila berlaku kucar-kacir pada minggu pertama pemilihan di mana berlaku ‘kepala dipotong'.

“Saya telefon Zaliha dan dia pun akui tak faham sangat (pasal sistem) dan kalau dia lupa saya telefon beliau pada waktu petang lepas Maghrib,” dakwanya.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 280 aduan yang diterima JPP PKR sepanjang proses pemilihan parti itu yang melibatkan pelbagai peringkat termasuk semasa pencalonan, kempen dan keputusan cabang telah diteliti satu per satu.

Penggunaan teknologi baharu dalam sistem pemilihan PKR kali ini menimbulkan isu kerana berlaku silapan teknikal yang dikesan hingga rasa tidak puas hati di kalangan calon yang bertanding.

 SAPA PEMILIK

SEVER AKAN

MENENTUKAN

JUMLAH UNDI

KHALAS

DEBAT - NURUL RAFIZI


'

Pemilihan PKR: Debat terbuka Rafizi-Nurul wajar diadakan - Akmal Nasrullah

PADANG BESAR: Debat terbuka antara calon Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar wajar diadakan dalam mencambahkan pemahaman rakyat terhadap sesuatu isu.

Malah, ia juga dilihat sebagai mempertahankan budaya parti berkenaan yang konsisten dalam membincangkan sesuatu isu atau perkara secara terbuka.

Pengarah Strategi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pihaknya menyambut baik kesediaan Rafizi yang juga penyandang timbalan presiden untuk berdebat secara terbuka dengan Nurul Izzah yang juga naib presiden.

"Sebagai ahli PKR, sudah tentu saya mengharapkan agar satu pertimbangan (debat terbuka) dibuat untuk semua kerana ini adalah untuk mempertahankan budaya parti.

"Kita tidak mahu dilihat tidak konsisten dalam hal ini disebabkan dahulu kita boleh berbahas dan mencabar antara satu sama lain dan sebagainya.

Namun, alangkah elok dan lunaknya budaya ini jika kita pertahankannya walaupun kini kita sebagai sebuah kerajaan.

"Kita masih terus berdebat atau berbahas dengan pembangkang seperti Ahli Parlimen Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman) yang berbahas secara terbuka dengan Rafizi. Jadi ini akan mencambahkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isu itu.

"Kalau ini soal pemilihan parti pula, maka saya rasa wajarlah kedua-dua calon itu mengadakan perdebatan," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2025 peringkat negeri Perlis di Dataran Boulevard Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh, Titi Tinggi, di sini hari ini.

Kira-kira 2,000 orang hadir di majlis berkenaan yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi awam, sekolah, persatuan dan pertubuhan belia pelbagai kaum di negeri itu.

Pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Temerloh Pahang, baru-baru ini, Rafizi dilaporkan berkata sedia berdebat dengan Nurul Izzah bagi meredakan suhu panas dalam kalangan penyokong masing-masing ketika ini.

Beliau juga memberi alasan ia boleh menjadi medan menjelaskan hala tuju parti dan mencadangkan debat itu dianjurkan oleh penganjur bebas agar ia lebih telus dan terbuka kepada penilaian ahli serta rakyat.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata apabila berlakunya pemilihan parti dan diikuti pertandingan merebut sesuatu jawatan itu, maka kedua-dua calon berkenaan wajar berkempen sebaik mungkin.

"Elok dibuat kempen secara menyeluruh sama ada turun ke negeri atau sebagainya. Jadi bagi saya, sebaiknya saya masih mengharapkan sebelum pemilihan yang dijangka pada Jumaat ini, bolehlah diadakan satu lagi perbahasan dan perdebatan antara calon timbalan presiden itu.

"Sebenarnya ini akan melunakkan segala pandangan daripada hanya masing-masing bercakap dengan kumpulan penyokong masing-masing. Biarlah kita bertemu muka dan berhujah menggunakan asas yang ada kerana ini juga akhirnya akan memperkuatkan parti," katanya.


WOIT

AKMAL KAU NI

HENDAK APA?

AMIN

KESIANLAH PADA

NURUL 

AMIN

JIKA BERDEBAT

NURUL JADI ULAM

PADA RAFZI

KAH KAH KAH

APA NURUL NAK

CAKAP 

KAH KAH KAH

NAK CERITA HAL

MENJANDA KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR RAFIZI



Kau 'tikam' aku, lepas itu nak damai? - Rafizi


IPOH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas pihak tertentu dalam parti yang disifatkannya sebagai berpura-pura mahu berdamai selepas mencetuskan ketegangan dan menyerangnya secara senyap dari dalam.

Dalam ceramah Jelajah Hiruk Zon Perak yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Cempaka di sini, pada Ahad, Rafizi menyatakan rasa kesalnya terhadap budaya ‘tikam belakang’ yang berlaku menjelang Pemilihan PKR 2025, yang menurutnya merosakkan semangat demokrasi dalam parti.

“Marilah kita berdamai? Damai apa kalau kau yang goncang dulu? Oh, kau tikam aku, lepas itu kau minta damai, ya? Mana boleh macam itu, saudara saudari,” katanya yang disambut sorakan hadirin.

Menurut beliau, budaya pemilihan dalam PKR selama ini sentiasa bersifat demokratik dan terbuka, malah amalan bersaing secara sihat sudah menjadi tradisi sejak 2001.

“Daripada pemilihan pertama di Kemaman, kita dah biasa bersaing. Masa bising tu biasalah, tapi lepas itu balik buat kerja semula,” jelasnya.

Namun katanya, apa yang membimbangkan kini adalah wujud usaha sistematik untuk mencantas pemimpin tertentu dari peringkat cabang dengan senarai ‘hitam dan putih’.

“Kalau adab pemilihan dijaga, orang tak rasa luka dalam. Tapi bila mula ada senarai siapa perlu digugurkan, itu menyalahi semangat parti,” katanya.

Rafizi menegaskan, setiap ahli berhak memilih sesiapa sahaja sebagai pemimpin tanpa tekanan atau campur tangan dari atas.

“Kita parti demokrasi. Nak suka siapa, sukalah. Nak pilih siapa, pilihlah. Tapi jangan pula kalau nak cantas yang di atas, mula dengan cabang,” ujarnya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakannya bersuara akan memecah-belahkan parti, sebaliknya menegaskan keberanian menyatakan kebenaran adalah sebahagian daripada roh perjuangan PKR.

“Kita diajar untuk berkata benar, untuk berani kerana benar, untuk menyuarakan suara yang lemah jika mereka di pihak yang benar,” katanya.

Menurut Rafizi, perjuangan dalam parti tidak seharusnya tunduk kepada rasa takut atau kepentingan jawatan.

“Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan. Kalau dah jadi kerajaan, tiba-tiba semua jadi penakut, itu bukan PKR yang kita kenal,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan tindakannya membangkitkan isu dalaman sebagai satu bentuk keberanian politik yang mungkin tidak disukai tetapi perlu untuk menyelamatkan prinsip parti.

“Ini sebenarnya tindakan berani mati dalam politik. Ada yang tanya saya, ‘kau gila ke?’. Tapi saya jawab, ini soal adab dan maruah parti,” katanya.

Rafizi turut menasihatkan ahli parti untuk kembali kepada nilai asas PKR iaitu memperjuangkan kebenaran, menolak ketakutan dan menghormati perbezaan.

“Parti ini kekal walau ditekan dan dipenjara kerana kita ada roh itu. Roh perjuangan yang tidak goyah,” ujarnya.


HARI HARI

AKHIR SAEKOR

RAFIZI

AMIN

SOTONG SEDANG

DI CANDAT

KHALAS

ORANG BAIK BERADA DI MANA MANA

 

ORANG BAIK

BERADA

DI MANA MANA

AMIN 

BINI DICULIK - LAKI DI LEPAS



BINI KENA CULIK

LAKI DILEPAS

AMIN 

JANGAN JADIKAN TANAH MELAYU TANAH CHINA


JANGAN JADIKAN

TANAH MELAYU

TANAH CHINA

KHALAS 

Unknown commented on
 "PALESTIN TERUS DI BUNUH"

Rampas sita segala harta anak beranak yang mencuri yang merompak manusia kah kah kah

Unknown commented on
 "MELAYU BERDEMO SABTU INI"

Ya betul buat cergas, semua dah habis disapu oleh orang politik, penjawat awam pula asyik sapu dengan orang ramai, setiap hari setiap masa pau orang ramai, sekarang ini nampaknya berlagak buat kerja serupa alim ulama tetapi sekian lama masuk juga, jangan mudah lupa cerita belakang, selama ini tak nampak atau tidak buta, orang asing masuk buka dusun berpuluh tahun baru ternampak, orang asing buka meniaga kedai warung penempatan baru ternampak, dulu tak nampak jadi buat demo cuci dahulu orang sendiri yang khianat yang tidak amanah yang tidak jati diri

dan terpaling teruk yang lupa asal usul poket sendiri dipenuhi kerana nafsu keras kah kah kah jom ramai-ramai meraikan kejatuhan korupsi kejatuhan salah guna kuasa, penjara kan semua pencuri politik, penyamun harta negara dan penyelewengan tetapi pastikan penjara mengikut akidah amin kah kah kah jangan jatuh sabun lagi kah kah kah

WAHAI PEMBACA TUKAR TIUB


WAHAI PEMBACA

TUKAR TIUB

MENJOI DE MENJOI

HARI INI

AMIN 

DI PENJARA BUKAN KERANA RASUAH



Bekas PM Tunisia dihukum penjara 34 tahun

ISTANBUL/ANKARA: Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dijatuhi hukuman penjara 34 tahun atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media pada Sabtu.

Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan bahawa Laarayedh bersama lapan tertuduh lain didakwa atas kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.

Kes berkenaan dikenali sebagai "perbicaraan pemerdagangan manusia."

Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara antara 18 hingga 36 tahun kerana didakwa memperdagangkan individu ke wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh. – BERNAMA-ANADOLU


NAJIB MASUK

PENJARA KERANA

RASUAH

AMIN

ALI LAARAYEDH

DIPENJARA KERANA

BERJUANG UNTUK

KEADILAN

KHALAS

KITA DISEKSA OLEH ZIONIS TEMPATAN


KITA DISEKSA

OLEH ZIONIS

TEMPATAN

KHALAS

Unknown commented on 
"ZIONIS BOM 
PERLABUHAN YAMAN"

Kah kah kah sini setiap hari kena ledakan oleh zionis tempatan bangsa agama sendiri pun tidak dapat diuruskan lagi kah kah kah

KEMARIN HOUTHI SERANG ISRAEL



KEMARIN HOUTHI

SERANG ISRAEL

KHALAS

SPRM JADI ALAT SAPA?





Permohonan Pamela Ling untuk kebenaran semakan kehakiman esok

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi mendengar permohonan  Pamela Ling Yueh untuk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman berkaitan siasatan terhadapnya.

Berdasarkan semakan menerusi laman web mahkamah, prosiding dijadual didengar di hadapan Hakim Amarjeet Singh, pagi esok.



Dalam permohonan itu, Pamela selaku pemohon menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia sebagai responden.

Pamela memfailkan permohonan pada 7 April lalu iaitu dua hari sebelum kehilangannya dalam usaha mencabar siasatan yang didakwa tidak berlandaskan undang-undang.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo yang bertindak bagi pihak keluarga wanita itu dalam satu kenyataan pada 7 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu, Sangeet membangkitkan persoalan yang serius berhubung tindakan SPRM dan pihak polis berkaitan proses siasatan terhadap wanita berkenaan.

Ujar Sangeet, Pamela disiasat berkaitan kes di bawah Akta SPRM dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Sangeet mendakwa, SPRM menggunakan kuasanya untuk menekan Pamela bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya, bukan untuk membantu siasatan untuk tujuan yang sah.

Menurut kenyataan itu, wanita tersebut menerima tekanan termasuk sekatan perjalanan sejak Oktober tahun lalu ketika disiasat berkaitan kes pengubahan wang haram, walhal dia sentiasa memberikan kerjasama kepada agensi berkenaan.

Ujar beliau, meskipun tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan, peguam ini berkata, corak layanan SPRM terhadap Pamela amat luar biasa dan tidak selari dengan layanan yang sewajarnya diberikan kepada seorang saksi yang membantu siasatan.

Menurutnya, kali terakhir beliau dilihat ialah berhampiran pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 April lalu sehinggalah timbul dakwaan ada pihak menyamar sebagai pegawai polis menahannya pada hari kejadian.

Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lalu manakala polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari sama.

Sementara itu, adik mangsa, Simon Ling Wan Siong memaklumkan, Pamela telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada peguamnya pada jam 1.57 tengah hari dengan mengatakan wanita itu dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Keluarga dan peguamnya cuba menghubungi mangsa selepas jam 2 petang namun panggilan telefon dan pesanan WhatsApp tidak berbalas. – 

PELIK AMAT

PELIK

AMIN

SAPA CULIK

MINAH INI ?

AMIN

SPRM INI BUAT

KERJA UNTUK

SAPA ?

JENG JENG JENG

BILA NAK 

DAKWA

 AZAM BAKI?

AMIN

NAK TUNGGU

NURUL 

MENANG KE?

KHALAS

PENYAKIT SINDROM ORANG PENDEK


SHAMSUL ISKANDAR

DISERANG

PENYAKIT

SINDROM ORANG

PENDEK

KHALAS 

PALESTIN TERUS DI BUNUH

 



Angka korban di Gaza meningkat kepada 53,339 ketika genosid Israel berterusan

GAZA: Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 53,339 orang, manakala 121,043 lagi cedera.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat sampai kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di wilayah itu, memandangkan tentera Israel terus menyasarkan pasukan ambulans dan pertahanan awam, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Serangan genosid Israel terus berlanjutan tanpa halangan, meskipun terdapat seruan daripada Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan

Antarabangsa yang menggesa langkah bagi menghalang genosid serta mengurangkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Gaza.

 

WARGA PALESTIN

TERUS DIBUNUH

AMIN

NEGARA ARAB

NEGARA KLIM

ISLAM

HANYA RABA TELO

KAH KAH KAH

AMIN

MELAYU BERDEMO SABTU INI



MELAYU 

BERDEMO

SABTU INI

KHALAS 

Unknown commented on 
"TURUN TURUN SOGO
 SABTU 24 MEI"

moga moga tanah melayu, melayu berdaulat kembali bergema ganti madani wal reformati kah kuh kah kuh hu hu

JANDA BERGETAH !!!

 

JANDA 

BERGETAH

AMIN

Unknown commented on 
"REFORMATI NAK 
BANGUN KEMBALI"

dulu puteri reformasi sekarang makcik tua pergimati.. siapa nak percaya pembohong.

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

SENIN 19 MEI 2025

MENUNGGU RAYA HAJI


HIRUK PIRUK
Hiruk piruk makin menjadi jadi kah kah kah. Pemilihan PKR menjadi hiruk piruk. Tup Tup keluar maklumat bahawa naik bertanding dalam pimpinan PRK perlu duit kah kah kah. Wow bukan sikit manyak kah kah kah.

MADANI – mama dady dan nurul izah terus kena tibai kah kah...  kesian... ada pulah yang kata nurul ini dan tua. Ini salah . Ini tidak benar. Nuru masih janda bergetah kah kah kah. Dua kali menjanda tetap bergetah.

Mak Cik dari Senaliang tanya : Sapo laki Nurul... kah kah kah.

KEMALANGAN
Beriat mati di jalan raya makin menjadi jadi. Ingat tak kes Minah China Kaya yang langgar mati 8 Budak Melayu  di JB. Ingat tak? Tup Tup Minah China ini bebas. Pasai apa? Jeng jeng jeng.

Bagaimana dengan Mamat Melayu Miskin yang langgar mati 9  anggota FRU ? Belum apa apa lagi ada berita Mamat ini banyak kes.. termasuk kes rogol. Jeng jeng jeng

ISRAEL
Setanyahu umum askar Israel masuk untuk serang Gaza.  Warga Gaza yang kebuluran nak lari ke mana?

AMERIKA
Bekas Presiden Joe Biden di sahkan kena barah prostate. Maka timbul persoalan bahawa perkara ini telah di sorokkan dari pengetahuan rakyat. Hanya sekarang baru di bocor.

RUSIA
Serangan drone terbesar dari Rusia. Ketika heboh nak bincang cari jalan damai.

UKRAINE
Ketika di Istambul pegawai Zelensky telah beri arahan kepada  pemberita dan juru kamera tentang cara nak ambil gambar Presiden Ukraine ini.  Wajib dari sudut bukan  dari hadapan. Kah kah kah. Keran kalau dari depan akan nampak dia pendek. Ini SINDROM ORANG PENDEK.

INDONESIA
Gunung berapi Lowotobi  di Nusa Tenggara meledak lagi. Penerbangan akan terganggu.

TUNISIA
Ali Laarayedh Bekas Presiden Tunisia di penjara 34 tahun. Di tuduh terlibat dalam kegenasan. Beliau juga adalah Pemimpoj Parti Ennahda – parti Islam yang paling berpengaruh di Tunis.

SINGAPURA
Lebih 17,900 di tangkap kerana memiliki aat isap asap Vape.

HOKKIEN
Pagi ini basah, sejuk segar/ KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin malam hujan Rahmat sampai bawa sejuk. Mata hari terlindung. Awan putih bercapuk biru.

Di pintu masuk dua Abang Pemotong Rumput sedang bekerja. Wow ramai Tiong loncat meloncat mencari rezeki.

Di Belakang Pokok Ara gua dengar suara Murai juga suara Tekukur. Pagi ini agak senyap.

Gua yakin hari ini akan panas. Jika petang hujan ini namanya  Hujan Rahmat  bawa sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN

BRO
Kalau lu malas bukan salah. Jika dah berumur lu perlu rehat.

BRO
Buat lah apa yang lu rasa enak – ikutilah nafsu lu.

BRO.
Jangan terperosok dalam rumah. Dunia luar sedang menunggu lu untuk enjoi de menjoi AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA.